Wednesday, May 30, 2012

RUMUSAN SEJARAH BM


RUMUSAN  SEJARAH BM


Sejarah perkembangan Bahasa Melayu perlu dilihat dari sudut etimologi kata “Melayu”. Asal usul perkataan ini  belum disahkan oleh ahli sejarah.

Catatan Cina  - menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada Maharaja Cina sekitar tahun 644-645 Masihi.

Pertubuhan UNESCO  memilih istilah Melayu bagi merujuk kepada suku bangsa yang berBahasa Melayu yang mendiami Semenanjung tanah Melayu, pantai timur Sumatera, dan beberapa tempat lagi yang berdekatan.

Bangsa Melayu dikatakan berasal dari Asia Tengah atau dari Nusantara (kepulauan Melayu- berdasarkan  dua teori  -R.H. Geldern dan J.H.C. Kern.

Dalam kajian ini istilah filum digunakan bagi menggambarkan kelompok bahasa yang menjangkau lebih 5,000 tahun. 
 Bahasa Melayu didapati tergolong dalam filum bahasa-bahasa Austris yang mempunyai tiga rumpun utama, iaitu bahasa Austroasia, Tibet-China dan Austronesia.   

Istilah rumpun digunakan bagi menggambarkan sekelompok bahasa yang mempunyai tempoh masa antara 2,500 - 5,000 tahun.
Rumpun Bahasa Austronesia terbahagi kepada empat cabang,
Iaitu
v  bahasa-bahasa di Kepulauan Melayu (Nusantara),
v  bahasa-bahasa Polinesia (bahasa-bahasa di Hawaii,
v  Tonga dan New Zealand iaitu di kalangan bangsa Maori), Melanesia (bahasa-bahasa di Fiji, Irian, dan New Caledonia),
v  dan Mikronesia (bahasa-bahasa di kepuluan Gilbert, Carolina, Marshall dan Marianna).

Istilah keluarga digunakan bagi menggambarkan sekelompok bahasa yang kurang daripada 2,500 tahun.
 Kumpulan Bahasa Melayu Johor mempunyai induknya daripada Bahasa Melayu Johor kemudian Bahasa Melayu tengah sebelum ke Bahasa Melayu induk yang dikatakan berasal daripada Bahasa Melayu Proto yang merupakan kumpulan Bahasa Austronesia.

Bahasa Melayu Kuno keluarga bahasa Nusantara dan berkembang dari abad ke-7 hingga abad ke-13 sebagai bahasa pentadbiran dan bahasa lingua franca. Penuturnya terdapat di semenanjung Tanah Melayu, kepulauan Riau dan Sumatera.

Bahasa Melayu Klasik
 dikatakan bermula pada abad ke-13 dan berakhir pada abad ke-19.
Bahasa Melayu Klasik ini diasaskan:
sewaktu terdirinya kerajaan Islam pertama di sebelah timur Aceh, iaitu kerajaan Samudera-Pasai  di bawah Sultan Malikul Salih.

Bahasa Melayu Klasik dikatakan mengalami zaman kegemilangannya semasa berada di bawah kerajaan Melaka, Aceh dan Johor Riau.

Bahasa Melayu Klasik jelas banyak digunakan dalam penulisan agama khususnya bidang tauhid atau usuluddin, syariah atau undang-undang Islam, dan tasawuf.
Karya agama yang tertua dihasilkan dalam Bahasa Melayu Klasik ialah  ‘Aqai’id al-Nasafi.

Dari segi sejarah, Bahasa Melayu Klasik mempunyai kesignifikanannya tersendiri. Bahasa ini dikatakan sebagai titik bermulanya Bahasa Melayu Moden.

No comments:

Post a Comment