Kemudi patah perahu tembuk maksudnya kemalangan yang silih berganti. Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kura-kura di dalam perahu, pura-pura tidak tahu ~ Bertanya sesuatu yang sudah diketahui. Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ibarat perahu takkan karam sebelah. Kaum keluarga ikut bersimpati atas kecelakaan yang menimpa kerabatnya. Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hendak mengayuhkan perahu tertambat. Hendak kahwin dengan perempuan yang masih dalam edahnya. Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai perahu karam sebelah. Hukuman atau pertimbangan yang kurang adil; berat sebelah. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai limau masam sebelah). Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai pintu tak berpasak, perahu tak berkemudi. Sesuatu yang membahayakan. Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Buruk perahu buruk pangkalan. Tak mahu lagi menginjak rumah isterinya atau tempat bekerja yang telah ditinggalkan. Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Apa digaduhkan: pengayuh sama di tangan, perahu sama di air. Tidak takut menghadapi lawan apabila sama-sama mempunyai kebolehan. Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Terlangsung perahu boleh balik, terlangsung cakap tak boleh balik. Sebelum mengeluarkan perkataan hendaklah difikirkan lebih dulu, sebab kalau sudah terlanjur tak dapat ditarik kembali. Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Segan (= malu) berkayuh, perahu hanyut. Kalau segan berusaha tak akan mendapat kemajuan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Malu bertanya sesat di jalan, malu berdayung [= berkayuh] perahu hanyut, b. Segan bergalah, hanyut serantau). Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sekali perahu lalu, sekali kiambang berkuak. Dua pihak yang berselisih akan berbaik kembali bila pengacum telah tersingkir. (Peribahasa lain yang sama makna: Biduk lalu kiambang bertaut). Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Padang perahu di lautan, padang hati di fikiran. Fikirkan masak-masak sebelum berbuat sesuatu. Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Patah kemudi perahu hanyut. Rakyat yang kehilangan pemimpin akan kucar-kacirlah jadinya. Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pengayuh sama di tangan, perahu sama di air. Tak usah takut-takut, kerana sama-sama mempunyai kekuatan dan alat syaratnya. Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Perahu bertambatan, dagang bertepatan. Melakukan sesuatu hendaklah sesuai dengan tempatnya. Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Perahu papan bermuat intan. Sesuatu yang tidak pada tempatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Penyapu diikat sutera, b. Permata lekat di pangkur, c. Seperti penyapu bersimpai dengan benang sutera, d. Seperti sapu diikat dengan benang sutera). Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Perahu satu nakhoda dua. Perempuan yang menduakan suaminya. (Peribahasa lain yang sama makna: Pelesit dua sejinjang). Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Malu bertanya sesat di jalan, malu berdayung (= berkayuh) perahu hanyut. Kalau segan berusaha tak akan mendapat kemajuan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Segan bergalah, hanyut serantau, b. Segan [= malu] berkayuh, perahu hanyut, c. Segan bertanya sesat jalan). Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Licin bagai basuh perahu. Menderita kerugian. Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Limau masak sebelah, perahu karam sekerat. Hukuman yang berat sebelah kerana memandang orang, kedudukan dan sebagainya. Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lain galang, lain perahu yang disorong. Berlainan perbuatan daripada tujuannya. Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
No comments:
Post a Comment