Saturday, June 2, 2012

KAEDAH/TEKNIK PNP SASTERA BMM 3116



BMM 3116 GENRE KESUSASTERAAN MELAYU
PENDEKATAN
1) Pendekatan Struktural
Pendekatan Struktural melihat sesuatu berdasarkan struktur dan fungsi.
Pendekatan ini cenderung membicarakan elemen-elemen yang membina objek.

Contoh: Jika melihat rumah, pendekatan ini akan melihat unsur-unsur yang membangun rumah seperti bahan binaan yang mungkin terdiri daripada jenis kayu, simen, gred batu bata, jenis atap, jendela, pintu dan fungsi ruang-ruang atau bahagian rumah tersebut.

Karya sastera pula dinilai berdasarkan unsur fizikal seperti watak, latar, teknik dan sebagainya yang membangun karya sastera itu dan fungsi-fungsi unsur tadi untuk menyampaikan isi (tema dan persoalan) karya sastera.

KAEDAH
Kaedah
1) Kaedah Struktural
Pengajaran sastera melalui kaedah ini bermaksud mengajarkan elemen-elemen yang membangun karya sastera.

Karya sastera seperti novel, drama, hikayat, cerita rakyat dan cerpen diajarkan melalui pembicaraan tentang elemen-elemen seperti watak dan perwatakan yang sering dibahagikan kepada watak protagonis, antagonis, neutral, watak pipih, watak bulat dan sebagainya; latar cerita seperti latar tempat, latar peralatan, latar budaya, dan latar waktu; jenis sudut pandangan pencerita yang terbahagi kepada sudut pandangan pencerita, sudut pandangan watak, sudut pandangan kamera dan sudut pandangan bawah sedar; sifat sudut pandangan seperti maha tahu, tahu terhad, dan jahil; jenis perbualan seperti dialog, monolog, multilog; teknik penceritaan seperti imbas muka, imbas kembali; jenis plot seperti kronologi, antikronologi, plot mudah, plot kompleks dan tanpa plot; dan isi karya sastera, iaitu persoalan, tema, pengajaran dan nilai.
Kaedah ini melihat semua unsur yang terdapat dalam karya sastera namun tidak terlalu mendalam dari segi jangkauan penjelasannya. Jika ingin melihat sesuatu unsur dengan lebih mendalam, maka kaedah berfokus digunakan.


2) Kaedah Mengalami dan Menghayati
Kaedah ini lebih mengutamakan kemampuan untuk menikmati karya sastera. Mengajarkan karya sastera menggunakan kaedah ini lebih mementingkan kebolehan pelajar-pelajar untuk mengalami dan menghayati unsur-unsur yang terkandung dalam karya sastera.
 Melalui kaedah ini, karya puisi atau sajak dinikmati dengan cara mendeklamasinya. Perwatakan watak difahami lalu dilakonkan melalui aktiviti lakonan, drama atau improvisasi. Karya sastera seperti pantun pula boleh digunakan dalam aktiviti berbalas pantun atau dinyanyikan mengikut irama-irama tertentu seperti joget, japin, dangdut dan yang bersesuaian.


3 Pendekatan Pemahaman Teks
• Kaedah Berfokus
Kaedah ini cenderung membicarakan karya sastera secara terperinci. Untuk memenuhi keperluan ini, kaedah ini memilih aspek atau unsur tertentu untuk dijadikan fokus pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, aspek penggunaan bahasa dalam dialog boleh dijadikan sebagai fokus utama manakala aspek watak dan perwatakan pula boleh dijadikan fokus sampingan. Melalui kaedah ini, pengajaran boleh terdiri daripada satu fokus utama; satu fokus utama dan satu fokus sampingan; atau satu fokus utama dan pelbagai fokus sampingan.
TEKNIK
4 Teknik dan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
• Mestamu

                                Mestamu bermaksud mendeklamasikan puisi dan melagukannya  tanpa muzik. Hal ini bermakna terdapat dua aktiviti berjalan serentak; iaitu mendeklamasi dan melagukan puisi tersebut, sama ada baris demi baris atau rangkap demi rangkap. Jika teknik ini dibuat secara berpasangan, seorang pelajar akan mendeklamasi dan seorang lagi akan melagukannya.


• Deklamasi

                                Deklamasi bermaksud membaca puisi dengan nada, intonasi suara, dan gaya  yang sesuai. Untuk menjadikan deklamasi lebih menarik, pelajar perlu memahami dan seterusnya menghayati puisi yang akan dideklamasikannya.

5 Teknik dan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
• Pemaduan seni
                                Pemaduan seni bermaksud penggunaan beberapa unsur seni seperti, seni lukis, seni suara, seni lakon, dan sebagainya untuk menghidupkan petikan atau babak dalam karya sastera. Untuk tujuan pemaduan seni ini, seni-seni yang dipilih itu digunakan secara serentak pada masa yang sama. Sebagai contoh, pengajaran aspek perwatakan dalam sesebuah novel boleh dibuat dengan cara melakonkan aksi watak tersebut, dan pada masa yang sama pelajar lain melukiskan gambaran watak, dan mungkin sekumpulan pelajar lain menyanyikan  fakta mengenai watak tersebut.

• Adaptasi, Kerusi panas
Adaptasi

                                Adaptasi ialah suatu teknik yang boleh digunakan dalam pengajaran kesusasteraan Melayu. Adaptasi bermaksud mengubah atau mereka bentuk sesuatu genre sastera kepada bentuk lain yang difikirkan lebih menarik. Untuk memudahkan pelajar memahami isi sesebuah sajak, guru boleh mengadaptasi sajak tersebut kepada bentuk drama, cerpen atau nyanyian.

Kerusi panas

                                Teknik kerusi panas boleh digunakan untuk pengajaran aspek watak dan perwatakan dalam sesebuah karya sastera. Dalam teknik ini, seorang pelajar akan diminta menghayati dan mendalami watak dalam sesebuah cerita, kemudian pelajar ini ditempatkan di kerusi yang diletakkan di hadapan kelas. Seterusnya, pelajar-pelajar lain diminta menanyakan soalan-soalan yang berkaitan dengan watak yang dipegang oleh pelajar di kerusi panas dan pelajar ini akan menjawabnya berdasarkan cerita atau peristiwa dalam karya sastera tersebut.


• Boneka
Menggunakan boneka sbg ABM untuk menceritakan  / penceritaan watak

6 Teknik dan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
• Teater Pembaca, Teater Bercerita
Teater pembaca
                                Teater pembaca ialah suatu teknik apabila pengajaran bacaan dijalankan secara bercerita sambil melakonkan aksi-aksi yang terdapat dalam bahan bacaan itu. Dalam teknik ini pelajar kan membaca dengan intonasi dan gaya seperti watak yang terdapat bahan bacaan tersebut.

Teater bercerita ialah satu bentuk drama naratif yang berbentuk cerita yang dilakonkan secara spontan. Teater bercerita menggabungkan pelakon dan pencerita pada masa yang sama. Tegasnya, pencerita akan bercerita, manakala pelakon akan melakonkan aksi atau perkara yang diceritakan oleh pencerita itu. Walau bagaimanapun, guru perlu menyediakan skrip yang diolah daripada cerita atau isi bahan-bahan sastera yang dipilih. Secara umumnya, teknik ini boleh digunakan untuk mengajarkan genre-genre sastera yang berbentuk naratif seperti cerpen, novel dan prosa klasik.

• Improvisasi

                                Improvisasi ialah lakonan spontan yang terdiri daripada kumpulan kecil, yang skripnya diolah daripada isi atau peristiwa yang terdapat dalam genre sastera yang diajarkan. Dalam pengajaran cepern misalnya, para pelajar boleh diminta menyediakan skrip secara berkumpulan bagi menceritakan peristiwa yang berlaku dalam permulaan cerpen, konflik, dan peleraian dalam cerpen berkenaan.

No comments:

Post a Comment