Showing posts with label BMM 3112. Show all posts
Showing posts with label BMM 3112. Show all posts

Monday, June 4, 2012

Jenis-Jenis Tatabahasa



 
Terdapat beberapa jenis nahu atau tatabahasa dalam perkembangan era linguistikyang selari dengan teori linguistik. Di sini kita akan memperlihatkan beberapa ciri asas setiap nahu.

 Tatabahasa Formal (Formal Grammar)

Antara ciri-ciri nahu ini ialah:Pemerian bahasa berdasarkan bentuk linguistikPemerian bahasa berdasarkan struktur dan ciri lakuan bahasaSetiap rumus dapat ditentukan tempatnya dalam sistemBerdasarkan fungsi tidak berdasarkan faktor ekstralinguistikBerdasarkan tatabahasa huraian dan deskriptif

 Tatabahasa Deskriptif (Decriptive Grammar)


Dikenali juga dengan nama Tatabahasa Huraian

Penghuraian segala kemungkinan dalam sesuatu bahasaKemungkinan yang merangkumi morfologi dan sintaksisKemungkinan itu juga berasaskan ciri-ciri bahasa itu.

 Tatabahasa Nosional (Notion Grammar)
Antara ciri-ciri nahu ini ialah:Sesuatu bahasa ditakrifkan berdasarkan makna (semantik) dan rasa.

Ciri bahasa = di dunia sudah ada acuannya
Berdasarkan kesejagatan bahasa
Berdasarkan struktur yang ideal
Struktur yang menjadi norma sahaja dianggap gramatis
Ayat ditakrifkan sebagai deretan ujaran yang bermakna
  
 Tatabahasa Preskriptif (Precriptive Grammar)
Antara ciri-ciri nahu ini ialah:Dikenali juga dengan nama Tatabahasa NormatifCiri yang dianggap betul sahaja yang diberikanPenggunaan acuan pencarian yang sedia adaPenentuan kaedah baku sebagai rujukan atau pedoman
 
Tatabahasa Fungsional (Functional Grammar)
Antara ciri-ciri nahu ini ialah:Berdasarkan pandangan pragmatik (praktikal)Fungsi bahasa sebagai alat perhubungan sosial. Berasaskan rumus yang mengawal hubungan manusia.

Tatabahasa Tradisional (Traditional Grammar)
Antara ciri-ciri nahu ini ialah:Mengikut acuan pola dan kaedah tatabahasa Latin dan Yunani
Dapat diaplikasi pada tatabahasa lainBercirikan kajian bahasa sebelum era linguitik moden (era Struktural)
  
 Tatabahasa Transformasi Generatif (Transformational Generative Grammar)

Antara ciri-ciri nahu ini ialah:Dipelopori dan diasaskan oleh Noam Chomsky pada tahun 1957Dilihat mencirikan konsep matematikAyat dilihat sebagai unit asas yang mempunyai struktur dalaman dan strukturpermukaan

Hubungan butir linguistik dalam ayat dijelaskan melalui Rumus Struktur Frasa(struktur dalaman)Pemerian bahasa menggunakan Rumus Transformasi.

 Tatabahasa Pedagogi (Pedagogical Grammar)
Antara ciri-ciri nahu ini ialah:Tatabahasa khusus untuk kegunaan dalam bidang pendidikan bahasa yakni paraguru bahasaBerasaskan Pendekatan, Kaedah dan Teknik pengajaran tertentuPenekanan terhadap pengajaran:

 Bahasa ibunda
Bahasa pertama
Bahasa kedua
Bahasa asing
 Tatabahasa Sistemik (Systemic Grammar)

Antara ciri-ciri nahu ini ialah:

Penganalisisan pola bahasa berasaskan kaedah tertentuPola bahasa dianalisis di tempat yang berbeda dalam unit bahasaPenekanan terhadap teori Keperihalan Keadaan, Fonologi Prosodi  ( Suprasegmental) dan Kolokasi


Thursday, May 31, 2012

SEJARAH PERKEMBANGAN TULISAN JAWI


SEJARAH PERKEMBANGAN TULISAN JAWI

Pada asasnya bahasa ialah ujaran yang dikeluarkan oleh organ pertuturan manusia y secara arbitrari melambang maknanya dan digunakan oleh satu masyarakat bahasa untuk perhubungan (Hashim Musa:205).
Bagaimana ?

 Tulisan pula lahir apabila manusia mengetahui bagaimana hendak menyampaikan fikiran dan perasaannya melalui tanda-tanda tampak atau visual dalam bentuk yang bukan hanya dimengerti sendiri tetapi oleh orang lain juga.


Sistem ejaan yang digunakan dalam tulisan Melayu berhuruf Arab yang dikenali juga sebagai ejaan Jawi.

Tulisan Jawi digunakan oleh orang Melayu sejak orang Melayu memeluk agama Islam.
 Orang Arab menggelar orang Melayu sebagai Jawah atau Jawi.
Hal ini disebabkan pada zaman dahulu, daerah Asia Tenggara terkenal sebagai Javadwipa. Di Malaysia, sistem ejaan Jawi bukanlah sistem tulisan rasmi tetapi diajar sebagai satu subjek dalam pengajaran di sekolah manakala di Indonesia pula, sistem ini hanya dikenali oleh para pengkaji naskhah Melayu lama.

 Aksara rencong ialah huruf Melayu tua yang lebih tua daripada aksara Jawa kuno (tulisan Kawi).
Sisa tulisan ini dapat kita lihat dalam tulisan Rencong yang digunakan di Sumatera Selatan, di daerah Bangkahulu dan Palembang di sebelah hulu, manakala tulisan Kawi di Jawa.
Masyarakat yang memiliki tulisan kebiasaannya dianggap telah memiliki peradaban yang lebih tinggi berbanding dengan yang lain.
S: Apakah yg mempengaruhi BM?
Hingga abad ke-14, Bahasa Melayu telah mengalami pengaruh daripada tiga bahasa, iaitu Bahasa Sanskrit, Bahasa Jawa dan Bahasa Arab. 
Pengaruh pertama terhadap Bahasa Melayu ialah Bahasa Sanskrit yang dibawa oleh pedagang-pedagang India atau pedagang Melayu yang berurusan dengan negara India.
Akibatnya pengaruh indianisasi berkembang dalam budaya Melayu.
Para sarjana berpendapat pengaruh Hindu masuk ke alam Melayu sekitar abad ke-14,  iaitu zaman kemuncaknya pengaruh Hindu di kepulauan Melayu.
Bahasa Sanskrit dianggap asas kepada Bahasa Melayu yang hidup  hingga pada hari ini.
Tulisan Bahasa Melayu yang asal, iaitu huruf Rencong tersisih tetapi kosa katanya bertambah kaya. 
Kemudian muncul pula tulisan yang dikenali sebagai tulisan Jawi.
 Didapati bahawa menerusi tulisan inilah 

SOALAN BMM 3112- ( KEDWIBAHASAAN)

BMM3112
MASA DEPAN DAN CABARAN BAHASA MELAYU
PENGENALAN
 

 KEDWIBAHASAAN
Soalan : Bagaimanakah wujudnya kedwibahasaan?
Kedwibahasaan berlaku dalam kalangan masyarakat yang menggunakan banyak bahasa.

Kedwibahasaan atau bilingualisme ialah penguasaan dua bahasa seperti penutur bahasa asli.
Soalan : Jelaskan maksud kedwibahasaan?
Penggunanya menggunakannya sebagai bahasa komunikasi, yakni menggunakan satu bahasa rasmi untuk berkomunikasi, dan bahasa ibunda untuk hubungan lain
Misalnya orang Cina dan India yang menggunakan Bahasa Melayu untuk komunikasi rasmi tetapi bahasa ibunda di rumah.
Kedwibahasaan yang sempurna ialah penguasaan sepenuhnya dua bahasa oleh penutur.
Kedwibahasaan sepenuhnya jarang berlaku kerana jarang sekali  seseorang individu dapat menguasai lebih dari satu bahasa dengan baik.
 Terdapat negara yang mempunyai dua bahasa atau lebih (bilingual atau multilingual) sebagai bahasa rasmi atau bahasa kebangsaan.
Negara Kanada dan Belgium misalnya mengamalkan bilingual, manakala Switzerland pula mengamalkan multilingual. Sesebuah negara itu tidak dapat dikatakan bilingual kecuali sebahagian besar daripada rakyatnya bertutur dalam dwibahasa.
Soalan : Maksud kedwibahasaan:
Menurut Mario Pei pula, kedwibahasaan ialah kualiti atau kebolehan seseorang bertutur dalam dua bahasa.
Jenis kedwibahasaan:
Kedwibahasaan majmuk ialah individu yang memperoleh dua bahasa semasa kecil.
Kedwibahasaan kordinat pula berlaku apabila individu tersebut memperoleh salah satu bahasa tersebut sebagai bahasa pertama dan bahasa kedua pula diperoleh kemudian.
Kedua-dua sistem tersebut disepadukan dan disimpan secara berasingan.


BAGAIMANA WUJUD KEDWIBAHASAAN:
1.Kedwibahasaan lahir dalam masyarakat majmuk yang pelbagai budaya, etnik, agama, bangsa, kaum dan lain-lain.
2. Hubungan budaya dengan budaya asing biasanya berlaku di bandar-bandar besar dan pusat perdagangan yang mempunyai pelbagai ragam manusia dan budaya. 
3.Penjajahan juga membawa masuk unsur budaya baru dan bangsa asing yang menggunakan dan memaksa rakyat pribumi menggunakan bahasa mereka dalam sistem pemerintahan, khususnya pendidikan dan ekonomi misalnya penjajah Inggeris di Tanah Melayu.
Hartmann (1976) mengatakan bahawa kedwibahasaan melibatkan penggunaan dua bahasa oleh penutur atau masyarakat pengguna bahasa.
Penutur dwibahasa tidak semestinya penterjemah yang baik sebab kemahiran menukar kod dari satu bahasa ke bahasa yang lain diperoleh secara berasingan dan individu tersebut mestilah mahir dalam perbualan kedua-dua bahasa dalam semua keadaan.
Malaysia merupakan sebuah negara yang multibahasa dan terdapat individu yang dapat memahami dua bahasa atau lebih, sama ada Melayu-Inggeris, Cina-Melayu-Inggeris, atau India-Melayu-Inggeris, dan sebagainya. Individu yang berpengetahuan dalam kedua-dua bahasa tetapi yang satu lagi tidak pernah dilahirkan dalam bentuk ujaran atau tulisan, bahkan cuba disembunyikan atas sebab-sebab tertentu dinamakancovert bilingual atau dwibahasa terlindung. Individu dwibahasa tidak akan mempunyai pengetahuan kedua-dua bahasa yang sama baik. Kadang-kadang individu tersebut hanya memahami sahaja tetapi tidak boleh menulis atau bertutur dengan baik.
 
Kedwibahasaan wujud di negara-negara yang menjadikan dialek sebagai bahasa rasmi seperti di Perancis. Keadaan dwibahasa yang memperlihatkan penutur mengamalkan dialek masing-masing dalam kehidupan seharian tetapi menggunakan dialek utama yang telah dijadikan bahasa rasmi. Sama juga halnya dengan Malaysia yang menggunakan dialek Melayu-Johor sebagai bahasa rasmi tetapi menggunakan dialek masing-masing di rumah misalnya dialek Kelantan, Terengganu, Perak, Negeri Sembilan, Kedah dan sebagainya.

Kedwibahasaan berlaku akibat bahasa tempatan dijadikan bahasa rasmi tetapi bahasa lain digunakan sebagai bahasa penyatuan
. Di Rusia misalnya, bahasa Rusia dijadikan bahasa penyatuan tetapi rakyat tempatan boleh menggunakan bahasa tempatan sebagai bahasa rasmi seperti bahasa Ukraine dan Estonia. 
4. Kedwibahasaan juga berlaku akibat berpegang kepada idea bahawa penggunaan satu bahasa asing yang dipupuk di samping bahasa ibunda terus digalakkan dalam pembelajaran untuk tujuan mendapat pengiktirafan setaraf dengan bangsa lain.
Mengikut ideologi ini, pembelajaran satu bahasa asing dalam keadaan tertentu akan membentuk individu yang mempunyai cara pemikiran baru untuk menghapuskan permusuhan dalam kalangan rakyat misalnya di Singapura.

5.Perdagangan memainkan peranan utama apabila bahasa merupakan wahana untuk berkomunikasi dan berinteraksi untuk urusan jual-beli. Penerokaan dunia baru juga memerlukan individu memahami dunia yang dilawati untuk memahami budaya bangsa merentasi pelbagai negara.
6. Pengembangan agama oleh mubaligh Kristian dan Islam membawa masuk bahasa asing ke alam Melayu, iaiatu Bahasa Inggeris, Belanda, Portugis, dan Arab.
7. Dasar pendidikan sesebuah negara mencerminkan masyarakat yang lahir misalnya Malaysia yang menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dalam sistem pendidikan negara akan melahirkan penutur dwibahasa.
Dasar bahasa negara juga melahirkan penutur dwibahasa. Malaysia telah menetapkan bahawa Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan tetapi menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua; manakala Brunei Darussalam menetapkan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi.
 Satu lagi unsur yang mewujudkan kedwibahasaan ialah perkahwinan campur dalam masyarakat majmuk yang melahirkan kanak-kanak yang berdwibahasa sejak dari lahir lagi. Pemerolehan dua bahasa serentak berlaku apabila kedua ibu dan bapa menggunakan kedua-dua bahasa ibunda mereka dalam kehidupan seharian.
APAKAH KESAN KEDWIBAHASAAN:
1)Kesan yang paling ketara akibat kedwibahasaan ini ialah berlakunya penukaran kod atau pertukaran kod yang dikenali sebagai code switching.  Berlakunya penukaran daripada satu bahasa kepada satu bahasa yang lain disebabkan oleh perubahan tajuk atau pertukaran siapa yang disapa. Fenomena ini begitu meluas dalam kalangan penutur di Malaysia.
 Misalnya pelajar Melayu berbahasa Inggeris dengan kawan berbangsa Cina tetapi menukar kodnya semula ke dalam Bahasa Melayu apabila bercakap dengan ibunya yang tidak fasih berbahasa Inggeris.
2.)Kesan yang selanjutnya ialah percampuran kod atau code mixing.  Ini berlaku apabila seseorang menukarkan kod apabila berbicara secara berganti-ganti untuk satu tajuk yang sama dalam ujaran mereka.
 Misalnya seorang pelajar bangsa Melayu bercakap dalam Bahasa Inggeris untuk membincangkan sesuatu tajuk tetapi kemudiannya mencampuradukkan dengan Bahasa Melayu kerana sesuatu hal seperti tidak tahu perbendaharaan kata yang sesuai digunakan atau sebagainya.
 Fenomena percampuran kod menggambarkan keadaan bahasa sebenar dalam tempoh pemerolehan bahasa kanak-kanak. Peredaran masa dan penambahan perbendaharaan kata, ciri ini mungkin luput apabila kanak-kanak berupaya menggunakan kata dalam bahasa kedua untuk menyampaikan maksud.
Namun demikian, di Malaysia dengan latar pendidikan dwibahasa yang diamalkan di sekolah-sekolah dan luar persekitaran yang didedahkan dengan Bahasa Inggeris seperti media elektronik, kanak-kanak telah didedahkan dalam situasi dwibahasa  pada peringkat awal lagi. Percampuran kod bukan sesuatu yang asing lagi dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini.

3. Pemindahan bahasa juga berlaku akibat kedwibahasaan. Ini berlaku apabila terdapat penggunaan unsur-unsur bahasa pertama dalam bahasa kedua.
Apakah Jenis Pemindahan Bahasa?
Terdapat dua jenis pemindahan bahasa,
iaitu
1)pemindahan negatif atau gangguan
2) pemindahan positif.
Apakah yg dikatakan pemindahan negative?
Pemindahan negatif melibatkan pola bahasa natif yang menyebabkan kesilapan dalam bahasa sasaran.
Apakah yg dikatakan pemindahan  positif?
Pemindahan positif pula melibatkan pemindahan yang memudahkan pembelajaran dan berlaku dalam kedua-dua bahasa natif dan bahasa sasaran yang mempunyai unsur persamaan.
 4.) Kita juga dapat melihat bentuk pengasimilasian bahasa berlaku dalam kedwibahasaan. Proses ini melibatkan penerimaan bahasa secara beransur-ansur oleh generasi kedua sehingga akhirnya tidak menggunakan bahasa ibunda mereka.
5) Kesan lain ialah kelahiran bahasa pijin dan bahasa kreol.

Apakah yg dikatakan bahasa pijin?
Bahasa pijin memperlihatkan unsur kedua-dua bahasa bercampur sehingga melahirkan bahasa baru, namun tidak boleh diklasifikasikan sebagai bahasa asal.
Apakah yg dikatakan bahasa kreol?
Bahasa kreol pula ialah bahasa pijin yang menjadi bahasa ibunda atau bahasa pertama masyarakat penuturnya  akibat pertembungan dua bahasa.