Wednesday, May 30, 2012

BM Bahasa rasmi negara kita

RUMUSAN
               
Di Malaysia, istilah bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan membawa maknanya tersendiri. 

Bahasa kebangsaan ialah bahasa yang melambangkan identiti dan kedaulatan negara serta berfungsi sebagai alat perpaduan rakyat.

Pemodenan bahasa dapat dilihat dari segi fungsi Bahasa Melayu itu sendiri, yakni pada masa dahulu merupakan bahasa lingua franca kemudian berkembang menjadi bahasa wacana ilmu bersifat ilmiah melalui pengayaan kosa kata atau perbendaharaan kata dalam Bahasa Melayu.

Pemodenan bahasa dapat dikatakan bermula
dengan pemodenan kosa kata Bahasa Melayu melalui pembentukan korpus dalam bidang ilmiah yakni pembentukan kata baharu atau istilah. 
Perkembangan ini memperlihatkan kemunculan Bahasa Melayu tinggi yang digunakan dalam wacana ilmiah yang mempunyai ciri-cirinya tersendiri
 dengan kosa kata khusus, struktur morfologi dan fonologi menjadi lebih kompleks.

Perancangan bahasa ialah usaha untuk mempertingkatkan komunikasi dengan cara mengkaji hubungan antara pengguna bahasa atau mencipta satu situasi bahasa.

Perancangan bahasa merupakan  pembangunan matlamat, objektif dan strategi untuk mengubah cara penggunaan bahasa dalam sesebuah masyarakat atau komuniti.

Perancangan taraf bahasa meliputi kedudukan sesuatu bahasa dalam hubungannya dengan bahasa lain dalam sistem pemerintahan. 

Perancangan taraf atau status melibatkan perubahan-perubahan fungsi sesuatu bahasa atau kelainan bahasa dan hak-hak mereka yang menggunakannya.

Perancangan korpus pula merujuk
 kepada perubahan dalam bahasa itu sendiri yang melibatkan hal-hal seperti pembinaan ortografi (pembakuan atau penstandardan termasuklah sistem ejaan dan tulisan dalam sesuatu bahasa), pembinaan penggunaan kata baru yang difikirkan dan dipertimbangkan dengan teliti supaya bahasa itu dapat diperluaskan penggunaannya (sumber-sumber baru kosa kata dan penciptaan perbendaharaan kata) termasuklah penggubalan istilah, penyediaan kamus dan kesusasteraan.


Perkamusan sebagai korpus bahasa sama pentingnya dengan peristilahan sebagai wahana ilmu dalam meningkatkan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa moden.
 Kosa kata yang terkumpul dalam kamus merupakan rakaman penggunaan bahasa yang digunakan pada ketika bahasa tersebut dirakamkan.

Sistem Ejaan Rumi dalam Bahasa Melayu telah mengalami beberapa perubahan. 

Sistem ejaan yang terawal ialah Sistem Ejaan Marsden (1812),
 diikuti oleh Sistem Ejaan Ophuisjen (1901),
 Sistem Ejaan Wilkinson (1902), 
Sistem Ejaan Za’ba (selepas 1904), Sistem Ejaan Fajar Asia (1943), 
Sistem Ejaan Suwandi (1947), Sistem Ejaan Kongres (1956/57), 
Sistem Ejaan Malindo (1959) dan akhir sekali, Sistem Ejaan (Rumi) Bersama 1967.

Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara Malaysia telah dipertahankan dan diperkembang berdasarkan pelbagai akta dan laporan semula :

 bermula dengan Penyata Razak (1956), Laporan Rahman Talib (1960), Akta Pelajaran (1961), Akta Bahasa Kebangsaan (1963), Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Dasar Pelajaran (1979), dan Akta Pendidikan (1996).

Akta Pendidikan (1996) digunakan untuk menentukan dasar, hala tuju dan garis panduan bagi mengawasi perkembangan pendidikan awam yang berfungsi sebagai pelaburan sosial tetapi berbeza dalam pendidikan swasta dilihat sebagai pelaburan pendidikan.

               
               

No comments:

Post a Comment