Saturday, May 19, 2012

Pengaruh bahasa Sanskrit dalam bahasa Melayu


 Pendahuluan
Bahasa ialah alat komunikasi yang dimiliki oleh sese­buah masyarakat penuturnya. Sesebuah masyarakat bahasa yang dinamai bangsa mesti mempunyai bahasanya yang tersendiri yang membezakannya dengan masyarakat penu­tur bahasa lain. Sesuatu bahasa itu merupakan warisan dari zaman ke zaman. Bahasa yang diwarisi daripada satu generasi kepada satu generasi biasanya akan menga­lami perubahan, baik dari segi bunyi, bentuk, mahupun makna. Walaupun  berlaku perubahan, bahasa tersebut tetap difahami oleh penutur-nya, bersesuaian dengan perkembangan zaman yang dilalui penuturnya.

Sesuatu bahasa itu juga mempunyai kawasan penuturnya. Semakin luas kawasan geografi yang dihuni oleh penutur bahasa itu, semakin tersebarlah bahasa yang berkenaan.  Banyak faktor  yang menyebabkan sesuatu bahasa itu boleh tersebar luas.Antaranya ialah faktor politik, seperti penjajahan, faktor sosial, ekonomi, dan budaya. Perpindahan manusia dari satu tempat ke satu tempat untuk tujuan penyebaran agama,  mengelakan bencana alam, demi penca­paian taraf hidup yang lebih baik juga merupa­kan punca bagaimana sesuatu bahasa itu boleh tersebar. Faktor perpindahan atau migrasi yang mendedahkan manusia kepada pengalaman baharu serta bahasa-bahasa lain di seki­tar penempatan baharu itu merupakan fak­tor utama yang boleh mencetuskan perubahan kepada sesuatu bahasa itu. Bahasa pendatang dan bahasa setempat lazimnya saling mempengaruhi sehingga banyak kata boleh dipinjam atau terus diserap sebagai kata baharu bagi bahasa-bahasa yang bertembungan itu.

Di alam Melayu, bahasa asing yang pertama tersebar ke rantau ini ialah bahasa Sanskrit, dan ini terbukti daripada kosa kata yang ter­dapat dalam bahasa Melayu. Selepas itu, bahasa Arab pula mencorakkan bahasa

Melayu apabila pedagang dan pendak­wah Arab datang ke alam Melayu pada abad kesepuluh. Penyerapan kata Cina dan kata Tamil dalam bahasa Melayu berlaku melalui penghijrahan orang Cina dan India ke dunia Melayu.Kedatangan penjajah Portugis, Belanda dan Inggeris ke dunia Melayu terus mencorakkan perkembangan kosa kata bahasa Melayu pada abad kelima belas sehinggalah ke abad kedua puluh. Selepas abad ketujuh belas, pengaruh bahasa Inggeris begitu ketara dalam perkembangan kosa kata bahasa Melayu dengan penjajahan Inggeris di Tanah Melayu. Pengaruh ini terus  berkembang  sehingga ke hari ini dengan perkembangan sains, teknologi, dan telekomu­nikasi serta asakan globalisasi. Nyatalah bahawa Bahasa Melayu menjalani perkembangan yang seiring dengan perkembangan global.

   Pengaruh Bahasa Asing Terhadap Bahasa Melayu
Peminjaman unsur asing oleh bahasa Melayu dapat dilihat dari segi peminjaman:
a. huruf atau sistem tulisan
b. bunyi-bunyi
c. imbuhan
d. kosa kata sepertiperkataan, istilah, dan peribahasa asing, dan
e. struktur ayat.

Jenis-jenis peminjaman
a. peminjaman tulen (matematik, bonus)
b.  peminjaman kacukan (kasut but)
c. peminjaman pemerian (kapal selam, kapal terbang, peluru meriam)
d, peminjaman dialek Igmpar (dialek Pulau Pinang).
e. peminjaman kuno (purnama)
f. peminjaman berpindah (vokal/vowel)



Susur galur peminjaman kata-kata adalah seperti berikut:
Sanskrit - Arab - Indonesia - Inggeris

     Sejarah Kedatangan Bahasa Sanskrit
Bahasa Melayu telah menerima pengaruh bahasa Sanskrit  sejak zaman pra sejarah lagi  lantaran daripada hubungan yang terjalin berabad-abad lamanya antara Kepulauan Melayu dengan India dari segi hubungan perdagangan dan kebudayaan.  Ini menyebabkan beratus-ratus kata Sanskrit diresap masuk ke dalam bahasa Melayu. Kedatangan pedagang India selain daripada membawa barang dagangan juga turut membawa kebudayaan India ke Kepulauan Melayu. Pertembungan antara dua budaya menyebabkan pertembungan bahasa. Di samping itu sami Hindu dan Budha juga turut menyebarkan bahasa Sanskrit  menerusi ajaran agama yang baharu kepada penduduk di wilayah Kepulauan Melayu. Hubungan dua hala antara India dengan Kepulauan  Melayu menyebabkan bahasa Sanskrit diresap dalam pelbagai bidang.
Pengaruh Sanskrit ini terbahagi kepada dua iaitu pengaruh langsung dan pengaruh tidak langsung. Pengaruh langsung iaitu apabila istilah daripada bahasa Sanskrit diterima terus ke dalam kosa kata bahasa Melayu. Ini kerana istilah itu memang tiada langsung dalam bahasa Melayu atau istilah sedia ada tetapi digantikan dengan bahasa Sanskrit kerana lebih elok disebut atau lebih tinggi tarafnya atau istilah yang ada dalam bahasa Melayu tidak lengkap maksudnya. Pengaruh tidak langsung ialah penyesuaian yang dibuat daripada proses pinjaman itu. 
Pengaruh utama adalah dari segi kosa kata, imbuhan dan sistem bunyi. Banyak perkataan baru diterima masuk ke dalam bahasa Melayu. Kebanyakan Batu Bersurat yang ditemui menggunakan bahasa Sanskrit kerana tidak cukup kata dalam bahasa Melayu kuno untuk menyatakan pengertian-pengertian asing serta kesediaan di kalangan tertentu untuk menggunakan bahasa asing yang dianggap lebih standard, lebih tinggi tarafnya dan kemuliaannya. 
Menurut Beg. terdapat 2000 perkataan Sanskrit yang wujud dalam bahasa Melayu. Za’ba pula mengatakan ada 388 perkataan Sanskrit dalam bahasa Melayu. Sungguhnpun begitu jika ditinjau kamus Melayu, mungkin lebih banyak jumlah perkataan Sanskrit  daripada jumlah yang dikatakan oleh Beg dan Za’ba. Antaranya ialah  dalam bidang keagamaan, perdagangan,pemerintahan,tumbuhan,dan haiwan.
  Kosa kata
 Berikut adalah perkataan Sanskrit yang masih digunakan  berdasarkan bidang-bidang tertentu.
Bidang
Bahasa Melayu
Bahasa Sanskrit
Agama dan Falsafah
agama
bidadari
bakti
derma
puasa

agama
bidadari
bakhti
dharma
upavasa

Istilah Abstrak
asa
bencana
beza
cinta
rahsia
asa
vancana
bheda
cinta
rahasya
Hubungan Kekeluargaan
bangsa
manusia
suami
isteri
dara
vamsa
manusya
svamin
stri
dara
Bahagian-bahagian Tubuh Manusia
anggota
bahu
badan
nadi

angagatra
bahu
vadana
nadi
Penyakit
selsema
kusta
slesma
kustha
Haiwan dan Mergastua
gajah
serigala
singa
angsa
gaja
srigala
simha
hamsa
Tumbuh-tumbuhan
Puspa
Kesuma
Melati

Puspa
Kusuma
malati
Fenomena Semula Jadi
Pertiwi
Suasana
udara
Pethvi
Svasana
udara
Negara dan Hubungan Kekerabatan
negara
negeri
mulia
anugerah
negara
nagari
mulya
anugraha
Perdagangan dan barangan
harta
kerja
busana
kapur
artha
karya
bhusana
karpura
Bahasa Pembelajaran dan
Kesusasteraan
Bahasa
Aksara
Asrama
sastera
Bhasa
Aksara
Asrama
sastra
Angka / Nombor
angka
dua
juta
anka
dvi
yutha
Tanda Masa dan Arah
utara
kala
bila
uttara
kala
vela
Sifat atau Keadaan
durjana
sempurna
mesra
durjana
sampurna
misra

  Imbuhan
 Selain kosa kata Sanskrit ,imbuhannya juga turut dipinjam dalam bahasa Melayu  iaitu imbuhan awalan dan imbuhan akhiran.
Imbuhan awalan Saskrit ialah maha,tata,swa,panca,tuna-.eka-,dwi-,dan tri-

Imbuhan awalan
Kata dasar
Kata terbitan
maha
rani
siswa
raja

maharani
mahasiswa
maharaja
Tata-
cara
rakyat
bahasa

tatacara
tatarakyat
tatabahasa
pra-
syarat
sangka
bayar
prasyarat
prasangka
prabayar
Swa-
daya
layan
asta
swadaya
swalayan
swasta
Tuna-
karya
wisma
tunakarya
tunawisma

Imbuhan akhiran Sanskrit ialah  -man.-wan.-wati dan –nita
Kata Dasar
Imbuhan Akhiran
Kata Terbitan
Seni
-man
seniman
cendekia
-wan
cendekiawan
Seni
-wati
seniwati
biduan
-nita
biduanita

  Sistem bunyi
Vokal dalam bahasa Sanskrit:
a
aa
i
ii
u
uu
R
RR
L
LL
e
ai
o
au
aM
aH

 Konsonan dalam bahasa Sanskrit:
k
kh
g
gh
G
c
ch
j
jh
J
T
Th
D
Dh
N
t
th
d
dh
n
p
ph
b
bh
m
y
r
l
v

z
S
s
h




Daripada bahasa Sanskrit, kita dapati bunyi seperti /sy/ dan /sw/ seperti
dalam perkataan syurga, swadaya, swasta, swalayan dan swasenyawa.

No comments:

Post a Comment