Sejarah perkembangan Bahasa Melayu perlu dilihat dari sudut
etimologi kata “Melayu”. Asal usul perkataan ini sebenarnya masih belum
disahkan oleh ahli sejarah.
Catatan Cina yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu
mempersembahkan hasil bumi kepada Maharaja Cina sekitar tahun 644-645 Masihi.
Pertubuhan UNESCO telah memilih istilah Melayu bagi merujuk
kepada suku bangsa yang berBahasa Melayu yang mendiami Semenanjung tanah
Melayu, pantai timur Sumatera, dan beberapa tempat lagi yang berdekatan.
Bangsa Melayu dikatakan berasal dari Asia Tengah atau dari
Nusantara (kepulauan Melayu). Ini berdasarkan
dua teori yang dikemukakan oleh
para pengkaji, iaitu R.H. Geldern dan J.H.C. Kern.
Dalam kajian ini istilah filum digunakan bagi menggambarkan
kelompok bahasa yang menjangkau lebih 5,000 tahun. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh
para pengkaji, Bahasa Melayu didapati tergolong dalam filum bahasa-bahasa
Austris yang mempunyai tiga rumpun utama, iaitu bahasa Austroasia, Tibet-China
dan Austronesia.
Istilah rumpun digunakan bagi menggambarkan sekelompok
bahasa yang mempunyai tempoh masa antara 2,500 - 5,000 tahun. Rumpun Bahasa
Austronesia terbahagi kepada empat cabang, iaitu bahasa-bahasa di Kepulauan
Melayu (Nusantara), bahasa-bahasa Polinesia (bahasa-bahasa di Hawaii, Tonga dan
New Zealand iaitu di kalangan bangsa Maori), Melanesia (bahasa-bahasa di Fiji,
Irian, dan New Caledonia), dan Mikronesia (bahasa-bahasa di kepuluan Gilbert,
Carolina, Marshall dan Marianna).
Istilah keluarga digunakan bagi menggambarkan sekelompok
bahasa yang kurang daripada 2,500 tahun. Kumpulan Bahasa Melayu Johor mempunyai
induknya daripada Bahasa Melayu Johor kemudian Bahasa Melayu tengah sebelum ke
Bahasa Melayu induk yang dikatakan berasal daripada Bahasa Melayu Proto yang
merupakan kumpulan Bahasa Austronesia.
Bahasa Melayu Kuno keluarga bahasa Nusantara dan berkembang
dari abad ke-7 hingga abad ke-13 sebagai bahasa pentadbiran dan bahasa lingua
franca. Penuturnya terdapat di semenanjung Tanah Melayu, kepulauan Riau dan
Sumatera.
Bahasa Melayu Klasik dikatakan bermula pada abad ke-13 dan
berakhir pada abad ke-19. Bahasa Melayu Klasik ini diasaskan sewaktu terdirinya
kerajaan Islam pertama di sebelah timur Aceh, iaitu kerajaan
Samudera-Pasai di bawah Sultan Malikul
Salih.
Bahasa Melayu Klasik dikatakan mengalami zaman
kegemilangannya semasa berada di bawah kerajaan Melaka, Aceh dan Johor Riau.
Bahasa Melayu Klasik jelas banyak digunakan dalam penulisan
agama khususnya bidang tauhid atau usuluddin, syariah atau undang-undang Islam,
dan tasawuf. Karya agama yang tertua dihasilkan dalam Bahasa Melayu Klasik
ialah ‘Aqai’id al-Nasafi.
Dari segi sejarah, Bahasa Melayu
Klasik mempunyai kesignifikanannya tersendiri. Bahasa ini dikatakan sebagai
titik bermulanya Bahasa Melayu Moden.
RUMUSAN
Era pramerdeka ialah zaman memperjuangkan taraf atau status
Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Era Bahasa Melayu
pramerdeka bermula dengan tertubuhnya ASAS 50 (ditubuhkan pada 6 Ogos 1950)
hingga kepada kemerdekaan 1957.
Persatuan ini terdiri daripada penulis yang dikenali sebagai
Angkatan Sasterawan 50 atau ringkasnya ASAS 50 telah di tubuhkan di Singapura.
Pada zaman ini asas perjuangan badan ini ialah mengutamakan
Bahasa Melayu dan merancang pemodenan serta perkembangan bahasa ini
diperjuangkan melalui saluran politik.
Kewujudan Bahasa Melayu pada era ini lebih kepada perjuangan
menjadikan Bahasa Melayu bahasa kebangsaan negara melalui kuasa politik.
Pertemuan guru-guru Melayu yang telah diadakan pada 1
Oktober 1950 di Kelab Kota Raja, Singapura bertujuan
untuk menubuhkan
perkumpulan yang akan berjuang untuk memajukan Bahasa Melayu. Pertemuan digerakkan oleh Cikgu Mahmud Ahmad dengan kerjasama Kesatuan Guru-Guru Melayu Singapura
(KGMS).
Pertubuhan ini didaftarkan dan disahkan oleh kerajaan pada
26 April 1951.
Berita Lembaga merupakan penerbitan LBM yang diedarkan
kepada ahli-ahlinya sahaja dan beredar sebanyak empat keluaran.
LBM tidak membawa
aliran baru atau mempelopori pemodenan dalam lapangan bahasa, dan kesusasteraan
Melayu.
Kongres bahasa dan Persuratan Melayu Pertama yang diadakan
pada 12 dan 13 April 1952 diadakan di Hotel Sea View, Singapura memutuskan asas
perjuangan adalah untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Kongres ini juga memutuskan bahawa tulisan Rumi dan Jawi
hendaklah digunakan dalam persuratan Melayu pada masa tersebut sehingga
keputusan lain dibuat kemudiannya kelak.
Kongres bahasa dan Persuratan Melayu Kedua yang diadakan
pada 1 dan 2 Januari 1954 diadakan di
Sekolah King George, Seremban.
Pada bulan Mac 1954, ASAS 50 telah mengemukakan memorandum
kepada kerajaan mengenai tulisan Rumi untuk Bahasa Melayu.
Perjuangan ASAS 50 mempertahankan Bahasa Melayu diteruskan
apabila mereka mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Perlembagaan yang
menyentuh soal kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar umum dan bahasa
pengantar di sekolah-sekolah rendah hinggalah ke peringkat universiti pada 15
Disember 1954.
Kongres bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga yang diadakan
pada 16 hingga 21 September 1956 di Johor Bahru dan Singapura dihadiri lebih
kurang 500 orang perwakilan dan pemerhati dari 59 buah badan bahasa dan
persuratan Melayu seluruh negara.
Pada hari 22 Jun 1956 Dewan Bahasa dan Pustaka telah
ditubuhkan ditempatkan di sebuah Bangunan Kerajaan di
Bukit Timbalan, Johor Bahru, Johor.
Pada bulan September 1956 apabila Persekutuan Tanah Melayu
diberikan taraf pemerintahan sendiri, sebuah jawatankuasa ditubuhkan
dinamai Penyata
Jawatankuasa Pelajaran 1956 atau dikenali sebagai Penyata Razak 1956
merupakan titik tolak penting dalam perjuangan Bahasa Melayu
sebelum merdeka yang dengan jelas memperakukan Bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan.
Era selepas merdeka bermula selepas 31 Ogos 1957 hinggalah
tahun 1967. Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa kebangsaan Persekutuan Tanah
Melayu melalui peruntukan undang-undang yang terkandung dalam Perkara 152
Perlembagaan Malaysia yang menyatakan dengan jelas bahasa kebangsaan ialah
Bahasa Melayu.
Faktor pemilihan Bahasa
Melayu ialah:
pertama, Bahasa
Melayu mempunyai jumlah penutur yang terbesar di negara ini;
kedua, ialah Bahasa Melayu merupakan bahasa yang bersifat
pribumi bagi negara ini;
ketiga, ialah penggunaan Bahasa Melayu sebagai alat
komunikasi sudah sekian lama berjalan dan ini tidak akan menimbulkan masalah
bagi komunikasi umum;
dan akhirnya, Bahasa Melayu telah lama menjadi bahasa pentadbiran
di negeri Melayu.
Perkara yang paling penting pada era ini ialah peranan yang
dimainkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Pada tahun 1959, DBP
berubah tarafnya daripada jabatan kerajaan kepada badan berkanun apabila
Parlimen meluluskan Akta Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Gerakan penggunaan bahasa bahasa dilakukan di seluruh negara
tiap-tiap tahun selama tujuh tahun dari 1960-1966. Pada 30 Januari 1960, Minggu Bahasa Kebangsaan dilancarkan buat
pertama kalinya di seluruh negara yang berlangsung hingga 6 Februari, 1961.
Pada 15 April 1962, satu seminar mengenai bahasa dan sastera
telah diadakan di Balai Budaya Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Pada 11 April 1963, satu akta yang berkaitan khusus dengan
bahasa kebangsaan, iaitu Akta Bahasa Kebangsaan 1963 telah diluluskan dan
dikuatkuasakan.
Selepas 10 tahun
merdeka, iaitu pada tahun 1967, Akta Bahasa Kebangsaan 1967 telah diluluskan
dan mula dikuatkuasakan pada 1 September 1967.
Akta ini kemudiannya disemak dan disatukan dengan Akta
Bahasa kebangsaan 1963 dan berkuatkuasa pada 1 Julai 1971 dengan nama Akta
Bahasa Kebangsaan, 1963 (Pindaan 1967).
Pada 27 Jun 1967 satu keputusan muktamad mengenai satu
sistem ejaan baru yang ilmiah, praktikal serta sesuai untuk Bahasa Malaysia dan
Bahasa Indonesia telah dicapai.
Pada 1 September 1967 DYMM Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong telah mengisytiharkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
negara
Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan dapat dilihat
berdasarkan zaman atau era yang berikut,
iaitu zaman pramerdeka (sebelum 1957), zaman pascamerdeka
(1957-1970), dan zaman dasar ekonomi
baru (1971-1990).
Laporan Barnes 1951 – menyemak dan memperbaiki keadaan
pendidikan kaum Melayu;
Laporan Fenn-Wu 1951 – menyemak pendidikan kaum Cina
Ordinan Pelajaran 1952 – mengesyorkan sekolah kebangsaan
sebagai corak sistem persekolahan kebangsaan
Laporan Razak 1956 – meletakkan asas bagi perkembangan
sistem pendidikan untuk memupuk perpaduan melalui Sistem Pelajaran Kebangsaan
untuk semua, Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama serta kurikulum
kebangsaan, sukatan pelajaran dan sistem peperiksaan yang sama bagi semua
sekolah.
Pelan Akta Pelajaran 1961 yang menggariskan Bahasa Melayu
menyebabkan Laporan Razak 1956 dikaji semula oleh Jawatankuasa Rahman Talib
1960. Laporan ini menjadi asas kepada penggubalan Akta Pelajaran 1961 yang
menggariskan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama pada semua peringkat
pendidikan serta penggunaan kurikulum dan peperiksaan yang sama untuk semua
pelajar.
Jawatankuasa ini
mencadangkan supaya bahasa kebangsaan diajar mulai Darjah Satu dalam
semua sekolah rendah Cina, Tamil, dan Inggeris sama ada bantuan separuh atau
sekolah persendirian. Jawatankuasa ini juga mencadangkan supaya Bahasa Melayu
dimajukan dengan menjadikannya bahasa pengantar di semua sekolah yang dahulunya
sekolah rendah kerajaan.
Pada tahun 1979, semakan semula
pelaksanaan dasar pendidikan oleh Jawatankuasa Kabinet Mengkaji
Pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979 telah menggariskan cadangan pendekatan dan
strategi baru untuk memantap sistem pendidikan.
Bahasa Melayu digunakan sebagai
bahasa pengantar bagi kursus-kursus peringkat awal di maktab perguruan sejak
tahun 1957.
Pada tahun 1973, Bahasa Melayu
menjadi bahasa pengantar tunggal dalam latihan perguruan.
1980, Bahasa Melayu
menjadi bahasa pengantar lengkap untuk Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima di
sekolah menengah.
Pelaksanaannya di
Tingkatan Enam Rendah bermula pada tahun 1981 dan Tingkatan Enam Atas pada
tahun 1982.
1983 Bahasa Melayu menjadi
bahasa pengantar sepenuhnya di universiti dan semua pengajian jurusan sastera
pada tahun pertama diajar dalam Bahasa Melayu