Friday, December 17, 2010

SEJARAH KEDATANGAN BAHASA ARAB dan KESANNYA KEPADA BAHASA MELAYU

Pengaruh Arab di Kepulauan Melayu muncul setelah orang-orang Arab memperkenalkan agama Islam sejak tahun 674 M (55H) lagi. Kedatangan Islam ke Kepulauan Melayu bukan sekadar mengubah kepercayaan dan
agama penduduk di sini, tetapi aspek-aspek budaya mereka turut berubah.  Menurut Syed Naquib Al-Attas, bahasa Melayu turut mengalami proses pengislaman. Ini disebabkan banyak kosa kata Arab telah diserap ke dalam bahasa Melayu semasa penyebaran agama Islam. Perbendaharaan kata Arab  banyak diaplikasikan   dalam pengajaran    agama  Islam kerana al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab. Kebanyakan kitab ditulis dalam bahasa Arab. Orang-orang  Melayu meminjam kosa kata Arab bukan hanya setakat melibatkan istilah-istilah agama, tetapi mencakupi berbagai-bagai bidang ilmu pengetahuan lain seperti bidang falsafah dan perundangan, di samping kosa kata umum.

 

No comments:

Post a Comment