Saturday, December 18, 2010

PENGARUH BAHASA JAWA.PARSI,TAMIL ke dalam BAHASA MELAYU

                     Bahasa Jawa
       Sejarah dan Kosa Kata
Penyebaran bahasa Jawa ke dalam bahasa Melayu berlaku melalui pelbagai  cara. Antaranya ialah melalui pengaruh kerajaan  Jawa, Majapahit dan Mataram di Kepulauan Melayu.  Semasa keagungan kerajaan Jawa, bahasa Jawa telah digunakan sebagai bahasa pertuturan oleh sebilangan besar penduduk di Kepulauan Melayu. Elemen-elemen Jawa juga tersebar melalui buku-buku sastera seperti cerita  panji.
 Unsur-unsur jawa tersebar ke dalam bahasa Melayu menerusi interaksi  orang-orang Jawa dengan penduduk Semenanjung Tanah Melayu  semasa penghijrahan mereka  ke sini.
Antara kosa kata Jawa yang masih digunakan ialah perabot.lontong.lumrah,pinggir.lempeng.lurah,prihatin , gado-gado dan gemelan.

                     Bahasa Parsi Dan Tamil
           Sejarah dan Kosa Kata
Perbendaharaan Kata Parsi dan Tamil juga  diserap ke dalam bahasa Melayu melalui interaksi dengan penutur bahasa ini. Terdapat ramai penutur bahasa Parsi dan Tamil yang menetap di Kepulauan  Melayu dalam jangka masa yang lama. Kata pinjaman Parsi dan Tamil masih kekal  digunakan walaupun jumlah yang dipinjam tidak banyak. Bahasa Parsi dan Tamil ini juga meminjam bahasa lain seperti Yunani, Portugis, Inggeris dan bahasa-bahasa Timur. Justeru bahasa ini merupakan pinjaman atas pinjaman iaitu dipinjam daripada bahasa lain kemudian dipinjam ke bahasa Melayu.  Bahasa yang dipinjam meliputi pelbagai aspek seperti  barang-barang makanan,pakaian,peralatan rumah dan  barang-barang perdagangan. Berikut ialah kata pinjaman Parsi dan Tamil.
                    Kata      Pinjaman Parsi
     
Bahasa  Melayu
Bahasa Parsi
agar
anggur
badam
bazar
kurma
pahlawan
temasya
agar
angur
badam
bazar
khorma
pahlavan
tamasha


              Kata Pinjaman Tamil

Bahasa  Melayu
Bahasa Tamil
emak
ayah
kakak
canai
cerut
kedai
mempelam
mempelai
amma
appa
akkaa
caanai
currrutu
kadai
mampalam
maapillai


.
  Unsur Bahasa Jawa,Sunda,Bugis,Sumatera  (Bahasa Indonesia)
Pengaruh bahasa Indonesia ini diterima ke dalam bahasa Melayu melalui cerita-cerita panji,pengaruh kerajaan Jawa pada zaman silam,orang-orang
Malaysia yang berketurunan Indonesia, perancangan bahasa dan media massa.

Antara kosa kata pinjaman daripada bahasa Indonesia ialah
               Jawa dan Sunda : nona,saban,waras,wayang,oleh-oleh,ronggeng,
                                         warung dan nona.
       Sumatera : gadis,teliti,ragu dan teromba. 

No comments:

Post a Comment