Bidang pengajaran yang dipilih ialah Pendidikan Kesihatan yang bertemakan ”makanan”.Perkara penting yang ada dalam tema makanan ini ialah ia boleh merentas semua mata pelajaran.Dalam mata pelajaran seni visual, murid akan diminta melukis gambar rajah makanan yang mereka gemari atau makanan yang paling tidak digemari dan mewrnakan gambar itu mengikut citarasa masing-masing.Manakala bagi mata pelajaran matematik, murid boleh mengira jumlah makanan yang mereka ambil dalam masa sehari seperti sarapan.makan tengah hari dan makan malam. Dalam aktiviti mata pelajaran muzik pula, pelajar boleh menyanyikan lagu tentang makanan seperti “Makan Makanan Seimbang”, “Kurangkan gula dalam makanan, lebihkan Manis dalam senyuman” dan lain-lain lagi.
Selain itu,ia perlu bersesuaian dengan pengalaman dan kehidupan pelajar.Tema makanan sangat rapat dan begitu serasi dengan pelajar kerana mereka melihat dan berada setiap masa dengan murid-murid.Murid-murid boleh menceritakan dan mentafsir tentang apa jua jenis makanan.Tema ini juga perlu mengambil kira kemudahan untuk mendapatkan bahan dan sumber yang akan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Seperti yang kita tahu,makanan terdapat di sana sini dan murid-murid boleh membawa buah-buahan seperti epal, limau atau rambutan ke sekolah dan menjalankan aktiviti yang telah ditetapkan seperti mengira berapa biji buah yang ada dan sebagainya. Murid-murid juga boleh ditunjukkan buku-buku yang ada kaitan dengan makanan yang boleh didapati di perpustakaan.Selain itu, pemeringkatan tema dari yang mudah kepada yang lebih mencabar. Murid-murid akan diberikan penerangan mengenai makanan ringan dahulu sebelum mendapat pengetahuan mengenai makanan yang berat pada sesi pengajaran yang seterusnya.Contohnya, pada permulaan mereka akan belajar tentang jenis makanan, makanan ruji dan sebagainya. Selepas itu mereka akan belajar pula tentang pemakanan seimbang,makanan yang berzat dan juga punca-punca yang menyebabkan makanan menjadi rosak.
No comments:
Post a Comment