Sunday, December 19, 2010

PROSES KOMUNIKASI DALAM BERBAHASA/TEORI PERKEMBANGAN BAHASA

Perkembangan bahasa adalah bahagian terpenting daripada sifat kognitif manusia. Perkembangan bahasa adalah sebuah proses yang bermula awal dalam kehidupan manusia,  ketika seseorang mulai menguasai bahasa dengan belajar. Perkembangan bahasa anak-anak bermula dari yang sederhana hingga yang kompleks. Namun dalam usia empat bulan, bayi boleh membaca bibir dan membezakan bunyi ujaran. Bahasa yang disebut bayi dipanggil mengoceh.

Biasanya, bahasa bermula sebagai mengingati kata-kata sederhana yang berkaitan tanpa makna,  tetapi sebagai anak-anak yang membesar, kata-kata yang memperoleh makna dengan hubungan antara kata-kata dibentuk. Pada waktunya ayat bermula daripada kata-kata yang bergabung bersama untuk mencipta makna logik. Sebagai orang yang semakin meningkat usianya, makna-makna baharu dan perkataan-perkataan baharu dicipta dan kosa kata meningkat dengan lebih perkataan dipelajari.

Bayi menggunakan tubuh mereka, menangis dan lain vokal untuk mengkomunikasikan keinginan,  keperluan dan kecenderungan. Walaupun sebahagian besar anak-anak mulai menyanyi dan akhirnya dengan kata-kata dalam berbagai usia dan kelajuan yang berbeza, mereka belajar bahasa pertama mereka tanpa sedar arahan daripada ibu bapa atau pengasuh. Kajian menunjukkan bahawa pembelajaran awal bermula dalam rahim ketika janin dapat mengenali suara dan pola bicara dari suara ibunya.


1.1   Teori Mentalis – Noam Chomsky

Noam Chomsky ( 1957 ), menyatakan bahawa pemerolehan bahasa berlaku secara mentalis. Menurutnya kanak-kanak dilahirkan dengan alat pemerolehan bahasa yang bersifat universal. Melalui alat ini kanak-kanak berpotensi secara semulajadi untuk mempelajari bahasa apa sahaja. Chomsky mendasarkan teorinya kepada satu Hipotesis Nurani ( The Innateness Hypothesis) yang menyatakan bahawa manusia telah diperlengkap dengan  ”sesuatu” yang khas secara semulajadi untuk berbahasa (Mangantar
Simanjuntak, 1987). Otak manusia telah diperlengkap dengan struktur bahasa sejagat yang dikenali sebagai LAD ( Language Acquistion Device).

Bagi menguatkan Hipotesis Nuraninya, Chomsky memberikan pengamatan penting, antaranya :

i.    Semua kanak-kanak normal, asalkan didedahkan kepada bahasa ibundanya, memperolehi bahasa itu.
ii.   Pemerolehan bahasa tidak ada kaitan dengan kecerdasan
iii.  Bahasa tidak dapat diajar kepada makhluk lain
iv.   Proses pemerolehan bahasa semua kanak-kanak adalah sama mengikut jadual semula      jadinya.
v.    Struktur bahasa sangat rumit dan bersifat sejagat.
Chomsky juga menyebut bahawa ada dua proses yang terjadi ketika seorang kanak-kanak memperoleh bahasa pertamanya. Proses yang dimaksudkan adalah proses kemampuan (competence) dan proses pengucapan ( performance). Kedua proses ini merupakan dua proses yang berlainan. Kemampuan atau kompetensi adalah proses penguasaan tata bahasa ( fonologi, morfologi, sintaksis, dan semantik). Kompetensi ini dibawa oleh anak sejak lahir. Meskipun dibawa sejak lahir, kompetensi memerlukan pembinaan sehingga anak-anak memiliki pengucapan dalam berbahasa.

Pengucapan adalah kemampuan anak-anak menggunakan bahasa untuk berkomunikasi. Pengucapan atau performansi terdiri daripada dua proses, iaitu proses pemahaman dan proses penerbitan kalimat-kalimat. Proses pemahaman melibatkan kemampuan untuk berkomunikasi atau mengamati dan mempersepsi kalimah-kalimah yang didengar, sedangkan proses penerbitan melibatkan kemampuan menghasilkan  kalimat-kalimat sendiri ( Chaer, 2003).  Bagi Chomsky proses komunikasi anak-anak bermula sejak kanak-kanak dilahirkan, menurutnya setiap manusia yang dilahirkan di dunia ini sudah ada kecekapan untuk berbahasa apabila sampai waktunya. Potensi berbahasa ini sebenarnya ialah sifat akal, iaitu yang bersifat semulajadi. Dengan yang demikian, akalnya membolehkan seseorang untuk menerbitkan perkataan atau ayat yang tak terkira.

Chomsky juga berhujah bahawa peringkat permulaan belajar bukan sahaja terhad kepada operasi rangsangan dan tindak balas, malah proses kognitif turut terlibat dalam proses pembelajaran tersebut. Tanpa peranan kognitif perkembangan bahasa dan komunikasi terbatas pada hal yang dialami sahaja. Seterusnya beliau berpendapat bahawa bahasa bersifat kreatif.  Penghasilan sesuatu bahasa tidak terbatas kepada objek dan peristiwa atau pengalaman yang dapat digarap oleh perilaku semata-mata. Ujar beliau, semua komponen bahasa dan komunikasi berkembang secara kreatif , mengimbau atau melangkau batasan  pengalaman naluri, iaitu rangsangan dan tindak balas. Oleh sebab daya kreativiti itu, maka setiap kalimat seseorang mendengar , bertutur, membaca dan menulis adalah sesuatu yang baharu.

Chomsky menjelaskan bahawa setiap penutur dan pendengar  mempunyai kompetensi dan prestasi. Kompetensi dapat diertikan sebagai sistem rumus yang mampu menghasilkan kalimat yang tidak terbatas. Dengan kata lain, kompetensi ialah pengetahuan penutur mengenai bahasa. Ia merupakan unsur dalaman dan berada di dalam otak. Sementara prestasi pula dapat diertikan sebagai bunyi-bunyi yang dilafazkan. Bunyi-bunyi ini bermakna dan dapat difahami oleh pendengarnya. Berbeza dengan kompentesi ia terletak di bahagian luar otak. Oleh sebab itu, proses komunikasi terus berlaku antara penutur dan pendengar bahasa.

Seterusnya, Chomsky menerangkan bahawa tatabahasa generatif dalam otak diperoleh oleh penutur daripada otaknya sendiri. Ini adalah kerana penutur telah pun mempunyai tatabahasa sejagat yang diperoleh secara semula jadi. Semasa seseorang kanak-kanak itu membesar, dia sudah tentu akan dipengaruhi oleh persekitaran. Setelah berumur lima tahun, kanak-kanak itu akan membentuk tatabahasa generatif dalam otaknya. Dengan menghubungkan tatabahasa sejagat dan pengalaman daripada persekitarannya, kanak-kanak itu akan dapat berkomunikasi serta menghasilkan tatabahasa generatif pada taraf kompentasi.


Setelah kanak-kanak memperoleh kemampuan, dia akan mempunyai pengucapan atau performansi. Kemampuan atau kompetensi seumpama ini seterusnya menghasilkan prestasi. Kemudian prestasi ini pula akan menghasilkan elemen atau komunikasi seperti ayat-ayat yang didengar oleh pendengar, iaitu dari telinga ke  dalam otak dan mengulangi pula proses yang sama apabila pendengar bertutur, maka akan wujudlah proses komunikasi antara penutur dan pendengar.

Teori linguistik Chomsky menekankan bahagian dalam bahasa yang berupa proses mental yang dapat menghasilkan bahasa tanpa perangsang daripada luar. Teori ini memakai skema S-O-R ( stimulus-organism-response) yang menganggap bahasa sebagai pengetahuan yang dihasilkan oleh sesuatu dalam otak dan saraf setelah menerima unsur-unsur dalam bentuk perangsang daripada pancaindera.

Sehubungan itu, Chomsky telah memperkenalkan teori linguistik yang disebut Nahu Transformasi Generatif ( TG). Teori ini menerangkan bahawa kanak-kanak mempunyai LAD yang dibawa sejak lahir yang memungkinkan kanak-kanak itu memperoleh bahasa ibundanya dengan mudah. Dengan adanya LAD, kanak-kanak dapat bentuk-bentuk komunikasi yang diterima dalam bahasa itu, dan menolak bentuk-bentuk yang bukan struktur bahasa berkenaan. Binaan ayat biasanya mempunyai hubungan erat antara elemen dan menggunakan simbol atau rumus untuk menganalisis nahu. Sesuatu binaan ayat dapat dihuraikan dengan memahami struktur luaran dan struktur dalaman.

Oleh itu, kedua-dua perkara iaitu proses kemampuan atau kompentasi dan pengucapan atau performansi amat penting dalam proses komunikasi dalam berbahasa.

No comments:

Post a Comment