Friday, December 17, 2010

LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUSTIK


          Linguistik dan Sosiolinguistik  adalah dua bidang ilmu yang telah lama  dikaji oleh pengkaji bahasa di Malaysia dan diserata dunia.   Walaupun   pada masa kini, bidang teknologi diberi perhatian oleh kerajaan, namun kedua-dua    bidang  ini terus diberi perhatian untuk mengimbangi keperluan rohaniah    dalam  kalangan  rakyat. Melalui kajian dalam kedua-dua bidang ini, kita  dapat   memahami  dengan lebih jelas tentang pengertian atau maksud antara hubungan   bahasa dengan masyarakat di sekeliling kita.
          Linguistik adalah kajian terhadap bahasa manusia. Ini bermakna linguistik  mengkaji bahasa-bahasa yang dihasilkan oleh manusia melalui alat-alat pertutu ran tertentu yang membawa pelbagai makna. Ilmu linguistik  juga dikatakan se bagai ilmu pengetahuan yang spesifik.  Oleh   itu,    linguistik mempunyai sistem  yang teratur bagi merealisasikannya sebagai salah  satu    bidang   ilmu yang di pelajari.  Melalui kajian ilmu linguistik ini juga,  bahasa   dikaitkan  sebagai objek.  Istilah-istilah bahasa di dalam kajian dikaitkan    dengan erti kiasan  yang  mem bawa pelbagai taksiran makna.
          Sosiolinguistik merupakan bidang   yang perlu   diketahui   oleh  pengkaji  bahasa. Pengkajian ilmu linguistik tidak lengkap jika bidang sisiolinguistik  tidak  diberi penekanan sewajarnya oleh pengkaji bahasa. Sebagai cabang ilmu dalam  linguistik, bidang sosiolinguistik dapat melengkapi bidang   kajian  ilmu  linguistik . Dengan pemahaman sisiolinguistik seseorang   pengguna   bahasa  akan dapat   menggunakan bahasa dengan tepat mengikut  keperluan  masyarakat  yang  di wakili oleh mereka. Dengan adanya bidang  ilmu  linguistik  dan   sosiolinguistik  seseorang itu bukan sahaja dapat mengetahui bagaimana bahasa itu  dibentuk, tetapi memahami fungsi bahasa sebagai alat   komunikasi penyatuan masyarakat   di negara kita. Adalah diharapkan dengan adanya  sedikit kajian   dalam  stilistik bahasa melalui kajian teks sastera akan dapat dijadikan  panduan  yang  berguna untuk semua pemikir stilistik bahasa.

No comments:

Post a Comment