Saturday, December 25, 2010

INTELEK TATABAHASA

Kata Ganti Nama Diri
Kata Ganti Nama diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama orang.
Kata Ganti Nama digunakan khas untuk manusia.
Kata Ganti Nama Diri terbahagi kepada:
Kata Ganti Nama Diri Pertama
Kata Ganti Nama Diri Kedua
Kata Ganti Nama Diri Ketiga
Kata Ganti Nama Diri terdiri daripada bentuk tunggal dan bentuk jamak.
Kata Ganti Nama Diri Pertama digunakan untuk diri orang yang bercakap
Kata Ganti Nama Diri Tunggal - saya,aku,hamba,beta,patik
Kata Ganti Nama Jamak-kami,kita
Penggunaan kata Ganti Nama Diri:
Saya- digunakan ketika bercakap dengan orang yang lebih tua,teman-teman,orang yang baru dikenali
Aku - digunakan ketika bercakap dengan orang yang sangat rapat dan mesra, ketika berdoa kepada Tuhan
Beta-digunakan oleh raja dan sultan ketika bertitah
Patik digunakan oleh orang biasa ketika bercakap dengan raja dan sultan
Hamba digunakan untuk merujuk kepada diri sendiri
Kami digunakan untuk merujuk diri sendiri dan rakan-rakan
Kita digunakan untuk merujuk kepada diri sendiri serta diri orang kedua

Kata Ganti Nama diri Kedua digunakan untuk menggantikan nama orang yang dilawan bercakap
bersambung....

Wednesday, December 22, 2010

teori belajar humanistik

Teori belajar Humanistik memandang bahwa:
-   Fokus utamanya adalah hasil pendidikan yang bersifat afektif, belajar tentang cara- cara belajar dan meningkatkan kreativitas dan semua potensi peserta didik.
-   Hasil belajarnya adalah kemampuan peserta didik mengambil tanggung jawab dalam menentukan apa yang dipelajari dan menjadi individu yang mampu mengarahkan diri sendiri dan mandiri.
-   Pentingnya pendekatan pendidikan di bidang seni dan hasrat ingin tahu.
-   Pendekatan humanistik kurang menekankan pada kurikulum standar, perencanaan pembelajaran, ujian, sertifikasi pendidik dan kewajiban hadir di sekolah.
-   Pendekatan humanistik mengkombinasikan metode pembelajaran individual dan kelompok. Pendidik memiliki status kesetaraan dengan peserta didik.
-   Pendekatan humanistik memelihara kebebasan peserta didik untuk tumbuh dan melindungi peserta didik dari tekanan keluarga dan masyarakat.
-   Penggunaan pendekatan humanistik dalam pendidikan akan melahirkan peserta didik menjadi individu yang beraktualisasi diri.


Monday, December 20, 2010

FONETIK

Fonetik ialah suatu kajian tentang bunyi yang bermakna yang mampu dilahirkan oleh manusia. Kajian fonetik melibatkan organ pertuturan, arus udara dan cara dan daerah pertuturan bunyi bahasa.
Fonologi pula ialah suatu kajian mengenai sistem bunyi atau struktur bunyi yang terdapat di dalam sesuatu bahasa. Fonologis mengkaji bunyi yang membawa makna dan sistem  yang terdapat dalam bahasa  tersebut.
Vokal
Berikut adalah kenyataan tentang bunyi vokal yang menunjukkan sifatnya.
vokal adalah bunyi oral tetapi ada yang dinasalkan. Vokal bunyi bersuara. Bunyi vokal terhasil apabila udara keluar melalui rongga oral  dengan cara tanpa sekatan . Sifat vokal ditentukan oleh kedudukan lidah dan keadaan bibir
Vokal terbahagi kepada 3 iaitu vokal tengah, vokal hadapan dan vokal belakang.

Sunday, December 19, 2010

PROSES KOMUNIKASI DALAM BERBAHASA/TEORI PERKEMBANGAN BAHASA

Perkembangan bahasa adalah bahagian terpenting daripada sifat kognitif manusia. Perkembangan bahasa adalah sebuah proses yang bermula awal dalam kehidupan manusia,  ketika seseorang mulai menguasai bahasa dengan belajar. Perkembangan bahasa anak-anak bermula dari yang sederhana hingga yang kompleks. Namun dalam usia empat bulan, bayi boleh membaca bibir dan membezakan bunyi ujaran. Bahasa yang disebut bayi dipanggil mengoceh.

Biasanya, bahasa bermula sebagai mengingati kata-kata sederhana yang berkaitan tanpa makna,  tetapi sebagai anak-anak yang membesar, kata-kata yang memperoleh makna dengan hubungan antara kata-kata dibentuk. Pada waktunya ayat bermula daripada kata-kata yang bergabung bersama untuk mencipta makna logik. Sebagai orang yang semakin meningkat usianya, makna-makna baharu dan perkataan-perkataan baharu dicipta dan kosa kata meningkat dengan lebih perkataan dipelajari.

Bayi menggunakan tubuh mereka, menangis dan lain vokal untuk mengkomunikasikan keinginan,  keperluan dan kecenderungan. Walaupun sebahagian besar anak-anak mulai menyanyi dan akhirnya dengan kata-kata dalam berbagai usia dan kelajuan yang berbeza, mereka belajar bahasa pertama mereka tanpa sedar arahan daripada ibu bapa atau pengasuh. Kajian menunjukkan bahawa pembelajaran awal bermula dalam rahim ketika janin dapat mengenali suara dan pola bicara dari suara ibunya.


1.1   Teori Mentalis – Noam Chomsky

Noam Chomsky ( 1957 ), menyatakan bahawa pemerolehan bahasa berlaku secara mentalis. Menurutnya kanak-kanak dilahirkan dengan alat pemerolehan bahasa yang bersifat universal. Melalui alat ini kanak-kanak berpotensi secara semulajadi untuk mempelajari bahasa apa sahaja. Chomsky mendasarkan teorinya kepada satu Hipotesis Nurani ( The Innateness Hypothesis) yang menyatakan bahawa manusia telah diperlengkap dengan  ”sesuatu” yang khas secara semulajadi untuk berbahasa (Mangantar
Simanjuntak, 1987). Otak manusia telah diperlengkap dengan struktur bahasa sejagat yang dikenali sebagai LAD ( Language Acquistion Device).

Bagi menguatkan Hipotesis Nuraninya, Chomsky memberikan pengamatan penting, antaranya :

i.    Semua kanak-kanak normal, asalkan didedahkan kepada bahasa ibundanya, memperolehi bahasa itu.
ii.   Pemerolehan bahasa tidak ada kaitan dengan kecerdasan
iii.  Bahasa tidak dapat diajar kepada makhluk lain
iv.   Proses pemerolehan bahasa semua kanak-kanak adalah sama mengikut jadual semula      jadinya.
v.    Struktur bahasa sangat rumit dan bersifat sejagat.
Chomsky juga menyebut bahawa ada dua proses yang terjadi ketika seorang kanak-kanak memperoleh bahasa pertamanya. Proses yang dimaksudkan adalah proses kemampuan (competence) dan proses pengucapan ( performance). Kedua proses ini merupakan dua proses yang berlainan. Kemampuan atau kompetensi adalah proses penguasaan tata bahasa ( fonologi, morfologi, sintaksis, dan semantik). Kompetensi ini dibawa oleh anak sejak lahir. Meskipun dibawa sejak lahir, kompetensi memerlukan pembinaan sehingga anak-anak memiliki pengucapan dalam berbahasa.

Pengucapan adalah kemampuan anak-anak menggunakan bahasa untuk berkomunikasi. Pengucapan atau performansi terdiri daripada dua proses, iaitu proses pemahaman dan proses penerbitan kalimat-kalimat. Proses pemahaman melibatkan kemampuan untuk berkomunikasi atau mengamati dan mempersepsi kalimah-kalimah yang didengar, sedangkan proses penerbitan melibatkan kemampuan menghasilkan  kalimat-kalimat sendiri ( Chaer, 2003).  Bagi Chomsky proses komunikasi anak-anak bermula sejak kanak-kanak dilahirkan, menurutnya setiap manusia yang dilahirkan di dunia ini sudah ada kecekapan untuk berbahasa apabila sampai waktunya. Potensi berbahasa ini sebenarnya ialah sifat akal, iaitu yang bersifat semulajadi. Dengan yang demikian, akalnya membolehkan seseorang untuk menerbitkan perkataan atau ayat yang tak terkira.

Chomsky juga berhujah bahawa peringkat permulaan belajar bukan sahaja terhad kepada operasi rangsangan dan tindak balas, malah proses kognitif turut terlibat dalam proses pembelajaran tersebut. Tanpa peranan kognitif perkembangan bahasa dan komunikasi terbatas pada hal yang dialami sahaja. Seterusnya beliau berpendapat bahawa bahasa bersifat kreatif.  Penghasilan sesuatu bahasa tidak terbatas kepada objek dan peristiwa atau pengalaman yang dapat digarap oleh perilaku semata-mata. Ujar beliau, semua komponen bahasa dan komunikasi berkembang secara kreatif , mengimbau atau melangkau batasan  pengalaman naluri, iaitu rangsangan dan tindak balas. Oleh sebab daya kreativiti itu, maka setiap kalimat seseorang mendengar , bertutur, membaca dan menulis adalah sesuatu yang baharu.

Chomsky menjelaskan bahawa setiap penutur dan pendengar  mempunyai kompetensi dan prestasi. Kompetensi dapat diertikan sebagai sistem rumus yang mampu menghasilkan kalimat yang tidak terbatas. Dengan kata lain, kompetensi ialah pengetahuan penutur mengenai bahasa. Ia merupakan unsur dalaman dan berada di dalam otak. Sementara prestasi pula dapat diertikan sebagai bunyi-bunyi yang dilafazkan. Bunyi-bunyi ini bermakna dan dapat difahami oleh pendengarnya. Berbeza dengan kompentesi ia terletak di bahagian luar otak. Oleh sebab itu, proses komunikasi terus berlaku antara penutur dan pendengar bahasa.

Seterusnya, Chomsky menerangkan bahawa tatabahasa generatif dalam otak diperoleh oleh penutur daripada otaknya sendiri. Ini adalah kerana penutur telah pun mempunyai tatabahasa sejagat yang diperoleh secara semula jadi. Semasa seseorang kanak-kanak itu membesar, dia sudah tentu akan dipengaruhi oleh persekitaran. Setelah berumur lima tahun, kanak-kanak itu akan membentuk tatabahasa generatif dalam otaknya. Dengan menghubungkan tatabahasa sejagat dan pengalaman daripada persekitarannya, kanak-kanak itu akan dapat berkomunikasi serta menghasilkan tatabahasa generatif pada taraf kompentasi.


Setelah kanak-kanak memperoleh kemampuan, dia akan mempunyai pengucapan atau performansi. Kemampuan atau kompetensi seumpama ini seterusnya menghasilkan prestasi. Kemudian prestasi ini pula akan menghasilkan elemen atau komunikasi seperti ayat-ayat yang didengar oleh pendengar, iaitu dari telinga ke  dalam otak dan mengulangi pula proses yang sama apabila pendengar bertutur, maka akan wujudlah proses komunikasi antara penutur dan pendengar.

Teori linguistik Chomsky menekankan bahagian dalam bahasa yang berupa proses mental yang dapat menghasilkan bahasa tanpa perangsang daripada luar. Teori ini memakai skema S-O-R ( stimulus-organism-response) yang menganggap bahasa sebagai pengetahuan yang dihasilkan oleh sesuatu dalam otak dan saraf setelah menerima unsur-unsur dalam bentuk perangsang daripada pancaindera.

Sehubungan itu, Chomsky telah memperkenalkan teori linguistik yang disebut Nahu Transformasi Generatif ( TG). Teori ini menerangkan bahawa kanak-kanak mempunyai LAD yang dibawa sejak lahir yang memungkinkan kanak-kanak itu memperoleh bahasa ibundanya dengan mudah. Dengan adanya LAD, kanak-kanak dapat bentuk-bentuk komunikasi yang diterima dalam bahasa itu, dan menolak bentuk-bentuk yang bukan struktur bahasa berkenaan. Binaan ayat biasanya mempunyai hubungan erat antara elemen dan menggunakan simbol atau rumus untuk menganalisis nahu. Sesuatu binaan ayat dapat dihuraikan dengan memahami struktur luaran dan struktur dalaman.

Oleh itu, kedua-dua perkara iaitu proses kemampuan atau kompentasi dan pengucapan atau performansi amat penting dalam proses komunikasi dalam berbahasa.

Saturday, December 18, 2010

PENDEKATAN BERTEMA DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN DI SEKOLAH

Bidang pengajaran yang dipilih ialah Pendidikan Kesihatan yang bertemakan ”makanan”.Perkara penting yang ada dalam tema makanan ini ialah ia boleh merentas semua mata pelajaran.Dalam mata pelajaran seni visual, murid akan diminta melukis gambar rajah makanan yang mereka gemari atau makanan yang paling tidak digemari dan mewrnakan gambar itu mengikut citarasa masing-masing.Manakala bagi mata pelajaran matematik, murid boleh mengira jumlah makanan yang mereka ambil dalam masa sehari seperti sarapan.makan tengah hari dan makan malam.  Dalam aktiviti mata pelajaran muzik pula, pelajar boleh menyanyikan lagu tentang makanan seperti “Makan Makanan Seimbang”, “Kurangkan gula dalam makanan, lebihkan Manis dalam senyuman” dan lain-lain lagi.

Selain itu,ia perlu bersesuaian dengan pengalaman dan kehidupan pelajar.Tema makanan sangat rapat dan begitu serasi dengan pelajar kerana mereka melihat dan berada setiap masa dengan murid-murid.Murid-murid boleh menceritakan dan mentafsir tentang apa jua jenis makanan.Tema ini juga perlu mengambil kira kemudahan untuk mendapatkan bahan dan sumber yang akan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Seperti yang kita tahu,makanan terdapat di sana sini dan murid-murid boleh membawa buah-buahan seperti epal, limau atau rambutan ke sekolah dan menjalankan aktiviti yang telah ditetapkan seperti mengira berapa biji buah yang ada dan sebagainya. Murid-murid juga boleh ditunjukkan buku-buku yang ada kaitan dengan makanan yang boleh didapati di perpustakaan.Selain itu, pemeringkatan tema dari yang mudah kepada yang lebih mencabar. Murid-murid akan diberikan penerangan mengenai makanan ringan dahulu sebelum mendapat pengetahuan mengenai makanan yang berat pada sesi pengajaran yang seterusnya.Contohnya, pada permulaan mereka akan belajar tentang jenis  makanan, makanan ruji dan sebagainya. Selepas itu mereka akan belajar pula tentang pemakanan seimbang,makanan yang berzat dan juga punca-punca yang menyebabkan makanan  menjadi  rosak.

KESAN POSITIF SENI DALAM PENDIDIKAN KEPADA MURID-MURID

i)Kesan positif pertama, ia membantu dalam meningkatkan aktiviti seni estetik kepada kanak-kanak.Contohnya,untuk membolehkan para pelajar menghafal dan mengingati huruf A B C,kaedah menggunakan lagu untuk memperkenalkan tajuk ”A B C ” diajar kepada murid-murid iaitu melalui pendidikan muzik.Semasa kanak-kanak menyanyikan lagu, mereka akan menyebut huruf-huruf ini dengan sebutan yang betul mengikut irama dan melodi yang telah ditetapkan. Oleh yang demikian, pelajar-pelajar dapat menghafal dengan cepat dan  betul.

ii)Kesan positif yang kedua, ia dapat membantu untuk  memahami diri sendiri. Melalui pembelajaran mata pelajaran ini,kita dapat mengenalpasti kebolehan dan bakat yang ada pada setiap murid.Contohnya, murid yang mempunyai bakat dalam bidang muzik seperti pandai bermain gitar, piano atau seksafon perlu digilap bakat yang ada supaya boleh memperkembangkan lagi minat dan kemahiran pelajar itu dalam proses pembelajaran kanak-kanak tersebut.Oleh yang demikian, murid akan mencapai pembelajaran yang optimum, menyeluruh dan menyeronokkan.

iii)Kesan positif yang ketiga, ia dapat  memotivasikan kita supaya menjadi guru yang kreatif, inovatif, peka, berpersonaliti yang seimbang, berketrampilan dan profesional.Seni dalam pendidikan dapat memperkembangkan kreativiti dan kredibiliti seorang guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti cara hendak menghiburkan murid-murid supaya tidak bosan ketika belajar.Guru-guru boleh menggunakan muzik, seni atau pergerakan sebagai salah satu medium yang boleh menyeronokkan murid-murid.Contohnya, apabila pelajar berasa bosan, mereka boleh mengadakan aktiviti-aktiviti yang boleh menjana minda pelajar terbabit supaya proses pembelajaran tetap diteruskan seperti melukis, mewarna,menyanyi ataupun membuat senaman ringan.

(iv)Kesan positif  keempat,  murid-murid diberikan kebebasan untuk menghayati, meluahkan perasaan dan mereka cipta.Kanak-kanak sememangnya bersifat ingin tahu dan penuh dengan  perasaan.Mereka gemar mencuba perkara-perkara baru kerana kanak-kanak berkeinginan untuk meneroka dan mendapat pengalaman baru yang mereka mahu pelajari.Mereka memerlukan ruang yang membolehkan mereka mencurahkan perasaan sebagai  seorang individu .Oleh yang demikian,pendidikan pergerakan menyediakan saluran tersebut yang membolehkan mereka melakukan apa sahaja, misalnya melompat ataupun melakukan regangan dan semua ini boleh dilakukan tanpa dimarahi oleh sesiapapun.Dengan adanya pergerakan ini, murid-murid boleh belajar pelajaran baru seperti melakukan senaman regangan, beriadah ataupun melakukan permainan kecil yang dapat memberikan keseronokan dan menggembiran mereka.



SUBJEK : PENDIDIKAN MORAL - PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR

Bahan Bantu Mengajar adalah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran. Bahan bantu mengajar sama ada elektronik atau bukan elektronik adalah bahan sokongan yang penting untuk meningkatkan kefahaman murid-murid di samping mengekalkan minat belajar. Selain itu bahan bantu mengajar juga dapat menjelaskan mesej yang ingin disampaikan. Proses pengajaran yang disertakan juga dapat menjelaskan mesej yang ingin disampaikan.

 Dale (1969) menyatakan bahawa pengajaran dapat ditingkatkan dengan berkesan bila dibantu dengan media yang membolehkan pengalaman dalam ingatan. Penglibatan melalui pengalaman merupakan cara yang paling berkesan dalam pembelajaran. Penggunaan bahan bantu mengajar yangsesuai dapat memudahkan pengajaran guru serta memberi rangsangan,motivasi dan minat untuk murid-murid pemulihan menguasai kemahiran membaca dan secara langsung akan meningkatkan pencapaian akademik dalam kalangan murid-murid.


ii)Kategori  bahan bantu mengajar:
Bahan bantu mengajar boleh dibahagikan kepada tiga kategori yang terdiri daripada pelbagai jenis iaitu:
    a)Bahan bantu mengajar bukan elektronik
    b)Bahan bantu mengajar elektronik
    c)Bahan-bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar

Untuk pengajaran mata pelajaran Moral tahun 5,  alat bantuan mengajar berbentuk poster berkaitan pencemaran alam sekitar digunakan.Poster yang di pilih ialah poster berkaitan dengan pencemaran air yang di keluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar Malaysia .(JAS).Untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan, kaedah lakonan di pilih sebagai kaedah yang boleh menimbulkan keseronokan kepada murid-murid.

Murid-murid di bahagikan kepada beberapa kumpulan.Beberapa orang murid akan di pilih dari setiap kumpulan akan memegang watak-watak tertentu berdasarkan lampiran 2 yang di sediakan oleh guru.Guru akan memberikan penerangan berkaitan dengan aktiviti lakonan yang akan di jalankan nanti.Guru bertindak sebagai fasilitator untuk memberi bimbingan dan tunjukajar sepanjang proses pembelajaran berjalan.

Setelah itu di ikuti dengan sesi perbincangan diantara ahli-ahli di dalam kumpulan masing-masing.Ahli-ahli di dalam kumpulan akan mengeluarkan pendapat masing-masing berkaitan dengan topik yang di lakonkan.Ketua kumpulan akan mencatatkan isi-isi atau perkara penting berkaitan dengan tajuk pengajaran pada hari itu.Setelah itu setiap kumpulan akaan membentangkan hasil dapatan kumpulan masing-masing.Akhirnya guru akan membuat rumusan.

my baby you

KESUSASTERAAN MELAYU DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Kesusasteraan Melayu dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Memang tidak dapat dinafikan lagi kesusasteraan dapat menarik minat dan memberi kesan yang positif terhadap pembelajaran murid. Ini selaras dengan objektif pengajaran dan pembelajaran Kesusasteraan Melayu dalam Huraian Sukatan Pelajarannya iaitu membolehkan murid:
  •  memahami isi dan menganalisis aspek sastera
  •  mengapreasiasi karya sastera melalui aktiviti sastera
  •  menghayati dan menghargai nilai estetik bahasa
  •  menghargai penulis dan karya yang telah dihasilkannya.
Penggunaan bahan sastera boleh menarik minat dan memberi kesan yang positif terhadap pembelajaran murid.  Menurut Lufti Abas (1987:1), terhadap beberapa kebaikan yang diperoleh melalui penggunaan bahan sastera dalam pendidikan bahasa. Antaranya termasuklah seperti berikut:

  •         Memberikan keseronokan kepada pelajar semasa pengajaran di dalam kelas.   Ini adalah kerana karya sastera itu adalah karya yang indah dan mempunyai       huraian-huraian tentang perkara yang aneh dan ajaib yang telah disusun      dalam cerita begitu dan sekali gus menyeronokkan pelajar kerana kelucuannya.

  •        Karya sastera itu boleh digunakan untuk mengajar sastera mengikut     peringkat     yang sesuai dengan umur, minat, tahap pemikiran dan peringkat     kesukaran pelajaran.    Ini terpulanglah kepada kebijaksanaan guru mata  pelajaran kesusasteraan untuk      membuat pemilihan, penilaian dan penyesuaian  bahan yang digunakan.
 Menurut Subadriah Nair ( 1989) pula, penggunaan bahan-bahan sastera dalam pengajaran bacaan dan kefahaman secara langsung dapat memupuk semangat membaca di jiwa pelajar-pelajar.  Oleh sebab pelajar-pelajar ingin mengetahui kesudahan sesuatu kisah atau cerita yang dibaca di dalam kelas.  Mereka akan membaca novel, cerpen, drama atau prosa klasik itu dengan penuh minat di perpustakaan   atau  di rumah.   Dalam   jangka panjang, pembacaan yang luas akan menambahkan kemahiran mereka daalam aspek bacaan dan kefahaman.

TEKNIK MAIN PERANAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SASTERA dan KESANNYA

Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Sastera.

Teknik ialah cara yang lebih khusus atau spesifik yang digunakan untuk mengajar ( atau menguji sesuatu kemahiran atau aspek bahasa. Ia boleh wujud  dalam   bentuk    aktiviti, strategi atau taktik, dan bahan atau alat yang berkaitan yang   menyokongnya.    Seperti kaedah, teknik dipraktikkan di bilik darjah untuk   tujuan    tertentu     dalam    pengajaran bahasa.  Teknik dicipta untuk membantu guru menjayakan   sesuatu  kaedah   pengajaran.
( Abd. Aziz Abd Talib 2000:29)

Saya telah memilih pelajar-pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Bendahara 06100 Kodiang, Kedah DarulAman sebagai model untuk mengajar Kesusasteraan Melayu. Saya mengambil genre cerpen sebagai   pengajaran  dan  pembelajaran di bilik darjah. Tajuk cerpen yang diajar ialah    Paku  Payung  dan  Limau Mandarin’  karya Azizi Hj. Abdullah. Untuk memberi kefahaman  kepada pelajar-pelajar tentang isi cerpen tersebut, saya telah menggunakan teknik Main Peranan.

2.1   Main Peranan

Main Peranan merupakan satu situasi yang melibatkan   pelajar   memegang   sesuatu peranan sama ada sebagai dirinya sendiri atau individu lain, dan    kemudian  bertindak atau beraksi sebagaimana yang dikehendaki oleh situasi yang ditentukan.  Main  peranan sebagai individu lain sebagai amat sesuai dalam penyesuaian teknik  penggunaan   bahan sastera.  Main peranan sebagai individu lain memerlukan pelajar memainkan peranan berdasarkan tokoh, pekerjaan, kedudukannya dalam masyarakat  atau pertubuhan tertentu.
Oleh  kerana peranan yang diberikan berbeza dari pengalamannya yang sebenar, para pelajar hendaklah diberi peluang menyediakan atau mendapat maklumat yang lengkap tentang peranan tersebut sama ada melalui pembacaan atau membuat rujukan daripada sumber-sumber tertentu. Di samping itu, guru boleh juga menyediakan maklumat tersebut mengikut keperluan.
Kesan Penggunaan Teknik Main Peranan Terhadap Pelajar

Teknik ini amat berkaitan dengan Prinsip Pembelajaran yang ada dalam pembelajaran konstruktivisme. Pendekatan ini dilaksanakan dengan memberi perhatian antaranya kepada perkara berikut :
·         Memberi peluang pelajar berkongsi persepsi antara mereka
·         Menggalakkan pelajar menghormati pandangan alternatif rakan mereka
·         Melaksanakan pengajaran berpusatkan pelajar
·         Menggalakkan pelajar bekerja dalam kumpulan

KESUSASTERAAN DAN FUNGSINYA

Fungsi Kesusasteraan

Semua karya kesusasteraan yang dihasilkan oleh pengarang   adalah  untuk  bacaan pembaca atau masyarakat. Karya dan pembaca saling memerlukan dan lengkap melengkapi. Apa jua karya yang tidak mendapat sambutan pembaca   dianggap  tidak  berjaya. Oleh itu, dapatlah disimpulkan kumpulan sasaran sesebuah karya ialah khalayak.  Sehubungan itu, pengarang menetapkan tujuan sebelum menulis. Di sinilah   bermulanya penelitian tentang peranan dan fungsi kesusasteraan kepada khalayak. Namun  begitu, fungsi itu dilihat daripada dua sudut, iaitu fungsi sastera kepada khalayak dan   fungsi sastera kepada pengarang. Ditinjau daripada sudut pertama, peranan dan fungsi   sastera kepada khalayak dan pembaca adalah sebagai alat yang digunakan untuk mengajar,  mendidik, dan menghibur. Mengajar ialah satu proses menyampaikan pengetahuan. Dengan ilmu yang dipelajari dan difahami, manusia mengetahui  apa-apa   yang   ia  tidak   tahu.
Pengetahuan tidak bererti jika tidak diamalkan. Pada peringkat ini, pendidikan  memainkan peranannya. Mendidik bermaksud menjaga dan melatih. Penjagaan dan latihan akan mewujudkan kebiasaan, berkembang menjadi adat,   membentuk   sifat ( keperibadian), melahirkan kemahuan dan akhirnya menggerakkan laku perbuatan selaras dengan perkara yang didik.


 Melalui cerita Nakhoda Tanggang, khalayak diajar supaya tidak menderhaka kepada ibu kerana perbuatan itu dilaknati Allah. Kesannya amat mengerikan. Si Tanggang menjadi batu. Pengetahuan tentang perkara ini akan tinggal menjadi  ‘gajah putih’ seandainya tidak  dipratikkan atau diyakini. Demikianlah pentingnya pendidikan  untuk   menangani pelbagai masalah sosial. Orang yang tidak terdidiklah yang cenderung   melakukan  perbuatan salah. Di samping mengajar dan mendidik, karya sastera juga    berfungsi  untuk memberi hiburan. Menghibur bertujuan untuk menenangkan atau   menggirangkan   hati.
Dapat disimpulkan bahawa kesusasteraan memberi pengetahuan, menyemai   niali-nilai murni untuk diteladani dan dipratikkan dalam kehidupan seharian, memberi  ketenangan, dan kerehatan fikiran setelah penat bekerja, serta memberi kepuasan setelah  menikmati keindahan karya seni.

Ditinjau daripada sudut kedua pula,  usaha   para   pengarang   menghasilkan   pelbagai karya boleh dianggap sebagai perbuatan yang luar biasa. Sebagai manusia yang   peka, sudah tentulah seseorang pengarang itu berkarya untuk memenuhi tututan tertentu. Pada hakikatnya, pengarang menjadikan karyanya sebagai alat untuk mendapatkan   kepuasan serta keseronokan, memperbaiki dan menajamkan pemikirannya, berbakti kepada masyarakat dan menyara kehidupannya.

PENGERTIAN KESUSASTERAAN

Terdapat pelbagai definisi yang diberikan untuk memberi makna kepada kata
‘kesusasteraan’. Hashim Awang menyimpulkan erti kesusasteraan sebagai ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Kesusasteraan berasal daripada cantuman kata ‘su’ dan ‘sastra’ dalam bahasa Sanskrit. Kemudian diberi apitan ‘ke…an’ untuk membentuk kata nama. Makna-maknanya adalah seperti berikut :
                    su                             =        baik, indah, cantik, dan berguna
                    sastra                        =        karya ( lisan/bertulis ) atau buku
                    susastra                     =        karya yang indahdan berguna
                    kesusasteraan             =         semua bentuk karya bernilai   seni dan berguna

Berdasarkan huraian-huraian di atas, dapatlah disimpulkan bahawa kesusasteraan merupakan kesemua hasil seni yang disampaikan melalui bahasa dan ia ditujukan kepada pembaca bagi karya bertulis atau penonton drama. Istilah kesusasteraan Melayu merujuk kepada karya-karya kesusasteraan yang ditulis dalam bahasa Melayu.

Shahnon Ahmad (1991),   menegaskan  bahawa  sastera sebagai   seismograf   kehidupan iaitu sastera bukan sahaja mencatatkan tetapi menganalisis perihal manusia   dan  masyarakat. Melalui sastera, banyak yang dapat dipelajari. Bagi Shahnon,   sastera   sangat   diperlukan untuk melengkapkan nilai sesuatu masyarakat. Melalui sastera masyarakat  juga
dapat mempelajari sejarahnya untuk memperbaiki kehidupan mereka. Menurut A. Samad  Said ( 1998 ),  melalui sastera ditemui unsur moral,  keindahan,   hati   nurani ,   keadilan, ketakwaan, kebijaksanaan, dan tazkiyah dan disampaikan secara sederhana,  tetapi  amat berkesan dijiwa.

Usman Awang (1995)   menulis   bahawa   sastera  meliputi  semua  aspek   kehidupan manusia secara meluas. Sastera ialah satu bentuk seni yang menggunakan bahasa.  Melalui bahasa, keperihalan manusia dan kemanusiaan dibangunkan dengan  penuh  kesedaran tentang mesej dan keindahan.  Mesej yang disampaikan dengan bahasa yang terpilih memberikan kekuatan keindahan kepada karya sastera dan menyuburkan penghayatan pembaca.  Sastera membawa dunia baharu kepada pembaca dan dunia ini memper-
kaya pembaca dalam konteks emosi dan intelek. Sastera berupaya memberikan  pendidikan kepada emosi dan intelek pembaca. Pendidikan yang mampu dibawa oleh sastera ialah satu pengertian lama tentang erti sastera, tetapi masih relevan erti sastera  kepada kehidupan manusia.

Sastera pernah menjadi menjadi wahana menyemarakkan semangat kebangsaan dalam kalangan masyarakat Melayu pada tahun 1930-an. Sastera digunakan untuk menanamkan 
semangat cinta kepada tanah air, menyuburkan semangat patrotik, menggalakan perkem
bangan semangat cinta akan bahasa dan kebudayaan sendiri, memperlihatkan keburukan
pemerintahan penjajah yang tidak jujur, dan membentuk semangat perpaduan. Lahir sasterawan seperti Harun Aminurrasyid ( Melor Kuala Lumpur ),   Ahmad  Bakhtiar ( Korban Keris Melaka ),  Shamsudin Salleh ( Pemimpin Sulit ),  dan  Ishak   Haji Muhammad ( Anak Mat Lela Gila ). Hari ini sastera masih bererti untuk menyemarakkan semangat itu apabila kita dapati bahawa masih banyak sasterawan yang menghasilkan sajak yang berkaitan dengan kemerdekaan.

KESUSASTERAAN SECARA UMUM

Apabila memperkatakan kesusasteraan,  hal ini tidak   dapat    dipisahkan   daripada manusia dan masyarakat. Dalam usaha kita untuk memperkasakan sastera dan meluaskan khalayak sastera kita tidak dapat lari daripada hakikat bahawa kita perlu meneliti situasi semasa yang begitu banyak berubah yang turut menyebabkan   perubahan   dalam  nilai, minat , sikap dan keperluan masyarakat terhadap sastera. Sastera merupakan  hasil  seni yang disampaikan melalui bahasa. ( Hashim Awang, 1985:2) Tidak keterlaluan sekiranya dikatakan sastera mampu membentuk tamadun sesuatu    bangsa kerana  ia  bukan  sahaja mempunyai hubungan rapat dengan masyarakat namun juga terlibat   dengan  pergolakan yang berlaku dalam masyarakat tersebut. Karya sastera membincangkan apa yang berlaku dan apa yang terlihat pada sesuatu masyarakat sambil   mengemukakan   sikap   dan  pan-
dangan pengarangnya (Baharuddin Zainal, 1975 :1) Di sini nyata sastera amat diperlukan dalam kehidupan masyarakat maju, seperti masyarakat di Malaysia.

A Queen of the Night 月下美人-evolusi bunga bakawali

PENGARUH BAHASA JAWA.PARSI,TAMIL ke dalam BAHASA MELAYU

                     Bahasa Jawa
       Sejarah dan Kosa Kata
Penyebaran bahasa Jawa ke dalam bahasa Melayu berlaku melalui pelbagai  cara. Antaranya ialah melalui pengaruh kerajaan  Jawa, Majapahit dan Mataram di Kepulauan Melayu.  Semasa keagungan kerajaan Jawa, bahasa Jawa telah digunakan sebagai bahasa pertuturan oleh sebilangan besar penduduk di Kepulauan Melayu. Elemen-elemen Jawa juga tersebar melalui buku-buku sastera seperti cerita  panji.
 Unsur-unsur jawa tersebar ke dalam bahasa Melayu menerusi interaksi  orang-orang Jawa dengan penduduk Semenanjung Tanah Melayu  semasa penghijrahan mereka  ke sini.
Antara kosa kata Jawa yang masih digunakan ialah perabot.lontong.lumrah,pinggir.lempeng.lurah,prihatin , gado-gado dan gemelan.

                     Bahasa Parsi Dan Tamil
           Sejarah dan Kosa Kata
Perbendaharaan Kata Parsi dan Tamil juga  diserap ke dalam bahasa Melayu melalui interaksi dengan penutur bahasa ini. Terdapat ramai penutur bahasa Parsi dan Tamil yang menetap di Kepulauan  Melayu dalam jangka masa yang lama. Kata pinjaman Parsi dan Tamil masih kekal  digunakan walaupun jumlah yang dipinjam tidak banyak. Bahasa Parsi dan Tamil ini juga meminjam bahasa lain seperti Yunani, Portugis, Inggeris dan bahasa-bahasa Timur. Justeru bahasa ini merupakan pinjaman atas pinjaman iaitu dipinjam daripada bahasa lain kemudian dipinjam ke bahasa Melayu.  Bahasa yang dipinjam meliputi pelbagai aspek seperti  barang-barang makanan,pakaian,peralatan rumah dan  barang-barang perdagangan. Berikut ialah kata pinjaman Parsi dan Tamil.
                    Kata      Pinjaman Parsi
     
Bahasa  Melayu
Bahasa Parsi
agar
anggur
badam
bazar
kurma
pahlawan
temasya
agar
angur
badam
bazar
khorma
pahlavan
tamasha


              Kata Pinjaman Tamil

Bahasa  Melayu
Bahasa Tamil
emak
ayah
kakak
canai
cerut
kedai
mempelam
mempelai
amma
appa
akkaa
caanai
currrutu
kadai
mampalam
maapillai


.
  Unsur Bahasa Jawa,Sunda,Bugis,Sumatera  (Bahasa Indonesia)
Pengaruh bahasa Indonesia ini diterima ke dalam bahasa Melayu melalui cerita-cerita panji,pengaruh kerajaan Jawa pada zaman silam,orang-orang
Malaysia yang berketurunan Indonesia, perancangan bahasa dan media massa.

Antara kosa kata pinjaman daripada bahasa Indonesia ialah
               Jawa dan Sunda : nona,saban,waras,wayang,oleh-oleh,ronggeng,
                                         warung dan nona.
       Sumatera : gadis,teliti,ragu dan teromba. 

PENGARUH BAHASA CINA ke dalam BAHASA MELAYU

      Bahasa Cina
      Sejarah dan Kosa kata
Kata pinjaman dalam bahasa Melayu kebanyakannya diserap daripada bahasa Hokien Selatan iaitu Fujian Selatan. Orang Hokien ialah bangsa Cina yang awal datang ke Tanah Melayu. Kosa kata bahasa Cina banyak diserap ke dalam bahasa Melayu menerusi perhubungan mereka dengan masyarakat tempatan. Perkataan pinjaman daripada bahasa Cina meliputi perkataan yang berkaitan dengan makanan,adat-istiadat,sistem panggilan,peralatan,permainan dan kebudayaan. Antara kata pinjaman bahasa Cina dalam bahasa Melayu ialah:
Bidang
Bahasa Melayu
Bahasa  Cina
Sayur-sayuran, Buah-buahan dan Makanan
bihun
kailan
kuaci
kuetiau
bihun
kailan
ku atsi
kuetio
Pakaian dan Barang Dagangan
ceongsam
gincu
hun
tsong sam
gun tsu
hun
Peralatan
teko
pangkeng
loteng
te-ko
pang-king
lao-ting
Manusia dan Budaya
gua
angpau
lu
gua
angpo
lu
Permainan
pakau
ceki
pakau
tsit ki
Kenderaan
sampan
beca
sam-pan
be tsia