Saturday, December 18, 2010

TEKNIK MAIN PERANAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SASTERA dan KESANNYA

Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Sastera.

Teknik ialah cara yang lebih khusus atau spesifik yang digunakan untuk mengajar ( atau menguji sesuatu kemahiran atau aspek bahasa. Ia boleh wujud  dalam   bentuk    aktiviti, strategi atau taktik, dan bahan atau alat yang berkaitan yang   menyokongnya.    Seperti kaedah, teknik dipraktikkan di bilik darjah untuk   tujuan    tertentu     dalam    pengajaran bahasa.  Teknik dicipta untuk membantu guru menjayakan   sesuatu  kaedah   pengajaran.
( Abd. Aziz Abd Talib 2000:29)

Saya telah memilih pelajar-pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Bendahara 06100 Kodiang, Kedah DarulAman sebagai model untuk mengajar Kesusasteraan Melayu. Saya mengambil genre cerpen sebagai   pengajaran  dan  pembelajaran di bilik darjah. Tajuk cerpen yang diajar ialah    Paku  Payung  dan  Limau Mandarin’  karya Azizi Hj. Abdullah. Untuk memberi kefahaman  kepada pelajar-pelajar tentang isi cerpen tersebut, saya telah menggunakan teknik Main Peranan.

2.1   Main Peranan

Main Peranan merupakan satu situasi yang melibatkan   pelajar   memegang   sesuatu peranan sama ada sebagai dirinya sendiri atau individu lain, dan    kemudian  bertindak atau beraksi sebagaimana yang dikehendaki oleh situasi yang ditentukan.  Main  peranan sebagai individu lain sebagai amat sesuai dalam penyesuaian teknik  penggunaan   bahan sastera.  Main peranan sebagai individu lain memerlukan pelajar memainkan peranan berdasarkan tokoh, pekerjaan, kedudukannya dalam masyarakat  atau pertubuhan tertentu.
Oleh  kerana peranan yang diberikan berbeza dari pengalamannya yang sebenar, para pelajar hendaklah diberi peluang menyediakan atau mendapat maklumat yang lengkap tentang peranan tersebut sama ada melalui pembacaan atau membuat rujukan daripada sumber-sumber tertentu. Di samping itu, guru boleh juga menyediakan maklumat tersebut mengikut keperluan.
Kesan Penggunaan Teknik Main Peranan Terhadap Pelajar

Teknik ini amat berkaitan dengan Prinsip Pembelajaran yang ada dalam pembelajaran konstruktivisme. Pendekatan ini dilaksanakan dengan memberi perhatian antaranya kepada perkara berikut :
·         Memberi peluang pelajar berkongsi persepsi antara mereka
·         Menggalakkan pelajar menghormati pandangan alternatif rakan mereka
·         Melaksanakan pengajaran berpusatkan pelajar
·         Menggalakkan pelajar bekerja dalam kumpulan

KESUSASTERAAN DAN FUNGSINYA

Fungsi Kesusasteraan

Semua karya kesusasteraan yang dihasilkan oleh pengarang   adalah  untuk  bacaan pembaca atau masyarakat. Karya dan pembaca saling memerlukan dan lengkap melengkapi. Apa jua karya yang tidak mendapat sambutan pembaca   dianggap  tidak  berjaya. Oleh itu, dapatlah disimpulkan kumpulan sasaran sesebuah karya ialah khalayak.  Sehubungan itu, pengarang menetapkan tujuan sebelum menulis. Di sinilah   bermulanya penelitian tentang peranan dan fungsi kesusasteraan kepada khalayak. Namun  begitu, fungsi itu dilihat daripada dua sudut, iaitu fungsi sastera kepada khalayak dan   fungsi sastera kepada pengarang. Ditinjau daripada sudut pertama, peranan dan fungsi   sastera kepada khalayak dan pembaca adalah sebagai alat yang digunakan untuk mengajar,  mendidik, dan menghibur. Mengajar ialah satu proses menyampaikan pengetahuan. Dengan ilmu yang dipelajari dan difahami, manusia mengetahui  apa-apa   yang   ia  tidak   tahu.
Pengetahuan tidak bererti jika tidak diamalkan. Pada peringkat ini, pendidikan  memainkan peranannya. Mendidik bermaksud menjaga dan melatih. Penjagaan dan latihan akan mewujudkan kebiasaan, berkembang menjadi adat,   membentuk   sifat ( keperibadian), melahirkan kemahuan dan akhirnya menggerakkan laku perbuatan selaras dengan perkara yang didik.


 Melalui cerita Nakhoda Tanggang, khalayak diajar supaya tidak menderhaka kepada ibu kerana perbuatan itu dilaknati Allah. Kesannya amat mengerikan. Si Tanggang menjadi batu. Pengetahuan tentang perkara ini akan tinggal menjadi  ‘gajah putih’ seandainya tidak  dipratikkan atau diyakini. Demikianlah pentingnya pendidikan  untuk   menangani pelbagai masalah sosial. Orang yang tidak terdidiklah yang cenderung   melakukan  perbuatan salah. Di samping mengajar dan mendidik, karya sastera juga    berfungsi  untuk memberi hiburan. Menghibur bertujuan untuk menenangkan atau   menggirangkan   hati.
Dapat disimpulkan bahawa kesusasteraan memberi pengetahuan, menyemai   niali-nilai murni untuk diteladani dan dipratikkan dalam kehidupan seharian, memberi  ketenangan, dan kerehatan fikiran setelah penat bekerja, serta memberi kepuasan setelah  menikmati keindahan karya seni.

Ditinjau daripada sudut kedua pula,  usaha   para   pengarang   menghasilkan   pelbagai karya boleh dianggap sebagai perbuatan yang luar biasa. Sebagai manusia yang   peka, sudah tentulah seseorang pengarang itu berkarya untuk memenuhi tututan tertentu. Pada hakikatnya, pengarang menjadikan karyanya sebagai alat untuk mendapatkan   kepuasan serta keseronokan, memperbaiki dan menajamkan pemikirannya, berbakti kepada masyarakat dan menyara kehidupannya.

PENGERTIAN KESUSASTERAAN

Terdapat pelbagai definisi yang diberikan untuk memberi makna kepada kata
‘kesusasteraan’. Hashim Awang menyimpulkan erti kesusasteraan sebagai ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Kesusasteraan berasal daripada cantuman kata ‘su’ dan ‘sastra’ dalam bahasa Sanskrit. Kemudian diberi apitan ‘ke…an’ untuk membentuk kata nama. Makna-maknanya adalah seperti berikut :
                    su                             =        baik, indah, cantik, dan berguna
                    sastra                        =        karya ( lisan/bertulis ) atau buku
                    susastra                     =        karya yang indahdan berguna
                    kesusasteraan             =         semua bentuk karya bernilai   seni dan berguna

Berdasarkan huraian-huraian di atas, dapatlah disimpulkan bahawa kesusasteraan merupakan kesemua hasil seni yang disampaikan melalui bahasa dan ia ditujukan kepada pembaca bagi karya bertulis atau penonton drama. Istilah kesusasteraan Melayu merujuk kepada karya-karya kesusasteraan yang ditulis dalam bahasa Melayu.

Shahnon Ahmad (1991),   menegaskan  bahawa  sastera sebagai   seismograf   kehidupan iaitu sastera bukan sahaja mencatatkan tetapi menganalisis perihal manusia   dan  masyarakat. Melalui sastera, banyak yang dapat dipelajari. Bagi Shahnon,   sastera   sangat   diperlukan untuk melengkapkan nilai sesuatu masyarakat. Melalui sastera masyarakat  juga
dapat mempelajari sejarahnya untuk memperbaiki kehidupan mereka. Menurut A. Samad  Said ( 1998 ),  melalui sastera ditemui unsur moral,  keindahan,   hati   nurani ,   keadilan, ketakwaan, kebijaksanaan, dan tazkiyah dan disampaikan secara sederhana,  tetapi  amat berkesan dijiwa.

Usman Awang (1995)   menulis   bahawa   sastera  meliputi  semua  aspek   kehidupan manusia secara meluas. Sastera ialah satu bentuk seni yang menggunakan bahasa.  Melalui bahasa, keperihalan manusia dan kemanusiaan dibangunkan dengan  penuh  kesedaran tentang mesej dan keindahan.  Mesej yang disampaikan dengan bahasa yang terpilih memberikan kekuatan keindahan kepada karya sastera dan menyuburkan penghayatan pembaca.  Sastera membawa dunia baharu kepada pembaca dan dunia ini memper-
kaya pembaca dalam konteks emosi dan intelek. Sastera berupaya memberikan  pendidikan kepada emosi dan intelek pembaca. Pendidikan yang mampu dibawa oleh sastera ialah satu pengertian lama tentang erti sastera, tetapi masih relevan erti sastera  kepada kehidupan manusia.

Sastera pernah menjadi menjadi wahana menyemarakkan semangat kebangsaan dalam kalangan masyarakat Melayu pada tahun 1930-an. Sastera digunakan untuk menanamkan 
semangat cinta kepada tanah air, menyuburkan semangat patrotik, menggalakan perkem
bangan semangat cinta akan bahasa dan kebudayaan sendiri, memperlihatkan keburukan
pemerintahan penjajah yang tidak jujur, dan membentuk semangat perpaduan. Lahir sasterawan seperti Harun Aminurrasyid ( Melor Kuala Lumpur ),   Ahmad  Bakhtiar ( Korban Keris Melaka ),  Shamsudin Salleh ( Pemimpin Sulit ),  dan  Ishak   Haji Muhammad ( Anak Mat Lela Gila ). Hari ini sastera masih bererti untuk menyemarakkan semangat itu apabila kita dapati bahawa masih banyak sasterawan yang menghasilkan sajak yang berkaitan dengan kemerdekaan.

KESUSASTERAAN SECARA UMUM

Apabila memperkatakan kesusasteraan,  hal ini tidak   dapat    dipisahkan   daripada manusia dan masyarakat. Dalam usaha kita untuk memperkasakan sastera dan meluaskan khalayak sastera kita tidak dapat lari daripada hakikat bahawa kita perlu meneliti situasi semasa yang begitu banyak berubah yang turut menyebabkan   perubahan   dalam  nilai, minat , sikap dan keperluan masyarakat terhadap sastera. Sastera merupakan  hasil  seni yang disampaikan melalui bahasa. ( Hashim Awang, 1985:2) Tidak keterlaluan sekiranya dikatakan sastera mampu membentuk tamadun sesuatu    bangsa kerana  ia  bukan  sahaja mempunyai hubungan rapat dengan masyarakat namun juga terlibat   dengan  pergolakan yang berlaku dalam masyarakat tersebut. Karya sastera membincangkan apa yang berlaku dan apa yang terlihat pada sesuatu masyarakat sambil   mengemukakan   sikap   dan  pan-
dangan pengarangnya (Baharuddin Zainal, 1975 :1) Di sini nyata sastera amat diperlukan dalam kehidupan masyarakat maju, seperti masyarakat di Malaysia.

A Queen of the Night 月下美人-evolusi bunga bakawali

PENGARUH BAHASA JAWA.PARSI,TAMIL ke dalam BAHASA MELAYU

                     Bahasa Jawa
       Sejarah dan Kosa Kata
Penyebaran bahasa Jawa ke dalam bahasa Melayu berlaku melalui pelbagai  cara. Antaranya ialah melalui pengaruh kerajaan  Jawa, Majapahit dan Mataram di Kepulauan Melayu.  Semasa keagungan kerajaan Jawa, bahasa Jawa telah digunakan sebagai bahasa pertuturan oleh sebilangan besar penduduk di Kepulauan Melayu. Elemen-elemen Jawa juga tersebar melalui buku-buku sastera seperti cerita  panji.
 Unsur-unsur jawa tersebar ke dalam bahasa Melayu menerusi interaksi  orang-orang Jawa dengan penduduk Semenanjung Tanah Melayu  semasa penghijrahan mereka  ke sini.
Antara kosa kata Jawa yang masih digunakan ialah perabot.lontong.lumrah,pinggir.lempeng.lurah,prihatin , gado-gado dan gemelan.

                     Bahasa Parsi Dan Tamil
           Sejarah dan Kosa Kata
Perbendaharaan Kata Parsi dan Tamil juga  diserap ke dalam bahasa Melayu melalui interaksi dengan penutur bahasa ini. Terdapat ramai penutur bahasa Parsi dan Tamil yang menetap di Kepulauan  Melayu dalam jangka masa yang lama. Kata pinjaman Parsi dan Tamil masih kekal  digunakan walaupun jumlah yang dipinjam tidak banyak. Bahasa Parsi dan Tamil ini juga meminjam bahasa lain seperti Yunani, Portugis, Inggeris dan bahasa-bahasa Timur. Justeru bahasa ini merupakan pinjaman atas pinjaman iaitu dipinjam daripada bahasa lain kemudian dipinjam ke bahasa Melayu.  Bahasa yang dipinjam meliputi pelbagai aspek seperti  barang-barang makanan,pakaian,peralatan rumah dan  barang-barang perdagangan. Berikut ialah kata pinjaman Parsi dan Tamil.
                    Kata      Pinjaman Parsi
     
Bahasa  Melayu
Bahasa Parsi
agar
anggur
badam
bazar
kurma
pahlawan
temasya
agar
angur
badam
bazar
khorma
pahlavan
tamasha


              Kata Pinjaman Tamil

Bahasa  Melayu
Bahasa Tamil
emak
ayah
kakak
canai
cerut
kedai
mempelam
mempelai
amma
appa
akkaa
caanai
currrutu
kadai
mampalam
maapillai


.
  Unsur Bahasa Jawa,Sunda,Bugis,Sumatera  (Bahasa Indonesia)
Pengaruh bahasa Indonesia ini diterima ke dalam bahasa Melayu melalui cerita-cerita panji,pengaruh kerajaan Jawa pada zaman silam,orang-orang
Malaysia yang berketurunan Indonesia, perancangan bahasa dan media massa.

Antara kosa kata pinjaman daripada bahasa Indonesia ialah
               Jawa dan Sunda : nona,saban,waras,wayang,oleh-oleh,ronggeng,
                                         warung dan nona.
       Sumatera : gadis,teliti,ragu dan teromba. 

PENGARUH BAHASA CINA ke dalam BAHASA MELAYU

      Bahasa Cina
      Sejarah dan Kosa kata
Kata pinjaman dalam bahasa Melayu kebanyakannya diserap daripada bahasa Hokien Selatan iaitu Fujian Selatan. Orang Hokien ialah bangsa Cina yang awal datang ke Tanah Melayu. Kosa kata bahasa Cina banyak diserap ke dalam bahasa Melayu menerusi perhubungan mereka dengan masyarakat tempatan. Perkataan pinjaman daripada bahasa Cina meliputi perkataan yang berkaitan dengan makanan,adat-istiadat,sistem panggilan,peralatan,permainan dan kebudayaan. Antara kata pinjaman bahasa Cina dalam bahasa Melayu ialah:
Bidang
Bahasa Melayu
Bahasa  Cina
Sayur-sayuran, Buah-buahan dan Makanan
bihun
kailan
kuaci
kuetiau
bihun
kailan
ku atsi
kuetio
Pakaian dan Barang Dagangan
ceongsam
gincu
hun
tsong sam
gun tsu
hun
Peralatan
teko
pangkeng
loteng
te-ko
pang-king
lao-ting
Manusia dan Budaya
gua
angpau
lu
gua
angpo
lu
Permainan
pakau
ceki
pakau
tsit ki
Kenderaan
sampan
beca
sam-pan
be tsia