Sunday, June 5, 2011

jawapan fonetik

JAWAPAN soalan FONETIK 1
1. Pengetahuan tentang peranan alat dan daerah artikulasi penting dalam memahami jenis–jenis bunyi bahasa.Namakan mengikut turutan jenis bunyi bahasa yang sesuai dengan penyataan yang diberi di bawah.
(a) Bunyi yang dihasilkan apabila lelangit lembut diturunkan bagi membolehkan udara keluar melalui rongga hidung.
Jawapan – vocal sengau
(b) Bunyi yang dihasilkan dengan geluncuran dua bunyi vokal tetapi hanya mengandungi satu puncak sebutan.
Jawapan -Diftong
(c) Bunyi yang dihasilkan apabila berlakunya sekatan arus udara, sempitan, dan geseran sama ada di bahagian rongga mulut, tekak atau hidung.
Jawapan- Konsonan ( ialah bunyi-bunyi bahasa yang apabila dikeluarkan bunyi-bunyi ini menerima sekatan, sempitan, dan geseran sama ada di bahagian rongga mulut, tekak atau hidung.)

(d) Bunyi bersuara yang dihasilkan tanpa apa-apa sekatan pada arus udara dan pita suara bergetar.
Jawapan: Vokal
2. Secara ringkas, jelaskan konsep fonologi dan huraikan DUA tujuan ujian fonologi
Fonologi ialah bidang yang mengkaji sistem bunyi yang bermakna yang diucapkan oleh manusia. Apakah yang dikatakan bunyi-bunyi yang bermakna itu? Kita sedia memaklumi bahawa pertuturan ialah bunyi-bunyi yang bermakna kerana apabila dua orang bertutur, mereka saling memahami perkara yang dituturkan.
Kesimpulannya, bidang fonologi sebenarnya merumuskan, menghuraikan dan menjelaskan segala bentuk bunyi di dalam sesuatu bahasa dengan teliti untuk menentukan peraturan dan bentuk bunyi yang tertentu. Sehubungan dengan itu, fonologi dapat dipecahkan kepada dua bahagian- iaitu fonetik dan fonemik.

No comments:

Post a Comment