Sunday, June 5, 2011

fungsi intonasi

Terdapat beberapa fungsi intonasi. Antaranya:

Fungsi Emosional
Fungsi ini digunakan untuk menyatakan pelbagai makna, sikap -seperti kegembiraan, kebosanan, kemarahan, kekejutan, kekecualian, ketakutan, dan ratusan sikap yang lain.

Fungsi Gramatis
Fungsi ini digunakan untuk menandakan kontras dari segi tatabahasa terhadap sesuatu ujaran, sama ada sesuatu klausa atau ayat itu berupa pertanyaan atau pernyataan, positif atau negatif, dan seumpamanya.

Fungsi Struktur Informasi
Fungsi ini digunakan untuk memberikan sesuatu yang baru berbanding dengan yang telah dimaklumkan di dalam makna sesebuah ujaran, iaitu dengan menekankan kala yang membawa makna tersebut.

Fungsi Tekstual
Fungsi ini digunakan untuk membentuk nada dan gaya suara yang turun naik bagi wacana yang lebih luas seperti pembacaan teks berita yang membezakan satu berita dengan berita yang lain.

Fungsi Psikologis
Fungsi ini digunakan untuk membantu kita menggubah bahasa menjadi unit-unit ujaran yang mudah dilihat dan diingat, seperti belajar urutan nombor yang panjang atau ungkapan di dalam ucapan.

Fungsi lndexical
Fungsi ini digunakan untuk menandai identiti seseorang, iaitu membantu mengenali seseorang sama ada tergolong di dalam kumpulan sosial atau pekerjaan yang berbeza, seperti khatib, penjual ubat, atau general tentera.
4.Nyatakan prinsip-prinsip pengajaran fonologi.
PRINSIP PENGAJARAN FONOLOGI DAN SISTEM EJAAN
Prinsip penting bagi semua perkara, subjek, pendapat dan pegangan hidup. Hal ini demikian bagi bidang fonologi dan sistem ejaan. Di dalam fonologi terdapat beberapa prinsip yang perlu anda tahu supaya anda benar benar memahami kehendak sesuau pendapat atau idea. Prinsip yang dinyatakan di bawah penting di dalam pengajaran fonologi.

 Dari mudah kepada susah
 Kontekstual dan autentik
 Menggunakan sumber sebutan jati bahasa pertama
 Tidak menguji ingatan tetapi menguji pemahaman rumus bunyi dan ejaan.
 Memberi tumpuan kepada pendeskriminasian bunyi.
 Bersifat konstruktif
 Menggunakan pelbagai sumber
 Melibatkan ketiga-tiga domain afektif, kognitif dan psikomotor.
 ‘Hands on’ dan ‘minds on’.
 Memberikan tumpuan kepada Kemahiran Bernilai Tambah: pembelajaran konstruktivisme, kemahiran berfikir, pembelajaran kontekstual, kajian masa depan, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, dan kecerdasan pelbagai.
 Mementingkan aspek kesantunan dalam berbahasa

No comments:

Post a Comment