Kata Ganti Nama Diri
Kata Ganti Nama diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama orang.
Kata Ganti Nama digunakan khas untuk manusia.
Kata Ganti Nama Diri terbahagi kepada:
Kata Ganti Nama Diri Pertama
Kata Ganti Nama Diri Kedua
Kata Ganti Nama Diri Ketiga
Kata Ganti Nama Diri terdiri daripada bentuk tunggal dan bentuk jamak.
Kata Ganti Nama Diri Pertama digunakan untuk diri orang yang bercakap
Kata Ganti Nama Diri Tunggal - saya,aku,hamba,beta,patik
Kata Ganti Nama Jamak-kami,kita
Penggunaan kata Ganti Nama Diri:
Saya- digunakan ketika bercakap dengan orang yang lebih tua,teman-teman,orang yang baru dikenali
Aku - digunakan ketika bercakap dengan orang yang sangat rapat dan mesra, ketika berdoa kepada Tuhan
Beta-digunakan oleh raja dan sultan ketika bertitah
Patik digunakan oleh orang biasa ketika bercakap dengan raja dan sultan
Hamba digunakan untuk merujuk kepada diri sendiri
Kami digunakan untuk merujuk diri sendiri dan rakan-rakan
Kita digunakan untuk merujuk kepada diri sendiri serta diri orang kedua
Kata Ganti Nama diri Kedua digunakan untuk menggantikan nama orang yang dilawan bercakap
bersambung....
Saturday, December 25, 2010
Friday, December 24, 2010
Wednesday, December 22, 2010
teori belajar humanistik
Teori belajar Humanistik memandang bahwa:
- Fokus utamanya adalah hasil pendidikan yang bersifat afektif, belajar tentang cara- cara belajar dan meningkatkan kreativitas dan semua potensi peserta didik.
- Hasil belajarnya adalah kemampuan peserta didik mengambil tanggung jawab dalam menentukan apa yang dipelajari dan menjadi individu yang mampu mengarahkan diri sendiri dan mandiri.
- Pentingnya pendekatan pendidikan di bidang seni dan hasrat ingin tahu.
- Pendekatan humanistik kurang menekankan pada kurikulum standar, perencanaan pembelajaran, ujian, sertifikasi pendidik dan kewajiban hadir di sekolah.
- Pendekatan humanistik mengkombinasikan metode pembelajaran individual dan kelompok. Pendidik memiliki status kesetaraan dengan peserta didik.
- Pendekatan humanistik memelihara kebebasan peserta didik untuk tumbuh dan melindungi peserta didik dari tekanan keluarga dan masyarakat.
- Penggunaan pendekatan humanistik dalam pendidikan akan melahirkan peserta didik menjadi individu yang beraktualisasi diri.
Monday, December 20, 2010
FONETIK
Fonetik ialah suatu kajian tentang bunyi yang bermakna yang mampu dilahirkan oleh manusia. Kajian fonetik melibatkan organ pertuturan, arus udara dan cara dan daerah pertuturan bunyi bahasa.
Fonologi pula ialah suatu kajian mengenai sistem bunyi atau struktur bunyi yang terdapat di dalam sesuatu bahasa. Fonologis mengkaji bunyi yang membawa makna dan sistem yang terdapat dalam bahasa tersebut.
Vokal
Berikut adalah kenyataan tentang bunyi vokal yang menunjukkan sifatnya.
vokal adalah bunyi oral tetapi ada yang dinasalkan. Vokal bunyi bersuara. Bunyi vokal terhasil apabila udara keluar melalui rongga oral dengan cara tanpa sekatan . Sifat vokal ditentukan oleh kedudukan lidah dan keadaan bibir
Vokal terbahagi kepada 3 iaitu vokal tengah, vokal hadapan dan vokal belakang.
Fonologi pula ialah suatu kajian mengenai sistem bunyi atau struktur bunyi yang terdapat di dalam sesuatu bahasa. Fonologis mengkaji bunyi yang membawa makna dan sistem yang terdapat dalam bahasa tersebut.
Vokal
Berikut adalah kenyataan tentang bunyi vokal yang menunjukkan sifatnya.
vokal adalah bunyi oral tetapi ada yang dinasalkan. Vokal bunyi bersuara. Bunyi vokal terhasil apabila udara keluar melalui rongga oral dengan cara tanpa sekatan . Sifat vokal ditentukan oleh kedudukan lidah dan keadaan bibir
Vokal terbahagi kepada 3 iaitu vokal tengah, vokal hadapan dan vokal belakang.
Sunday, December 19, 2010
PROSES KOMUNIKASI DALAM BERBAHASA/TEORI PERKEMBANGAN BAHASA
Perkembangan bahasa adalah bahagian terpenting daripada sifat kognitif manusia. Perkembangan bahasa adalah sebuah proses yang bermula awal dalam kehidupan manusia, ketika seseorang mulai menguasai bahasa dengan belajar. Perkembangan bahasa anak-anak bermula dari yang sederhana hingga yang kompleks. Namun dalam usia empat bulan, bayi boleh membaca bibir dan membezakan bunyi ujaran. Bahasa yang disebut bayi dipanggil mengoceh.
Biasanya, bahasa bermula sebagai mengingati kata-kata sederhana yang berkaitan tanpa makna, tetapi sebagai anak-anak yang membesar, kata-kata yang memperoleh makna dengan hubungan antara kata-kata dibentuk. Pada waktunya ayat bermula daripada kata-kata yang bergabung bersama untuk mencipta makna logik. Sebagai orang yang semakin meningkat usianya, makna-makna baharu dan perkataan-perkataan baharu dicipta dan kosa kata meningkat dengan lebih perkataan dipelajari.
Bayi menggunakan tubuh mereka, menangis dan lain vokal untuk mengkomunikasikan keinginan, keperluan dan kecenderungan. Walaupun sebahagian besar anak-anak mulai menyanyi dan akhirnya dengan kata-kata dalam berbagai usia dan kelajuan yang berbeza, mereka belajar bahasa pertama mereka tanpa sedar arahan daripada ibu bapa atau pengasuh. Kajian menunjukkan bahawa pembelajaran awal bermula dalam rahim ketika janin dapat mengenali suara dan pola bicara dari suara ibunya.
1.1 Teori Mentalis – Noam Chomsky
Noam Chomsky ( 1957 ), menyatakan bahawa pemerolehan bahasa berlaku secara mentalis. Menurutnya kanak-kanak dilahirkan dengan alat pemerolehan bahasa yang bersifat universal. Melalui alat ini kanak-kanak berpotensi secara semulajadi untuk mempelajari bahasa apa sahaja. Chomsky mendasarkan teorinya kepada satu Hipotesis Nurani ( The Innateness Hypothesis) yang menyatakan bahawa manusia telah diperlengkap dengan ”sesuatu” yang khas secara semulajadi untuk berbahasa (Mangantar
Simanjuntak, 1987). Otak manusia telah diperlengkap dengan struktur bahasa sejagat yang dikenali sebagai LAD ( Language Acquistion Device).
Bagi menguatkan Hipotesis Nuraninya, Chomsky memberikan pengamatan penting, antaranya :
i. Semua kanak-kanak normal, asalkan didedahkan kepada bahasa ibundanya, memperolehi bahasa itu.
ii. Pemerolehan bahasa tidak ada kaitan dengan kecerdasan
iii. Bahasa tidak dapat diajar kepada makhluk lain
iv. Proses pemerolehan bahasa semua kanak-kanak adalah sama mengikut jadual semula jadinya.
v. Struktur bahasa sangat rumit dan bersifat sejagat.
Chomsky juga menyebut bahawa ada dua proses yang terjadi ketika seorang kanak-kanak memperoleh bahasa pertamanya. Proses yang dimaksudkan adalah proses kemampuan (competence) dan proses pengucapan ( performance). Kedua proses ini merupakan dua proses yang berlainan. Kemampuan atau kompetensi adalah proses penguasaan tata bahasa ( fonologi, morfologi, sintaksis, dan semantik). Kompetensi ini dibawa oleh anak sejak lahir. Meskipun dibawa sejak lahir, kompetensi memerlukan pembinaan sehingga anak-anak memiliki pengucapan dalam berbahasa.
Pengucapan adalah kemampuan anak-anak menggunakan bahasa untuk berkomunikasi. Pengucapan atau performansi terdiri daripada dua proses, iaitu proses pemahaman dan proses penerbitan kalimat-kalimat. Proses pemahaman melibatkan kemampuan untuk berkomunikasi atau mengamati dan mempersepsi kalimah-kalimah yang didengar, sedangkan proses penerbitan melibatkan kemampuan menghasilkan kalimat-kalimat sendiri ( Chaer, 2003). Bagi Chomsky proses komunikasi anak-anak bermula sejak kanak-kanak dilahirkan, menurutnya setiap manusia yang dilahirkan di dunia ini sudah ada kecekapan untuk berbahasa apabila sampai waktunya. Potensi berbahasa ini sebenarnya ialah sifat akal, iaitu yang bersifat semulajadi. Dengan yang demikian, akalnya membolehkan seseorang untuk menerbitkan perkataan atau ayat yang tak terkira.
Chomsky juga berhujah bahawa peringkat permulaan belajar bukan sahaja terhad kepada operasi rangsangan dan tindak balas, malah proses kognitif turut terlibat dalam proses pembelajaran tersebut. Tanpa peranan kognitif perkembangan bahasa dan komunikasi terbatas pada hal yang dialami sahaja. Seterusnya beliau berpendapat bahawa bahasa bersifat kreatif. Penghasilan sesuatu bahasa tidak terbatas kepada objek dan peristiwa atau pengalaman yang dapat digarap oleh perilaku semata-mata. Ujar beliau, semua komponen bahasa dan komunikasi berkembang secara kreatif , mengimbau atau melangkau batasan pengalaman naluri, iaitu rangsangan dan tindak balas. Oleh sebab daya kreativiti itu, maka setiap kalimat seseorang mendengar , bertutur, membaca dan menulis adalah sesuatu yang baharu.
Chomsky menjelaskan bahawa setiap penutur dan pendengar mempunyai kompetensi dan prestasi. Kompetensi dapat diertikan sebagai sistem rumus yang mampu menghasilkan kalimat yang tidak terbatas. Dengan kata lain, kompetensi ialah pengetahuan penutur mengenai bahasa. Ia merupakan unsur dalaman dan berada di dalam otak. Sementara prestasi pula dapat diertikan sebagai bunyi-bunyi yang dilafazkan. Bunyi-bunyi ini bermakna dan dapat difahami oleh pendengarnya. Berbeza dengan kompentesi ia terletak di bahagian luar otak. Oleh sebab itu, proses komunikasi terus berlaku antara penutur dan pendengar bahasa.
Seterusnya, Chomsky menerangkan bahawa tatabahasa generatif dalam otak diperoleh oleh penutur daripada otaknya sendiri. Ini adalah kerana penutur telah pun mempunyai tatabahasa sejagat yang diperoleh secara semula jadi. Semasa seseorang kanak-kanak itu membesar, dia sudah tentu akan dipengaruhi oleh persekitaran. Setelah berumur lima tahun, kanak-kanak itu akan membentuk tatabahasa generatif dalam otaknya. Dengan menghubungkan tatabahasa sejagat dan pengalaman daripada persekitarannya, kanak-kanak itu akan dapat berkomunikasi serta menghasilkan tatabahasa generatif pada taraf kompentasi.
Setelah kanak-kanak memperoleh kemampuan, dia akan mempunyai pengucapan atau performansi. Kemampuan atau kompetensi seumpama ini seterusnya menghasilkan prestasi. Kemudian prestasi ini pula akan menghasilkan elemen atau komunikasi seperti ayat-ayat yang didengar oleh pendengar, iaitu dari telinga ke dalam otak dan mengulangi pula proses yang sama apabila pendengar bertutur, maka akan wujudlah proses komunikasi antara penutur dan pendengar.
Teori linguistik Chomsky menekankan bahagian dalam bahasa yang berupa proses mental yang dapat menghasilkan bahasa tanpa perangsang daripada luar. Teori ini memakai skema S-O-R ( stimulus-organism-response) yang menganggap bahasa sebagai pengetahuan yang dihasilkan oleh sesuatu dalam otak dan saraf setelah menerima unsur-unsur dalam bentuk perangsang daripada pancaindera.
Sehubungan itu, Chomsky telah memperkenalkan teori linguistik yang disebut Nahu Transformasi Generatif ( TG). Teori ini menerangkan bahawa kanak-kanak mempunyai LAD yang dibawa sejak lahir yang memungkinkan kanak-kanak itu memperoleh bahasa ibundanya dengan mudah. Dengan adanya LAD, kanak-kanak dapat bentuk-bentuk komunikasi yang diterima dalam bahasa itu, dan menolak bentuk-bentuk yang bukan struktur bahasa berkenaan. Binaan ayat biasanya mempunyai hubungan erat antara elemen dan menggunakan simbol atau rumus untuk menganalisis nahu. Sesuatu binaan ayat dapat dihuraikan dengan memahami struktur luaran dan struktur dalaman.
Oleh itu, kedua-dua perkara iaitu proses kemampuan atau kompentasi dan pengucapan atau performansi amat penting dalam proses komunikasi dalam berbahasa.
Saturday, December 18, 2010
PENDEKATAN BERTEMA DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN DI SEKOLAH
Bidang pengajaran yang dipilih ialah Pendidikan Kesihatan yang bertemakan ”makanan”.Perkara penting yang ada dalam tema makanan ini ialah ia boleh merentas semua mata pelajaran.Dalam mata pelajaran seni visual, murid akan diminta melukis gambar rajah makanan yang mereka gemari atau makanan yang paling tidak digemari dan mewrnakan gambar itu mengikut citarasa masing-masing.Manakala bagi mata pelajaran matematik, murid boleh mengira jumlah makanan yang mereka ambil dalam masa sehari seperti sarapan.makan tengah hari dan makan malam. Dalam aktiviti mata pelajaran muzik pula, pelajar boleh menyanyikan lagu tentang makanan seperti “Makan Makanan Seimbang”, “Kurangkan gula dalam makanan, lebihkan Manis dalam senyuman” dan lain-lain lagi.
Selain itu,ia perlu bersesuaian dengan pengalaman dan kehidupan pelajar.Tema makanan sangat rapat dan begitu serasi dengan pelajar kerana mereka melihat dan berada setiap masa dengan murid-murid.Murid-murid boleh menceritakan dan mentafsir tentang apa jua jenis makanan.Tema ini juga perlu mengambil kira kemudahan untuk mendapatkan bahan dan sumber yang akan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Seperti yang kita tahu,makanan terdapat di sana sini dan murid-murid boleh membawa buah-buahan seperti epal, limau atau rambutan ke sekolah dan menjalankan aktiviti yang telah ditetapkan seperti mengira berapa biji buah yang ada dan sebagainya. Murid-murid juga boleh ditunjukkan buku-buku yang ada kaitan dengan makanan yang boleh didapati di perpustakaan.Selain itu, pemeringkatan tema dari yang mudah kepada yang lebih mencabar. Murid-murid akan diberikan penerangan mengenai makanan ringan dahulu sebelum mendapat pengetahuan mengenai makanan yang berat pada sesi pengajaran yang seterusnya.Contohnya, pada permulaan mereka akan belajar tentang jenis makanan, makanan ruji dan sebagainya. Selepas itu mereka akan belajar pula tentang pemakanan seimbang,makanan yang berzat dan juga punca-punca yang menyebabkan makanan menjadi rosak.
KESAN POSITIF SENI DALAM PENDIDIKAN KEPADA MURID-MURID
i)Kesan positif pertama, ia membantu dalam meningkatkan aktiviti seni estetik kepada kanak-kanak.Contohnya,untuk membolehkan para pelajar menghafal dan mengingati huruf A B C,kaedah menggunakan lagu untuk memperkenalkan tajuk ”A B C ” diajar kepada murid-murid iaitu melalui pendidikan muzik.Semasa kanak-kanak menyanyikan lagu, mereka akan menyebut huruf-huruf ini dengan sebutan yang betul mengikut irama dan melodi yang telah ditetapkan. Oleh yang demikian, pelajar-pelajar dapat menghafal dengan cepat dan betul.
ii)Kesan positif yang kedua, ia dapat membantu untuk memahami diri sendiri. Melalui pembelajaran mata pelajaran ini,kita dapat mengenalpasti kebolehan dan bakat yang ada pada setiap murid.Contohnya, murid yang mempunyai bakat dalam bidang muzik seperti pandai bermain gitar, piano atau seksafon perlu digilap bakat yang ada supaya boleh memperkembangkan lagi minat dan kemahiran pelajar itu dalam proses pembelajaran kanak-kanak tersebut.Oleh yang demikian, murid akan mencapai pembelajaran yang optimum, menyeluruh dan menyeronokkan.
iii)Kesan positif yang ketiga, ia dapat memotivasikan kita supaya menjadi guru yang kreatif, inovatif, peka, berpersonaliti yang seimbang, berketrampilan dan profesional.Seni dalam pendidikan dapat memperkembangkan kreativiti dan kredibiliti seorang guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti cara hendak menghiburkan murid-murid supaya tidak bosan ketika belajar.Guru-guru boleh menggunakan muzik, seni atau pergerakan sebagai salah satu medium yang boleh menyeronokkan murid-murid.Contohnya, apabila pelajar berasa bosan, mereka boleh mengadakan aktiviti-aktiviti yang boleh menjana minda pelajar terbabit supaya proses pembelajaran tetap diteruskan seperti melukis, mewarna,menyanyi ataupun membuat senaman ringan.
(iv)Kesan positif keempat, murid-murid diberikan kebebasan untuk menghayati, meluahkan perasaan dan mereka cipta.Kanak-kanak sememangnya bersifat ingin tahu dan penuh dengan perasaan.Mereka gemar mencuba perkara-perkara baru kerana kanak-kanak berkeinginan untuk meneroka dan mendapat pengalaman baru yang mereka mahu pelajari.Mereka memerlukan ruang yang membolehkan mereka mencurahkan perasaan sebagai seorang individu .Oleh yang demikian,pendidikan pergerakan menyediakan saluran tersebut yang membolehkan mereka melakukan apa sahaja, misalnya melompat ataupun melakukan regangan dan semua ini boleh dilakukan tanpa dimarahi oleh sesiapapun.Dengan adanya pergerakan ini, murid-murid boleh belajar pelajaran baru seperti melakukan senaman regangan, beriadah ataupun melakukan permainan kecil yang dapat memberikan keseronokan dan menggembiran mereka.
Subscribe to:
Posts (Atom)