1.0
PENDAHULUAN
KBSR merangkumi tiga bidang iaitu
komunikasi, manusia dan alam keliling dan perkembangan individu. Pendidikan
Seni Visual teramasuk di dalam bidang perkembangan diri individu di dalam
komponen kesenian dan kesihatan.
Pendidikan Seni Visual menjurus
kepada seni tampak atau visual. Pendidikan Seni Visual menggantikan nama Pendidikan Seni . Pendidikan Seni Visual
bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembang
keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan
alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain. Pada keseluruhannya murid di sekolah rendah adalah kreatif,
ekspresif dan aktif. Oleh itu, Pendidikan Seni Visual berfungsi untuk memperkembang
sifatsifat ini melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran.murid-murid.
Menerusi kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis
seni visual , membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman
ini penting kerana ia membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaian
dan mengenali cita rasanya sendiri.
Pendidikan Seni Visual sekolah
rendah menyarankan strategi pembelajaran yang bersepadu dalam mata pelajaran
ini dan antara mata pelajaran lain. Melalui
aktiviti kemahiran befikir secara kritis dan kreatif (KBKK) akan dapat
membantu proses Pengajaran dan
pembelajaran menjadi lebih berkesan Murid-murid
juga digalakkan menyimpan rekod pengalaman
pembelajaran dan hasil kerja sendiri. Amalan ini akan melatih murid membuat
analisis, sintesis dan refleksi terhadap pembelajarannya untuk faedah sendiri.
1.1
KONSEP DAN PENGERTIAN PSV KBSR
Pendidikan Seni Visual
boleh diertikan sebagai proses penghasilan hasil dan karya seni dengan melibatkan
aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan mengenai perasaan estetik dan daya
kreativiti melalui imaginasi dan konsepsi murid.
Kurikulum PSV KBSR melibatkan murid
dalam pelbagai kegiatan seni yang mencakupi tiga aspek iaitu pemerhatian yang
aktif dan terperinci, interaksi yang inovatif dan kreatif dengan alat dan bahan
serta penghayatan karya seni dan alam sekitar. Untuk mencapai tujuan tersebut
kurikulum PSV sekolah rendah disusun dalam empat bidang kegiatan utama.
Kandungan Sukatan pelajaran
Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun dalam empat bidang kegiatan
iaitu:
1. Menggambar
2. Membuat Corak dan Rekaan
3. Membentuk dan Membuat Binaan
4. Mengenal Kraf Tradisional
Setiap bidang ini menekankan
keempat-empat aspek iaitu pemerhatian secara aktif, interaksi yang kritis dan
kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi seni visual serta menghargai nilai
baik. Pengajaran adakah dijalankan secara bersepadu.
1)Menggambar
Bidang kegiatan ini menegaskan
perkembangan persepsi dan kemahiran serta kemampuan murid terhadap aspek
melukis serta kegiatan membuat gambar dengan pelbagai media dan teknik yang
menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi. Bidang ini menekankan
perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri. Kegiatan menggambar
merangkumi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat, bahan dan
kegunaannya. Kegiatan menggambar juga memperkenalkan pelbagai kemahiran asas dan
teknik dalam proses rekaan. Fokus kegiatan menggambar adalah untuk melahirkan kesedaran melalui pemerhatian alam
persekitaran . Kegiatan ini dapat memperkembangkan persepsi visual murid dan
kesedaran terhadap asas seni reka seperti warna, garisan, susunan dan kesannya.
Justeru, membolehkan murid menyelaras apa yang dilihat dan dialami dengan apa
yang dilakukan melalui gubahan.
Antara kegiatan dalam bidang ini
ialah:
Lukisan
Catan
Kolaj
Montaj
Cetakan
Resis
Gosokan
Stensilan
Percikan
Gurisan
Capan
Mozek
Poster
2. Membuat Corak dan Rekaan
Bidang kegiatan ini memberi peluang
kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan
mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh
juga dipadankan kepada mana mana hasil daripada bidang kegiatan lain seperti
binaan, kraf dan sebagainya.
Corak terhasil daripada pelbagai
teknik dan cara. Antaranya melalui kegiatan seperti:
2.1 Corak tidak terancang secara:
2.1.1 Pualaman
2.1.2 Tiupan
2.1.3 Titisan
2.1.4 Ikatan dan celupan
2.1.5 Renjisan dan percikan
2.2 Corak terancang secara:
2.2.1 Lukisan
2.2.2 Catan
2.2.3 Cetakan
2.2.4 Capan
2.2.5 Lipatan dan guntingan
2.2.6 Resis
2.2.7 Kolaj
2.2.8 Kaligrafi
Menerusi bidang ke – 2 ini, membolehkan
murid mengenali dan mengkaji pelbagai corak dalam alam dan kehidupan seharian.
Bahagian ini menegaskan kegiatan mengenal motif dan olahannya untuk
menghasilkan rekaan corak tertentu. Kegiatan ini memberi peluang kepada murid
membuat rekaan corak tidak terancang, corak terancang dan juga corak
tradisional dengan teknik tertentu. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan
sebagai satu proses pembelajaran.
3. Membentuk dan Membuat Binaan
Bidang kegiatan ini bertujuan untuk memperkembangan persepsi murid
terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan.
Berdasarkan aspek tersebut murid dapat memahami dengan lebih jelas apabila
mereka membentuk dan membina sesuatu model. Murid didedahkan dengan penggunaan
pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. menerusi kegiatan membentuk dan membuat binaan ini. Murid
berpeluang berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan, semasa
menjalankan proses penghasilan seni. Bidang kegiatan membentuk dan membuat
binaan tiga dimensi merangkumi aktiviti seperti:
3.1 Arca timbul
3.2 Asemblaj
3.3 Mobail
3.4 Stabail
3.5 Model
3.6 Diorama
3.7 Boneka
3.8 Topeng
3.9 Origami
Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi
peluang kepada murid merujuk kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan
memberi kesedaran bahawa idea dan kreativiti mempunyai fungsi dan makna. Aspek
apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini dapat
ditonjolkan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian
dan cerita.
4. Mengenal Kraf Tradisional
Kraf tradisional boleh
didefinisikan sebagai pekerjaan seni yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang
memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi turun-temurun. Di sekolah
rendah, murid diperkenalkan dengan kraf tradisional seperti:
4.1 Alat domestik
4.2 Alat permainan
4.3 Alat pertahanan diri
4.4 Perhiasan diri (ornamen)
4.5 Batik
4.6 Tekat
4.7 Ukiran
4.8 Tenunan
4.9 Anyaman
4.10 Tembikar
Bidang ini dapat memberi kesedaran tentang adanya
beberapa jenis kraf tradisional dalam budaya tanah air. Kegiatan kraf
tradisional memperkenalkan fungsi, proses dan teknik membuat, alat dan bahan,
motif, corak dan hiasan. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu
proses pembelajaran yang meliputi pengenalan, proses pembuatan serta mengenali
tokoh-tokoh bagi setiap bidang kraf yang dinyatakan. Kegiatan ini boleh
dilakukan dalam pelbagai teknik
pengajaran seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.
asalam...good description..mohon share ya...
ReplyDelete