CADANGAN
MENANGANI CABARAN KEARAH MERIALISASI PENCAPAIAN MATLAMAT PENDIDIKAN BERTARAF
DUNIA.
Meningkatkan profesionalisme
perguruan
Adalah
amat mustahak diingat golongan pendidik di negara ini perlu sentiasa menghidupkan motivasi diri dengan menguatkan
keazaman dan sedia menghadapi cabaran-cabaran baru, disamping meningkatkan
kewibawaan keilmuan mereka sebagai golongan pendidik yang dihormati dan
disanjungi oleh murid, ibubapa dan masyarakat.
Budaya
mengajar yang masih bersifat usang, tradisional dan kurang berkesan menangani
masalah asas pendidikan seperti buta huruf, buta budaya, buta ilmu adalah di
antara krisis pendidikan yang mencerminkan krisis profesionalisme perguruan di
negara-negara membangun khususnya di Malaysia memerlukan resolusi yang lebih
redikal dilakukan. Profesyen perguruan boleh dikatakan tidak banyak mengalami
perubahan dari segi inovasi dari segi teknologi walaupun perkembangan teknologi
maklumat berlaku dengan pesatnya dan dalam sektor-sektor lain.
Selaras
dengan perubahan era multimedia dan teknologi maklumat profesyen di negara ini
perlu di reformasikan supaya ia benar-benar mampu menjadi agen perubahan kepada
budaya literasi teknologi, khususnya bagi melahirkan masyarakat yang celik
komputer dan bersikap terbuka bagi mengembangkan budaya saintifik.
Pendidikan
guru perlu di reformasikan bagi menyediakan guru-guru yang berwibawa dengan
ilmu pengetahuan, mengamalkan sikap nilai dan falsafah pendidikan yang
progresif, dapat mengembangkan profesionalisme perguruan yang idealistik untuk
membangunkan generasi muda yang celik budaya, mempunyai kualiti sosial dan
moral yang tinggi, bersifat futuristik dan positif untuk mencapai kemajuan dan
perubahan. Peranan profesyen perguruan dalam masyarakat membangun seperti
Malaysia menjelang abad ke 21 tidak seharusnya di bataskan di atas andaian dan
pandangan yang sempit. Sebarang langkah bagi mengongkong dan menyempitkan
peranan golongan guru sudah tentu akan merugikan masyarakat dan negara.
Profesyen
perguruan harus berkembang dengan lebih pantas dan progresif bagi mencorakkan
perkembangan individu, masyarakat dan negara. Dari satu segi yang lain,
profession perguruan yang menjadi agen perubahan sosial harus menjadi
penyelamat kepada krisis kemelut sosial yang dihadapi oleh masyarakat yang
sedang bergelut dengan tuntutan kemajuan dan perubahan. Profesyen perguruan
perlu diberi ruang yang lebih terbuka supaya konsep memasyarakatkan sekolah,
murid, pendidikan dan guru boleh memberi faedah yang besar kepada pembangunan
masyarakat setempat.
Pendidikan
sebagai asas pembinaan masa depan bangsa dan negara bergantung kepada profesyen
perguruan yang berkembang secara dinamik dan progresif. Profesyen perguruan
yang dinamis perlu melahirkan kepimpinan guru yang berkualiti, sentiasa
memperbaiki dan mempertahankan etika profesionalisme pendidikan, berbanding
dengan tugas yang mengabdikan diri sebagai golongan pendidikan yang berwibawa
dan dapat menjadikan diri sendiri lebih berketrampilan dengan mendokong belajar
seumur hidup (life long learning), belajar untuk mengubah dan belajar untuk
berubah.
Dalam
era globilasasi , cabaran terhadap profesion keguruan semakin mencabar. Untuk
menangani cabaran-cabaran yang dihadapi tersebut, seseorang guru itu perlulah
mempunyai ciri dan kualiti yang profesional sesuai dengan peroses globalisasi
ini. Cabaran guru untuk merealisasikan Misi Kementerian Pendidikan, khasnya
meningkatkan kualiti sekolah ialah guru haruslah sentiasa berusaha meningkatkan
taraf professional melalui latihan dalam perkhidmatan, perlaksanaan
penyelidikan tindakan secara kolaborasi, membuat refleksi kendiri, memupuk
budaya ilmu, menambah ilmu dan kemahiran melalui e-pembelajaran dan
mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang terkini untuk merancang serta
melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.
Dari
segi pengajaran yang efektif dalam sekolah berkualiti pula, bergantung kepada
perlakuan mengajar guru dalam proses perancangan, pelaksanaan dan penilaian.
Keberkesanan pengajaran boleh berlaku apabila guru telah merancang sesuatu
program mengajar mengikut prinsip mengajar.pengajaran efektif mempunyai
objektif pelajaran eksplisit yang ditentukan berdasarkan sukatan pelajaran
serta kebolehan murid-murid. Selain itu melaksankannya dengan cekap dan berjaya
menggunakan teknik mengajar yang sesuai. Strategi dan kaedah mengajar yang
digunakan adalah sesuai dan cerdas diberikan aktiviti pengayaan, manakala
murid-murid yang lambat dibimbing dengan aktiviti pemulihan. Keberkesanan
pengajaran ini dapat dilihat apabila guru menggunakan teknik penilaian terhadap
aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Seorang
guru berkualiti juga hendaklah mempertingkatkan Profesionalisme. Guru harus
sedar tentang tugas dan amanah yang dipikul untuk mendidik generasi yang akan
mencapai wawasan negara. Kemahiran dan pengetahuan dalam aspek pendidikan perlu
dikemaskini. Berusaha mengaplikasi kaedah- kaedah pengajaran dan pendidikan
terkini. Guru perlu menyambut baik dengan mengikuti kursus-kursus pendidikan
yang dianjurkan oleh pihak-pihak berwajib agar dapat mempertingkatkan
keupayaan, ketahanan dan prestasi bagi mendepani cabaran yang semakin kompleks
ini. Dengan ini suatu anjakan paradigma dapat dilakukan oleh para pendidik.
Perkara
yang paling penting bagi guru zaman globalsasi ini ialah meningkatkan kemahiran
Dalam Penggunaan ICT. Bidang perguruan sentiasa berkembang dan berubah sejajar
dengan perubahan zaman. Perkembangan global dengan teknologi telekomunikasi dan
internet menuntut banyak cabaran kepada pendidik untuk mencapai Misi Nasional.
Para guru mesti bersikap proaktif dan terangsang dengan perkembangan teknologi
yang semakin canggih ini. Ilmu ICT mesti terlebih dahulu dapat dikuasai oleh
para pendidik sebagai melengkapkan diri dengan kemahiran terkini bagi
menyempurnakan penubuhan sekolah bestari yang berteraskan penggunaan komputer
sebagai satu bentuk kurikulum wawasan negara Malaysia untuk menjadikan negara
maju menjelang 2020. Guru juga harus memperlengkapkan diri secara global kerana
dalam era teknologi maklumat masa kini masyarakat terpaksa berdepan dengan
pelbagai peralatan elektronik dalam kehidupan harian sebagai cara hidup moden.
Pembestarian sekolah seperti projek Sekolah Bestari dan SchoolNet, hendaklah
dihargai oleh guru dengan menggunakan segala kemudahan semaksima mungkin.
Selain
itu juga seorang guru perlulah berpengetahuan, berdaya Fikir dan berakhlak.
Guru yang berpengetahuan perlu serba tahu dengan menambah pembacaan untuk
peningkatan ilmu serta dapat membawa isu-isu semasa untuk dibincang dan mencari
penyelesaian. Isu-isu semasa berkaitan dengan kekeluargaan dan komuniti,
ekonomi dan sebagainya. Guru yang berpengetahuan dapat melahirkan generasi anak
didik yang cemerlang di kemudian hari. Dalam perubahan sistem pendidikan yang
semakin mencabar ini, profesion perguruan perlu menyediakan diri dengan amalan
nilai murni dan akhlak yang terpuji. Dalam kurikulum pendidikan ditegaskan
nilai-nilai murni yang perlu diserapkan kepada pelajar dalam pengajaran.
Penerapan nilai murni ini penting untuk menyediakan para pelajar menjadi warga
yang berguna kepada bangsa dan negara.
No comments:
Post a Comment