Tuesday, September 4, 2012

PENDIDIKAN MORAL : SUARA HATI


Soalan 1

SUARA HATI

Dalam membuat pertimbangan tentang etika dan moral,seseorang itu tidak sahaja membuat penilaian terhadap tindakan seseorang samada betul atau salah,ia juga perlu membuat penilaian dari segi perwatakan yang baik atau buruk.Kritikan dibuat adalah secara positif atau negatif dan bukan setakat berdasarkan kepada apa yang dilakukan tetapi siapa mereka dan apakah perwatakan dalaman yang dipamerkan.
 Sebagai contoh, dalam satu insiden kemalangan kapalterbang yang jatuh terhempas ke dalam laut dan terdapat beberapa mangsa yang terselamat dalam tragedi tersebut.Salah seorang daripada mangsa tersebut telah menjumpai tali dan menjalankan proses menyelamat dengan tujuan untuk mengumpul mangsa-mangsa yang berselerakan.Tanpa menghiraukan keselamatan dirinya,mangsa tersebut telah menyelamatkan mangsa-mangsa yang lain ke tempat yang selamat dan akhirnya dia sendiri telah tenggelam ke dasar laut.Tindakan mangsa yang mati tadi seharusnya dipuji kerana disifatkan sebagai seorang yang berhati baik kerana tidak mementingkan diri sendiri dan berkesanggupan untuk menggorbankan nyawa bagi menyelamatkan orang lain.
Prinsip moral atau moral (dari bahasa Latin: moralitas) membawa pengertian ajaran atau pegangan berkenaan dengan buruk baik sesuatu perbuatan (kelakuan, kewajipan, dll), sikap atau cara berkelakuan yang berasaskan atau yang diukur dari segi baik buruk sesuatu akhlak [1]. Ia merujuk kepada konsep etika kemanusiaan yang digunakan dalam tiga konteks, iaitu:
  1. hati nurani individu;
  2. sistem-sistem prinsip dan pertimbangan — kekadang dipanggil nilai moral — yang dikongsi dalam sesuatu komuniti kebudayaan, keagamaan, kesekularan atau kefalsafahan; dan
  3. tatalaku atau prinsip moral tingkah laku.
Moral peribadi mentakrifkan dan membezakan niat, motivasi, atau tindakan yang betul dan yang salah, sebagaimana yang dibelajar, dilahirkan, atau dikembangkan di dalam setiap orang perseorangan
Immanuel Kant percaya bawah moral adalah sesuatu yang universal dan setiap orang mempunyai dasar hak yang tertentu. Antaranya:

·        The right of free consent (Hak penyetujuan percuma)

Setiap orang berhak untuk dilayan sekiranya mereka bersetuju dan bersedia untuk dilayan.

·        The right of privacy (Hak untuk bersendirian)

Setiap orang mempunyai hak untuk membuat seperti apa mereka mahu di dalam kehidupan peribadi mereka, dan mereka ada hak untuk mengawal atau mendedahkan tentang aktiviti peribadi mereka

·        The right of freedom of conscience (Hak untuk kebebasan menyuarakan suara hati)

Setiap orang mempunyai hak untuk tidak melakukan sesuatu sekiranya ianya melanggar prinsip moral yang mereka pegang selagi ianya tidak bertentangan kepercayaan masyarakat umum.

·        The right of freedom (Hak untuk kebebasan)

Setiap orang mempunyai hak untuk secara berhemat mengkritik suatu etika organisasi, selagi kritik-kritik mereka tidak mencabuli hak individu-individu di dalam organisasi

·        The right of due process (Hak process berpatutan )

Jika seseorang percaya hak mereka dicabuli, mereka mempunyai hak kepada suatu perbicaraan yang adil dan saksama.apaain, ini menunjukkan anda mempunyai moral yang patut dipuji walaupun secara tidak seng   Teori Duty (tanggungjawab)
            Teori ini juga dikenali dengan ungkapan teori 'deontologis' iaitu golongan yang tidak percaya dengan akibat. Immanuel Kant (1724-1804) menyatakan bahawa sikap jujur, mengikut arahan, menepati janji serta adil adalah tujuan utama dan bukannya akibat kerja berkenaan. Teori ini telah dipraktikkan oleh Laksamana Hang Tuah sekitar pemerintahan Mmpayar Melaka dahulu. Taat yang melulu tanpa melihat akibat peminangan Tun Teja, membunuh rakan sendiri, mengambil mahkota raja di dalam kolam najis dan banyak lagi perilaku yang diungkapkan sebagai taat dan setia adalah suatu yang perlu dinilai semula.  Teori ini menghasilkan 'robot-robot' yang taat mengikut arahan programmernya tanpa menilai baik dan buruknya sesuatu arahan. Hal ini dijelaskan dalam Islam apabila konsep taat dan patuh kepada Ibu bapa boleh ternafi apabila si ibu atau si bapa mengarahkan anaknya meninggalkan suruhan Tuhan (seperi solat dan sebagainya).

























Soalan 2.

A.    Agama Islam.

 Islam bermaksud menyerah diri kepada Allah, patuh dan taat kepada perintahnya . Islam merupakan nama yaag diberi oleh Allah S.W.T kepada agama yang diwahyukan kepada nabi Muhammad, rasul dan utusan, kepada umat manusia .Dua aspek terpenting dalam ajaran Islam;
*  Aqidah  -  Keimanan dan kepercayaan kepada Allah yang Esa.
* Syariah  -  Undang-undang dan Hukum Islam yang terkandung dalam kitab suci al-Quran dan Sunnah (Hadith).
Kepercayaan dan keimanan dimanifestasikan menerusi syariah dengan ibadah. Aqidah yang bersih melahirkan akhlak yang mulia, aqidah yang tidak mantap melahirkan akhlak yang hina dan tidak sempurna. Ibadah merupakan pengabdian diri sepenuhnya kepada Allah S.W.T termasuk sembahyang, puasa, zakat, berlaku adil, amanah dan menjauhkan diri daripada melakukan segala laranganNya. Asas ibadah dalam Islam bahawa manusia ialah makhluk dan hamba kepada Penciptanya.

Al-Quran adalah kitab Allah yang diwahyukan kepada nabi muhammad dan mempunyai ajaran yang merupakan sumber utama bagi akhlak dalam Islam. Aspek ajaran yang terkandung dalam al-Quran termasuklah:
a)            Aspek keimanan
b)            Aspek Jasmani (ibadah,Muamalat)
c)            Aspek Rohani (Dalaman/Akhlak)
d)           Aspek Politik
e)            Aspek Sejarah

Menurut Islam, akhlak menjadi syarat mutlak kepada kemajuan dan ketertinggian umat dan tamadunnya.
Dua cabang akhlak adalah :
a)           Mahmudah – akhlak yang baik
b)          Mazmummah – akhlak yang keji
                              


                               




 






Flowchart: Alternate Process: taatFlowchart: Alternate Process: sabarFlowchart: Alternate Process: bertanggungjawab 


 

Sifat-sifat akhlak mazmummah – sombong , dengki, khianat , tamak, minum arak, zalim, berdusta , mencuri,merompak dan sebagainya.

AMANAH
Amanah adalah sifat mulia yang wajib diamalkan oleh setiap individu muslim. Ia merupakan kunci kepada seseorang untuk tat dan bertaqwa kepada Allah. Konsep amanah dalam Islam ialah segala perintah Allah dan laranganNya adalah amanah Allah S.W.T. kepada manusia. Firman Allah yang bermaksud
   Wahai orang- orang yang beriman! Janganlah kamu mengkianati Amanah Allah dan
     RasulNya, dan janganlah kamu mengkianati amanah-amanah kamu, sedang kamu
    mengetahuinya.
                          ( Surah Al - Anfal ayat 27)

 KASIH SAYANG
 Kasih sayang adalah merupakan pancaran dari jiwa yang lemah lembut, keluruhuran budi pekerti dan kesucian jiwa. Setiap manusia tidak kira apa agama atau bangsa bersependapat bahawa sifat kasih sayang itu adalah sifat yang terpuji dan seharusnya menjadi perhiasan hidup setiap individu. Contoh amalan yang berlandaskan kasih sayang adalah terlalu banyak tetapi antaranya menolong fakir miskin dan anak anak yatim dan lain-lain lagi.

         Rasulullah s.a.w. selalu memujimuji orang yang mengamalkan sifat belas kasihan serta menggalakkan umatnya beresikap demikian. Sabda Ba ginda yang bermaksud
       Sesiapa yang telah dikurniakan sifat belas kasihan, maka ia telah diberikan bahagiannya daripada kebaikan dunia dan akhirat. Dan siapa yang dihalangi daripada bersifat belas kasihan maka telah terhalang bahagiannya daripada kebaikan dunia dan akhirat.
 
SYUKUR.
 Syukur adalah tanda terima kasih kita kepada Allah di atas kurniaan nikmatNya yang tidak terhingga. Sebagai contoh ialah anggota fizikal yang dikurniakan Allah kepada kita. Dengan anggota fizikal yang sempurna kita dapat menjalani kehidupan dengan baik.
     Individu yang bersyukur tidak akan melakukan perkara yang bertentangan dengan agama dan etika hidup. Mereka takut untuk melakukan kerosakkan di muka bumi ini kerana mereka setiap yang ada di muka bumi adalah nikmat kurniaan Allah. firman Allah yang bermaksud :
      Dan ( ingatlah ) tatkala Tuhan kamu memberitahu: ” Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Au akan tambahi nikmatKu kepada kau dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras.
                                                                                            ( Surah Ibrahim: ayat 7)

  SABAR.
 Sabar bererti menahan diri daripada mengikut kehendak hati atau perasaan yang panas atau marah, menahan diri daripada melakukan berbagai kejahatan atau maksiat, menahan diri ketika mengalami penderitaan, sanggup bersusah payah dan berusaha untuk mendapat kebaikan. Allah sangat menitik beratkan agar manusia sentiasa mengamalkan sifat sabar. Mereka yang sabar dijanjikan darjat kemuliaan disisi Allah S.W.T. dan kejayaan dunia dan akhirat. Firman Allah yang bermaksud:
       Dan sabarlah menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati; sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar”
                                                          ( Surah Al- Anfal : ayat 46)

 PEMAAF
 Dalam hubungan kita seharian  baik sesama keluarga atau masyarakat pasti tidak akan terlepas daripada berlakunya pergeseran, perselisihan, tidak puas hati, marah dan lain-lain. Sebagai umat Islam adalah dilarang daripada hidup benci-membenci, bermusuh-musuhan serta bercerai-berai kerana boleh merosakkan perpaduan antara satu sama lain.
       Dalam Al – Quran banyak firmal Allah yang menyuruh dan menggalakkan manusia memaafkan kepada orang yang telah menganiayai atau mengambil haknya. Firman Alah yang bermaksud :
            Ambil jalan kemaafan, suruhlah berbuat baik serta jangan hiraukan orang-orang yang jahil yang degil dengan kejahilannya”
                                                                   ( Surah Al- Anfal : Ayat 199)

 BERTANGGUNGJAWAB
Tanggungjawab adalah sifat yang terpuji yang harus diamalkan oleh setiap individu. Dalam Islam tanggungjawab bukan setakat diri sendiri dan keluarga tetapi lebih luas  termasuk tanggungjawab kepada masyarakat serta alam sekitar.

 BENAR
 Sifat benar amatlah dituntut bagi setiap individu samada dalam perkataan, amalan, menunaikan janji dan berbagai keadaan dalam aspek kehidupan.Allah memberi jaminan yang baik kepada individu yang mengamalkan sifat benar. Firman Allah yang bermaksud:
     Mereka ( yang bersifat dengan sifat-sifat terpuji seperti itu) ialah orang-orang yang kami terima daripada mereka amalnya yang telah dikerjakan oleh mereka, dan Kami ampunkan kesalahan-kesalahannya: ( mereka akan dimasukkan ) dalam kumpulan penghuni syurga , sebagai memenuhi yang benar, yang telah dijanjikan.
                                                                                                 ( Surah Al-Ahqaf : Ayat 16)

 ADIL.
 Adil menjadi satu wahana untuk membentuk kehormanian dan kedamaian sejagat. Dalam Islam umatnya dituntut untuk berlaku adil. Firman Allah yang bermaksud ;
 Dan juka kamu memutuskan perkara mereka, maka putuskanlah perkara itu diantara mereka dengan adil, sesungguhnya Allah mentukai orang-orang yang adil.  
                                                                                           ( Surah al – Maidah : ayat 42)

TAAT.
 Ketaatan yang apaling agung adalah ketaatan kepada Allah dan Rasul Kita juga wajib taat kepada ibubapa selagi tidak bertentangan dengan ajaran agama. Ketaatan membentuk individu yang rendah hati dalam menjalani hidup di dunua ini. Anak  yang taat kepada suruhan Allah, Rasul dan ibubapanya adalah anak yang memiliki akhlak yang terpuji dan lemah lembut tingkahlakunya.

Hakikat Insan
Manusia hakikatnya adalah makhluk kepada Allah Maha Penciptanya. Manusia mempunyai dua keistimewaan berbanding dengan semua makhluk di dunia, iaitu:
Ø  Sebagai khalifah
Ø  Kejadian yang istimewa.

Berasaskan kepada hukum bahawa Allah Lebih Mengetahui Dari Yang Dicipta maka Allah amat mengetahui tentang manusia yang diciptakannya. Setiap manusia yang dijadikan Allah akan mati di mana kematian adalah satu hakikar yang tidak dapat dinafikan oleh manusia. Manusia yang benar-benar sedar tentang hakikat ini tidak akan bertindak melanggar perintah Allah.

 Hakikat Alam

Insan yang beriman kepada Allah dan akhirat sedar bahawa hidup ini adalah sementara, maka akan membuat kebaikan sahaja di muka bumi ini sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah. Manusia akan menjaga alam yang diamanahkan oleh Allah untuk manusia mentadbirkannya. Manusia dalam meneroka dan menggunakan setiap kurniaan harus sederhana atau terkawal dan tidak mencemari bumi.

Senarai Nilai-Nilai Murni /  Sifat-sifat Mahmudah

A.    HIKMAH

*      Rasional
*      Celik akal
*      Maarifah
*      Bercakap benar
*      Menegakkan kebenaran
*      Kesyukuran
*      Takutkan Allah
*      Kerajinan
*      Prihatin
*      Berketerampilan

B.     ’ADAALAH

*      Kasih sayang
*      Silaturrahim
*      Berterimas kasih
*      Baik pertimbangan
*      Toleransi
*      Saling bermaafan
*      Bermarwah
*      Ibadah
*      Sensitif kepadakezaliman
*      Kejujuran
*      Kerjasama semangat bermasyarakat
*      Bermuafakat

C.    IFFAH

*      Malu
*      Kesopanan
*      Tabah
*      Baik hati
*      Kebebasan
*      Qana’ah
*      Berdisiplin
*      Daya usaha
*      Sejahtera
*      Wara’
*      Wasatiyah
*      Kebersihan (diri,persekitaran,mental,rohano)
*      Menghargai masa (menepati waktu, bijak mengurus masa)
*      dedikasi
D.    SYAJAAH
*      Berjiwa besar
*      Yakin diri
*      Hemah tinggi
*      Tetap pendirian
*      Istiqamah
*      Berani mencuba
*      Tahan lasak
*      Berdikari 9berupaya bertindak sendiri,yakin kepada diri sendiri,nasihat –menasihati)
*      Berani berjihat.
*       

  SIFAT-SIFAT AKHLAK MAZMUMAH.

 Sifat mazmumah adalah sifat yang buruk dan dimurkai Allah. Nafsu yang buruk mendorong kepada pembentukan akhlak yang tidak baik. Ini membawa diri kepada lembah kehancuran dan penderitaan. Akhlak yang buruk yang wajib dijauhi oleh semua insan dalam mewujudkan keharmonian sesama insan. Antara sifat-=sifat mazmumah ialah sombong, dengki, kianat, tamak, minum arak, zaim, berduata, mencuri dan merompak dan berjudi serta melakukan riba. Semua sifat tersebut adalah diharamkan oleh Allah. Sifat tersebut juga membawa kepada kehancuran dan kemusnahan dalam kehidupan serta mendapat azab Allah. Firman Allah yang bermaksud  :
   Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia lain ( kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh, sesungguhnya Allah S.W.T. tidak menyukai orang yang sombong lagi membanggakan dirinya”.
                                                                                             ( Surah al – Luqman : ayat 18)
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        

C.      Buddha.

Agama Buddha bermula di India pada kira-kira tahun 600 s.m. penerimanya yang terawal adalah di Asia Selatan dan kemudiannya disebarkan ke Asia Tenggara. Pengasas agama Buddha dikenali sebagai ’dharma’ atau ’dhamma’ ( dalam bahasa Pali).Agama  Buddha telah mengalami proses sinkreatisme dengan agama Hindu dan kebudayaan tempatan.Pengajaran Buddha berpusatkan masalah utama manusia, iaitu penderitaan yang kita alami. Beliau sedar akan potensi manusia dan menjadikan manusia sebagai tuan kepada perbuatan mereka sendiri. Kewujudan  Buddha amat bermakna kepada umat Buddhis kerana usaha beliau telah membuktikan kepada kita bahawa manusia boleh mencapai tahap yang sama dengan beliau.Buddha iaitu orang yang telah sedar.

Kemudian Buddha dicerminkan melalui ajaran dan tingkahlaku beliau. Semenjak mencapai Pencerahan Sempurna(pengetahuan mengenai kebenaran mutlak), beliau tidak berhenti-henti memberi pertolongan kepada insan yang menderita di tebing Sungai Gangges. Buddha telah menumpukan perhatian kepada punca-punca penderitaan manusia.Walaupun pada usiayang lanjut, beliau masih giat berkhutbah supaya lebih ramai orang dapat manfaat atas usaha be,iau. Kesederhanaan , keadilan dan sifat penyanyang serta usaha gigih merupakan fiil yang harus kita contohi.

Ajaran Buddha berhubung rapat dengan kehidupan manusia. Dalam dunia yang serba moden ini pun, ia tetap praktikal. Pada peringkat yang paling asas, Buddhisme mengajar manusia cara untuk menghadapi keadaan yang baik ataupun sebaliknya. Dengan mengamalkan ajaran-ajaran Buddha, seseorang dapat menjalin hubungan yang baik dengan orang lain. Pada peringkat yang tinggi, Buddihme mengajar seseorang bagaimana melatih pemikiran untuk menghadapi cabaran hidup serta  memahami makna hidup yang benar. Buddhisme menunjukkan cara untuk menamatkan kesengsaraan. Sekiranya dia mengikut jalan yang telah ditunjukkan maka dia akan memperolehi kesejahteraan.

Dengan mengamalkan ajaran Buddha, seseorang dapat memperbaiki hubungannya dengan keluarga sert masyarakat. Dengan ini kebahagiaan  dan keharmonian akan muncul. Selain daripada itu, ia memberi peluang untuk kebahagiaan kerana ia menunjukkan cara untuk menghapuskan kesengsaraan.

Buddha tidak mengajar pengikutnya tentasng ketuhanan, metafizik atau falsafah sebaliknya ianya merupakan pandangan psikologi, etika , nilai atau moral samada baik atau betul di dalam kehidupan. Matlamat utama ialah untuk mencapai Nirwana. Nirwana dikaitkan dengan konsep pembebasan daripada kelahiran semula. Justeru itu di dalam Buddha kaedah untuk mencapai Nirwana ialah dengan melalui pembebasan daripada penderitaaan melalui konsep empat kebenaran mulia.(Four Noble Truth)

Kebenaran mulia    yang pertama ialah disebut penderitaan (Dukk). Contoh penderitaan seperti kesakitan, usia tua, kematian, perpisahan dengan orang yang disayangi dan keinginan yang tidak dapat dipuaskan. Jadi ianya mesti dihubungkan dan diimbangkan dengan kesabaran. Kebenaran yang kedua ialah sebab atau punca yang membawa kepada penderitaan(Samudaya).Keinginan nafsu, cinta, gila kekayaan adalah merupakan samudaya yang menjadi faktor kepada penderitaan. Kebenaran yang ketiga ialah pemadaman atau  penghapusan sebab penderitaan iaitu menghapuskan penderitaan(Nirodha). Pemadaman ini berlaku di dalam hati dimana, dengan menghapuskan keinginan dan kehendak. Kebenaran yang terakhir ialah cara atau jalan penghapusan penderitaan dengan mengambil jalan sederhana atau moderat (Marga). Seseorang mesti mengimbangkan keinginan dan mengamalkan disiplin diri. Kederhanaan membawa keselesaan. Cara terbaik yang difikirkan oleh Buddha ialah menambil jalan tengah antara hidup mewah dengan penyeksaan diri. Empat kebenaran mulia ini merupakan jalan tengah yang ditunjukkan oleh Buddhe ke arak kebahagiaan.

Jalan  tengah ini dikenalai sebagai Jalan Lapan Lapis Mulia. Ia merupakan prinsip-prinsip panduan dalam kehidupan kita. Sekiranya kita mengetahui jalan tengah, maka kehidupan kita penuh dengan kebahagiaan. Jalan Lapan Lapis Mulia ialah:
  1. Pandangan yang Betul (samma-sitthi)- Ianya berdasarkan kepada pengetahuan betul. Ianya bertujuan untuk mengelakkan daripada melakukan kesalahan.
  2. Fikiran yang Betul (samma-sankappa0- menurut Buddha tindakan yang baik didasari oleh niat yang baik. Tujuannya ialah untuk menghapuskan keinginan.
  3. Pertuturan yang Betul (samma-vaca)- Jalan ini menerangkan seseorang mesti bercakap benar dan tidak melakukan perbuatan negatif.
  4. Perbuatan yang Betul (samma-kammanta)- Tindakan yang betul merupakan jalan yang benar. Ianya memberikan contoh, sikap bercakap kosong membawa sikap membanggakan diri.
  5. Pekerjaan yang Betul (samma-ajiva)- Bagi jalan ini seseorang itu perlu hidup secara betul. Dengan erti kata lain ianya tidak mempunyai sifat-sifat negatif. Ianya perlu hidup secara merendah diri dan berusaha melakukan kebaikan.
  6. Usaha yang Betul(samma-vayama)- Jalan ini menerangkan  usaha atau tindakan memadamkan  sifat-sifat negatif atau kesedihan. Ianya memerlukan pengabdian dengan cara membersihkan jiwa dalaman dengan cara membuang  sikap negatif dan digantikan dengan nilai-nilai positif.
  7. Kesedaran yang Betul (samma-sati)- Ketenangan fikiran hanya dapat diperolehi dengan menghapuskan sikap egoistik, marah dan cemburu.
  8. Tumpuan yang Betul (samma-samadhi0- jalan ini bertujuan untuk meningkatkan ketenangan.Ianya boleh dicapai  melalui renungan dan membebaskan daripada sifat sombong.
 












Satu lagi aspek penting dalam ajaran Buddha yang membawa ke arah kesejahteraan ialah Panca Sila. Panca Sila merupakan lima peraturan yang penting dalam ajaran Buddha. Panca sila ialah asas pendidikan moral yang dapat memupuk keharminian dan kesejahteraan dalam masyarakat. Menghindari daripada membunuh ialah:

 Peraturan pertama - dalam Panca Sila. Adalah penting untuk menegaskan bahawa ajaran Buddha menyemaikan benih kasih-sayang antara semua makhlum yang hidup.
Peraturan yang kedua - ialah tidak menambil apa yang tidak diberikan. Ini bertujuan untukmenghormati hak milik harta benda orang lain, disamping memupuk sifat jujur dan ikhlas.
 Peraturan ketiga - seseorang pengikut Buddha juga tidak dibenarkan melakukan hubungan kelamin dengan orang lain kecuali isteri atau suami sendiri. Tidak berzina merupakan cara mengekalkan hubungan baik antara manusia dan seterusnya membina persaudaraan antara manusia.
Peraturan keempat ialah menghindari diri daripada berdusta – bercakapbenar, tidak menyimpang dari kebenaran, jujur dan boleh dipercayai.
Peraturan kelima – mengelakkan daripada mengambil makanan dan minuman yang memabukkan. Ini bertujuan untuk menjaga kesihatan akal dan selanjutnya menanam kesedaran tiap-tiap saat dan dimana-mana pun. Melalui cara ini, ia akan membentuk sikap atau personaliti yang baik, bukan sahaja akan membawa kebahagiaan kepada diri tetapi juga kepada semua makhluk.

Kesimpulan.

Sebagai kesimpulannya mana-mana agama pun di dunia ini menuntut penganutnya mengamalkan akhlak yang baik serta menjauhkan akhlak serta tingkahlaku yang tidak baik. Akhlak yang baik akan membawa seseorang individu,keluarga, masyarakat serta negara amnya sentiasa berada dalam keadaan aman dan harmoni, sebaliknya jika ada diantara individu yang mengamalkan akhlak yang tidak baik atau akhlak mahmudah maka terbentuklah masyarakat yang pincang yang boleh membawa kepada kemusnahan serta kehancuran kepada individu, keluarga, masyarakat dan seterusnya kepada negara amnya.Dengan itu adalah menjadi kewajipan kepada semua penganut agama di dunia ini mengamalkan akhlak yang baik, yang dituntut oleh setiap agama agar dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni.































Soalan 3

3.0       PENDAHULUAN
     
"Hidup ini tak selalunya indah, langit tak selalunya cerah". Inilah situasi yang mungkin dialami oleh setiap insan di dunia ini maka hendaklah kita sentiasa berhati- hati. lantaran senario ini berrlaku terhadap seorang individu yang ceria, berpotensi dalam pelajaran dan lain-lain lagi. namun apakah relevannya cerita ini dengan program Misi Suara Hati.
Justeru, dengan keprihatinan, kesedaran dan kebangkitan dari setiap individu dan pihak pihak tertentu, khasnya dengan kehadiran Persatuan Budi Bestari SK Seri Murni dengan kerjasama pihak sekolah dan Yayasan Budi Penyayang Malaysia maka lahirnya satu program atau rancangan yang akan merealisasikan hasrat seorang insan menerusi program Misi Suara Hati .
Wal Hal yang demikian, objektf utama program Misi Suara Hati adalah untuk mendapatkan derma sekurang kurangnya RM10,000 untuk diberikan kepada Nurul Ain seorang pelajar perempuan berusia 9 tahun yang mengidap penyakit leukemia. Beliau adalah berasal dari keluarga sederhana dan ingin sedikit sumbangan dari semua pihak. Sumbangan ini adalah untuk membantu beliau bagi menjalani proses pembedahan pemindahan sum sum tulang. Oleh yang demikian, hasil pemilihan pihak sekolah bersama Persatuan Budi Bestari dengan kerjasama Yayasan Budi Penyayang Malaysia juga maka lahirlah lapan orang perintis daripada tiga universiti yang berbeza. Mungkinkah mereka mampu untuk memenuhi kehendak Nurul atau sebaliknya? Jadi, secara peribadi semua perintis ini amat memerlukan jasa baik dari semua pihak, mungkin dari sekecil kecil bantuan yang disalurkan akan menyelamatkan nyawa seorang individu                                .

MENGENAI MISI KAMI                  .

Misi suara hati adalah merupakan satu program pihak sekolah dan Persatuan Budi Bestari dengan kerjasama Yayasan Budi Penyayang Malaysia dibawah naungan Y.Bhg. Datin Seri Siti Hasmah, seramai lapan orang pelajar universiti yang terpilih daripada 3 buah institut pengajian tinggi awam malaysia yang terkemuka. iaitu UKM, UPM dan KUIM. sehubungan dengan itu, para pelajar atau mereka yang lebih senang digelar sebagai perintis telah diberikan satu jangka masa selama 27 hari iaitu bermula 3 April 2005 sehingga 1 Mei 2005 untuk melaksanakan dan melengkapkan misi yang diberikan.

Objektif utama yang telah diberikan kepada para pelajar ialah mengumpul dana sejumlah RM 10,000 untuk membantu Nurul Ain untuk menjalani pembedahan pemindahan sum sum tulang. Nurul Ain merupakan pelajar yang berusia 9 tahun dan telah dikesan menghidap penyakit Luekimia (Large Granular Cell Lymphocyte).                 .

Penyakit yang dihadapi oleh beliau ini adalah merupakan sejenis penyakit Luekimia yang kronik yang mana beliau amat memerlukan proses pembedahan dengan segera. untuk makluman,Nurul Ain merupakan seorang pelajar cemerlang namun demikian beliau terpaksa menangguhkan pelajaran kerana penyakit yang dialaminya. disamping itu Nurul Ain juga datang daripada keluarga sederhana di mana beliau tidak mampu membiayai rawatan perubatan yang melibatkan sejumlah wang yang banyak. Apa yang paling menyedihkan bapa Nurul hanya berkerja sebagai seorang pemandu lori yang mempunyai pendapatan bulanan sebanyak RM600 dan berumur 56 tahun dan mengalami masalah mental yang masih terkawal. Manakala ibunya hanya seorang suri rumah dan mempunyai barah hati yang memerlukan rawatan kimoterapi. Namun demikian dengan jumlah pendapatan yang terhad. keluarga Nurul tidak mampu membiayai rawatan perubatan tersebut. Oleh yang demikian bagi menjayakan misi ini, kami selaku jentera penggerak telah merancang beberapa aktiviti yang dijangka mampu serba sedikit memberi sumbangan  kepada Adik Nurul Ain. anatara aktiviti-aktiviti dalam perancangan yang akan dijalankan:                                        -

-  Makan   malam amal                                                                      .
- Pertandingan Futsal                                       .
- Bazaar amal                                    .
- Tayangan amal                                      .
- laman seni (Nurul’s Greeting)                        .
- Pengedaran Majalah (Milenia Muslim)                        .
- Karnival suara hati                             .
- Konsert Amal                               .

Setiap aktiviti dibahagikan mengikut kumpulan yang mana terdapat 4 kumpulan dibentuk dan setiap kumpulan terdiri daripada 2 orang ahli. Ianya beroperasi di Bilik Gerakan Misi Suara Hati, di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Pihak sekolah dengan kerjasama Yayasan Budi Penyayang yang terbabit dalam program Misi suara hati adalah seperti di bawah:  
Semua ahli program Misi suara hati seramai 8 orang yang dibimbing oleh Puan Wasitah Binti Haji Mohd Yusuf selaku penasihat kumpulan dari Persatuan Budi Bestari, pihak sekolah dan yayasan budi penyayang malaysia serta seluruh rakyat malaysia                                         .

Justeru kami sebagai pelajar yang terpilih yang bertanggungjawap untuk melaksanakan misi ini memohon jasa baik dan kerjasama daripada semua pihak. tidak kira sama ada dari badan badan profesional atau orang perseorangan untuk sama sama berganding bahu agar dapat memberikan sokongan kepada kumpulan perintis perintis misi suara hati dalam menjalankan aktiviti aktiviti yang telah dijalankan. sumbangan sumbangan yang diberikan bleh disalurkan dana bentuk kewangan, menghadiri majlis "Malam Makan Amal sambil menderma", menyertai "Boot Bazaar Amal", menjadi penaja penaja pertandingan futsal karnival air atau apa sahaja yang dianggap relevan. Oleh yang demikian, semua dana yang diperolehi akan dikumpulkan dan disalurkan kepada tabung rawatan saudari Nurul. Secara tidak langsung, melalui program ini dapat memberikan pulangan dan sebarang wang meluas terhadap badan badan profesional atau syarikat yang  di kendalikan oleh Persatuan Budi Bestari Sk Seri Murni dengan kerjasama Yayasan Budi Penyayang Malaysia terlibat di mana program ini akan

Sumbangan boleh diberikan dalam bentuk sms. kaedah sms adalah seperti berikut:
Taip       :         Misi 1 jumlah dan hantarkan  ke 32999
Contoh :        misi1 1 atau 5 atau 10 dan hantarkan ke 32999 sumbangan berbentuk cek bolehlah ditulis ke atas nama "Tabung MisiSuara Hato1"dan  dihantarkan ke alamat berikut: :-
Setiausaha,
Persatuan Budi Bestari,
Sek.Keb.Seri Murni,
02700,Simpang Empat,
Perlis
atau sila hubungi kami jika terdapat sebarang pertanyaan di
No.tel              :              03-89221740
No.Fax            :              03-89221730
Email              :             misi_suarahati@yahoo.com

``Di Barat, kerja-kerja sukarela memang sudah sebati dengan masyarakat mereka namun belum  begitu diterapkan  dinegara   kita.``Kita patut buangkan tanggapan bahawa kerja-kerja sukarela atau amal hanya kerja orang kaya dan tujuannya untuk komersil semata-mata.
``Sebenarnya setiap daripada kita boleh menghulurkan bantuan, tidak kira dalam bentuk apa sekalipun termasuklah idea.Petikan kata-kata dari  Pengerusi Yayasan Budi Penyayang  Dayin Sri Dr. Siti Hasmah  .                                                   

Sejajar itu, kami ingin menjemput pihak-pihak yang terlibat agar dapat bersama-sama kami menyertai program misi suara hati yang dianjurkan oleh pihak sekolah, Persatuan Budi Bestari dan Yayasan Budi Penyayang Malaysia untuk memberikan sedikit peluang hidup kepada saudari Nurul. Kami juga amat berharap serta merayu kepada semua rakyat Malaysia agar sama sama menghayati penderitaan yang dialami oleh Nurul sekeluarga dan seterusnya, memberi sedikit sumbangan agar sasaran yang diimpikan dapat dicapai dengan jayanya. Bak kata pepatah "Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing". Akhir kata dari kami, sesungguhnya penderitaan Nurul Ain merupakan lambang keperitan dan kesengsaraan rakyat Malaysia. Justeru, selaku masyarakat yang bertanggungjawab dan prihatin, maka sama-samalah kita menjayakan sebuah misi yang bernama ”Misi Suara Hati”. Segala kerjasama dan bantuan yang akan dihulurkan amat kami hargai. Sekian, terima kasih.



SEKIAN .  ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.


                                                 KERTAS KERJA TAMAT

No comments:

Post a Comment