1. Pengetahuan tentang peranan alat dan daerah artikulasi penting dalam memahami jenis–jenis bunyi bahasa.
Namakan mengikut turutan jenis bunyi bahasa yang sesuai dengan penyataan yang diberi di bawah.
(a) Bunyi yang dihasilkan apabila lelangit lembut diturunkan bagi membolehkan udara keluar melalui rongga hidung.
(b) Bunyi yang dihasilkan dengan geluncuran dua bunyi vokal tetapi hanya mengandungi satu puncak sebutan.
(c) Bunyi yang dihasilkan apabila berlakunya sekatan arus udara, sempitan, dan geseran sama ada di bahagian rongga mulut, tekak atau hidung.
(d) Bunyi bersuara yang dihasilkan tanpa apa-apa sekatan pada arus udara dan pita suara bergetar.
Jawapan: (Rujuk Modul OUM /UPM)
2. Secara ringkas, jelaskan konsep fonologi dan huraikan DUA tujuan ujian fonologi
3. Bunyi-bunyi vokal bahasa Melayu terdiri daripada vokal hadapan, vokal tengah dan vokal belakang.
(a) Dengan bantuan rajah, tunjukkan kedudukannya.
(b) Beri huraian tentang penghasilan TIGA bunyi vokal hadapan yang ditunjukkan dalam rajah anda ( rujuk soalan (a)).
4. Bunyi-bunyi konsonan terdiri daripada konsonan letupan (plosif), letusan (afrikat), sengau (nasal), geseran (frikatif), getaran (trill), sisian (lateral), dan separuh vokal (semi vowel).
(a) Jelaskan konsep konsonan letupan dan perturunkan EMPAT bunyi konsonan tersebut.
(b) Dengan contoh, bezakan cara penghasilan EMPAT bunyi konsonan tersebut.
(dipetik oum paper exam)
No comments:
Post a Comment