Sunday, June 5, 2011

Bunyi-bunyi vokal bahasa Melayu terdiri daripada vokal hadapan, vokal tengah dan vokal belakang.

Vokal Hadapan Separuh Sempit [ e ]
Vokal ini terletak di tengah bahagian hadapan mulut. Kalau kita cuba menyebutnya kita dapati lidah berada tidak tinggi atas seperti vokal [ i ] dan tidak di bawah seperti vokal [ a ], tetapi di tengah. Untuk menyebutnya hadapan lidah dinaikkan tetapi lebih rendah daripada bunyi vokal [i] sementara alat-alat lain serupa peranannya. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan pita suara dirapatkan.

Contoh:
Awal kata Tengah kata Akhir kata
[elo?] [laher] [kole ε]
[esa] [merah]
[e n ã ?] [lateh]
[ela ?] [leka]
[eka] [sepa?]


Vokal Hadapan Separuh Luas [ e ]
Hadapan lidah dinaikkan separuh luas (lebih rendah daripada cara membunyikan vokal [e] ) yang bergerak ke arah lelangit keras, iaitu hujung lidah mencecahi gigi dan gusi sebelah bawah. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung dan pita suara bergetar.Contoh:

Contoh:
Awal kata Tengah kata Akhir kata
[elok] [belok] [leher]
[teleng]


Vokal Hadapan Luas [a]
Vokal ini terletak jauh di bahagian bawah, seolah olah terhampar dan mulut kita di dalam keadaan terbuka luas. Hadapan lidah dinaikkan sedikit sahaja ke arah lelangit keras, anak tekak dan lelangit lembut menutup rongga hidung dan pita suara bergetar. Vokal ini paling banyak terdapat dalam bahasa Melayu.

Contoh:
Awal kata Tengah kata Akhir kata
[ahli ] [m ã ka] [bola]
[ambil] [nanãs] [m ãm ã]
[anjiN] [ ŋ ã ŋ ã] [ laba ]
[jaga? ] [ m ã la m ] [ di ya ]
[ tapai ] [ supaya ]
4. Bunyi-bunyi konsonan terdiri daripada konsonan letupan (plosif), letusan (afrikat), sengau (nasal), geseran (frikatif), getaran (trill), sisian (lateral), dan separuh vokal (semi vowel).
(a) Jelaskan konsep konsonan letupan dan perturunkan EMPAT bunyi konsonan tersebut.
Jawapan:
konsonan yang dikeluarkan dengan udara ditahan dan dilepaskan dengan cepat. Konsonan yang dihasilkan dengan cara ini dipanggil letupan.
EMPAT bunyi konsonan tersebut.
1. Konsonan [p]
2. [bKonsonan [t]
3. [dKonsonan [k] dan [g]
4. Konsonan [j] dan [dʒ ]

Jawapan lain ialah :
Hentian [?]

(b) Dengan contoh, bezakan cara penghasilan EMPAT bunyi konsonan tersebut.
(dipetik oum paper exam)
1. Konsonan [p] dan [b]: Jika lelangit lembut dinaikkan dan bibir dirapatkan, kemudian udara tersekat pada dua bibir dan udara dipaksa keluar. Jika dengan cepat dibuka mulut, keluarlah bunyi [p]. Penghasilan konsonan ini dinamakan letupan dua bibir tak bersuara kerana pita suara tidak bergetar. Jika pita suara bergetar, bunyi itu ialah letupan dua bibir bersuara [b].
2. Konsonan [t] dan [d]: Udara bukan sahaja boleh tersekat dengan merapatkan dua bibir, tetapi juga dengan mengenakan hujung lidah pada gusi, lelangit lembut dinaikkan dan udara tertahan. Jika proses sekatan ini dilepaskan, terdapat bunyi [t] letupan gusi tak bersuara. Jika pita suara digetarkan, terbitlah bunyi letupan gusi bersuara [d].
3. Konsonan [k] dan [g]: Bunyi letupan lelangit lembut tak bersuara [k] dan letupan lelangit lembut bersuara [g]. Untuk menghasilkan bunyi [k], belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk menyekat arus udara. Di samping itu, lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan ke rongga tekak bagi menyekat arus udara ke rongga hidung. Untuk menghasilkan bunyi [g] caranya sama seperti bunyi konsonan [k] tetapi pita suara dirapatkan, arus udara yang keluar melalui rongga mulut menggetarkan pita suara.
4. Konsonan [j] dan [dʒ ]: Bunyi [j] dihasilkan apabila hadapan lidah dinaikkan rapat ke lelangit keras untuk membuat sekatan pada arus udara. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang atau ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan terhadap arus udara ke rongga hidung.
Pada masa ini pita suara direnggangkan, arus udara yang melalui rongga mulut tidak menggetarkan pita suara tetapi udara yang tersekat di hadapan lidah dan lelangit keras dilepaskan perlahan-lahan. Untuk menghasilkan konsonan [j] proses yang sama dilakukan tetapi pita suara bergetar.

No comments:

Post a Comment