Wednesday, April 13, 2011

Contoh Soalan Seni Dlm Pendidikan (1)

SOALAN
1.Salah satu Teori Pembelajaran yang dicadangkan di dalam Seni dalam Pendidikan ialah Teori Konstruktivisme.
Jelaskan cara-cara bagaimana Seni dalam Pendidikan boleh dikaitkan dengan Teori konstruktivisme.
2. Jelaskan EMPAT peranan yang boleh dimainkan oleh seseorang guru untuk mewujudkan kesedaran kendiri yang positif di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

3.Bincangkan EMPAT kebaikan penggabungjalinan di dalam pengajaran dan pembelajaran Seni dalam Pendidikan.
4. Corak ialah struktur susunan ulangan berdasarkan motif yang dibuat secara terkawal atau bebas.
Huraikan EMPAT cara bagaimana sesuatu corak itu biasa boleh didapati.

5. Jelaskan EMPAT cara bagaimana sesuatu jalinan boleh dihasilkan.

6.Salah satu daripada teori pembelajaran yang dicadangkan di dalam Seni dalam Pendidikan ialah Teori Pembelajaran Sosial. Teori Pembelajaran Sosial menegaskan bahawa pembelajaran banyak terhasil daripada cara meniru orang lain melakukan sesuatu.
(a) Senaraikan TIGA bentuk peniruan menurut teori ini.

(b) Huraikan setiap satu daripada tiga bentuk peniruan yang dinyatakan di atas.
(c) Bincangkan mengapa peniruan berlaku dalam kalangan murid-murid.

2)Rekaan ialah salah satu kemahiran yang amat penting di dalam seni visual.
(a) Huraikan EMPAT prinsip rekaan.
(b) Nyatakan TIGA cara dan alatan yang digunakan untuk membina corak tidak terancang dan corak terancang.
(dipetik dari HBEF1403_SEM JAN10)

No comments:

Post a Comment