Monday, June 4, 2012

Jenis-Jenis Tatabahasa



 
Terdapat beberapa jenis nahu atau tatabahasa dalam perkembangan era linguistikyang selari dengan teori linguistik. Di sini kita akan memperlihatkan beberapa ciri asas setiap nahu.

 Tatabahasa Formal (Formal Grammar)

Antara ciri-ciri nahu ini ialah:Pemerian bahasa berdasarkan bentuk linguistikPemerian bahasa berdasarkan struktur dan ciri lakuan bahasaSetiap rumus dapat ditentukan tempatnya dalam sistemBerdasarkan fungsi tidak berdasarkan faktor ekstralinguistikBerdasarkan tatabahasa huraian dan deskriptif

 Tatabahasa Deskriptif (Decriptive Grammar)


Dikenali juga dengan nama Tatabahasa Huraian

Penghuraian segala kemungkinan dalam sesuatu bahasaKemungkinan yang merangkumi morfologi dan sintaksisKemungkinan itu juga berasaskan ciri-ciri bahasa itu.

 Tatabahasa Nosional (Notion Grammar)
Antara ciri-ciri nahu ini ialah:Sesuatu bahasa ditakrifkan berdasarkan makna (semantik) dan rasa.

Ciri bahasa = di dunia sudah ada acuannya
Berdasarkan kesejagatan bahasa
Berdasarkan struktur yang ideal
Struktur yang menjadi norma sahaja dianggap gramatis
Ayat ditakrifkan sebagai deretan ujaran yang bermakna
  
 Tatabahasa Preskriptif (Precriptive Grammar)
Antara ciri-ciri nahu ini ialah:Dikenali juga dengan nama Tatabahasa NormatifCiri yang dianggap betul sahaja yang diberikanPenggunaan acuan pencarian yang sedia adaPenentuan kaedah baku sebagai rujukan atau pedoman
 
Tatabahasa Fungsional (Functional Grammar)
Antara ciri-ciri nahu ini ialah:Berdasarkan pandangan pragmatik (praktikal)Fungsi bahasa sebagai alat perhubungan sosial. Berasaskan rumus yang mengawal hubungan manusia.

Tatabahasa Tradisional (Traditional Grammar)
Antara ciri-ciri nahu ini ialah:Mengikut acuan pola dan kaedah tatabahasa Latin dan Yunani
Dapat diaplikasi pada tatabahasa lainBercirikan kajian bahasa sebelum era linguitik moden (era Struktural)
  
 Tatabahasa Transformasi Generatif (Transformational Generative Grammar)

Antara ciri-ciri nahu ini ialah:Dipelopori dan diasaskan oleh Noam Chomsky pada tahun 1957Dilihat mencirikan konsep matematikAyat dilihat sebagai unit asas yang mempunyai struktur dalaman dan strukturpermukaan

Hubungan butir linguistik dalam ayat dijelaskan melalui Rumus Struktur Frasa(struktur dalaman)Pemerian bahasa menggunakan Rumus Transformasi.

 Tatabahasa Pedagogi (Pedagogical Grammar)
Antara ciri-ciri nahu ini ialah:Tatabahasa khusus untuk kegunaan dalam bidang pendidikan bahasa yakni paraguru bahasaBerasaskan Pendekatan, Kaedah dan Teknik pengajaran tertentuPenekanan terhadap pengajaran:

 Bahasa ibunda
Bahasa pertama
Bahasa kedua
Bahasa asing
 Tatabahasa Sistemik (Systemic Grammar)

Antara ciri-ciri nahu ini ialah:

Penganalisisan pola bahasa berasaskan kaedah tertentuPola bahasa dianalisis di tempat yang berbeda dalam unit bahasaPenekanan terhadap teori Keperihalan Keadaan, Fonologi Prosodi  ( Suprasegmental) dan Kolokasi


Sunday, June 3, 2012

Contoh SOALAN BMM 3112


Contoh SOALAN  BMM 3112
1.       Ismail Hussein (1948) menyatakan terdapat 3 tahap perkembangan bahasa melayu. Jelaskan tahap-tahap tersebut?
2.       Nyatakan 4 tokoh yang terkenal pada Zaman perkembangan bahasa Melayu Kerajaan Acheh?
3.       Nyatakan prinsip-prinsip utama penyusunan kamus?
4.       Nyatakan 4 peranan DBP?
5.       Lima faktor mengapa BMelayu dipilih sbg bahasa Kebangsaan selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957?
6.       Lima perkara yang perlu ada untuk menjadi seorang penterjemah?
7.       Bagaimanakah bidang pendidikan dapat memartabatkan tulisan jawi?
8.       Dalam proses perkemabnagan Bahasa Melayu , bahasa ini telah menerima penyerapan dari bhasa arab ke bahasa Inggeris. Terdapat 53 pola. Berikan dua contoh perkataan untuk setiap pola
1.       a menjadi e
2.       ee menjadi i
3.       f tetap f
4.       Konsonan ganda menjadi tunggal
5.       x  yang tidak terletak di awal kata menjadi ks
6.       Definiskan kedwibahasaan

7.       Nyatakan perbezaan antara kedwibahasaan majmuk dan kedwibahasaan koordinat?

8.       Bincangkan kesan-kesan yang berlaku dari kedwibahasaan?

9.       Huraikan intipati laporan Razak 1956 dalam sistem pelajaran Negara kita?

BMM

Bezakan ciri-ciri bahasa Melayu Kuno dan bahasa Melayu Klasik


Ciri-ciri Bahasa Melayu Klasik ialah
Ayat yang panjang dan berbelit-belit
Banyak ayat pasif
Menggunakan bahasa istana
Kosa kata klasik seperti ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul dan sebagainya
Banyak menggunakan kata pangkal ayat atau perdu perkataan seperti sebermula, alkisah, hatta, adapun dan sebagainya
Penggunaan ayat songsang dan banyak menggunakan partikel ‘pun’ dan ‘lah’

Saturday, June 2, 2012

KAEDAH/TEKNIK PNP SASTERA BMM 3116



BMM 3116 GENRE KESUSASTERAAN MELAYU
PENDEKATAN
1) Pendekatan Struktural
Pendekatan Struktural melihat sesuatu berdasarkan struktur dan fungsi.
Pendekatan ini cenderung membicarakan elemen-elemen yang membina objek.

Contoh: Jika melihat rumah, pendekatan ini akan melihat unsur-unsur yang membangun rumah seperti bahan binaan yang mungkin terdiri daripada jenis kayu, simen, gred batu bata, jenis atap, jendela, pintu dan fungsi ruang-ruang atau bahagian rumah tersebut.

Karya sastera pula dinilai berdasarkan unsur fizikal seperti watak, latar, teknik dan sebagainya yang membangun karya sastera itu dan fungsi-fungsi unsur tadi untuk menyampaikan isi (tema dan persoalan) karya sastera.

KAEDAH
Kaedah
1) Kaedah Struktural
Pengajaran sastera melalui kaedah ini bermaksud mengajarkan elemen-elemen yang membangun karya sastera.

Karya sastera seperti novel, drama, hikayat, cerita rakyat dan cerpen diajarkan melalui pembicaraan tentang elemen-elemen seperti watak dan perwatakan yang sering dibahagikan kepada watak protagonis, antagonis, neutral, watak pipih, watak bulat dan sebagainya; latar cerita seperti latar tempat, latar peralatan, latar budaya, dan latar waktu; jenis sudut pandangan pencerita yang terbahagi kepada sudut pandangan pencerita, sudut pandangan watak, sudut pandangan kamera dan sudut pandangan bawah sedar; sifat sudut pandangan seperti maha tahu, tahu terhad, dan jahil; jenis perbualan seperti dialog, monolog, multilog; teknik penceritaan seperti imbas muka, imbas kembali; jenis plot seperti kronologi, antikronologi, plot mudah, plot kompleks dan tanpa plot; dan isi karya sastera, iaitu persoalan, tema, pengajaran dan nilai.
Kaedah ini melihat semua unsur yang terdapat dalam karya sastera namun tidak terlalu mendalam dari segi jangkauan penjelasannya. Jika ingin melihat sesuatu unsur dengan lebih mendalam, maka kaedah berfokus digunakan.


2) Kaedah Mengalami dan Menghayati
Kaedah ini lebih mengutamakan kemampuan untuk menikmati karya sastera. Mengajarkan karya sastera menggunakan kaedah ini lebih mementingkan kebolehan pelajar-pelajar untuk mengalami dan menghayati unsur-unsur yang terkandung dalam karya sastera.
 Melalui kaedah ini, karya puisi atau sajak dinikmati dengan cara mendeklamasinya. Perwatakan watak difahami lalu dilakonkan melalui aktiviti lakonan, drama atau improvisasi. Karya sastera seperti pantun pula boleh digunakan dalam aktiviti berbalas pantun atau dinyanyikan mengikut irama-irama tertentu seperti joget, japin, dangdut dan yang bersesuaian.


3 Pendekatan Pemahaman Teks
• Kaedah Berfokus
Kaedah ini cenderung membicarakan karya sastera secara terperinci. Untuk memenuhi keperluan ini, kaedah ini memilih aspek atau unsur tertentu untuk dijadikan fokus pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, aspek penggunaan bahasa dalam dialog boleh dijadikan sebagai fokus utama manakala aspek watak dan perwatakan pula boleh dijadikan fokus sampingan. Melalui kaedah ini, pengajaran boleh terdiri daripada satu fokus utama; satu fokus utama dan satu fokus sampingan; atau satu fokus utama dan pelbagai fokus sampingan.
TEKNIK
4 Teknik dan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
• Mestamu

                                Mestamu bermaksud mendeklamasikan puisi dan melagukannya  tanpa muzik. Hal ini bermakna terdapat dua aktiviti berjalan serentak; iaitu mendeklamasi dan melagukan puisi tersebut, sama ada baris demi baris atau rangkap demi rangkap. Jika teknik ini dibuat secara berpasangan, seorang pelajar akan mendeklamasi dan seorang lagi akan melagukannya.


• Deklamasi

                                Deklamasi bermaksud membaca puisi dengan nada, intonasi suara, dan gaya  yang sesuai. Untuk menjadikan deklamasi lebih menarik, pelajar perlu memahami dan seterusnya menghayati puisi yang akan dideklamasikannya.

5 Teknik dan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
• Pemaduan seni
                                Pemaduan seni bermaksud penggunaan beberapa unsur seni seperti, seni lukis, seni suara, seni lakon, dan sebagainya untuk menghidupkan petikan atau babak dalam karya sastera. Untuk tujuan pemaduan seni ini, seni-seni yang dipilih itu digunakan secara serentak pada masa yang sama. Sebagai contoh, pengajaran aspek perwatakan dalam sesebuah novel boleh dibuat dengan cara melakonkan aksi watak tersebut, dan pada masa yang sama pelajar lain melukiskan gambaran watak, dan mungkin sekumpulan pelajar lain menyanyikan  fakta mengenai watak tersebut.

• Adaptasi, Kerusi panas
Adaptasi

                                Adaptasi ialah suatu teknik yang boleh digunakan dalam pengajaran kesusasteraan Melayu. Adaptasi bermaksud mengubah atau mereka bentuk sesuatu genre sastera kepada bentuk lain yang difikirkan lebih menarik. Untuk memudahkan pelajar memahami isi sesebuah sajak, guru boleh mengadaptasi sajak tersebut kepada bentuk drama, cerpen atau nyanyian.

Kerusi panas

                                Teknik kerusi panas boleh digunakan untuk pengajaran aspek watak dan perwatakan dalam sesebuah karya sastera. Dalam teknik ini, seorang pelajar akan diminta menghayati dan mendalami watak dalam sesebuah cerita, kemudian pelajar ini ditempatkan di kerusi yang diletakkan di hadapan kelas. Seterusnya, pelajar-pelajar lain diminta menanyakan soalan-soalan yang berkaitan dengan watak yang dipegang oleh pelajar di kerusi panas dan pelajar ini akan menjawabnya berdasarkan cerita atau peristiwa dalam karya sastera tersebut.


• Boneka
Menggunakan boneka sbg ABM untuk menceritakan  / penceritaan watak

6 Teknik dan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
• Teater Pembaca, Teater Bercerita
Teater pembaca
                                Teater pembaca ialah suatu teknik apabila pengajaran bacaan dijalankan secara bercerita sambil melakonkan aksi-aksi yang terdapat dalam bahan bacaan itu. Dalam teknik ini pelajar kan membaca dengan intonasi dan gaya seperti watak yang terdapat bahan bacaan tersebut.

Teater bercerita ialah satu bentuk drama naratif yang berbentuk cerita yang dilakonkan secara spontan. Teater bercerita menggabungkan pelakon dan pencerita pada masa yang sama. Tegasnya, pencerita akan bercerita, manakala pelakon akan melakonkan aksi atau perkara yang diceritakan oleh pencerita itu. Walau bagaimanapun, guru perlu menyediakan skrip yang diolah daripada cerita atau isi bahan-bahan sastera yang dipilih. Secara umumnya, teknik ini boleh digunakan untuk mengajarkan genre-genre sastera yang berbentuk naratif seperti cerpen, novel dan prosa klasik.

• Improvisasi

                                Improvisasi ialah lakonan spontan yang terdiri daripada kumpulan kecil, yang skripnya diolah daripada isi atau peristiwa yang terdapat dalam genre sastera yang diajarkan. Dalam pengajaran cepern misalnya, para pelajar boleh diminta menyediakan skrip secara berkumpulan bagi menceritakan peristiwa yang berlaku dalam permulaan cerpen, konflik, dan peleraian dalam cerpen berkenaan.

Thursday, May 31, 2012

soalan BMM 3114


BMM  3114
1.Nyatakan   konsep Budaya .
Satu kumpulan tertentu dan meliputi anasir-anasir sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama,kepercayaan, adat resam, sikap, nilai, alatan-alatan budaya atau apa-apa yang dihasilkan oleh mereka sebagai anggota sesuatu masyarakat” (A. Aziz Deraman, 1994)
2.Apakah elemen budaya
ELEMEN BUDAYA
1.-Budayamaterial
2. Budaya bukan material

Kebudayaan material
Kebudayaan material  ialah  semua ciptaan masyarakat yang nyata, konkrIt.
Termasuk dalam kebudayaan material ini adalah temuan-temuan yang dihasilkan dari suatu penggalian arkeologi: mangkuk tanah liat, senjata, dan seterusnya.
Kebudayaan material juga mencakup barang-barang, seperti televisyen, pesawat terbang,  pakaian, gedung pencakar langit, dan mesin cuci.

2.Kebudayaan non material
Kebudayaan nonmaterial adalah ciptaan-ciptaan abstrak yang diwariskan dari generasi ke generasi, misalnya berupa dongeng, cerita rakyat, dan lagu atau tarian tradisional.

2Konsep Budaya
 budaya Melayu adalah cara hidup masyarakat Melayu,  yang meliputi seluruh tatacara kehidupan dari aspek fikiran atau idea, (termasuk ilmu pengetahuan, bahasa, falsafah, kesusateraan) kebendaan, (seperti senibina, bangunan, perabot, makanan, ubat-ubatan) kesenian sama ada seni lakon atau seni tampak dan akhir sekali nilai dan norma. (seperti kepercayaan, undang-undang, gaya dan perlakuan

 3) Huraikan konsep Budaya
Konsep Asimilasi
merupakan satu proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainanbudaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama
.Menurut Vander Zanden (seorang ahli sosiologi), asimilasi ialah satu proses dalam manakelompok-kelompok yang berfikir, berperasaan dan bertindak secara berlainan, menjadi satudalam kesatuan sosial serta budaya yang sama.
Asimilasi mutlak atau sempurna menyebabkanberlakunya penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti. konsep ini diwakilidengan formula A+B+C =A, disini A dalam hal ini mewakili golongan dominan smentara B danC mewakili kumpulan etnik minoriti.
 Contohnya, orang melayu di Thailand telah mengalamiproses asimilasi yang menyebabkan nama, bahasa dan hampir semua aspek cara hidup mereka(kecuali agama) telah disatukan dengan amalan dan cara hidup orang Thai.
Di Malaysia, apayang berlaku keatas masyarakat Jawa, Cina Kelantan, Baba dan Nyonya merupakan contohberlakunya proses asimilasi. Namun, bagi etnik cina di Kelantan serta Baba dan Nyoya,

Asimilasi berlaku  dalam konteks budaya tanpa melibatkan anutan kepercayaan atau agama.
Proses asimilasi berlaku apabila wujudnya interaksi yang erat antara ahli kumpulan etnik etnik berbeza budaya bagi suatu tempoh yang lama. kejayaan asimilasi umumnya bergantung kepadakesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti kumpulanetnik majoriti; terdapt banyak persamaan budaya antara kumpulan etnik; dan kesanggupankumpulan etnik majoriti menerima kumpulan etnik minoritI

KONSEP AKULTURASI

Akulturasi merupakan satu proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu ataukelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berbeza.
Akulturasi terjadi apabila satu kelompok manusia dengan kebudayaan tertentu dihadapkan dengan unsur dari suatu kebudayaan asingyang berbeza sehingga unsur kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan diolah dalamkebudayaan sendiri.
Proses akulturasi tidak menyebabkankehilangan identiti asal masyarakat penerima. Dalam sejarah tamadun manusia, sering berlaku pertemuan atau pertembungan antara dua ataulebih kebudayaan. Proses ini menyebabkan berlakunya proses pinjam meminjam.
Pada peringkat awal, unsur pinjaman digunakan secara langsung dan kemudian diolah serta dijadikan usur kebudayaan sendiri. Di Malaysia, beberapa kes boleh dijadikan rujukan seperti penggunaan talileher, angpau, makanan, hiburan dan sebagainya. Tetapi, jika unsur budaya yang diambil itutidak diolah dengan baik, pastinya tindakan ini akan memberi kesan yang tidak baik kepadasesuatu masyarakat. Tidak mudah untuk membentuk sebuah masyarakat yang mencapai tahap akulturasi.
Akulturasi lebih mudah dicapai apabila melibatkan budaya bersifat kebendaan yang mendatangkan manfaatseperti pakaian barat. Unsur-unsur budaya yang tidak bebrbentuk kebendaan seperti ideologi danpemikiran adalah lebih sukar diterima.
KONSEP Akomodasi
Merupakan proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari sertamenghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain dan tetap mempertahankan budaya hidupmasing-masing. Konsep ini diwakili oleh formula A + B + C = A + B + C, disini A, B dan C merujuk kepada budaya.


Pelbagai kumpulan etnik hidup secara harmonis dan menghormati antara satu sama lain. Padaperingkat pemerintahan pusat, setiap kumpulan etnik mempunyai wakil dalam bidang ekonomi dan pendidikan dan mereka saling bergantung. konsep ini begitu meluas diamalkan di Malaysia kerana setiap kumpulan etnik bebas .

SEJARAH PERKEMBANGAN TULISAN JAWI


SEJARAH PERKEMBANGAN TULISAN JAWI

Pada asasnya bahasa ialah ujaran yang dikeluarkan oleh organ pertuturan manusia y secara arbitrari melambang maknanya dan digunakan oleh satu masyarakat bahasa untuk perhubungan (Hashim Musa:205).
Bagaimana ?

 Tulisan pula lahir apabila manusia mengetahui bagaimana hendak menyampaikan fikiran dan perasaannya melalui tanda-tanda tampak atau visual dalam bentuk yang bukan hanya dimengerti sendiri tetapi oleh orang lain juga.


Sistem ejaan yang digunakan dalam tulisan Melayu berhuruf Arab yang dikenali juga sebagai ejaan Jawi.

Tulisan Jawi digunakan oleh orang Melayu sejak orang Melayu memeluk agama Islam.
 Orang Arab menggelar orang Melayu sebagai Jawah atau Jawi.
Hal ini disebabkan pada zaman dahulu, daerah Asia Tenggara terkenal sebagai Javadwipa. Di Malaysia, sistem ejaan Jawi bukanlah sistem tulisan rasmi tetapi diajar sebagai satu subjek dalam pengajaran di sekolah manakala di Indonesia pula, sistem ini hanya dikenali oleh para pengkaji naskhah Melayu lama.

 Aksara rencong ialah huruf Melayu tua yang lebih tua daripada aksara Jawa kuno (tulisan Kawi).
Sisa tulisan ini dapat kita lihat dalam tulisan Rencong yang digunakan di Sumatera Selatan, di daerah Bangkahulu dan Palembang di sebelah hulu, manakala tulisan Kawi di Jawa.
Masyarakat yang memiliki tulisan kebiasaannya dianggap telah memiliki peradaban yang lebih tinggi berbanding dengan yang lain.
S: Apakah yg mempengaruhi BM?
Hingga abad ke-14, Bahasa Melayu telah mengalami pengaruh daripada tiga bahasa, iaitu Bahasa Sanskrit, Bahasa Jawa dan Bahasa Arab. 
Pengaruh pertama terhadap Bahasa Melayu ialah Bahasa Sanskrit yang dibawa oleh pedagang-pedagang India atau pedagang Melayu yang berurusan dengan negara India.
Akibatnya pengaruh indianisasi berkembang dalam budaya Melayu.
Para sarjana berpendapat pengaruh Hindu masuk ke alam Melayu sekitar abad ke-14,  iaitu zaman kemuncaknya pengaruh Hindu di kepulauan Melayu.
Bahasa Sanskrit dianggap asas kepada Bahasa Melayu yang hidup  hingga pada hari ini.
Tulisan Bahasa Melayu yang asal, iaitu huruf Rencong tersisih tetapi kosa katanya bertambah kaya. 
Kemudian muncul pula tulisan yang dikenali sebagai tulisan Jawi.
 Didapati bahawa menerusi tulisan inilah 

SOALAN BMM 3112- ( KEDWIBAHASAAN)

BMM3112
MASA DEPAN DAN CABARAN BAHASA MELAYU
PENGENALAN
 

 KEDWIBAHASAAN
Soalan : Bagaimanakah wujudnya kedwibahasaan?
Kedwibahasaan berlaku dalam kalangan masyarakat yang menggunakan banyak bahasa.

Kedwibahasaan atau bilingualisme ialah penguasaan dua bahasa seperti penutur bahasa asli.
Soalan : Jelaskan maksud kedwibahasaan?
Penggunanya menggunakannya sebagai bahasa komunikasi, yakni menggunakan satu bahasa rasmi untuk berkomunikasi, dan bahasa ibunda untuk hubungan lain
Misalnya orang Cina dan India yang menggunakan Bahasa Melayu untuk komunikasi rasmi tetapi bahasa ibunda di rumah.
Kedwibahasaan yang sempurna ialah penguasaan sepenuhnya dua bahasa oleh penutur.
Kedwibahasaan sepenuhnya jarang berlaku kerana jarang sekali  seseorang individu dapat menguasai lebih dari satu bahasa dengan baik.
 Terdapat negara yang mempunyai dua bahasa atau lebih (bilingual atau multilingual) sebagai bahasa rasmi atau bahasa kebangsaan.
Negara Kanada dan Belgium misalnya mengamalkan bilingual, manakala Switzerland pula mengamalkan multilingual. Sesebuah negara itu tidak dapat dikatakan bilingual kecuali sebahagian besar daripada rakyatnya bertutur dalam dwibahasa.
Soalan : Maksud kedwibahasaan:
Menurut Mario Pei pula, kedwibahasaan ialah kualiti atau kebolehan seseorang bertutur dalam dua bahasa.
Jenis kedwibahasaan:
Kedwibahasaan majmuk ialah individu yang memperoleh dua bahasa semasa kecil.
Kedwibahasaan kordinat pula berlaku apabila individu tersebut memperoleh salah satu bahasa tersebut sebagai bahasa pertama dan bahasa kedua pula diperoleh kemudian.
Kedua-dua sistem tersebut disepadukan dan disimpan secara berasingan.


BAGAIMANA WUJUD KEDWIBAHASAAN:
1.Kedwibahasaan lahir dalam masyarakat majmuk yang pelbagai budaya, etnik, agama, bangsa, kaum dan lain-lain.
2. Hubungan budaya dengan budaya asing biasanya berlaku di bandar-bandar besar dan pusat perdagangan yang mempunyai pelbagai ragam manusia dan budaya. 
3.Penjajahan juga membawa masuk unsur budaya baru dan bangsa asing yang menggunakan dan memaksa rakyat pribumi menggunakan bahasa mereka dalam sistem pemerintahan, khususnya pendidikan dan ekonomi misalnya penjajah Inggeris di Tanah Melayu.
Hartmann (1976) mengatakan bahawa kedwibahasaan melibatkan penggunaan dua bahasa oleh penutur atau masyarakat pengguna bahasa.
Penutur dwibahasa tidak semestinya penterjemah yang baik sebab kemahiran menukar kod dari satu bahasa ke bahasa yang lain diperoleh secara berasingan dan individu tersebut mestilah mahir dalam perbualan kedua-dua bahasa dalam semua keadaan.
Malaysia merupakan sebuah negara yang multibahasa dan terdapat individu yang dapat memahami dua bahasa atau lebih, sama ada Melayu-Inggeris, Cina-Melayu-Inggeris, atau India-Melayu-Inggeris, dan sebagainya. Individu yang berpengetahuan dalam kedua-dua bahasa tetapi yang satu lagi tidak pernah dilahirkan dalam bentuk ujaran atau tulisan, bahkan cuba disembunyikan atas sebab-sebab tertentu dinamakancovert bilingual atau dwibahasa terlindung. Individu dwibahasa tidak akan mempunyai pengetahuan kedua-dua bahasa yang sama baik. Kadang-kadang individu tersebut hanya memahami sahaja tetapi tidak boleh menulis atau bertutur dengan baik.
 
Kedwibahasaan wujud di negara-negara yang menjadikan dialek sebagai bahasa rasmi seperti di Perancis. Keadaan dwibahasa yang memperlihatkan penutur mengamalkan dialek masing-masing dalam kehidupan seharian tetapi menggunakan dialek utama yang telah dijadikan bahasa rasmi. Sama juga halnya dengan Malaysia yang menggunakan dialek Melayu-Johor sebagai bahasa rasmi tetapi menggunakan dialek masing-masing di rumah misalnya dialek Kelantan, Terengganu, Perak, Negeri Sembilan, Kedah dan sebagainya.

Kedwibahasaan berlaku akibat bahasa tempatan dijadikan bahasa rasmi tetapi bahasa lain digunakan sebagai bahasa penyatuan
. Di Rusia misalnya, bahasa Rusia dijadikan bahasa penyatuan tetapi rakyat tempatan boleh menggunakan bahasa tempatan sebagai bahasa rasmi seperti bahasa Ukraine dan Estonia. 
4. Kedwibahasaan juga berlaku akibat berpegang kepada idea bahawa penggunaan satu bahasa asing yang dipupuk di samping bahasa ibunda terus digalakkan dalam pembelajaran untuk tujuan mendapat pengiktirafan setaraf dengan bangsa lain.
Mengikut ideologi ini, pembelajaran satu bahasa asing dalam keadaan tertentu akan membentuk individu yang mempunyai cara pemikiran baru untuk menghapuskan permusuhan dalam kalangan rakyat misalnya di Singapura.

5.Perdagangan memainkan peranan utama apabila bahasa merupakan wahana untuk berkomunikasi dan berinteraksi untuk urusan jual-beli. Penerokaan dunia baru juga memerlukan individu memahami dunia yang dilawati untuk memahami budaya bangsa merentasi pelbagai negara.
6. Pengembangan agama oleh mubaligh Kristian dan Islam membawa masuk bahasa asing ke alam Melayu, iaiatu Bahasa Inggeris, Belanda, Portugis, dan Arab.
7. Dasar pendidikan sesebuah negara mencerminkan masyarakat yang lahir misalnya Malaysia yang menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dalam sistem pendidikan negara akan melahirkan penutur dwibahasa.
Dasar bahasa negara juga melahirkan penutur dwibahasa. Malaysia telah menetapkan bahawa Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan tetapi menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua; manakala Brunei Darussalam menetapkan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi.
 Satu lagi unsur yang mewujudkan kedwibahasaan ialah perkahwinan campur dalam masyarakat majmuk yang melahirkan kanak-kanak yang berdwibahasa sejak dari lahir lagi. Pemerolehan dua bahasa serentak berlaku apabila kedua ibu dan bapa menggunakan kedua-dua bahasa ibunda mereka dalam kehidupan seharian.
APAKAH KESAN KEDWIBAHASAAN:
1)Kesan yang paling ketara akibat kedwibahasaan ini ialah berlakunya penukaran kod atau pertukaran kod yang dikenali sebagai code switching.  Berlakunya penukaran daripada satu bahasa kepada satu bahasa yang lain disebabkan oleh perubahan tajuk atau pertukaran siapa yang disapa. Fenomena ini begitu meluas dalam kalangan penutur di Malaysia.
 Misalnya pelajar Melayu berbahasa Inggeris dengan kawan berbangsa Cina tetapi menukar kodnya semula ke dalam Bahasa Melayu apabila bercakap dengan ibunya yang tidak fasih berbahasa Inggeris.
2.)Kesan yang selanjutnya ialah percampuran kod atau code mixing.  Ini berlaku apabila seseorang menukarkan kod apabila berbicara secara berganti-ganti untuk satu tajuk yang sama dalam ujaran mereka.
 Misalnya seorang pelajar bangsa Melayu bercakap dalam Bahasa Inggeris untuk membincangkan sesuatu tajuk tetapi kemudiannya mencampuradukkan dengan Bahasa Melayu kerana sesuatu hal seperti tidak tahu perbendaharaan kata yang sesuai digunakan atau sebagainya.
 Fenomena percampuran kod menggambarkan keadaan bahasa sebenar dalam tempoh pemerolehan bahasa kanak-kanak. Peredaran masa dan penambahan perbendaharaan kata, ciri ini mungkin luput apabila kanak-kanak berupaya menggunakan kata dalam bahasa kedua untuk menyampaikan maksud.
Namun demikian, di Malaysia dengan latar pendidikan dwibahasa yang diamalkan di sekolah-sekolah dan luar persekitaran yang didedahkan dengan Bahasa Inggeris seperti media elektronik, kanak-kanak telah didedahkan dalam situasi dwibahasa  pada peringkat awal lagi. Percampuran kod bukan sesuatu yang asing lagi dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini.

3. Pemindahan bahasa juga berlaku akibat kedwibahasaan. Ini berlaku apabila terdapat penggunaan unsur-unsur bahasa pertama dalam bahasa kedua.
Apakah Jenis Pemindahan Bahasa?
Terdapat dua jenis pemindahan bahasa,
iaitu
1)pemindahan negatif atau gangguan
2) pemindahan positif.
Apakah yg dikatakan pemindahan negative?
Pemindahan negatif melibatkan pola bahasa natif yang menyebabkan kesilapan dalam bahasa sasaran.
Apakah yg dikatakan pemindahan  positif?
Pemindahan positif pula melibatkan pemindahan yang memudahkan pembelajaran dan berlaku dalam kedua-dua bahasa natif dan bahasa sasaran yang mempunyai unsur persamaan.
 4.) Kita juga dapat melihat bentuk pengasimilasian bahasa berlaku dalam kedwibahasaan. Proses ini melibatkan penerimaan bahasa secara beransur-ansur oleh generasi kedua sehingga akhirnya tidak menggunakan bahasa ibunda mereka.
5) Kesan lain ialah kelahiran bahasa pijin dan bahasa kreol.

Apakah yg dikatakan bahasa pijin?
Bahasa pijin memperlihatkan unsur kedua-dua bahasa bercampur sehingga melahirkan bahasa baru, namun tidak boleh diklasifikasikan sebagai bahasa asal.
Apakah yg dikatakan bahasa kreol?
Bahasa kreol pula ialah bahasa pijin yang menjadi bahasa ibunda atau bahasa pertama masyarakat penuturnya  akibat pertembungan dua bahasa.