Soalan 1
SUARA HATI
Dalam membuat
pertimbangan tentang etika dan moral,seseorang itu tidak sahaja membuat
penilaian terhadap tindakan seseorang samada betul atau salah,ia juga perlu
membuat penilaian dari segi perwatakan yang baik atau buruk.Kritikan dibuat
adalah secara positif atau negatif dan bukan setakat berdasarkan kepada apa
yang dilakukan tetapi siapa mereka dan apakah perwatakan dalaman yang
dipamerkan.
Sebagai contoh, dalam satu insiden kemalangan
kapalterbang yang jatuh terhempas ke dalam laut dan terdapat beberapa mangsa
yang terselamat dalam tragedi tersebut.Salah seorang daripada mangsa tersebut
telah menjumpai tali dan menjalankan proses menyelamat dengan tujuan untuk
mengumpul mangsa-mangsa yang berselerakan.Tanpa menghiraukan keselamatan dirinya,mangsa
tersebut telah menyelamatkan mangsa-mangsa yang lain ke tempat yang selamat dan
akhirnya dia sendiri telah tenggelam ke dasar laut.Tindakan mangsa yang mati
tadi seharusnya dipuji kerana disifatkan sebagai seorang yang berhati baik
kerana tidak mementingkan diri sendiri dan berkesanggupan untuk menggorbankan
nyawa bagi menyelamatkan orang lain.
Prinsip moral atau moral (dari bahasa
Latin: moralitas) membawa pengertian ajaran atau pegangan
berkenaan dengan buruk baik sesuatu perbuatan (kelakuan, kewajipan, dll), sikap atau cara berkelakuan
yang berasaskan atau yang diukur dari segi baik buruk sesuatu akhlak [1].
Ia merujuk kepada konsep etika kemanusiaan yang
digunakan dalam tiga konteks, iaitu:
- hati nurani
individu;
- sistem-sistem
prinsip dan pertimbangan —
kekadang dipanggil nilai moral — yang dikongsi dalam sesuatu komuniti kebudayaan,
keagamaan, kesekularan
atau kefalsafahan;
dan
- tatalaku atau
prinsip moral tingkah laku.
Moral peribadi mentakrifkan dan membezakan
niat, motivasi,
atau tindakan
yang betul dan yang salah, sebagaimana yang dibelajar, dilahirkan, atau
dikembangkan di dalam setiap orang perseorangan
Immanuel Kant percaya bawah moral adalah sesuatu
yang universal dan setiap orang mempunyai dasar hak yang tertentu. Antaranya:
· The right of free consent (Hak
penyetujuan percuma)
Setiap orang berhak untuk dilayan sekiranya mereka bersetuju dan bersedia
untuk dilayan.
· The right of privacy (Hak untuk
bersendirian)
Setiap orang
mempunyai hak untuk membuat seperti apa mereka mahu di dalam kehidupan peribadi
mereka, dan mereka ada hak untuk mengawal atau mendedahkan tentang aktiviti
peribadi mereka
· The
right of freedom of conscience (Hak untuk kebebasan menyuarakan suara hati)
Setiap orang
mempunyai hak untuk tidak melakukan sesuatu sekiranya ianya melanggar prinsip
moral yang mereka pegang selagi ianya tidak bertentangan kepercayaan masyarakat
umum.
· The right of freedom (Hak untuk
kebebasan)
Setiap orang mempunyai hak untuk secara berhemat
mengkritik suatu etika organisasi, selagi kritik-kritik mereka tidak mencabuli
hak individu-individu di dalam organisasi
· The right of due process (Hak
process berpatutan )
Jika seseorang
percaya hak mereka dicabuli, mereka mempunyai hak kepada suatu perbicaraan yang
adil dan saksama.apaain,
ini menunjukkan anda mempunyai moral yang patut dipuji walaupun secara tidak
seng Teori Duty (tanggungjawab)
Teori ini juga dikenali
dengan ungkapan teori 'deontologis' iaitu golongan yang tidak percaya dengan
akibat. Immanuel Kant (1724-1804) menyatakan bahawa sikap jujur, mengikut
arahan, menepati janji serta adil adalah tujuan utama dan bukannya akibat kerja
berkenaan. Teori ini telah dipraktikkan oleh Laksamana Hang Tuah sekitar
pemerintahan Mmpayar Melaka dahulu. Taat yang melulu tanpa melihat akibat
peminangan Tun Teja, membunuh rakan sendiri, mengambil mahkota raja di dalam
kolam najis dan banyak lagi perilaku yang diungkapkan sebagai taat dan setia
adalah suatu yang perlu dinilai semula.
Teori ini menghasilkan 'robot-robot' yang taat mengikut arahan
programmernya tanpa menilai baik dan buruknya sesuatu arahan. Hal ini
dijelaskan dalam Islam apabila konsep taat dan patuh kepada Ibu bapa boleh
ternafi apabila si ibu atau si bapa mengarahkan anaknya meninggalkan suruhan
Tuhan (seperi solat dan sebagainya).
Soalan 2.
A. Agama Islam.
Islam bermaksud menyerah diri kepada Allah, patuh
dan taat kepada perintahnya . Islam merupakan nama yaag diberi oleh Allah S.W.T
kepada agama yang diwahyukan kepada nabi Muhammad, rasul dan utusan, kepada
umat manusia .Dua aspek terpenting dalam ajaran Islam;
* Aqidah -
Keimanan dan kepercayaan kepada Allah yang Esa.
* Syariah -
Undang-undang dan Hukum Islam yang terkandung dalam kitab suci al-Quran
dan Sunnah (Hadith).
Kepercayaan dan keimanan dimanifestasikan
menerusi syariah dengan ibadah. Aqidah yang bersih melahirkan akhlak yang
mulia, aqidah yang tidak mantap melahirkan akhlak yang hina dan tidak sempurna.
Ibadah merupakan pengabdian diri sepenuhnya kepada Allah S.W.T termasuk
sembahyang, puasa, zakat, berlaku adil, amanah dan menjauhkan diri daripada
melakukan segala laranganNya. Asas ibadah dalam Islam bahawa manusia ialah
makhluk dan hamba kepada Penciptanya.
Al-Quran adalah kitab Allah yang
diwahyukan kepada nabi muhammad dan mempunyai ajaran yang merupakan sumber
utama bagi akhlak dalam Islam. Aspek ajaran yang terkandung dalam al-Quran
termasuklah:
a)
Aspek
keimanan
b)
Aspek
Jasmani (ibadah,Muamalat)
c)
Aspek
Rohani (Dalaman/Akhlak)
d)
Aspek
Politik
e)
Aspek
Sejarah
Menurut Islam, akhlak menjadi syarat
mutlak kepada kemajuan dan ketertinggian umat dan tamadunnya.
Dua cabang akhlak adalah :
a)
Mahmudah
– akhlak yang baik
b)
Mazmummah
– akhlak yang keji
Sifat-sifat akhlak mazmummah – sombong , dengki, khianat , tamak,
minum arak, zalim, berdusta , mencuri,merompak dan sebagainya.
AMANAH
Amanah adalah sifat mulia yang wajib
diamalkan oleh setiap individu muslim. Ia merupakan kunci kepada seseorang
untuk tat dan bertaqwa kepada Allah. Konsep amanah dalam Islam ialah segala
perintah Allah dan laranganNya adalah amanah Allah S.W.T. kepada manusia.
Firman Allah yang bermaksud
”
Wahai orang- orang yang beriman! Janganlah kamu mengkianati Amanah Allah dan
RasulNya, dan janganlah kamu mengkianati amanah-amanah kamu, sedang kamu
mengetahuinya.
( Surah Al - Anfal
ayat 27)
KASIH SAYANG
Kasih sayang adalah merupakan pancaran dari
jiwa yang lemah lembut, keluruhuran budi pekerti dan kesucian jiwa. Setiap
manusia tidak kira apa agama atau bangsa bersependapat bahawa sifat kasih sayang
itu adalah sifat yang terpuji dan seharusnya menjadi perhiasan hidup setiap
individu. Contoh amalan yang berlandaskan kasih sayang adalah terlalu banyak
tetapi antaranya menolong fakir miskin dan anak anak yatim dan lain-lain lagi.
Rasulullah s.a.w. selalu memujimuji orang yang mengamalkan sifat belas
kasihan serta menggalakkan umatnya beresikap demikian. Sabda Ba ginda yang
bermaksud
” Sesiapa yang telah
dikurniakan sifat belas kasihan, maka ia telah diberikan bahagiannya daripada
kebaikan dunia dan akhirat. Dan siapa yang dihalangi daripada bersifat belas
kasihan maka telah terhalang bahagiannya daripada kebaikan dunia dan akhirat.
SYUKUR.
Syukur adalah tanda terima kasih kita kepada
Allah di atas kurniaan nikmatNya yang tidak terhingga. Sebagai contoh ialah
anggota fizikal yang dikurniakan Allah kepada kita. Dengan anggota fizikal yang
sempurna kita dapat menjalani kehidupan dengan baik.
Individu yang bersyukur tidak akan melakukan perkara yang bertentangan
dengan agama dan etika hidup. Mereka takut untuk melakukan kerosakkan di muka
bumi ini kerana mereka setiap yang ada di muka bumi adalah nikmat kurniaan
Allah. firman Allah yang bermaksud :
Dan ( ingatlah ) tatkala Tuhan kamu memberitahu: ” Demi sesungguhnya!
Jika kamu bersyukur nescaya Au akan tambahi nikmatKu kepada kau dan demi
sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras.
( Surah Ibrahim: ayat 7)
SABAR.
Sabar bererti menahan diri daripada
mengikut kehendak hati atau perasaan yang panas atau marah, menahan diri
daripada melakukan berbagai kejahatan atau maksiat, menahan diri ketika
mengalami penderitaan, sanggup bersusah payah dan berusaha untuk mendapat
kebaikan. Allah sangat menitik beratkan agar manusia sentiasa mengamalkan sifat
sabar. Mereka yang sabar dijanjikan darjat kemuliaan disisi Allah S.W.T. dan
kejayaan dunia dan akhirat. Firman Allah yang bermaksud:
” Dan sabarlah menghadapi segala
kesukaran dengan cekal hati; sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar”
( Surah Al- Anfal : ayat 46)
PEMAAF
Dalam hubungan kita seharian baik sesama keluarga atau masyarakat pasti
tidak akan terlepas daripada berlakunya pergeseran, perselisihan, tidak puas
hati, marah dan lain-lain. Sebagai umat Islam adalah dilarang daripada hidup
benci-membenci, bermusuh-musuhan serta bercerai-berai kerana boleh merosakkan
perpaduan antara satu sama lain.
Dalam Al – Quran banyak firmal Allah yang menyuruh dan menggalakkan
manusia memaafkan kepada orang yang telah menganiayai atau mengambil haknya.
Firman Alah yang bermaksud :
” Ambil jalan kemaafan, suruhlah berbuat baik serta jangan hiraukan
orang-orang yang jahil yang degil dengan kejahilannya”
( Surah Al- Anfal : Ayat 199)
BERTANGGUNGJAWAB
Tanggungjawab adalah sifat yang terpuji yang harus
diamalkan oleh setiap individu. Dalam Islam tanggungjawab bukan setakat diri
sendiri dan keluarga tetapi lebih luas
termasuk tanggungjawab kepada masyarakat serta alam sekitar.
BENAR
Sifat benar amatlah dituntut bagi setiap
individu samada dalam perkataan, amalan, menunaikan janji dan berbagai keadaan
dalam aspek kehidupan.Allah memberi jaminan yang baik kepada individu yang
mengamalkan sifat benar. Firman Allah yang bermaksud:
” Mereka ( yang bersifat dengan sifat-sifat terpuji seperti itu)
ialah orang-orang yang kami terima daripada mereka amalnya yang telah
dikerjakan oleh mereka, dan Kami ampunkan kesalahan-kesalahannya: ( mereka akan
dimasukkan ) dalam kumpulan penghuni syurga , sebagai memenuhi yang benar, yang
telah dijanjikan.
(
Surah Al-Ahqaf : Ayat 16)
ADIL.
Adil menjadi satu wahana untuk membentuk
kehormanian dan kedamaian sejagat. Dalam Islam umatnya dituntut untuk berlaku
adil. Firman Allah yang bermaksud ;
” Dan
juka kamu memutuskan perkara mereka, maka putuskanlah perkara itu diantara
mereka dengan adil, sesungguhnya Allah mentukai orang-orang yang adil.
( Surah al – Maidah : ayat 42)
TAAT.
Ketaatan yang apaling agung adalah
ketaatan kepada Allah dan Rasul Kita juga wajib taat kepada ibubapa selagi
tidak bertentangan dengan ajaran agama. Ketaatan membentuk individu yang rendah
hati dalam menjalani hidup di dunua ini. Anak yang taat kepada suruhan Allah, Rasul dan
ibubapanya adalah anak yang memiliki akhlak yang terpuji dan lemah lembut
tingkahlakunya.
Hakikat Insan
Manusia hakikatnya adalah makhluk kepada
Allah Maha Penciptanya. Manusia mempunyai dua keistimewaan berbanding dengan
semua makhluk di dunia, iaitu:
Ø Sebagai khalifah
Ø Kejadian yang istimewa.
Berasaskan kepada hukum bahawa Allah Lebih
Mengetahui Dari Yang Dicipta maka Allah amat mengetahui tentang manusia yang
diciptakannya. Setiap manusia yang dijadikan Allah akan mati di mana kematian
adalah satu hakikar yang tidak dapat dinafikan oleh manusia. Manusia yang
benar-benar sedar tentang hakikat ini tidak akan bertindak melanggar perintah
Allah.
Hakikat Alam
Insan yang beriman kepada Allah dan
akhirat sedar bahawa hidup ini adalah sementara, maka akan membuat kebaikan
sahaja di muka bumi ini sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah. Manusia akan
menjaga alam yang diamanahkan oleh Allah untuk manusia mentadbirkannya. Manusia
dalam meneroka dan menggunakan setiap kurniaan harus sederhana atau terkawal
dan tidak mencemari bumi.
Senarai Nilai-Nilai Murni / Sifat-sifat Mahmudah
A. HIKMAH
Rasional
Celik
akal
Maarifah
Bercakap
benar
Menegakkan
kebenaran
Kesyukuran
Takutkan
Allah
Kerajinan
Prihatin
Berketerampilan
B. ’ADAALAH
Kasih
sayang
Silaturrahim
Berterimas
kasih
Baik
pertimbangan
Toleransi
Saling
bermaafan
Bermarwah
Ibadah
Sensitif
kepadakezaliman
Kejujuran
Kerjasama
semangat bermasyarakat
Bermuafakat
C. IFFAH
Malu
Kesopanan
Tabah
Baik
hati
Kebebasan
Qana’ah
Berdisiplin
Daya
usaha
Sejahtera
Wara’
Wasatiyah
Kebersihan
(diri,persekitaran,mental,rohano)
Menghargai
masa (menepati waktu, bijak mengurus masa)
dedikasi
D. SYAJAAH
Berjiwa
besar
Yakin
diri
Hemah
tinggi
Tetap
pendirian
Istiqamah
Berani
mencuba
Tahan
lasak
Berdikari
9berupaya bertindak sendiri,yakin kepada diri sendiri,nasihat –menasihati)
Berani
berjihat.
SIFAT-SIFAT
AKHLAK MAZMUMAH.
Sifat mazmumah adalah sifat yang buruk dan
dimurkai Allah. Nafsu yang buruk mendorong kepada pembentukan akhlak yang tidak
baik. Ini membawa diri kepada lembah kehancuran dan penderitaan. Akhlak yang
buruk yang wajib dijauhi oleh semua insan dalam mewujudkan keharmonian sesama
insan. Antara sifat-=sifat mazmumah ialah sombong, dengki, kianat, tamak, minum
arak, zaim, berduata, mencuri dan merompak dan berjudi serta melakukan riba.
Semua sifat tersebut adalah diharamkan oleh Allah. Sifat tersebut juga membawa
kepada kehancuran dan kemusnahan dalam kehidupan serta mendapat azab Allah.
Firman Allah yang bermaksud :
”
Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia lain ( kerana sombong)
dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh, sesungguhnya Allah
S.W.T. tidak menyukai orang yang sombong lagi membanggakan dirinya”.
(
Surah al – Luqman : ayat 18)
C. Buddha.
Agama Buddha bermula di India pada kira-kira tahun
600 s.m. penerimanya yang terawal adalah di Asia Selatan dan kemudiannya
disebarkan ke Asia Tenggara. Pengasas agama Buddha dikenali sebagai ’dharma’
atau ’dhamma’ ( dalam bahasa Pali).Agama
Buddha telah mengalami proses sinkreatisme dengan agama Hindu dan
kebudayaan tempatan.Pengajaran Buddha berpusatkan masalah utama manusia, iaitu
penderitaan yang kita alami. Beliau sedar akan potensi manusia dan menjadikan
manusia sebagai tuan kepada perbuatan mereka sendiri. Kewujudan Buddha amat bermakna kepada umat Buddhis
kerana usaha beliau telah membuktikan kepada kita bahawa manusia boleh mencapai
tahap yang sama dengan beliau.Buddha iaitu orang yang telah sedar.
Kemudian Buddha dicerminkan melalui ajaran dan
tingkahlaku beliau. Semenjak mencapai Pencerahan Sempurna(pengetahuan mengenai
kebenaran mutlak), beliau tidak berhenti-henti memberi pertolongan kepada insan
yang menderita di tebing Sungai Gangges. Buddha telah menumpukan perhatian kepada
punca-punca penderitaan manusia.Walaupun pada usiayang lanjut, beliau masih
giat berkhutbah supaya lebih ramai orang dapat manfaat atas usaha be,iau.
Kesederhanaan , keadilan dan sifat penyanyang serta usaha gigih merupakan fiil
yang harus kita contohi.
Ajaran Buddha berhubung rapat dengan kehidupan
manusia. Dalam dunia yang serba moden ini pun, ia tetap praktikal. Pada
peringkat yang paling asas, Buddhisme mengajar manusia cara untuk menghadapi
keadaan yang baik ataupun sebaliknya. Dengan mengamalkan ajaran-ajaran Buddha,
seseorang dapat menjalin hubungan yang baik dengan orang lain. Pada peringkat
yang tinggi, Buddihme mengajar seseorang bagaimana melatih pemikiran untuk
menghadapi cabaran hidup serta memahami
makna hidup yang benar. Buddhisme menunjukkan cara untuk menamatkan
kesengsaraan. Sekiranya dia mengikut jalan yang telah ditunjukkan maka dia akan
memperolehi kesejahteraan.
Dengan mengamalkan ajaran Buddha, seseorang dapat
memperbaiki hubungannya dengan keluarga sert masyarakat. Dengan ini
kebahagiaan dan keharmonian akan muncul.
Selain daripada itu, ia memberi peluang untuk kebahagiaan kerana ia menunjukkan
cara untuk menghapuskan kesengsaraan.
Buddha tidak mengajar pengikutnya tentasng
ketuhanan, metafizik atau falsafah sebaliknya ianya merupakan pandangan
psikologi, etika , nilai atau moral samada baik atau betul di dalam kehidupan.
Matlamat utama ialah untuk mencapai Nirwana. Nirwana dikaitkan dengan konsep
pembebasan daripada kelahiran semula. Justeru itu di dalam Buddha kaedah untuk mencapai
Nirwana ialah dengan melalui pembebasan daripada penderitaaan melalui konsep
empat kebenaran mulia.(Four Noble Truth)
Kebenaran mulia yang pertama ialah disebut penderitaan
(Dukk). Contoh penderitaan seperti kesakitan, usia tua, kematian, perpisahan
dengan orang yang disayangi dan keinginan yang tidak dapat dipuaskan. Jadi
ianya mesti dihubungkan dan diimbangkan dengan kesabaran. Kebenaran yang kedua
ialah sebab atau punca yang membawa kepada penderitaan(Samudaya).Keinginan
nafsu, cinta, gila kekayaan adalah merupakan samudaya yang menjadi faktor
kepada penderitaan. Kebenaran yang ketiga ialah pemadaman atau penghapusan sebab penderitaan iaitu
menghapuskan penderitaan(Nirodha). Pemadaman ini berlaku di dalam hati dimana,
dengan menghapuskan keinginan dan kehendak. Kebenaran yang terakhir ialah cara
atau jalan penghapusan penderitaan dengan mengambil jalan sederhana atau
moderat (Marga). Seseorang mesti mengimbangkan keinginan dan mengamalkan
disiplin diri. Kederhanaan membawa keselesaan. Cara terbaik yang difikirkan
oleh Buddha ialah menambil jalan tengah antara hidup mewah dengan penyeksaan
diri. Empat kebenaran mulia ini merupakan jalan tengah yang ditunjukkan oleh
Buddhe ke arak kebahagiaan.
Jalan
tengah ini dikenalai sebagai Jalan Lapan Lapis Mulia. Ia merupakan
prinsip-prinsip panduan dalam kehidupan kita. Sekiranya kita mengetahui jalan
tengah, maka kehidupan kita penuh dengan kebahagiaan. Jalan Lapan Lapis Mulia
ialah:
- Pandangan
yang Betul (samma-sitthi)- Ianya berdasarkan kepada pengetahuan betul.
Ianya bertujuan untuk mengelakkan daripada melakukan kesalahan.
- Fikiran
yang Betul (samma-sankappa0- menurut Buddha tindakan yang baik didasari
oleh niat yang baik. Tujuannya ialah untuk menghapuskan keinginan.
- Pertuturan
yang Betul (samma-vaca)- Jalan ini menerangkan seseorang mesti bercakap
benar dan tidak melakukan perbuatan negatif.
- Perbuatan
yang Betul (samma-kammanta)- Tindakan yang betul merupakan jalan yang
benar. Ianya memberikan contoh, sikap bercakap kosong membawa sikap
membanggakan diri.
- Pekerjaan
yang Betul (samma-ajiva)- Bagi jalan ini seseorang itu perlu hidup secara
betul. Dengan erti kata lain ianya tidak mempunyai sifat-sifat negatif.
Ianya perlu hidup secara merendah diri dan berusaha melakukan kebaikan.
- Usaha yang
Betul(samma-vayama)- Jalan ini menerangkan
usaha atau tindakan memadamkan
sifat-sifat negatif atau kesedihan. Ianya memerlukan pengabdian
dengan cara membersihkan jiwa dalaman dengan cara membuang sikap negatif dan digantikan dengan
nilai-nilai positif.
- Kesedaran
yang Betul (samma-sati)- Ketenangan fikiran hanya dapat diperolehi dengan
menghapuskan sikap egoistik, marah dan cemburu.
- Tumpuan
yang Betul (samma-samadhi0- jalan ini bertujuan untuk meningkatkan
ketenangan.Ianya boleh dicapai
melalui renungan dan membebaskan daripada sifat sombong.
Satu lagi aspek penting dalam ajaran Buddha yang
membawa ke arah kesejahteraan ialah Panca Sila. Panca Sila merupakan lima
peraturan yang penting dalam ajaran Buddha. Panca sila ialah asas pendidikan
moral yang dapat memupuk keharminian dan kesejahteraan dalam masyarakat.
Menghindari daripada membunuh ialah:
Peraturan
pertama - dalam Panca Sila. Adalah penting untuk menegaskan bahawa ajaran
Buddha menyemaikan benih kasih-sayang antara semua makhlum yang hidup.
Peraturan yang kedua - ialah tidak menambil apa yang tidak
diberikan. Ini bertujuan untukmenghormati hak milik harta benda orang lain,
disamping memupuk sifat jujur dan ikhlas.
Peraturan
ketiga - seseorang pengikut Buddha juga tidak dibenarkan melakukan hubungan
kelamin dengan orang lain kecuali isteri atau suami sendiri. Tidak berzina
merupakan cara mengekalkan hubungan baik antara manusia dan seterusnya membina
persaudaraan antara manusia.
Peraturan keempat ialah menghindari diri daripada berdusta –
bercakapbenar, tidak menyimpang dari kebenaran, jujur dan boleh dipercayai.
Peraturan kelima – mengelakkan daripada mengambil makanan dan
minuman yang memabukkan. Ini bertujuan untuk menjaga kesihatan akal dan
selanjutnya menanam kesedaran tiap-tiap saat dan dimana-mana pun. Melalui cara
ini, ia akan membentuk sikap atau personaliti yang baik, bukan sahaja akan
membawa kebahagiaan kepada diri tetapi juga kepada semua makhluk.
Kesimpulan.
Sebagai kesimpulannya mana-mana agama pun di dunia
ini menuntut penganutnya mengamalkan akhlak yang baik serta menjauhkan akhlak
serta tingkahlaku yang tidak baik. Akhlak yang baik akan membawa seseorang
individu,keluarga, masyarakat serta negara amnya sentiasa berada dalam keadaan
aman dan harmoni, sebaliknya jika ada diantara individu yang mengamalkan akhlak
yang tidak baik atau akhlak mahmudah maka terbentuklah masyarakat yang pincang
yang boleh membawa kepada kemusnahan serta kehancuran kepada individu,
keluarga, masyarakat dan seterusnya kepada negara amnya.Dengan itu adalah
menjadi kewajipan kepada semua penganut agama di dunia ini mengamalkan akhlak
yang baik, yang dituntut oleh setiap agama agar dapat hidup dalam keadaan aman
dan harmoni.
Soalan 3
3.0 PENDAHULUAN
"Hidup ini tak selalunya indah, langit tak selalunya cerah". Inilah
situasi yang mungkin dialami oleh setiap insan di dunia ini maka hendaklah kita
sentiasa berhati- hati. lantaran senario ini berrlaku terhadap seorang individu
yang ceria, berpotensi dalam pelajaran dan lain-lain lagi. namun apakah
relevannya cerita ini dengan program Misi Suara Hati.
Justeru, dengan keprihatinan, kesedaran dan kebangkitan dari setiap individu
dan pihak pihak tertentu, khasnya dengan kehadiran Persatuan Budi Bestari SK Seri
Murni dengan kerjasama pihak sekolah dan Yayasan Budi Penyayang Malaysia maka
lahirnya satu program atau rancangan yang akan merealisasikan hasrat seorang
insan menerusi program Misi Suara Hati .
Wal Hal yang demikian,
objektf utama program Misi Suara Hati adalah untuk mendapatkan derma sekurang
kurangnya RM10,000 untuk diberikan kepada Nurul Ain seorang pelajar perempuan
berusia 9 tahun yang mengidap penyakit leukemia. Beliau adalah berasal dari
keluarga sederhana dan ingin sedikit sumbangan dari semua pihak. Sumbangan ini
adalah untuk membantu beliau bagi menjalani proses pembedahan pemindahan sum
sum tulang. Oleh yang demikian, hasil pemilihan pihak sekolah bersama Persatuan
Budi Bestari dengan kerjasama Yayasan Budi Penyayang Malaysia juga maka lahirlah
lapan orang perintis daripada tiga universiti yang berbeza. Mungkinkah mereka mampu
untuk memenuhi kehendak Nurul atau sebaliknya? Jadi, secara peribadi semua
perintis ini amat memerlukan jasa baik dari semua pihak, mungkin dari sekecil
kecil bantuan yang disalurkan akan menyelamatkan nyawa seorang individu .
MENGENAI MISI KAMI .
Misi suara hati adalah merupakan satu program pihak sekolah dan Persatuan Budi
Bestari dengan kerjasama Yayasan Budi Penyayang Malaysia dibawah naungan Y.Bhg.
Datin Seri Siti Hasmah, seramai lapan orang pelajar universiti yang terpilih
daripada 3 buah institut pengajian tinggi awam malaysia yang terkemuka. iaitu
UKM, UPM dan KUIM. sehubungan dengan itu, para pelajar atau mereka yang lebih
senang digelar sebagai perintis telah diberikan satu jangka masa selama 27 hari
iaitu bermula 3 April 2005 sehingga 1 Mei 2005 untuk melaksanakan dan
melengkapkan misi yang diberikan.
Objektif utama yang telah diberikan kepada para pelajar ialah mengumpul dana
sejumlah RM 10,000 untuk membantu Nurul Ain untuk menjalani pembedahan
pemindahan sum sum tulang. Nurul Ain merupakan pelajar yang berusia 9 tahun dan
telah dikesan menghidap penyakit Luekimia (Large Granular Cell Lymphocyte). .
Penyakit yang dihadapi oleh beliau ini adalah merupakan sejenis penyakit
Luekimia yang kronik yang mana beliau amat memerlukan proses pembedahan dengan
segera. untuk makluman,Nurul Ain merupakan seorang pelajar cemerlang namun
demikian beliau terpaksa menangguhkan pelajaran kerana penyakit yang
dialaminya. disamping itu Nurul Ain juga datang daripada keluarga sederhana di
mana beliau tidak mampu membiayai rawatan perubatan yang melibatkan sejumlah wang
yang banyak. Apa yang paling menyedihkan bapa Nurul hanya berkerja sebagai
seorang pemandu lori yang mempunyai pendapatan bulanan sebanyak RM600 dan
berumur 56 tahun dan mengalami masalah mental yang masih terkawal. Manakala
ibunya hanya seorang suri rumah dan mempunyai barah hati yang memerlukan
rawatan kimoterapi. Namun demikian dengan jumlah pendapatan yang terhad.
keluarga Nurul tidak mampu membiayai rawatan perubatan tersebut. Oleh yang
demikian bagi menjayakan misi ini, kami selaku jentera penggerak telah
merancang beberapa aktiviti yang dijangka mampu serba sedikit memberi
sumbangan kepada Adik Nurul Ain. anatara
aktiviti-aktiviti dalam perancangan yang akan dijalankan: -
-
Makan malam amal
.
- Pertandingan Futsal .
- Bazaar amal
.
- Tayangan amal .
- laman seni (Nurul’s Greeting) .
- Pengedaran Majalah (Milenia Muslim) .
- Karnival suara hati .
- Konsert Amal
.
Setiap aktiviti dibahagikan mengikut kumpulan yang mana terdapat 4 kumpulan
dibentuk dan setiap kumpulan terdiri daripada 2 orang ahli. Ianya beroperasi di
Bilik Gerakan Misi Suara Hati, di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Pihak sekolah dengan kerjasama Yayasan Budi Penyayang yang terbabit dalam
program Misi suara hati adalah seperti di bawah:
Semua ahli program Misi suara hati
seramai 8 orang yang dibimbing oleh Puan Wasitah Binti Haji Mohd Yusuf selaku
penasihat kumpulan dari Persatuan Budi Bestari, pihak sekolah dan yayasan budi
penyayang malaysia serta seluruh rakyat malaysia .
Justeru kami sebagai pelajar yang terpilih yang bertanggungjawap untuk
melaksanakan misi ini memohon jasa baik dan kerjasama daripada semua pihak.
tidak kira sama ada dari badan badan profesional atau orang perseorangan untuk
sama sama berganding bahu agar dapat memberikan sokongan kepada kumpulan
perintis perintis misi suara hati dalam menjalankan aktiviti aktiviti yang
telah dijalankan. sumbangan sumbangan yang diberikan bleh disalurkan dana
bentuk kewangan, menghadiri majlis "Malam Makan Amal sambil menderma",
menyertai "Boot Bazaar Amal", menjadi penaja penaja pertandingan
futsal karnival air atau apa sahaja yang dianggap relevan. Oleh yang demikian,
semua dana yang diperolehi akan dikumpulkan dan disalurkan kepada tabung
rawatan saudari Nurul. Secara tidak langsung, melalui program ini dapat
memberikan pulangan dan sebarang wang meluas terhadap badan badan profesional
atau syarikat yang di kendalikan oleh
Persatuan Budi Bestari Sk Seri Murni dengan kerjasama Yayasan Budi Penyayang
Malaysia terlibat di mana program ini akan
Sumbangan boleh diberikan dalam bentuk sms. kaedah sms adalah seperti berikut:
Taip : Misi 1 jumlah dan hantarkan ke 32999
Contoh : misi1 1 atau 5 atau 10 dan hantarkan ke
32999 sumbangan berbentuk cek bolehlah ditulis ke atas nama "Tabung
MisiSuara Hato1"dan dihantarkan ke alamat
berikut: :-
Setiausaha,
Persatuan Budi Bestari,
Sek.Keb.Seri Murni,
02700,Simpang Empat,
Perlis
atau sila hubungi kami jika terdapat
sebarang pertanyaan di
No.tel : 03-89221740
No.Fax : 03-89221730
``Di Barat, kerja-kerja sukarela
memang sudah sebati dengan masyarakat mereka namun belum begitu diterapkan dinegara
kita.``Kita patut buangkan tanggapan bahawa kerja-kerja sukarela atau
amal hanya kerja orang kaya dan tujuannya untuk komersil semata-mata.
``Sebenarnya setiap daripada kita boleh menghulurkan bantuan, tidak kira dalam
bentuk apa sekalipun termasuklah idea.Petikan kata-kata dari Pengerusi Yayasan Budi Penyayang Dayin Sri Dr. Siti Hasmah .
Sejajar itu, kami ingin menjemput pihak-pihak yang terlibat agar dapat bersama-sama
kami menyertai program misi suara hati yang dianjurkan oleh pihak sekolah,
Persatuan Budi Bestari dan Yayasan Budi Penyayang Malaysia untuk memberikan
sedikit peluang hidup kepada saudari Nurul. Kami juga amat berharap serta
merayu kepada semua rakyat Malaysia agar sama sama menghayati penderitaan yang
dialami oleh Nurul sekeluarga dan seterusnya, memberi sedikit sumbangan agar
sasaran yang diimpikan dapat dicapai dengan jayanya. Bak kata pepatah
"Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing". Akhir kata dari kami, sesungguhnya
penderitaan Nurul Ain merupakan lambang keperitan dan kesengsaraan rakyat
Malaysia. Justeru, selaku masyarakat yang bertanggungjawab dan prihatin, maka
sama-samalah kita menjayakan sebuah misi yang bernama ”Misi Suara Hati”. Segala
kerjasama dan bantuan yang akan dihulurkan amat kami hargai. Sekian, terima
kasih.
SEKIAN .
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.
KERTAS KERJA TAMAT