Ada
beberapa cara pembentukan perkataan dalam Bahasa Melayu. Terdapat perkataan
yang bersifat tunggal , misalnya duduk,hitam dan langit. Selain itu, terdapat perkataan yang dibentuk melalui
proses penggandaan , pengimbuhan dan pemajmukan. Contoh perkataan yang dibentuk
secara pengimbuhan ialah membeli dan membelikan. Perkataan yang dibentuk secara
pemajmukan ialah rumah pangsa dan putih
telur,, manakala perkataan yang dibentuk secara penggandaan ialah manis-manis
dan kawan-kawan.
Bahasa
Melayu tergolong ke dalam jenis bahasa
aglutinatif atau bahasa yang bersifat derivatif. Jenis bahasa yang sedemikian
membentuk kebanyakan perkataan melalui
proses pengimbuhan atau penggabungan morfem kata dasar dengan morfem
imbuhan secara rentetan mendatar iaitu imbuhan digabungkan serentak dengan kata
dasar sama ada imbuhan awalan,sisipan atau akhiran kata dasar tersebut. Proses
pembentukan yang bersifat derivative ini dapat menerbitkan sekian banyak
perkataan melalui percantuman kata dasar dengan pelbagai imbuhan yang terdapat
dalam sesuatu bahasa itu. Contoh kata dasar serap dapat diterbitkan menjadi
perkatan berikut:
menyerap,menyerapkan,diserapkan,menyerapi,diserapi,
penyerap,penyerapan,terserap, terserapkan, serapan,keterserapan, dayaserap dan
kedayaserapan.
2.0 Proses Pembentukan Kata
Dalam
linguistik, pembentukan kata ialah proses pembentukan perkataan baru.
2.1 Proses
Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu
Dalam bahasa Melayu terdapat empat bentuk kata, iaitu
kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk, dan kata ganda. Kata tunggal tidak
melibatkan apa-apa proses pembentukan, tetapi tiga bentuk kata lain melibatkan
proses-proses tertentu. Proses-proses ini ialah pengimbuhan. pemajmukan,
penggandaan dan akronim.
Proses
Pembentukan Kata
|
Bentuk Kata Ganda
|
Bentuk Kata Majmuk
|
Bentuk Kata Tunggal
|
Bentuk
KataTerbitan
|
Bahasa Melayu -Tatabahasa Bahasa Dewan Edisi 3
Proses
pembentukan dalam bahasa Melayu dari segi bentuk-bentuk yang terhasil seperti:
2.1. 1 Bentuk Kata Tunggal
Perkataan-perkataan
dalam bahasa Melayu tanpa imbuhan atau tidak mengalami proses penggandaan dan
perangkaian tergolong dalam jenis kata
tunggal iaitu kata tunggal yang mengandungi hanya satu suku kata dan kata tunggal yang mengandungi dua suku kata atau
lebih.
Terdapat
juga kata tunggal seperti
ini,itu,sini,sana yang tidak mengalami apa-apa imbuhan, namun kata tunggal dalm
bahasa Melayu berpotensi untuk diperluas menjadi bentuk terbitan.
Perkataan
boleh terdiri daripada satu suku kata atau beberapa suku kata. Sesuatusuku kata
boleh terdiri daripadasatu vokal (V), satu vokal disertai satu konsonan(K) atau
satu vokal dengan beberapa konsonan. Konsonan itu hadir di hadapan, atau di
belakang vokal atau serentak di hadapan
atau di belakang. Ada juga konsonan yang hadir secara bergugus (KK)
2.1.1.1 Kata tunggal satu
suku kata
Agak
terhad jumlah kata tunggal dalam bahasa Melayu. Kebanyakan terdiri daripada
kata pinjaman bahasa Inggeris atau bahasa Arab. Terdapat kependekan bagi dua
perkatan atau lebih misalnya ku untuk aku dan tu untuk itu, tetapi perkataan
itu tidak dianggap sebagai satu suku kata.
Pola
gabungan konsonan – vokal dalam kata tunggal bahasa Melayu adalah seperti
berikut
Rajah : Bentuk Kata
Tunggal
Contohnya :
KV- yu VK-am KVK- cat
KVKK-draf KVKK –bank KKKV skru
KKKVK-skrip
2.1.1.2
Kata tunggal dua suku kata
Sebahagian besar perkataaan dalam bahasa
Melayu terdiri daripada dua suku kata.
Antara pola tunggal dengan dua suku kata ialah:
- V
+ KV - aku,
ubi, esa
- V
+ VK – air. aib. Ais
- V
+ KVK - adik. emas,ikan
- VK
+ KV - undi,ulat,ikan
- VK+KVK
– angkat,empat,umbut
- KV+
V – doa. tua,bau
- KV
+ VK – jauh, liar, giat
- KV
+ KV – jala, beta,bisu
- KV
+ KVK – kapal. Telur,pukul
- KVK
+ KV – lampu.janji,sendi
- KVK
+ KVK – bangsal.bengkok,jemput
2.1.1.3 Kata tunggal tiga suku kata
Kebanyakan
perkataan tiga suku kata terdiri daripada kata-kata pinjaman
1. KV +
V + KV – cuaca, suara.tuala
2. KV +
V + KVK – biawak,kaedah, kiamat
3. V +
KV + V – usia, urea,idea
4. KV +
KV + V – semua. boria, belia
5. KVK
+ KV + V – tempua. mentua
6. KV
+KV + VK – seluar,keruan,rasuah
7. KVK
+ KV + VK- manfaat, berlian, sekian
8. V +
KV + KV – utara, asasi,azali
9. V +
KV + KVK – ijazah, alamat, akidah
10. VK +
KV + KV – asrama, istana, antara
11. KV +
KV + KV – budaya, berita, putera
12. KVK
+ KV + KV – menteri. Jendela, penjuru
13. VK +
KV + VK – ilmiah, ikhtiar
14. V +
KV + VK – akaun, elaun,amaun
15. KV+KV+KVK
– belalang,senapang,teratak
16. KVK+KV+KVK-
cendawan, sembilan,tempayan
17. KV+KVK+KV
– belanja, setanggi, kelambu
18. KVK+KVK+KV
– sempurna
19. KV+KVK+KVK
- selumbar, gelombang, kelompok
2.1.1.4 Kata tunggal empat
suku kata dan lebih
1. KV +
KV+VK+KV – biduanda,keluarga,keluangsa
2. KV+KVK+KV+KV
– sederhana,peristiwa,belantara,sementara
3. KVK+KV+KV+KV
– laksamana,harmonika,sandiwara.bendahari
4. KVK+KV+V+KV
– sentiasa
5. KV+KV+KV+KV
– bidadari serigala,samudera,dinihari
6. KV+KV+KV+KVK
– masyarakat perajurit,munasabah
7. KVK+KV+KV+KVK
– sentimeter
8. KVK+KVK+KV+KV-
singgahsana,dispensari
9. KV+KV+V+KVK
– mesyuarat,nasional
10. V+KV+KVK+KV+KV
– universiti
11. KVK+KV+KV+KV+KVK
– cenderawasih,kosmopolitan
12. KV+KV+KV+KV+KV+KV
- maharajalela
Selain
daripada perkataan di atas, kata akronim
juga termasuk dalam jenis kata tunggal.
Akronim
ialah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata
atau gabungan kombinasi huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata,
dan ditulis serta dilafazkan sebagai perkataan yang utuh. (Tatabahasa Dewan, Edisi 3 2008 ).
Pembentukan
kata akronim boleh ditulis dengan tiga cara berdasarkan cara pembentukan
akronim tersebut.
Pertama
akronim yang terbentuk daripada gabungan beberapa huruf awal rangkai kata yang lazimnya terdiri daripada kata nama khas
dan ditulis dengan huruf besar
keseluruhannya. Contohnya
ADUN
– Ahli Dewan Undangan Negeri
ABIM - Angkatan Belia Islam Malaysia
Kedua
, akronim yang terbentuk daripada gabungan suku kata dengan huruf awal atau
gabungan suku kata dengan suku kata. Oleh sebab yang terbentuk itu kata nama
khas, huruf pertamanya dieja dengan huruf besar. Contohnya
Perkeso-
Pertubuhan Keselamatan Sosial
Ketiga
, akronim yang terbentuk dengan gabungan suku kata dengan suku kata dan ditulis
dengan huruf kecil keseluruhannya. Perkataan yang terbentuk bukan kata nama khas.
Contohnya
tabika-
taman bimbingan kanak-kanak
2. 2 Bentuk Kata Terbitan
Kata
terbitan ialah bentuk kata yang mengandungi kata dasar yang mendapat atau
menerima imbuhan sama ada awalan, akhiran, apitan atau sisipan.
Nik
Safiah et.al (1996): Kata terbitan ialah bentuk perkataan yang dihasilkan
melalui proses pengimbuhan, iaitu
proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar.
Pengimbuhan ini melahirkan
bentuk perkataan yang disebut kata terbitan.
Imbuhan
terdiri daripada morfemm terikat
sementara kata dasar ialah bentuk morfem bebas yang dapat menerima imbuhan.
Hanya segelintir kata dasar merupakan morfem terikat yang disebut akar.
Imbuhan
ialah bentuk morfem yang tidak boleh hadir
bersendirian dalam ayat. Ia harus diimbuhkan pada bentuk lain yang merupakan
kata dasar. Berdasarkan kedudukannya pada kata dasar, imbuhan dapat dibahagikan
kepada empat jenis iaitu
awalan,akhiran,apitan dan sisipan.
Rajah : Bentuk-Bentuk Kata terbitan
2.2.1.
Kata Terbitan Berawalan
(1) Awalan Kata Nama
pe- (pemain,pesakit,penyepit)
pem (pembawa,pemfitnah,pembuat)
pen- (penjaja,pencari,pendatang)
penge- (pengebom,pengelap,pengetin)
pel- (pelajar)
per- (perasap,pertapa.perbara)
pe- ( petani,pesara,penyanyi
ke- (ketua,kekasih,kelipat)
juru- (juruacara,juruterbang,jururawat)
maha- maharaja.mahasiswa.mahaguru
tata- ( tatarakyat,tatacara.tatasusila)
pra-
(prasejarah,prakata,prasangka )
sub- ( subkelas,substandard,subsistem)
supra-
(suprasegmental.supranasional.suprakelas)
eka -(ekabahasa,ekawarna,ekapaksi)
dwi- ( dwibahasa,dwilambang,dwifungsi)
(ii)
Awalan Kata Kerja
me- ( melawan, menyikat,merasa)
mem-membawa, memfitah,memveto)
men-( mentadbir,mencari,mencadang
meng-(mengajar,mengguris,mengikut)
menge- (mengekod,mengetut,mengecat)
memper-
(memperluas,memperisteri,memperhamba)
ber-(bersukan,berganti,berserta)
be- ( beraja,berupa,berasa)
bel- (belajar)
ter-(tersepak.terjerlus,terbentuk)
di – (diarah,disekat,dipukul)
diper-(diperisteri,dipercepat.diperoleh)
(iii) Awalan Kata Adjektif
ter ( terbesar,tercantik,terputih)
te- (teringan,terendah,teruncing)
se- (secantik,senipis,sebaya)
2. 2.2 Kata terbitan berakhiran
Akhiran dalam bahasa Melayu hanya dapat
wujud dalam kata nama terbitan dan kata terbitan sahaja,seperti yang berikut :
(i)
Akhiran kata nama
(ii)
Akhiran kata kerja
Contohnya:
(i)
Akhiran kata nama
-an (mainan,jahitan,pakaian)
-wan (usahawan,sasterawan,angkasawan)
-man (seniman,budiman)
-wati (olahragawati,seniwati)
-isme (komunisme,sosialisme,nosionalisme)
-in (muslimin,hadirin)
-at (muslimat.hadirat)
-ah (sultanah,ustazah)
(ii) Akhiran kata kerja
-kan
(besarkan,gunakan,buatkan
-i (turuti.duduki,berkati)
2.2.3 Kata terbitan berapitan
Apitan wujud dalam kata nama terbitan,
kata kerja terbitan dan kata adjektif terbitan seperti yang disenaraikan di
bawah:
(i)
Apitan
kata nama
(ii)
Apitan kata kerja
(iii)
Apitan kata adjektif
Contoh
·
Apitan kata nama
pe-……-
an ( pelaksanaan,perasaan,penyiaran)
pem-….-an
(pembuatan,pembinaan)
pen-….-an
( pentakrifan,pencarian,pendapatan)
peng-……-an
( penggunaan,pengairan)
penge-…..-an
( pengehadan,pengesahan,pengesyoran)
pe-….-an
( pesisiran,pekarangan)
per-….-an
( persalinan,permainan)
pel-…..-an
( pelajaran)
ke-….-an
( kelebihan,kesenangan)
(ii)
Apitan kata kerja
me-….-kan
(melukakan,menakutkan)
men-….-kan
( mendermakan,menzahirkan)
mem-…..-kan
(membaharukan,memvariasikan)
meng-….-kan
(menggunakan,menghiraukan)
menge-….-kan
(mengepinkan,mengetinkan)
ber-…kan
(berbajukan, beralaskan)
ber-….-an
( berjauhan,bermaafan)
di-….-kan
( dibiarkan,dipisahkan)
me-…..-i
( memasuki,menyedari)
men-…-i
( mendendami,menziarahi)
mem-….-i
( mempercayai, membaharui)
meng-….i
( menganggotai,mengekori)
di-…I
( diadili,diikuti)
diper-…-kan
( diperdengarkan,diperbahaskan)
diper-…i
( diperbaharui,diperingati)
memper-…-kan
(memperdengarkan,memperjuangkan)
memper-….-I
(mempercayai,memperingati
ke-…-an
( kehujanan,kehausan)
(iii)
Apitan
kata adjektif
ke-…..-an
( kecinaan,keinggerisan)
2.2.4 Kata terbitan
bersisipan
Kata
terbitan baharu tidak lagi dibentuk dengan sisipan. Sisipan dalam bahasa Melayu
wujud dalam kata nama,kata adjektif dan
kata kerja.
(i)
Sisipan kata nama
-el-
( telunjuk,kelabut)
-er-
( keruping, seruling)
(ii)
Sisipan kata adjektif
-el- (selerak, gelembung)
-er- ( gerodak,ker(e)lip)
-em- (semerbak,gemerlap
-in- (sinambung)
(iii)
sisipan kata kerja
-el- (gelegak,jelajah)
2.3 Bentuk Kata Majmuk
Bentuk
kata majmuk lahir melalui proses pemajmukan, iaitu proses yang merangkaikan dua
kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu.
Kata
majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit. Kata majmuk tidak boleh
menerima sebarang penyisipan unsur lain. Misalnya kerusi malas ialah kata
majmuk kerana tidak dapat disisipkan unsure lain seperti ‘yang’. Kata pinggan
mangkuk pula bukan kata majmuk kerana dapat diselitkan dengan kata hubung
‘dan’.
2.3.1 Pengelompokan Kata
Majmuk:
(ii)
Kata majmuk yang berbentuk istilah khusus
contohnya
model
linear, hak milik, garis pusat , mata
pelajaran , darah panas
lut
sinar ,urus setia, batu kapur , kertas kerja , pita suara , kemas kini
(iii)
Kata majmuk yang mendukung maksud kiasan
iaitu simpulan bahasa, contohnya:
kaki
ayam anak emas manis mulut tumbuk rusuk pilih kasih
2.3.2 Bentuk kata majmuk
yang telah mantap
Terdapat
sebilangan bentuk kata majmuk yang penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai
satu perkataan yang utuh, walaupun bentuk kata tersebut ternyata mengandungi dua kata dasar.
Perkataan
yang demikian tetap dieja bercantum sebagai satu perkataan. Bentuk –bentuk kata
tersebut ialah:
antarabangsa setiausaha beritahu sukarela bumiputera
suruhanjaya
jawatankuasa tandatangan kakitangan
tanggungjawab
kerjasama warganegara
olahraga
pesuruhjaya matahari.
2.3.3 Penggandaan Kata
Majmuk
Penggandaan
kata majmuk melibatkan penggandaan unsure pertama kata sahaja. Contohnya:
alat-alat
tulis gambar-gambar rajah Naib-Naib Canselor
Satu
kekecualian ialah penggandaan yang
melibatkan bentuk yang telah mantap. Penggandaannya melibatkan keseluruhan
unsure. Contohnya :
Warganegara-warganegara tandatangan-tandatangan
2.3.4 Pengimbuhan kata
majmuk
(i)
Apabila kata majmuk menerima imbuhan yang
merupakan awalan atau akhiran sahaja ,ejaannya terpisah
Contohnya
daya
serap ---- dayaserapan
temu
bual ---- ditemubual
(ii)
Apabila kata majmuk menerima imbuhan yang
merupakan apitan, ejaannya menjadi
bercantum. Contoh:
satu
padu ---- menyatupadukan
garis
kasar ----menggariskasarkan
2.3.5 Bentuk Kata Ganda
Proses
penggandaan dalam bahasa Melayu ialah proses yang menggandakan kata dasar. Kata
dasar boleh mengalami penggandaan pebuh atau penggandaan separa. Kata dasar
juga boleh digandakan secara berentak iaitu berdasarkan rentak bunyi tertentu.
Dalam
bahasa Melayu terdapat tiga jenis penggandaan iaitu penggandaan penuh,
penggandaan separa dan penggandaan berentak.
- Contoh:
|
2.3.6 Penggandaan Separa
Penggandaan separa ialah
proses menggandakan sebahagian kata dasar
sahaja. Kata dasar boleh merupakan kata tunggal ataupun kata terbitan.
Berikut ialah contohnya
.(i) Penggandaan separa
kata tunggal
laki--Ã lelaki
tikus à tetikus
siku à sesiku
(iii)
dengan awalan
kata kerja :
ber- : berkata-kata,berjalan-jalan
ter-: teresak-esak,tercengang-cengang
di- dirisik-risik,
ditanya-tanya
meN- : (a) meronta-ronta,merayu-merayu
(b)
bantu-membantu, cari-mencari
Kata adjektif:
se-Ã sebaik-baik,sepandai-pandai
(b) dengan akhiran
Kata nama
-an : sayur-sayuran,kenang-kenangan
Kata kerja :
- kan :
doa-doakan,tanya-tanyakan
- -i : amat-amati,selidik-selidiki
Kata adjektif
- an : rindu-rinduan,
mati-matian
C)
dengan apitan
Kata
kerja:
ber-……-an
: berkasih-kasihan, bersalam-salaman
meN-…..-kan
: meningi-ninggikan,memburuk-burukkan
meN…..-I
: mengulang-ulangi, mengawas-awasi
di-….-kan
: dimanja-manjakan,ditonjol-tonjolkan
di-…-
i : dihalus-halusi
kata
adjektif :
ke-….-an
: kekuning-kuningan,kebarat-baratan
3.0 Penggandaan berentak
Penggandaan
berentak ialah proses menggandakan kata dasar mengikur rentak bunyi tertentu
dalam kata dasar itu. Dalam penggandaan berentak. Seluruh kata dasar diganakan
dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah. Terdapat tiga jenis penggandaan
berentak berdasarkan pengulangan bunyi iaitu:
(i)
Penggandaan berentak pengulangan vokal
(ii)
Penggandaan berentak
pengulangan konsonan
(iii)
Penggandaan berentak bebas
(i)Penggandaan berentak pengulangan vokal
Penggandaan yang mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi-bunyi
vokal tertentu dan terdapat ciri-ciri kaharmonian vokal.
(a) Kata nama :
kuih-muih,sayur-mayur, lauk-pauk
(b) Kata kerja : cerai-berai, gotong-royong
(c) Kata adjektif :
hiruk-pikuk
(iii)
Penggandaan berentak pengulangan konsonan
Penggandaan jenis ini mempunyai
ciri-ciri persamaan pada bunyi-
bunyi konsonan tertentu.
Contohnya:
(a) Kata nama – batu-batan,
suku-sakat
(b) Kata kerja –
mundar-mandir.huyung-hayang
(c) kata adjektif –
huru-hara, kucar-kacir
(iv)
Penggandaan berentak bebas
Penggandaan jenis ini ialah penggandaan yang tidak mengandungi
ciri-ciri persamaan pada bunyi vokal atau konsonan. Contohnya:
(a) Kata nama : anak- pinak,
ipar-lamai
(b) Kata kerja : ulang-alik
(c) Kata adjektif :
simpang-siur, remeh-temeh
4.0
Rencana dari petikan akhbar kosmo