5.0 PENGGOLONGAN
KATA
Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan
berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota lain atau golongan yang
sama.
Dalam
Bahasa Melayu ada empat bentuk golongan kata :
- Kata Nama
- Kata Kerja
- Kata Adjektif /
Sifat
- Kata Tugas
|
|
|
|
|
5.1 Kata Nama
Kata nama menunjukkan nama benda, nama orang, nama tempat
dan nama perkara. Kata nama ialah sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur
inti bagi binaan frasa dan lazimnya perkataan demikian menamakan orang, tempat,
benda atau konsep.
Kata nama
boleh dikelompokkan kepada tiga jenis :
·
Kata Nama Am
·
Kata Nama Khas
·
Kata Ganti Nama
5.1.1 Kata Nama Am
Kata
nama yang merujuk kepada benda-benda atau perkara yang umum sifatnya. Kata nama
am boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu kata nama am konkrit dan kata nama
am abstrak.
Kata Nama Am
Kata
nama yang merujuk kepada benda-benda atau perkara yang umum sifatnya.
Contohnya
:
Benda
: pohon,kereta,meja
Perkara
: iklim,roh,udara,nafas
Konsep:
kedamaian,perpindahan,keadilan
Kata
nama am juga boleh dibahagikan kepada
kumpulan – kumpulan kecil berdasarkan ciri makna perkataannya, iaitu :
·
Hidup atau tak hidup
·
Manusia atau bukan manusia
·
Institusi atau bukan institusi
·
Konkrit atau abstrak
·
Berbilang atau tak berbilang
Asraf (2007) menjelaskan bahawa kata nama am boleh
digunakan untuk :
·
Sesuatu yang bernyawa seperti manusia, haiwan
dan tumbuh-tumbuhan
·
Sesuatu yang tidak bernyawa atau tidak hidup,
iaitu benda, tempat dan sebagainya.
Bagi
tujuan analisis, kata nama am hanya dibahagikan kepada dua bahagian iaitu :
·
Hidup (manusia dan bukan manusia)
·
Tak hidup ( Institusi, bukan institusi,
konkrit, abstrak, berbilang, dan tak berbilang)
Contoh
kata nama am hidup manusia dalam rencana ini ialah :
Lelaki,ibu,masyarakat,pemuda,wanita,manusia
pelancong,pakar sejarah,pemandu
Contoh
kata nama am hidup bukan manusia dalam rencana ini ialah
Nelayan,batu,gua,kapal,laut,darah.air dan
sebagainya.
Kata
nama am tak hidup institusi:
Kata
nama am tak hidup institusi terdiri daripada perkataan yang merujuk badan atau
institusi yang bersifat tidak hidup tetapi mendukung makna kata nama am. Kata
nama ini boleh dikenalpasti melalui kehadiran perkataan kepada dan daripada
sebelum kata nama institusi .
Contoh dalam rencana ini ialah :
Jurnal
……ketamadunan manusia telah berkembang di
nusantara ketika itu,” katanya kepada Jurnal. (14: 2)
Kata
nama am tak hidup bukan institusi konkrit
Kebanyakan kata nama am jenis ini
merujuk kepada tempat. Contoh dalam
rencana ialah gua,laut,sungai
Kata
nama am tak hidup bukan institusi abstrak berbilang
Kata nama jenis ini merujuk benda atau perkara yang tidak
hidup,bukan institusi dan abstrak
sifatnya tetapi boleh dibilang, yakni dapat disertai oleh kata bilangan. Contoh dalam rencana ini ialah:
lokasi
…….. satu kejadian boleh berlaku
di tiga lokasi?” katanya. ( 16 : 4)
Kata
nama am tak hidup bukan institusi abstrak tak berbilang
Contoh dalam rencana ini ialah:
magis, hakisan,dosa,tarikan,pelik,mitos
, kebenaran.
Contoh ayat dalam rencana ini ialah :
“Ia kemudian dimasukkan unsur komersial seperti magis bagi mencantikkan lagi cerita.“
(16: 2)
5.1.2
Kata Nama Khas
Kata nama yang merujuk kepada nama sesuatu benda yang
khusus dan ejaannya berpangkalkan huruf besar. Ia terbahagi kepada tiga :
• Kata
nama khas hidup manusia
• Kata
nama khas hidup bukan manusia
• Kata
nama khas tak hidup
Contoh Kata Nama
Khas Hidup Manusia dalam rencana ini ialah:
• Si
Tanggang, Malin Kundang,Nakhoda Manis,Hadrian Sanie, Profesor Mohd. Shafeea
Leman.Prof. Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hassan
• Profesor
Datuk Dr. Ramlah Adam, dan Melayu Nusantara
Kata Nama Khas Hidup Bukan Manusia
• (tidak
ada dalam rencana ini )
Kata Nama Khas Tidak Hidup yang terdapat dalam rencana ini ialah :
Kumpulan Teras Warisan Geologi Malaysia ,Pantai Air
Manis,Kota Padang,Malaysia,Indonesia, Brunei dan Jurnal.
5.1.3
Kata Ganti Nama
Kata
ganti nama terbahagi kepada :
i)
Kata ganti nama tunjuk ialah kata ganti nama
yang berfungsi menunjuk pada sesuatu perkara atau benda. Terdapat hanya dua
kata ganti nama tunjuk, iaitu itu
untuk menunjuk pada yang jauh, dan ini
untuk menunjuk pada yang dekat.
ii)
Kata ganti nama tunjuk tempat pula terdiri
daripada sini (menunjuk arah dekat) ,situ menunjukkan pada arah yang agak jauh dan sana (arah jauh)
Kata ganti nama tunjuk dalam petikan yang dikaji
ialah:
Kata ganti nama tunjuk
|
· itu
(Perenggan 2 baris
6 )
· ini
(Perenggan 7 baris 1
)
· situ
|
iii)
Kata ganti nama diri ialah kata nama yang
menjadi pengganti sesuatu benda, perkara atau manusia. Kata ganti nama diri
terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu:
·
Kata ganti nama diri tanya – jenis kata yang
berfungsi menanyakan hal benda, perkara atau manusia. Terdapat tiga bentuk kata
ganti nama diri tanya, iaitu siapa
yang merujuk orang, apa yang merujuk
benda atau perkara, dan mana yang
merujuk benda dan orang.
Kata
ganti nama diri tanya
|
(tiada
dalam teks)
|
·
Kata ganti nama diri orang – jenis ganti nama
yang merujuk kepada manusia yang terdiri daripada tiga kategori iaitu orang
pertama, orang kedua dan orang ketiga.
Kata
ganti nama diri orang
|
Contoh
|
Pertama
|
|
Kedua
|
|
Ketiga
|
|
Pembentukan
Kata Nama
Terdapat empat bentuk kata nama iaitu
v Kata
nama tunggal
v Kata
nama terbitan
v Kata
nama majmuk
v Kata
nama ganda
Kata nama tunggal dalam petikan ini
Ibu, kapal, laut, batu
Kata
nama terbitan
Pemandu, pemuda
Kata
nama majmuk
Pakar sejarah
Kata
nama ganda
Contoh kata nama
ganda dalam petikan ialah
batu-batu,celah-celah.
7.3 Aspek
Imbuhan Kata Nama
Terdapat empat jenis imbuhan yang membentuk kata nama
iaitu:
awalan kata nama, akhiran kata nama,apitan kata nama dan
sisipan kata nama
Contoh
awalan kata nama dalam rencana ialah
(a) peN-,perjalanan,penambahan
(b) pe – pemuda,pelancong, pemandu
(c) peR- persamaan , perkampungan
(d) ke- ketua
(e) juru – tidak ada dalam petikan
Akhiran
kata nama –an .
Contohnya dalam rencana ini ialah:
ribuan
Apitan
Kata Nama.
Terdapat empat apitan kata nama iaitu:
(a) peN-….-an
Contoh dalam petikan ialah pembentukan,pembalasan
(b) pe-……..-an
Tiada contoh kata nama
pe……an dalam petikan ialah
© peR-…..-an
Contoh dalam petikan
perubatan,persamaan ,perpustakaan
(d) ke-……- an
Contoh dalam petikan ialah kebenaran,kejadian
Sisipan Kata Nama
Terdapat tiga sisipan kata nama, iaitu :
(a) –el- (b)
–er- (c) –em-
Tiada kata sisipan kata nama dalam petikan ini.
5.2 Kata Kerja
Kata kerja ialah
perkataan yang menjadi inti bagi binaan
atau konstruksi frasa kerja. Frasa kerja terdiri daripada kata kerja
yang boleh disertai beberapa unsur lain
seperti kata bantu, objek, pelengkap, ayat komplemen dan keterangan.
5.2.1
Penggolongan Kata Kerja
Kata kerja boleh dibahagikan kepada dua iaitu :
i)
Kata Kerja aktif
ii)
Kata Kerja pasif
Kata kerja aktif ialah kata kerja yang hadir
dalam ayat aktif iaitu ayat yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau yang diterangkan.
Kata kerja aktif terbahagi kepada dua
jenis iaitu:
(i)
Kata kerja aktif tak transitif
(ii)
Kata kerja aktif transitif
5.2.1
.1 Kata Kerja aktif tak transitif
Kata
Kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap
Kata kerja aktif tak transitif tanpa
pelengkap ialah kata kerja yang boleh berdiri tanpa objek atau penyambut .
Contoh dalam rencana ini ialah
“Malangnya,
tiada dokumen rasmi yang mengesahkan kejadian itu walaupun pada masa itu
tamadun manusia sudah berkembang. (13: 2)
Perkataan
berkembang ialah kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap ialah kata
kerja yang boleh berdiri sendiri, tanpa
pergantungan pada unsur lain untuk melengkapkan makna atau maksud ayat.
5.2.1
.2 Kata kerja aktif tak transitif berpelengkap
Kata kerja aktif tak transitif berpelengkap ialah kata kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap
untuk menyempurnakan maksud ayat.
.
Dalam rencana ini contoh kata kerja aktif tak
transitif berpelengkap ialah diceritakan
Ramlah
memberitahu, kisah Si Tanggang hanya diceritakan
secara lisan (15: 1)
Dalam
ayat di atas perkataan yang dicondongkan ialah kata kerja aktif tak transitif,
sementara unsur yang mengikutinya iaitu
secara lisan ialah pelengkap. Sekiranya
pelengkap digugurkan, ayat yang terhasil tidak sempurna. Contohnya- Ramlah
memberitahu, kisah Si Tanggang hanya diceritakan.
Contoh lain ialah
Gua Gelap di Batu Caves dikatakan menjadi tempat mengalirnya darah
Si Tanggang. ( 5:2 )
Sekiranya pelengkap digugurkan, ayat
tidak sempurna. Contohnya:
Gua Gelap di Batu Caves dikatakan menjadi.
Unsur-unsur
yang menjadi pelengkap ini boleh terdiri daripada beberapa jenis iaitu kata
adjektif, frasa sendi nama dan kata nama.
Kata
Kerja aktif transitif ialah kata kerja
yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan
maksudnya.
Contoh Kata kerja aktif
transitif dalam rencana ialah:
merantau,mengikut,mencari,menjenguk,menyedihkan,
,menyumpah,
mengalir, menguatkan, menunjukkan,memasuki, memegang,
mempunyai, mengakibatkan mengandungi, menukarkan, mengesahkan,
melibatkan,memberitahu,mencari,mencantikkan,
,menyebut,melakukan,menguji,menyerupai,membentuk, menambah,mengukir dan
menyamai.
5.2.2
Kata Kerja Pasif
Kata kerja Pasif
ialah kata kerja yang terhasil daripada proses transformasi atau
perubahan ayat aktif menjadi ayat pasif. Contohnya iala
disumpah,dikenali,dipanggil,dihalau,dikatakan,ditemui,diceritakan,
disumpah,dibentuk,diceritakan,digambarkan,dikatakan,ditemui,
dibuktikan dan didakwa
5.2.3 Pembentukan Kata Kerja
Kata
kerja dalam bahasa Melayu terdiri daripada empat bentuk iaitu
(1)Kata
Kerja Tunggal
-Kata
kerja Tunggal- kata kerja yang terbentuk tanpa imbuhan
Contoh
ayat dalam rencana yang dipilih ialah ….Lebih menyedihkan, si ibu yang datang ke kapal tersebut untuk mencari
Si Tanggang. (2:5)
(2)
Kata Kerja Terbitan
Kata
kerja terbitan ialah- terhasil daripada
proses pengimbuhan.
5.2.3.1 Awalan Kata Kerja
Awalan
yang membentuk kata kerja terbitan dalam bahasa Melayu ialah
awalan
meN. Awalan MeN- ialah awalan yang membentuk kata kerja aktif sama ada
transitif tau tak transitif. Awalan ini mempunyai empat varian bergantung pada
huruf pertama kata dasar yang bercantum dengannya iaitu me,mem,men, dan meng-
meN- menjadi me
apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf m,n,ny,r,l,w dan
y.
Contoh
dalam rencana ialah : merantau,
menyebut , melakukan.
Termasuk
juga kata dasar yang bermula dengan
huruf p,t,k dan s
Contoh
dalam rencana ialah:
menyerupai- (kata dasar-serupa)
menyamai- (kata dasar-sama)
menarik-(kata dasar- tarik)
memegang –(kata dasar- pegang)
meN- menjadi mem
apabila diimbuhkan pada kata dasar yang bermula huruf b dan perkataan pinjaman yang bermula huruf f,p dan v. Dalam
rencana ini contohnya ialah memberitahu-
(kata dasar-beritahu)
meN menjadi men
apabila diimbuhkan pada kata dasar yang bermula dengan huruf d,c,j,sy dan z
serta perkataan pinjaman yang bermula dengan huruf t dan s. Contoh dalam
rencana ialah:
mencari,menjenguk,
mencantikkan
meN-menjadi meng-apabila
digabungkan dengan kata dasar yang bermula dengan huruf g,gh,kh dan h,dan
a,e,i,o dan u (bunyi vokal)
termasuk
gugus konsonan yang bermula dengan huruf k.
menguatkan,mengalir,
Awalan meng menjadi menge
apabila diimbuhkan pada kata dasar yang mempunyai satu suku kata baik perkataan
Melayu ataupun kata pinjaman.
mengesahkan
Aspek makna awalan meN
Kata
kerja yang terbentuk daripada awalan meN- ialah kata kerja yang mendukung
maksud :
a)melakukan
sesuatu
Contoh dalam rencana ialah merantau, mengikut, menjenguk
b)menyatakan keadaan
Contoh dalam rencana ialah menyedihkan
Awalan
beR- yang terdapat dalam rencana yang dipilih:
Awalan ber juga membentuk kata kerja sama ada
bersifat tak transitif yang memerlukan
pelengkap atau tidak memerlukan pelengkap.
a)Bentuk
awalan ber
Awalan ber yang digabung dengan per kataan kerja, r
digugurkan sebagai kekecualian
Contoh- bekerja
Awalan ber digabung pada kata dasar daripada empat
golongan kata nama,katakerja,kata adjektif dan kata tugas.
Awalan ber dengan kata nama
Contoh- berwarna
Contoh dalam rencana ialah:
berbentuk
,berlabuh,berbuat,berwarna,berkembang,berlaku,berbeza
Awalan ber dengan kata adjektif
tiada dalam petikan
Awalan
ber dengan kata tugas
bersatu
Awalan
kata kerja beR tak transitif tanpa pelengkap
- berlabuh,
berubah,berlaku,berkembang dan berbeza
Awalan
kata kerja beR tak transitif berpelengkap dalam rencana ialah
berwarna
merah
berbentuk manusia
bekerja sebagai
Aspek
makna awalan ber dalam rencana ialah:
a) memberi makna melakukan perbuatan
Contohnya ialah bekerja
b) pengertian refleksif – tidak ada dalam rencana
c)perbuatan bersalingan- – tidak ada dalam rencana
Awalan
ber yang digabung dengan kata nama
Awalan ber yang membawa erti mempunyai
Contoh perkataan
berwarna maksudnya mempunyai warna
Awalan ber y ang membawa pengertian memakai - tiada dalam
petikan
Awalan ber yang membawa pengertian
mengerjakan/mengusahakan
Contoh nya ialah : berlabuh,berlaku
Awalan ber dalam
rencana yang membawa pengertian
menghasilkan ialah perkataan berubah dan
berkembang
Awalan ber yang
membawa pengertian meminta bantuan tidak ada
dalam rencana ini
Awalan ber yang digabung dengan kata adjektif
a)Membawa pengertian dalam keadaan- tidak ada dalam rencana
b)Membawa pengertian memperoleh - tidak dalam rencana
a) Membawa pengertian menjadi atau menunjukkan bilangan dalam kumpulan
Contohnya
perkataan bersatu
Awalan
teR-
Awalan ter digabung dengan kata dasar daripada golongan
kata kerja baik kata ,kerja transitif
atau kata kerja tak transitif dan kata nama.
,terletak -kata kerja transitif
tersebut-kata kerja tak transisitif
terdampar- kata
kerja tak transitif
kata nama-tiada dalam rencana
Aspek
makna awalan teR
1)Pengertian tak sengaja
Tiada dalam rencana
2)teR-pengertian keupayaan
Tiada dalam rencana
3)teR-pengertian dalam keadaan tersedia
Terdampar,terletak,tersebut
Awalan di ialah awalan yang digabungkan dengan kata dasar
untuk
membentuk kata kerja pasif bagi ayat yang subjek asalnya
terdiri daripada
pelaku orang ke tiga.
Bentuk awalan di-
disumpah,dikenali, dipanggil,dihalau,dikatakan,ditemui,diceritakan,disumpah
dibentuk,diceritakan,digambarkan,dibuktikan,
dan didakwa,
Golongan kata yang dapat bergabung dengan awalan di
a)Kata kerja
disumpah,dikenali, dipanggil,dihalau,
ditemui,diceritakan,disumpah
dibentuk,diceritakan,digambarkan,
dibuktikan, didakwa,
b)Kata nama
Kebanyakan
kata nama yang berawalan di menerima akhiran
-kan
dan –i untuk menjadikannya kata kerja transitif
Contohnya ialah perkataan
dikatakan,dibuktikan,disebabkan,dikenali
Jenis kata kerja berawalan di
Kata kerja yang dibentuk oleh awalan di ialah kata kerja
pasif yang subjek asalnya terdiri
daripada orang ke tiga . Contohnya ialah
disumpah menjadi batu oleh
ibunya
dihalau oleh anaknya
Awalan
mempeR
Ialah awalan pembentuk kata kerja yang wujud hanya dalam
satu bentuk iaitu mempeR. Bentuk ini berubah menjadi diper- dalam ayat pasif.
Golongan kata yang dapat bergabung dengan awalan memper-
mempeR- digabung dengan kata nama menjadi kata memperisterikan
Apitan memper....-kan dengan kata nama membawa maksud
kuasatif
memperisteri-maksudnya menjadikan seseorang itu isteri
dipeR- digabung dengan kata tugas - tiada
dalam rencana
Imbuhan lain yang terdapat dalam rencana ini ialah :
Imbuhan teR- yang
terdapat dalam rencana ialah:
tersebut,terletak, terdampar
Imbuhan di - yang
terdapat dalam rencana dipilih
disumpah,dikenali, dipanggil,dihalau,
dikatakan,ditemui,diceritakan,disumpah
dibentuk,diceritakan,digambarkan,dikatakan,
ditemui,dibuktikan, didakwa.
Imbuhan mempeR-
memperisterikan
Imbuhan dipeR-
tidak ada dalam rencana
5.3 Kata Adjektif
Kata
adjektif ialah sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti dalam binaan
frasa adjektif. Ia boleh dikenal pasti dan dibezakan dari kata nama atau kata
kerja dengan cirinya yang boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat. Kata
sifat menceritakan sifat benda (kata nama) dan sifat perbuatan (kata
kerja). Kata sifat dalam Bahasa Melayu dibahagikan kepada sembilan
berdasarkan kriteria makna.
5.3.1 Kata adjektif sifat
Kata adjektif
sifat terdiri daripada perkataan yang memberi pengertian sifatan atau keadaan
sebagai unsur keterangan nama
Contoh kata adjektif sifat/ keadaan dalam rencana ini
ialah
sombong,cantik,miskin
Contoh
ayat dalam rencana : Si Tanggang yang telah memperisteri seorang wanita cantik dikatakan berbuat begitu kerana malu mempunyai ibu yang miskin (3:1)
5.3.2 Kata adjektif warna
Kata adjektif warna ialah perkataan yang membawa pengertian warna sebagai
unsur keterangan nama. Contoh dalam rencana ini ialah merah, oren
Contoh dalam
: Adunan air dan batu berwarna merah
(6:2)
5.3.3 Contoh Kata adjektif ukuran
Kata adjektif ukuran ialah perkataan yang membawa
pengertian ukuran sebagai unsur keterangan nama misalnya tebal,kecil,besar dan
sebagainya . Tidak ada kata adjektif ukuran dalam rencana ini.
5.3.4Kata adjektif bentuk
Kata adjektif bentuk
ialah perkataan yang membawa pengertian rupa bentuk sebagai unsur keterangan nama. Tidak ada kata
adjektif bentuk dalam rencana ini.
5.3.5Kata adjektif waktu
Kata adjektif waktu ialah perkataan yang membawa pengertian konsep
masa sebagai unsur keterangan nama
seperti kata baharu,lampau,lewat dan
lain-lain. Tidak ada contoh dalam rencana ini ialah
5.3.6 Kata adjektif jarak
Kata adjektif jarak ialah jenis perkataan yang membawa pengertian konsep
ruang antara dua bentuk atau keadaan
penerang kata nama. Contoh dalam rencana
ini ialah. Antara contohnya ialah jauh, rapat, hampir dan dekat.
Contoh dalam
rencana ini ialah :
.“Lagipun versi kisah Si Tanggang di ketiga-tiga
negara ini hampir sama (16:2)
5.3.7Kata adjektif cara
Kata adjektif cara ialah perkataan yang membawa pengertian keadaan
kelakuan atau ragam sebagai penerang
kata nama.Contohnya ialah cepat, deras,selalu dan sebagainya.
Tidak ada contoh yang terdapat dalam rencana ini.
5.3.7 Kata adjektif perasaan
Kata adjektif perasaan ialah jenis perkataan yang membawa pengertian konsep
perasaan sebagai penerang kata nama dan
diikuti oleh kata sendi nama. Contoh dalam rencana ini ialah malu,
kecewa,hairan
Ayat dalam rencana :…kerana malu mempunyai ibu yang miskin ( 3 : 2)
5.3.8 Kata Adjektif Pancaindera
Kata Adjektif Pancaindera ialah perkataan yang membawa
pengertian konsep rasa, pandang,
dengar,bau,sentuh,atau gabungan kelima-lima indera sebagai penerang kata nama
Contoh deria rasa
ialah masam. Tiada contoh deria rasa dalam rencana ini.
Deria pandang, contohnya molek. Contoh dalam rencana
ialah cantik
Contoh ayat:Si Tanggang yang telah memperisteri seorang wanita cantik (3:1)
Deria bau , contohnya ialah harum. Tiada contoh dalam rencana ini
Deria sentuh ialah
seperti perkataan licin. Tidak ada kata adjektif deria sentuh dalam
rencana ini.
5.4 Kata Tugas
Kata
tugas ialah perkataan yang tergolong ke dalam golongan kata yang bersifat
pelbagai jenis atau heterogen, iaitu tidak boleh menjadi unsur bagi frasa-frasa
endosentrik : frasa nama, frasa kerja, dan frasa adjektif. Kata-kata tugas
hadir dalam ayat, klausa, atau frasa untuk mendukung sesuatu tugas sintaksis
tertentu, sama ada sebagai penghubung, penerang, penentu,penguat, pendepan,
pembantu, penegas, penafi, pembenar, pemeri, atau tugas-tugas lain.
Maka kata tugas dapat dikategorikan kepada jenis-jenis
berikut :
1.
Kata hubung
2.
Kata seru
3.
Kata tanya
4.
Kata perintah
5.
Kata pangkal ayat
6.
Kata bantu
7.
Kata penguat
8.
Kata penegas
9.
Kata nafi
10.
Kata pemeri
11.
Kata sendi nama
12.
Kata arah
13.
Kata bilangan
14.
Kata adverba
15.
Kata pembenar
16.
Kata penekan
17.
Kata pembenda
5.4.1 Kelompok Dasar Kata Tugas
Untuk
memudahkan analisis petikan ini atau penghuraian bagi teks petikan, kata tugas
boleh dikelompokkan kepada 4 kelompok iaitu kata penyambung ayat,kata
praklausa,kata prafrasa dan pasca cata dan kata pasca kata. Tiap-tiap kelompok
mengandungi jenis-jenis kata tugas tertentu seperti yang berikut:
(i) Kata
penyambung ayat terdiri daripada satu jenis kata tugas iaitu kata hubung. Kata
hubung terdiri daripada dua jenis iaitu kata hubung gabungan dan kata hubung
pancangan
o
Kata hubung pancangan:
§ Keterangan
§ Komplemen
§ Relatif
(ii)Kata praklausa
o
Kata seru
o
Kata tanya
o
Kata perintah
o
Kata pembenar
o
Kata pangkal ayat
(iii) Kata
prafrasa dan pascafrasa
o
Kata bantu
o
Kata penguat
o
Kata penegas
o
Kata nafi
o
Kata pemeri
o
Kata sendi nama
o
Kata arah
o
Kata bilangan
o
Kata adverba
(iv) Kata
pascakata
o
Kata penekan
o
Kata pembenda
5.5 Kata
penyambung ayat
5.5.1 Kata hubung
gabungan
Contoh kata hubung gabungan dalam rencana ialah
dan,kemudian, sambil , tetapi.
Penggunaan dalam rencana:
Malangnya, selepas kaya dia berubah menjadi
sombong dan langsung tidak menjenguk
ibunya
Hadrian Sanie, 42, sambil menunjukkan batu berwarna merah seperti darah beku manusia. (Perenggan 7 baris 2)
Ia bukan darah tetapi kesan perubahan kimia batu itu,” ujarnya. (10:4)
5.5.2 Kata hubung
pancangan
Kata hubung pancangan ialah jenis kata hubung yang
menyambung klausa tak setara atau klausa pancangan pada klausa utama atau
klausa induk. Kata hubung panangan terbahagi kepada tiga jenis iaitu
(i)
Kata Hubung
Pancangan relatif
(ii)
Kata hubung
pancangan komplemen
(iii)
Kata hubung pancangan keterangan
(i)
Kata
hubung pancangan relatif:
Kata hubung pancangan relatif ialah perkataan yang
berfungsi menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil yang lain.Bentuk kata
hubung jenis ini ialah yang
Contoh kata hubung pancangan relatif dalam rencana ialah :
Batu itu kelihatan seperti seseorang sedang
meniarap di celah-celah serpihan kapal yang
pecah (11:3)
Selepas itu, kita bandingkan usia batu itu dengan
usia cerita lisan yang diceritakan
dari mulut ke mulut sejak berzaman lalu itu (21: 1)
(ii)Kata hubung
pancangan komplemen
Kata hubung pancangan komplemen yang biasa digunakan ialah untuk dan bahawa.
Dalam rencana ini tidak terdapat penggunaan perkataan bahawa.
(iii)Kata hubung pancangan keterangan
Kata hubung pancangan keterangan berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi
keterangan pada klausa utama.
Antara contoh kata hubung pancangan keterangan
dalam rencana ini ialah kerana,walaupun,untuk,semasa
Contoh kata hubung
pancangan keterangan dalam rencana ini
ialah :
semasa kapalnya
berlabuh di kampung ibunya (2:4)
Lebih menyedihkan, si ibu yang datang ke kapal
tersebut untuk mencari Si Tanggang (
2 : 5)
Si Tanggang yang telah memperisteri seorang wanita cantik dikatakan berbuat begitu
kerana malu mempunyai ibu yang
miskin. ( 3: 2)
Walaupun tidak
seratus-peratus tepat, proses hakisan yang disebabkan faktor semula jadi
seperti angin dan air boleh membentuk objek (22:1)
Malah mereka takut untuk memegang air dan batu tersebut,” kata Handrian. (8:4)
5. 5.3 Kata
praklausa
Bentuk-bentuk kata yang tergolong sebagai kata pra klausa
ialah
Sejumlah
perkataan yang terletak perkataan yang terletak dihadapan klausa iaitu yang
terdiri daripada :
Ø
kata
seru : berfungsi melahirkan pelbagai bentuk ayat yang menunjukkan perasaan.
Contoh : aduh, cis, aduhai, amboi.
Ø
kata
tanya : untuk menanyakan sesuatu atau menyoal sesuatu. Contoh : mengapa ,
berapa, bila, bagaimana.
Ø
Kata
perintah : perkataan yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak balas. Ia
diucapkan dengan nada perintah, arahan, larangan, silaan atau permintaan.
Contoh : jangan, usah, sila, jemput, minta, tolong.
Ø
Kata
Pembenar : perkataan yang mengesahkan sesuatu pertanyaan. Contoh : ya, benar,
betul.
Hanya
terdapat kata tanya dalam rencana ini. Contohnya ialah :
Bagaimana seorang individu atau satu kejadian boleh
berlaku di tiga lokasi?” katanya . ( 16 : 3)
Kata Pangkal
ayat : perkataan yang hadir di bahagian
hadapan ayat yang menjadi penanda kesinambungan ayat dalam wacana. Contoh :
hatta, maka, syahdan, adapun, alkisah. Tidak ada kata pangkal ayat dalam
rencana ini.
5. 5.4 Kata Prafrasa
Ialah
perkataan yang hadir sebelum frasa
-Kata
bantu
Kata
bantu aspek iaitu kata yang menimbulkan suasana perbezaan masa. Contohnya
telah,masih,akan
Dalam
rencana ini kata bantu aspek yang
digunakan ialah telah
Ayat : Lebih menyedihkan, si ibu yang datang ke
kapal tersebut untuk mencari Si Tanggang telah
dihalau oleh anaknya itu. ( 2:4)
Kata
bantu ragam ialah kata yang menerangkan perasaan yang berkait dengan perbuatan
yang dilakukan seperti hendak,mesti,boleh dapat,mungkin ,enggan dan patut.
Contoh
dalam rencana ini ialah mungkin
Kisah Si
Tanggang itu mungkin benar berikutan
penemuan batu berbentuk manusia dan kapal di tiga negara iaitu Malaysia,
Indonesia dan Brunei. (12:4)
5.5.5 Kata Penguat
Terdapat
tiga jenis kata penguat iaitu kata
penguat hadapan,kata penguat belakang dan kata penguat bebas
5.5.5.1Kata Penguat Hadapan
Contoh
kata penguat hadapan ialah paling, terlalu,kurang,cukup dan makin. Dalam
rencana ini tidak terdapat kata penguat
hadapan.
5.5.5.2 Kata Penguat Belakang
Contoh
kata penguat belakang ialah sekali,benar,betul,nian.
Dalam
rencana ini terdapat kata penguat belakang iaitu benar
Contoh
dalam ayat ialah - Katanya, kisah Si Tanggang itu mungkin benar berikutan penemuan
batu berbentuk manusia dan kapal di tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia dan
Brunei. (12:3)
5.5.5.3 Kata Penguat
Bebas
Contoh
kata penguat bebas ialah amat,sangat dan
sungguh. Contoh dalam rencana ini ialah
kata amat
Menurut
pakar sejarah, Profesor Datuk Dr. Ramlah Adam, kisah Si Tanggang amat dekat dengan budaya masyarakat
Melayu di Malaysia. (12: 2)
5.5.5.4 Kata Penegas
Kata
penegas disebut juga sebagai partikel atau kata penyerta. Terdapat dua kata
penegas iaitu
(i)
Yang menegaskan hanya frasa prediket atau bahagiannya.
Contohnya : - kah. -tah dan –lah
Tidak
ada partikel dalam rencana ini
(ii)Yang
menegaskan kedua-dua bahagian ayat iaitu frasa nama sebagai subjek atau
bahagiannya atau frasa prediket atau bahagiannya. Contohnya juga,jua,pun,
sahaja, lagi dan memang.
Contoh penggunaan kata penegas sahaja dalam rencana ini ialah
:
Ramlah
turut menyebut, konsep pembalasan dosa dalam Islam bukan di akhirat sahaja (18:3)
5.5.5.5 Kata
Nafi
Kata Nafi : perkataan yang menjadi unsur nafi frasa frasa
predikat iaitu frasa nama, frasa kerja,frasa adjektif dan frasa sendi nama. Ada
dua bentuk kata nafi : bukan dan tidak.
Kata nafi bukan digunakan
menjadi unsur frasa nama dan frasa sendi nama. Dalam rencana ini contohnya
ialah:
Ayat : Ramlah
turut menyebut, konsep pembalasan dosa dalam Islam bukan di akhirat sahaja( )
Kata nafi
tidak pula ialah unsur naïf bagi
frasa kerja dan frasa adjektif.
Tidak
terdapat kata nafi tidak dalam rencana ini.
5.5.5.6 Kata Pemeri
Kata Pemeri ialah
unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan
frasa-frasa utama dalam predikat. Contoh : adalah, dan ialah.
Penggunaan
kata pemeri ialah hadir di hadapan frasa nama. Contoh dalam rencana ialah
Menurut
mitosnya, Si Tanggang ialah seorang
pemuda miskin yang merantau mengikut sebuah kapal bagi mencari kekayaan (2:1)
Kata
pemeri adalah hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.
Tidak
terdapat kata pemeri adalah dalam rencana ini.
5.5.5.7 Kata Sendi Nama
Kata Sendi Nama : kata yang terletak di hadapan frasa sendi nama. Kata sendi nama
sentiasa hadir di hadapan perkataan yang diterangkan olehnya. Contoh : di, ke,
dari, demi, tentang, seperti,bagi, terhadap.
di celah-celah serpihan kapal (11:3)
Hadrian
telah bekerja sebagai pemandu pelancong Gua Gelap sejak lima tahun (8:1)
mengikut
sebuah kapal bagi mencari kekayaan
(2: 2)
Batu itu kelihatan seperti seseorang sedang meniarap di celah-celah serpihan kapal yang pecah (11:3)
Adunan air dan batu berwarna merah seperti menguatkan mitos Si Tanggang. (
6: 2)
5.5.5.8 Kata Arah
Kata Arah :
sejumlah perkataaan yang hadir sebelum frasa nama, lazimnya hadir sesudah
perkataan sendi nama untuk menunjukkan hala atau jurusan. Contoh : atas, bawah,
tepi, antara.
Contoh kata arah
dalam rencana ini ialah
manakala di Brunei, ia terletak di tepi laut Jong Batu. (4:3)
5.5.5.9 Kata Bilangan
Kata
Bilangan : sejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah pada frasa nama.
Contoh : dua puluh, segala, semua, para,banyak, masing-masing.
(1) Kata
bilangan yang menunjukkan jumlah yang tentu sifatnya disebut bilangan kardinal.
Contoh
dalam rencana ini ialah:
Hadrian
telah bekerja sebagai pemandu pelancong Gua Gelap sejak lima tahun lalu
Di Pantai
Air Manis pula, yang terletak kira-kira tujuh
kilometer dari Kota Padang, Sumatera…(11: 1)
(2)Kata
bilangan yang menunjukkan bilangan tak tentu. Contoh
segala.semua,banyak,sedikit.
Contoh
dalam rencana ini ialah:
perjalanan
ceritanya banyak berkisar mengenai…(17:3)
(3) Kata
bilangan yang membawa maksud himpunan. Contoh
beratus-ratus,ketiga-tiga,berabad-abad.
Contoh
dalam rencana ini ialah:
Lagipun
versi kisah Si Tanggang di ketiga-tiga
negara ini hampir sama. (16:2)
…diceritakan
dari mulut ke mulut sejak berzaman
lalu itu,” terang Ali (21:2)
(4) Kata
bilangan yang membawa maksud pisahan.Contohnya
masing-masing,setiap,tiap-tiap dan sebagainya.
Contoh
dalam rencana (info foto) : Batu Malin Kundang berbentuk manusia di Pantai Air
Manis, Padang, Sumatera Barat menarik ribuan pelancong setiap tahun.
(5) Kata
bilangan yang membawa maksud pecahan.Contohnya
setengah,sepertiga,seperempat,dua pertiga dan sebagainya. Contoh dalam rencana
ini ialah:
“Walaupun tidak seratus-peratus tepat, proses hakisan
yang disebabkan faktor semula jadi seperti angin dan air boleh membentuk objek
seperti manusia, haiwan atau benda tertentu. (22:2)
5.5.5.10 Kata Adverba
Kata
adverba ialah perkataan yang menerangkan kata kerja,kata adjektif,kata nama,dan
frasa sendi nama dari segi cara,masa dan tempat.
Bentuk
kata adverba dapat digolong kepada 4 bentuk
¨
Kata adverba jati
¨
Kata adverba yang asalnya kata adjektif
¨
Kata adverba yang asalnya kata kerja
¨
Kata adverba gandaan
a)Kata adverba jati berfungsi sebagai penerang kepada golongan
kata yang terdiri daripada kata kerja dan frasa kerja, kata adjektif dan frasa
adjektif atau frasa sendi nama yang tidak termasuk dalam mana-mana golongan
kata lain. Contohnya semalam,kelmarin,saling, kadang kala,demikian,nanti,sekali
gus,dahulu, barangkali.
Dalam rencana ini kata adverb jati yang terdapat
ialah kata dahulu
Kisah Si Tanggang itu diceritakan dari mulut ke
mulut sejak dahulu lagi. (8:2)
Kadangkala manusia sendiri mungkin menambah dan mengukir
batu-batu tersebut supaya menyamai rupa manusia,” katanya. (23:1)
b) Kata adverba yang asalnya kata adjektif
yang berfungsi sebagai penerang kepada
kata kerja,kata adjektif,atau frasa sendi nama, Contohnya perkataan yang dicetak miring seperti
mengalir lesu,bertiup kencang, hampir terjatuh.
Contoh dalam rencana ini ialah
Seperti darah beku
manusia. (7:3)
berubah menjadi sombong (2:3)
c) Kata adverba yang asalnya kata kerja yang
berfungsi sebagai penerang kepada kata kerja,kata adjektif atau frasa sendi
nama. Contohnya perkataan yang dicetak miring
iaitu berjalan mengiring,merah
menyala.
Tidak ada kata adverba yang asalnya kata kerja dalam rencana ini.
Kata adverba gandaan ialah perkataan yang mengalami proses
penggandaan yang berfungsi menerangkan
kata kerja,kata adjektif atau frasa sendi nama. Terdapat tiga bentuk kata adverb
berganda iaitu
Kata adverb bergandaaan penuh . Contohnya pura-pura,diam-diam
Kata adverb bergandaan separa. Terbahagi kepada
dua iaitu :
(1)Penggandaan separa berawalan. Contohnya
terkial-kial,berdikit-dikit
Tidak terdapat penggandaan separa berawalan dalam
rencana ini .
(2)Penggandaan separa berakhiran. Contohnya : gila-gilaan, habis-habisan
Tidak terdapat penggandaan separa berakhiran
dalam rencana ini .
d) Kata adverba bergandaaan berentak.
Contohnya : sedu-
sedan,hingar-bingar.
Tidak
terdapat kata adverb penggandaan berentak dalam rencana ini .
5.6 Kata Pascakata
Ia adalah
satu bentuk kata yang hadir selepas perkataan. Bentuk itu ialah ‘-nya’ , yang
berfungsi sebagai penekan dan pembenda. Antara bentuk kata yang demikian ialah
sesungguhnya,nampaknya,lajunya, dan datangnya.
5.6.1Kata penekan
Kata
penekan ialah satu bentuk yang memberi penegasan kepada kata yang bergabung
dengannya.
Contoh
dalam rencana ini ialah:
Dengan adanya cerita
mengenai kapal dan perdagangan yang melibatkan Si Tanggang …(14:1)
5.6.2 Kata Pembenda
Kata
pembenda pula ialah bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan dari
kata nama sebagai kata nama, misalnya lajunya,sakitnya,lantangnya, misalnya datangnya secara mendadak.
Contoh
dalam rencana ini ialah:
Malangnya, tiada dokumen rasmi yang mengesahkan kejadian itu
walaupun pada masa itu tamadun manusia sudah
berkembang ( 13:1)
6.0
Penutup
Kesimpulannya tugasan ini menerangkan mengenai morfologi iaitu bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur,
bentuk dan penggolongan kata. Bentuk kata ialah rupa unit tatabahasa sama ada
berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan
penggandaan.
Secara umum, kata dibentuk melalui dua sumber, iaitu
asal-usul bahasa itu sendiri, dan proses tertentu. Secara khusus, kata dibentuk
melalui pembentukan kata tunggal, dan kata turunan atau jadian.Kata tunggal dibentuk daripada kata
satu suku kata, dua suku kata, tiga suku kata, empat suku kata atau lebih, dan
akronim. Kata berimbuhan dibentuk daripada kata dasar yang menerima awalan,
akhiran, apitan, dan sisipan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan
perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota dala kumpulan
atau golongan yang sama. Sebagai guru bahasa Melayu sewajarnya guru memahirkan
diri dengan aspek-aspek tatabahasa untuk
membolehkan pelajar menguasai kecekapan berbahasa dan berkebolehan
menganalpasti kesalahan-kesalahan bahasa.