Pengenalan
Seni dalam
pendidikan merupakan gabungan tiga komponen utama iaitu seni, muzik dan
pergerakan. Seni Dalam Pendidikan (SDP) menjurus kepada seni visual, seni muzik
dan seni pergerakan. Seni Dalam Pendidikan dapat menjana perkembangan
kanak-kanak melalui peningkatan persepsi, estetika dan kreativiti mereka yang
melibatkan ketiga-tiga jenis seni tersebut dan seterusnya dapat membantu
membentuk insan yang lebih bersifat holistik.
Mengikut Teori Konstruktivisme, kanak-kanak membina pengetahuan secara aktif
dan mempunyai interaksi sosial dalam persekitaran yang selamat dan kondusif
melalui aktiviti meneroka, bereksperimen dan mengolah objek. Oleh itu, Seni
Dalam Pendidikan membolehkan murid / kanak-kanak mengekspresikan idea-idea
mereka secara bebas dan kreatif
Seni menekankan
unsur warna, muzik menekankan penggunaan
irama manakala gerakan lebih kepada penggunaan ruang. Unsur warna, irama dan
pergerakan digabungkan untuk menghasilkan satu suasana pengajaran dan
pembelajaran yang menarik. Hal ini akan mendorong guru dan pelajar lebih
kreatif. Seni dapat merangsang deria dan minda pelajar, membantu pelajar
meningkatkan pemahaman dan menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih
berkesan. Kanak-kanak akan meneroka
warna, irama dan pergerakan untuk mendapat pengalaman baharu yang akan
meningkatkan kreativiti mereka. Seni Dalam Pendidikan memberi peluang kepada
guru-guru untuk mengesan kepekaaan deria kanak-kanak dengan irama, warna dan
ruang melalui penerokaan, pengalaman dan ekspresi. Seni Dalam Pendidikan
dilaksanakan di sekolah rendah dengan menghubungkaitkan mata pelajaran PSV
dengan mata pelajaran lain.
Matlamat
Seni dalam pendidikan dapat
membantu perkembangan menyeluruh dan seimbang setiap insan dari segi
jasmani, emosi, rohani dan intelek sejajar dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Ia juga bermatlamat untuk menyediakan guru permulaan
sekolah rendah dengan pengetahuan dan kemahiran untuk mengintegrasikan aktiviti
seni visual, muzik, dan pergerakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam pelbagai bidang mata pelajaran lain
Tugasan ini akan membincangkan
aspek- aspek seperti
v Ekspresi
v Imaginasi
v Penglibatan
deria
v Kecerdasan
emosi
v Kecerdasan
ruang
v Kecerdasan
muzik
v Kinestatik
v Kreativiti
v Ekspresi
Seni dalam Pendidikan
menyediakan matlamat yang menarik untuk member peluang lepada pelajar menemui
potensi diri melalui perkataan,bunyi dan pergerakan dan visual mereka.
Bahasa-bahasa symbol yang digunakan untuk membuat ekspresi dalam
aktivit-aktiviti seni akan membantu pelajar merasa, menyentuh, mendengar dan
melihat secara langsung dunia mereka dengan cara tersendiri. Pelajar dapat
meluahkan pandangan mereka dengan cara yang sama dengan apa yang dialami oleh
orang lain.
Media ekspresi boleh dilihat
dalam bentuk tubuh badan, suara atau bunyi yang apabila digabungkan secara
harmoni , ekspresi yang terhasil akan
menjadi estetik.
Peranan
Ekspresi
Seni Dalam Pendidikan
menyarankan pelbagai aktiviti menerusi perasaan, pernyataan emosi, idea dan
manifestasi pemikiran. Aktiviti Seni Dalam Pendidikan memberi peluang kepada
murid untuk meningkatkan kreativiti, membina keyakinan diri, menajamkan
persepsi dan meningkatkan nilai estetika .
Antara peranan ekspresi Seni
Dalam Pendidikan yang dilahirkan oleh manusia untuk
meluahkan perasaannya. Antaranya ialah
1)
Perasaan
Perasaan ialah luahan
daripada hati kita. Ia merangkumi perasaan sedih,riang, dukacita dan
sebagainya. Perasaan ini berkembang mengikut tahap usia dan pengalaman
seseorang. Guru bertanggungjawab membantu pelajarnya supaya dapat mengawal
perasaan apabila bertindak. Beberapa latihan atau kemahiran perlu dilakukan
untuk mengawal perasaan, terutama ketika sedang bermain supaya dapat menerima
kekalahan dengan hati yang terbuka. Perasaan kecewa pasti melanda apabila
kegagalan menerpa. Untuk latihan menahan kesabaran , penerapan nilai-nilai
murni perlu diterapkan dalam sesuatu aktiviti permainan sebelum perlawanan sebenar berlangsung.
2)
Lisan
Arahan
yang dilakukan secara lisan perlu difahami dengan sebaik mungkin agar jelas dan
tidak disalah ertikan.
3)
Reaksi
Pelajar
dapat membuat tindakan yang tepat apabila melihat sesuatu masalah berdasarkan latihan dan pengalaman yang
diterimanya. Reaksi pelajar perlulah
Di tahap sentiasa bersedia
dan tindakan yang dibuat hendaklah tepat dan betul.
4)
Emosi
Emosi ialah perasaan jiwa
yang kuat seperti sedih, takut, gembira dan geli. Emosi mempengaruhj ingatan
boleh digolongkan dalam 2 jenis iaitu:
(i)
Seronok dan tenang
(ii)
Kurang seronok dan cemas
Menurut Mohmood Nazar
Mohamad 1991, emosi ialah keadaan yang dialami oleh manusia yang menyebabkan
perubahan proses diri,fisiologi dan psikologi.
Steq menyatakan bahawa seseorang yang mempunyai
IQ (Intelligence Quotient) yang tinggi
ditambah dengan EQ (Emotional Quotient)
yang tinggi akan membolehkannya
mampu menguasai keadaan dan merebut setiap peluang yang ada tanpa
membuat masalah yang baru.
Emosi yang ditonjolkan pelajar kekadang tidak
ddapat diterima oleh rakan-rakan. Oleh itu penting bagi guru menggakkan
pelajar-pelajarnya menyertai aktiviti permainan supaya boleh mencetus suasana
kegirangan, bebas dari tekanan emosi dan emmbina kecekalan dalam menghadapi
cabaran atau persaingan.
5)
Bukan Lisan
Segala
arahan yang bukan lisan dan gambaran yang diperoleh akan ditafsirkan dengan
sebaik mungkin agar tidak disalah tafsirkan. Kebiasaanya kita mudah memahami
arahan yang berbentuk bukan lisan , manakala sipenerima akan mengikut kehendak
arahan tersebut.
6)
Idea
Semua
idea dan keboleham menjana minda perlu digunakan dalam melaksanakan ekspresi
pelajar. Anataranya ialah kemahiran berfikir yang membolehkan seseorang
meluahkan idea-idea yang bernas.
Ciri-ciri kemahiran berfikir adalah seperti membanding dan membeza. Merumus,
membuat inferen dan ramalan, menjana idea, mengusul dan memeriksa andaian,menimbang
dan membuat keputusan,mencipta metafora dan analogi,menganalisis dan menilai serta menyelesaikan masalah.
7)
Menggambar
Aktiviti
menggambar penting sebagai cara untuk mengawal emosi pelajar. Aktiviti
menggambar membolehkan pelajar mengalihkan tumpuan kepada kertas yang ada di
hadapannya. Semasa aktiviti menggambar segala masalah yang ada akan dipindahkan
dari dalam minda ke atas kertas. Manakala setiap hasilan menggambar itu boleh
didefinisikan sebagai tafsiran terhadap tingkahlakunya.
8)
Menghasilkan
Setiap
apa yang dihasilkan baik berdasarkan aktiviti menggambar,kemahiran
berfikir,arahan lisan dan bukan lisan serta perasaan adalah merupakan ekspresi
diri pelajar dalam melaksanakan sesuatu perkara
v Imaginasi
Proses
kreativiti dan imaginasi boleh melibatkan :
(i)
Perasaan dalaman kanak-kanak,imaginasi dan
kreativiti
(ii)
Pengalaman kanak-kanak melalui interaksi dan
tindakan yang diambil
(iii)
Kebolehan kanak-kanak meluahkan perasaanya
secara lahiriah
Menurut Russel
(1968),matlamat guru-guru sekolah rendah dalam proses pengajaran dan
pembelajaran ialah untuk membentuk kanak-kanak dengan kemahiran
memerhati,kesedaran dan arif terhadap pergerakan,bunyi,bentuk,tekstura dan
irama.
Melalui aktiiti seni, daya estetika dapat dipertingkatkan. Contohnya menggunakan lagu untuk
memperkenalkan serangga. Semasa kanak-kanak menyanyi lagu rama-rama
misalnya ,mereka akan bergerak mengikut irama seperti rama-rama sedang terbang. Seterusnya, kanak-kanak
menghasilkan gambar lrama-rama. Ini membantu pembelajaran terhadap tajuk
tersebut. Semasa belajar bersama-sama,mereka membina konsep kendiri dalam
kumpulan rakan sebaya dan masyarakat umum.
Kebolehan kanak-kanak adalah
seiring dengan perkembangan diri mereka
. Untuk mencipta sesuatu yang baru kanak-kanak akan bergantung kepada pengalaman
dan kreativiti dalam memanipulasikan alatan dan bahan yang mereka gunakan.
Kesimpulannya imaginasi
adalah penting dalam pembelajaran dan
pengajaran Seni.
v Penglibatan Deria
Deria adalah terdiri daripada pancaindera
lihat,dengar,sentuh,rasa dan hidu. Kelima-lima deria ini penting dalam pembelajaran dan pengajaran pendidikan seni visual.Deria dan seni
membolehkan individu menearoka alam sekeliling dan ini merupakan satu aktiviti
berterusan. Aktiviti seni dapat membantu nalkuri ingin tahu seseorang melalui
eksplorasi dan eksprimentasi dengan menggunakan deria. Melalui aktiviti seni
murid dapat berinteraksi secara langsung dengan persekirtaran dan belajar
mengembangkan kebolehan mereka untuk membuat pertimbangan yang baik melalui
pengalaman yang diperolehi.
Murid mempunyai
kematangan dalam perkembangan kepekaan deria semasa masih bayi ketika berusia
0-2 tahun. Objek alam dapat dikenal
melalui organ deria dan tangan. Penglihatan dan pendengaran mula berkembang
secara perlahan-lahan dan matang ketika berumur 6-12 tahun. Sewaktu ini murid
dapat perkembangan kepekaan derianya.
Sentuhan
Kita menyentuh menggunakan jari. Ini merupakan aspek
perkembangan psikomotor yang mula didapati oleh kanak-kanak sebelum mereka
boleh berbahasa. Dengan menggunakan
sentuhan pelajar dapat melakukan pelbagai aktiviti . Contohnya pelajar akan
menggunakan jari untuk melukis gambar di kertas
atau kanvasnya semasa aktiviti seni visual. Sementara dalam muzik murid
akan mencipta satu corak irama yang berbeza apabila mendengar sesebuah lagu.
Ini ada lah disebabkan kanak-kanak suka membuat improvisasi iaitu mengubahsuai
sesuatu perkara yang baharu. Manakala dalam pergerakan murid ini dapat
mengetahui aras atau ruang sama ada tinggi, rendah, dekat, jauh dan sebagainya.
Dengar
Mendengar melibatkan organ telinga. Guru
menjalankan aktiviti yang memerlukan penumpuan murid menerusi organ deria. Contoh dalam aktiviti
ekspresi melalui seni. Aktiviti seni visual yang dilakukan adalah berdasarkan
apa yang didengarnya ketika dia melukis. Dalam aktiviti muzik murid akan cuba
mencipta bunyi tentang apa yang
didengarnya. Dalam bidang pergerakan murid akan dapat
membuat interpretasi dan bergerak sama ada cepat atau lambat.
Lihat
Melihat menggunakan deria mata yang menjurus kea rah
pengamatan dan pemerhatian. Berdasarkan maklumat yang datang melalui mata seseorang akan dapat mengalami
pelbagai jenis
warna, bentuk, ruang dan jalinan.
Pemahaman tentang warna membilehkan pelajar mengetahui cirri-ciri dan
seterusnya tahu untuk mengaplikasi pengetahuan dalam pendidikan seni visual.
DDengan melihat juga murid dapat meningkatkan lagi kecerdasan ruang iaitu
melihat dunia ‘visual spatial’ denga
lebih tepat.
Rasa
Rasa adalah gerak hati atau kata hati seseorang. Melalui
deria rasa kita dapat membuat persepsi dengan tepat. Dalam seni visual murid
akan meluah perasaan melalui pengalaman yang diperolehinya apabila membuat
sesuatu aktiviti seni. Semasa mendengar muzik secara tidak langsung goyangan
kaki akan terjadi. Ini adalah disebabkan rangsangan daripada jenis mod muzik
tersebut. Begitu juga dalam aktiviti pergerakan, akan terjadilah rangsangan
apabila murid mendengar muzik secara tanpa disedari kita akan melakukan
pergerakan.
Terdapat dua prasyarat bagi pembelajaran jenis ini:
Ø Pelajar
mesti mempunyai sikap dan tujuan yang positif terhadap aktiviti pembelajaran
Ø Dalam
proses pembelajaran, pengetahuan sedia ada dalam struktur kognitif murid harus
digunakan bagi membolehkannya mengaitkan dengan pelajaran baharu.
Hidu
Hidu lebih menekankan kepada aspek penanggapan . Guru
perlu merancang stategi untuk menyerapkan unsur
ini dalam pengajarannya. Oleh itu
guru perlu menilai kebolehan mental murid
untuk memastikan murid menguasai konsep secara optima.
Antara pendekatan yang boleh guru gunakan ialah
pendekatan inkuri penemuan, pendekatan resepsi dan deduktif.
Kesimpulannya
kepekaan deria adalah penting kerana dapat membentuk persepsi atau
pengamatan. Untuk itu panca indera manusia yang mengandungi
mata,telinga,hidung,lidah dan kulit akan menerima maklumat daripada
rangsangan-rangsangan dalam persekitarannya.
Untuk memastikan bahawa deria dapat berfungsi dengan
baik guru hendaklah menjalankan aktiviti
berdasarkan kepekaan deria. Pelajar
dikehendaki menyatakan aktiviti yang difikirkan sesuai pada yang telah ditetapkan melaui ekspresi
seni deria yang ditetapkan
Deria
|
Ekspresi melalui Seni
|
Subuh
|
Tengah hari
|
Malam
|
Sentuh
(Apa yang disentuh)
|
Seni Visual
(Lukis gambar)
|
Gambar macam biasa
Idea- banyak
|
Gambar macam biasa
Idea-kurang
|
Gambar macam biasa
Idea banyak
|
|
Muzik
(Cipta Irama berbeza)
|
Corak irama yang menyegarkan
|
Corak irama segar
|
Corak Irama
Lembut
|
|
Pergerakan
Aras:Tinggi, Sederhana,Rendah)
|
Pergerakan
Aras sederhana dan ruang yang dekat
|
Pergerakan
Aras tinggi
Dan ruang jauh atau luas
|
Pergerakan yang rendah
Ruang yang dekat
|
Huraian
Aktiviti di atas:
Pada ekspresi melalui seni visual yang dilukis tetap sama
tidak mengira waktu. Yang berbeza adalah dari segi kreativiti atau luahan
perasaan semasa melukis. Melukis pada waktu subuh yang sunyi memungkinkan idea
dating dengan banyak berbanding pada waktu tengah hari kerana panas dan bising
akan menyebabkan seseorang kurang tumpuan.
Di dalam muzik pula corak irama yang dilakukan pada waktu
subuh seboleh-bolehnya ialah satu corak irama yang mnyegarkan atau aktif kerana
pada waktu ini iaitu awal pagi, pelajar akan diransang dengan muzik yang aktif
supaya minda menjadi lebih aktif . Irama yang sesuai adalah rentak March,
berbanding pada waktu malam , corak irama yang sesuai adalah seperti asli. masri,
slow rock dan lagu yang mendayu-dayu atau yang mempunyai mood yang lembut.
Manakala dalam pergerakan pula, pada waktu subuh,
pergerakan yang dilakukan adalah bercorak sederhana kerana pelajar baru bangun
daripada tidur, berbanding pda masa tengah hari pergerakan yang dilakukan
adalah aras tinggi iaitu masa yang aktif.
v . Kecerdasan Emosi
Konsep kecerdasan emosi mempunyai susur galurnya dalam
konsep kecerdasan sosial yang dikemukakan
oleh Thorndike pada tahun 1920an.
(Goleman, 1996) Konsep ini diperkenalkan oleh Salovey dan Mayer pada 1990, dan sejak
itu konstruk kecerdasan emosi telah mendapat perhatian khusus dalam bidang akademik.
Gardner (1993 ) kemudiannya menerangkan kecerdasan
emosi dengan konstruk kecerdasan intrapersonal dan interpersonalnya dalam kerangka “Pelbagai Kecerdasan” nya.
Gardner (1993) menyatakan kecerdasan emosi dalam gabungan
kecerdasan intrapersonal dan
interpersonal dalam teori kecerdasan pelbagainya. Kecerdasan intrapersonal
merujuk kepada keupayaan kesedaran diri
yang tinggi dan bertindak menurut kesedaran tersebut. Kecerdasan ini membolehkan seseorang memahami dirinya dengan
tepat dan berupaya menangani keinginan, ketakutan,
emosi dan motif diri dengan sewajarnya.
Cooper dan Sawaf
(1997) mendefinasikan kecerdasan emosi sebagai keupayaan untuk mengesan, mengerti, dan mengaplikasikan dengan
berkesan ketajaman dan kuasa emosi sebagai satu sumber motivasi manusia, maklumat,
perhubungan dan pengaruh.
Konsep
IQ dan EQ
Intellegence dikaitkan dengan keupayaan mental melakukan
proses kognitif seperti membaca, menulis,mengira dan menyelesaikan masalah. IQ juga dikaitkan denganKejayaan,
tetapi tidak semua yang mempunyai IQ yang tinggi akan berjaya dalam hidup.
Perkembangan pesat dalam bidang sains atau neurologi
mendapati emosi seseorang dapat mempengaruhi kecerdasannya. (EQ). Theodore dan
Alfred Binet telah memperkenalkan ujian kecerdasan yang digunapakai sejak hari
ini.
Ujian IQ tidak menjadi ukuran mutlak untuk meramalkan
masa depan seseorang. Menurut Coleman( Pakar Sains Otak dan Psikologi) peringkat terbaik IQ
hanya menyumbang 20 peratus kejayaan seseorang, sementara 80 peratus lagi
adalah faktor-faktor lain.
Kepentingan
Kecerdasan Emosi
Kecerdasan emosi dapat membina emosi yang sihat . Tahap
EQ guru dapat membina EQ murid. Oleh itu guru mestilah penyayang dan
ceria. Angkubah EQ guru dapat menangani
emosi negative secara tulen, benar dan sihat. Terdapat perhubungan yang rapat
antara EQ dengan tingkah laku.Murid yang menguasai kemahiran emosi akan
dapat memupuk nilai-nilai
positif dalam dirinya. Mereka akan lebih bekerjasama, suka membantu, boleh
diharap dan berempati. Kemahiran emosi dapat
membantu menghindarnya dari gejala
sosial. Kecerdasan emosi
menjadikan seseorang itu lebih fokus, tekal dan berupaya menangani kekecewaan
dan memupuk sifat sabar dalam diri.
Cara
Mengintegrasi Kecerdasan Emosi dalam Bilik Darjah
Semasa berinteraksi dengan
murid guru hendaklah mengamalkan EQ.
Justeru guru sendiri perlu menguasai kemahiran EQ. Gru hendaklah
menggunakan perkataan-perkataan yang berkaitan dengan perasaan. Selain itu
gunakanlah lagu-lagu yang berkaitan perasaan seperti gembira, sayang dan sebagainya. Guru juga boleh menggunakan unsur puisi seperti
sajak,pantun,syair dan cerita. Guru juga
hendaklah berbicara tentang kepentingan emosi semasa berinteraksi dengan murid-muridnya.
Adakan unsur kecindan dalam
sesi pembelajaran dan pengajaran di samping menggunakan unsur biografi dalam
perkara yang berkaitan. Nilai murni yang berkaitan perasaan perlu diterapkan
dalam proses pembelajaran supaya murid dapat menghayati
nya.Kesimpulannya
pengintgrasian secara menyeluruh dalam setiap organisasi pengurusan hendaklah dijalankan.
v Kecerdasan
Ruang
Kecerdasan ruang diertikan sebagai berfikir menggunakan
gambar dan mempersepsikan dunia visual secara tepat, berkebolehan bertikir
dalam tiga dimensi dan mencipta semula aspek sesuatu pengalaman visual melalui
imaginasi
Kecerdasan ini berkaitan
dengan warna, bentuk, , tekstur, pola, gambar, atausimbol visual yang dapat
dilihat. Menurut Lazear(1998) beberapa aktiviti yang perludilakukan oleh guru. Antaranya ialah :
(a) Guru perlu memperhatikan
warna di sekeliling- nya, dan menjawab
pertanyaan bagaimana warna-warna itu mempengaruhi kita. Contohnya melihat warna ruang, warna makanan, pakaian
teman, warna peralatan, bagaimana pengaruhnya pada kita.
(b) Guru hendaklah menyuruh
murid mengamati dengan cermat warna-warna yang di lihat dijalan, iklan-iklan di
jalan, bangunan atau orang – orang yang dilihat
dan kesannya kepada minda.
(c) Sewaktu berbicara dengan
teman-teman sekerja, secara sedar gambarkan apa yang mereka perkatakan,
visualisasikan apa kehendak mereka dalam
dalam minda kita.
(d) Setiap kali membuat
catatan untuk diri kita, gunakan juga
simbol gambar visual yang sesuai. Misalnya, , mengajar dengan symbol buku, dan
sebagainya..
(e) Selama sesaat cuba bayangkan
ruangan rumah kita, Selepas keluar masuklah rumah dengan mata tertutup, dan cuba
berjalan seperti dalam bayangan sendiri. Apa yang kita alami. Melatih
membayangkan, menggambarkan secara visual, mencuba menemukan jalan pemecahan,
adalah cara untuk meningkat kan intelegensi ruang visual.
Menurut Haward Gardner (1983), kecerdasan
ruang melibatkan kebolehan-kebolehan melihat dunia ‘visual spatial’ dengan
lebih tepat. Kecerdasan juga termasuk menjadi lebih peka terhadap warna,
garisan, ruang, bentuk, rupa dan yang
berkaitan dengannya. Ruang ialah kawasan yang terletak di sekeliling sesuatu
objek atau jarak antara dua objek. Kita
memerlukan ruang untuk bergerak dan melakukan aktiviti. Kita juga perlu menggunakan
ruang dengan bijak untuk mendapat keselesaan dan keselamatan. Oleh itu, bilik
darjah perlu disusun atur dengan baik untuk memastikan terdapat ruang
yang cukup untuk guru dan pelajar melakukan aktiviti dengan selamat dan selesa.
Ini dapat membantu meningkatkan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran.
v Kecerdasan Muzik
Kecerdasan
muzik: Ianya melibatkan kepekaan terhadap bunyi serta kaitannya dengan emosi.
Menurut Gardner (1983), kecerdasan muzik didefinisikan sebagai kebolehan untuk
menghasil dan menghargai irama, nada dan bentuk-bentuk peluahan muzik.
Kecerdasan muzik
(musical intelligence) adalah
merupakan salah satu daripada pelbagai kecerdasan (multiple intelligences)
yang ada pada diri individu sepertimana yang dihuraikan oleh Howard Gardner
dalam bukunya “Frames of Mind” .
Mengikut beliau kecerdasan ini amat sensitif pada bunyi dan kesanya pula
dapat mengimbangi serta mempengaruhi kehidupan manusia.
Istilah muzik
sebenarnya ialah bunyi yang tersusun yang boleh mententeramkan keadaan manakala
kebisingan (noise) ialah bunyi yang tidak tersusun serta mendatangkan
ketegangan pada pendengaran. Dalam
konteks ini bunyi bukanlah hanya ditujukan kepada lagu dan nyanyian sahaja
tetapi lebih dari itu. Ianya dapat
dikategorikan seperti berikut:
Alam semulajadi. Bunyi ombak, deruan angin,
geseran daun, guruh, hujan dsb.
Binatang: Bunyi burung, unggas, serangga dan
binatang liar.
Jentera: Kenderaan, kilang, pengangkutan.
Alat muzik:
Pukulan, gesekan, tiupan, getaran.
Senjata: Tembakan
Perlakuan manusia: lontaran, hentakan,
tepukan, nyanyian dsb.
Keseluruhan bunyi yang
didengar itu akan meninggalkan
pelbagai kesan kepada emosi seperti tenang, gembira, takut, marah dan
sebagainya. Emosi lahir dari gambaran
yang terdapat dalam mental. Ianya dapat
mempengaruhi tindakan dan seterusnya mampu mengubah persepsi dan sikap
seseorang individu.
Gambaran yang terlukis pada fikiran serta kesan
yang boleh wujud pada diri individu adalah seperti berikut ialah seperti
berikut :
Bunyi deruan angin misalnya dapat memberi
satu gambaran tentang ketenangan yang terdapat di kawasan pergunungan atau di
tepi pantai. Pendengar dapat
membayangkan keadaan kedinginan di gunung, tumbuh-tumbuhan yang segar
menghijau, serta keadaan awan yang berarak. Pendengar mungkin juga terbayang
dalam fikirannya seolah-olah terdapat alunan ombak di pantai, perahu nelayan,
dedaun kelapa melambai dan para nelayan sedang menangkap ikan. Kedua-dua
gambaran ini dapat memberi ketenangan, kegembiraan dan keceriaan dalam
hidupnya.
Bunyi burung pula boleh menggambarkan sekawan
burung sedang terbang atau sedang hinggap di dahan kayu. Pendengar mungkin
terbayang keadaan di hutan, pokok-pokok yang besar, binatang berkeliaran serta
keadaan cuaca yang gelap. Perasaan yang
mungkin dirasai oleh pendengar ialah takut, gementar atau nyaman dan tenang
mengikut bayangan masing-masing.
Dua contoh bunyi yang yang terdapat di atas telah
membawa pelbagai persepsi dalam fikiran seseorang itu. Persepsi ini dapat melaharikan emosi serta
mencorakkan tindakannya. Contoh ini
jelas menunjukkan aras sensiviti yang ada pada kecerdasan muzik mampu memberi kesan yang
berbeza-beza ke atas daya imaginasi seseorang individu.
Muzik adalah sebahagian daripada alam kehidupan
pelajar yang tidak boleh dipisahkan. Pelajar sentiasa member respon kepada
muzik dan akan senang hati apabila dapat melahirkan ekspresi diri apabila
mendengar muzik. Asas muzik iaitu irama dan ton juga terdapat dalam amalan
pertuturan dan interaksi harian. Kecenderungan kepada muzik membantu proses
perkembangan diri dari segi kualiti diri dan sahsiah seseorang pelajar.
Peranan guru adalah ke arah memperkembangkan sifat-sifat
yang merangkumi emosi, kreativiti,nilai estetika dan etika tertentu.
Penglibatan pelajar dalam kegiatan muzik dapat membina pertumbuhan dan
perkembangan fizikal,mental.emosi dan sosial pelajar itu sendiri. Selain itu, pengalaman muzik yang menarik
dapat membantu meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran lain.
Tiga komponen besar dalam pendidikan muzik ialah
Kemahiran Muzikal Nyanyian
Kemahiran Muzikal Muzik dengan Gerakan
Kemahiran Muzikal Permainan Alat Muzik
Kemahiran Muzikal
Nyanyian membolehkan murid mengetahui dan membina teknik menyanyi
berasaskan elemen seperti postur,pernafasan,sebutan dan artikulasi, ekspresi,penghasilan
ton dan memfrasa. Kemahiran Menanyi juga dapat dibina iaitu menyanyi secara
solo dan mengikut skor muzik. Selain itu, kemahiran ensemble vocal secara
berharmoni dalam lapisan suara juga
diajar kepada murid.
Kemahiran Muzik dengan gerakan melibatkan murid secara
aktif dan selektif. Melahirkan ekspresi diri melalaui pergerakan, dan dapat
memupuk nilai yakin diri, disiplin dan daya estetika muzik. Murid juga dapat
menngenali aspek budaya yang berkaitan pergerakan muzik.
Kemahiran
Muzikal Permainan Alat Muzik
Murid dapat bergembira bermain alat muzik, melibarkan
diri secara aktif, dan dapat mengenali alat muzik tradisional. Selain itu dapat
membuat improvisasi secara meneroka konsep muzik melalui aktiviti alat
permainan.
Guru dapat melakukan kegiatan mari menyanyi secara spontan,hafalan, dan muzikal. Guru
juga boleh mengajar muzik dengan gerakan yang dapat member peluang kepada
pelajar menggunakan tubuh badan untuk respon kepada muzik. Pergerakan ialah interpretasi idea, perasaan
serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik.
Terdapat lima jenis kegiatan muzik dengan gerakan iaitu
Gerakan mengikut lirik lagu
Gerakan mengikut konsep muzik
Interprestasi muzik dengan gerakan
Gerakan bebas dengan muzik
Gerakan yang menunjukkan cerita atau tema dengan
muzik
Irama merujuk
kepada sesuatu bunyi atau retak berulang. Biasanya irama boleh dinikmati
apabila kita mendengar muzik. Dalam
kehidupan, kita sering temui pelbagai irama. Contohnya, bunyi tapak kasut orang
berjalan, bunyi degupan jantung, bunyi kereta api dan sebagainya. Kanak-kanak
juga selalu menghasilkan irama dalam
permainan mereka seperti bertepuk, berkawad, mengetuk meja dan
sebagainya. Dalam Pendidikan Seni Visual, irama dikaitkan dengan susunan sesuatu corak
yang berulang-ulang, susunan sekata yang menampakan pergerakan.
Kanak-kanak mula memahami dan mempelajari sesuatu
kemahiran dalam irama semasa
mereka menjalankan aktiviti seperti melompat, bergerak ke kiri dan ke kanan,
menari, melukis corak, dan sebagainya. Irama dapat merangsang minda kanak-kanak
untuk memberikan lebih tumpuan terhadap aktiviti yang dijalankan, dapat
menarik minat kanak-kanak untuk menyertai aktiviti dengan bersemangat dan
meningkatkan potensi dan keseronokan mereka. Kanak-kanak merasa seronok
melakukan aktiviti seperti menari dan melompat sambil mengikut irama muzik.
Mereka akan meneroka pergerakan-pergerakan yang lebih kreatif apabila mereka
bertindak balas dengan irama yang dimainkan.
v Kinestatik
Kecerdasan kinestatik melibatkan pergerakan otot-otot dan anggota
badan keseluruhan. Kinestetik juga berasaskan
kebolehan mengawal satu pergerakan bahagian badan dan mengawal objek dengan penuh
kemahiran. lanya melibatkan deria koordinasi dan ketepatan keseluruhan pergerakan
badan serta menggunakan kedua-dua tangan dalam kemahiran manipulasi.
Aktiviti pergerakan di peringkat sekolah rendah dan
menengah terbahagi kepada 4 iaitu
Permainan berunsur pendidikan,pergerakan berunsur
pendidikan,sukan dan atlet serta kecergasan jasmani.
Antara aktiviti
untuk menjadikan murid lebih ekspresif ialah melaksanakan permainan yang
bersifat koperatif dan sukan. Dalam permainan koperatif murid dibimbing agar
membesar menjadi insan yang murni seperti bekerjasama. Permainan Rekaan Guru
atau rekaan kanak-kanak itu sendiri boleh dijalankan.
Permainan rekaan guru di mana guru perlu memahami murid-muridnya dari segi kebolehan dan
kemahiran, minat, pendekatan iaitu
terarah iaitu guru akan mengawal persekitaran. Guru juga boleh mengubahsuai
permainan dari segi jenis, ruang dan peralatan serta bahan. Permainan rekaan
guru hendaklah menjadikan pembelajaran menarik dan dapat menarik perhatian
murid-murid.
Permainan kanak-kanak boleh dikategori dalam spektrum
berkaitan kreativiti.Ia dijalankan secara serentak. Guru bertindak sebagai
fasilitator dan sama-sama berinteraksi dengan pelajar. Guru seharusnya
mempecayai kebolehan setiap pelajar terutama dari sudut kognitif dan juga
kemahiran motor. Sekiranya pelajar tidak ada pengalaman guru hendaklah
memberikannya masa untuk membolehkannya memahirkan dirinya sehingga berjaya. Kesannya ia akan mencuba permainan baru
lagi. Peruntukan masa dan bilangan ahli dalam
kumpulan hendaklah ditentukan terlebih dahulu.
Kecerdasan kinestatik
juga ialah kebolehan menggunakan badan untuk menyatakan idea dan perasaan,
menyelesaikan masalah, termasuk kemahiran fizikal seperti koordinasi,
kelenturan, kepantasan dan keseimbangan.
Sebagai
contoh para pelajar diberi satu situasi permasalahan seperti berikut :
‘Seekor kancil ingin
menyeberang sebatang sungai.Di dalam sungai tersebut terdapat sepuluh ekor
buaya. Si kancil ingin menyeberang sungai tersebut kerana ingin mendapatkan
buah rambutan yang sudah masak ranum di seberang sana. Bagaimanakah si kancil
mampu untuk menyelesaikan permasalahan ini.
Antara syarat-syaratnya
ialah
-Si Kancil perlu
menyanyi sebuah lagu
-Si Kancil tidak
boleh membunuh sang buaya
-Si Kancil perlu
melakukan beberapa pergerakan badan
Bagaiamankah Si Kancil menyelesaikan masalah ini?
Ini adalah salah satu contoh permasalahan yang direka untuk
proses pembelajaran. Dalam menyelesaikan permasalahan ini,para pelajar akan
melakukan elemen pergerakan iaitu mereka perlu melakukan pelbagai pergerakan
fizikal seperti melompat,berlari dan sebagainya di samping akan mempelajari
elemen muzik iaitu mereka perlu menghasilkan sebuah lagu sendiri, dan melukis
gambar buaya serta mewarnakannya.
Kesimpulannya kecerdasan kinestatik menerusi penerokaan, membolehkan murid mendapat pengalaman yang menarik dalam PnP.
Selain itu, luahan ekspresi juga penting
pada seni dalam pendidikan. Murid
juga perlu didedahkan dengan unsur-unsur perasaan dan emosi supaya yahu
bagaimana untuk mengurus emosi supaya dapat meluahkan perasaan terhadap
ekspresi diri.
v Kreativiti
Pandangan Tokoh-Tokoh Seni Visual mengenai Kreativiti
1. E. Paul Torrance (Tersohor dalam bidang/kajian
kreativiti)Beliau mencadangkan Ujian IQ bukanlah satu-satunya cara mengukur
daya intelektual seseorang. Beliau memperkenalkan instrumen untuk menguji tahap
kreativiti sesseorang menggunakan “Torrence Test of Creative Thinking”.
2. June King McFee, mentakrifkan kreativiti sebagai
keupayaan seseorang mencipta sesuatu yang baru/mampu mengolah idea baru/lain
yang lebih bermakna. Seni tidak terhad kepada hasil karya seni sahaja tetapi
juga melibatkan pengalaman estetika.Seni ialah satu bentuk komunikasi yang
dipengaruhi oleh konteks budaya.
Menurut Dr. Ismail
Zain (2004) kreativiti adalah ciri-ciri
yang menunjukkan kebolehan seseorang menghasilkan kerja yang
"asli".Ini menunjukkan tidak ada unsur-unsur peniruan atau ciplak
dalam sesuatu penghasilan tetapi lahir dari pemikiran dan usaha individu
sendiri.
Menurut Howard Gardner(1983) pula, kanak-kanak mempunyai
kebolehan menaakul dan menanggap dalam keadaan yang berbeza. Pendekatan yang
berintegrasi terhadap pelbagai jenis kecerdasan memudahkan penerimaan pemikiran
murid kepada yang lebih kreatif.
Unsur kreativiti ini muncul di dalam pelbagai bentuk
seperti aktiviti nyanyian, memperkembanglebarkan dialog, menulis khat dan
segala makneka aktiviti-aktiviti yang bKretiviti boleh diajar kepada murid
dengan syarat-syarat berikut:
1. Kreativiti boleh dibangunkan secara individu dan
berkumpulan. Tugas guru adalah membantu murid sedar akan kepentingan kreativiti
dan membekalkan bahan-bahan serta menentukan bidang-bidang kreativiti dengan
jelas.
2. Unsur emosi dan perasaan lebih utama daripada unsur
kognitif di dalam kretiviti.
3. Perkara yang tidak logik lebih penting daripada
perkara yang logik di dalam proses kreativiti.
4. Unsur perasaan yang tidak logik hendaklah diberi
peluang untuk dijelaskan supaya menambah keberhasilan di dalam penyelesaian
masalah.oleh dilakukan
Di antara strategi yang boleh digunakan untuk mengajar
kreativiti adalah dengan menjadikan sesuatu yang biasa itu luar biasa. Misalnya
apa yang berlaku sekiranya kamu diminta datang ke sekolah pada waktu malam?
Strategi yang kedua ialah menjadikan yang pelik itu biasa seperti meminta murid
mencari persamaan di antara kapal terbang dan nasi.
Setiap strategi ini mengandungi langkah-langkah tertentu.
1. Langkah pertama: memberikan maklumat asas.
2. Langkah kedua: menggunakan perbandingan langsung.
3. Langkah ketiga: menggunakan perbandingan majas.
4. langkah keempat: membuat kesimpulan.
Guru tidak berperanan
sebagai pengkritik apatah lagi menghina pendapat murid. Setiap pendapat murid hendaklah diterima dengan tangan dan
hati yang terbuka. Murid diberi kebebasan mutlak menentukan hasil. Di dalam
pembinaan idea kreativiti ini hubungan murid dan guru merupakan hubungan di
alam permainan yang diselaputi oleh semangat cinta dan kasih sayang.
Kreativiti dapat dicungkil
melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Aktiviti melalui penggunaan warna dapat merangsang minda pelajar lebih
kreatif. . Semasa menghasilkan karya catan misalnya, pelajar diberi peluang
mencuba pelbagai warna yang mereka fikir
sesuai. Mereka bebas menggabungkan warna pilihan untuk menghasilkan warna
baharu yang sesuai
dengan karya. Dengan cara ini,
pelajar bebas meneroka, meluahkan perasaan dan kreativiti.
Menerusi teknik kolaj, pelajar dapat menggunakan kertas warna
dan meneroka penggunaan bahan berwarna yang terdapat di sekitar mereka. Keratan
kertas majalah, cebisan kertas kotak, helaian daun kering, serpihan kulit kayu ,
kekacang dan sebagainya boleh digunakan. Mereka akan menampal bahan-bahan
pilihan untuk membentuk objek imaginasi. Proses memindahkan idea, dari kotak
fikiran ke bentuk visual, di atas kertas merupakan satu proses artistik yang
penuh kreativiti. Proses ini menggabungkan beberapa jenis deria rangsangan dan
dapat merangsang minda pelajar agar lebih kreatif dan berkesan.
Pelajar dapat mencuba, membuat eksprimen dan
meneroka penggunaan bahan untuk menghasilkan karya. Melalui Seni Dalam
Pendidikan pelajar dapat menggunakan bahan-bahan di sekitar mereka untuk
membentuk, membuat binaan dan
sebagainya. Mereka tidak terikat dengan bahan yang disediakan dalam bilik
darjah. Pembelajaran mereka meliputi ruang yang lebih luas dan mendorong
mencapai tahap kepuasan belajar sebagaimana diingini.
Murid tidak
lagi terikat dengan peraturan bilik darjah tradisional yang tidak sesuai lagi digunakan. Pelajar bebas
bergerak dalam kawasan yang difikirkan perlu dan selamat. Mereka tidak hanya terkongkong di atas kerusi sahaja
sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu, pelajar perlu
mematuhi arahan yang diberikan oleh guru.
Dari segi penggunaan ruang pula, pelajar digalakan
menggunakan ruang dengan baik. Mereka boleh memilih ruang yang sesuai dengan
bentuk persembahan. Sekiranya ruang tidak mencukupi, pelajar boleh mengubah
susunan kerusi dan meja. Pengalaman ini
banyak membantu pelajar dalam meningkatkan kreativiti mereka.
Guru juga boleh
membawa pelajar keluar dari bilik darjah untuk membuat pemerhatian, catatan,
penyelidikan, rakaman serta ujikaji. Pelajar boleh menggunakan pengalaman sedia
ada untuk digabungkan dengan pengalaman baharu untuk mendapatkan hasil.
Pengalaman ini dapat merangsang minda pelajar agar bertindak lebih kreatif, dan
mengalami suasana pembelajaran yang seronok.
Sebagai kesimpulannya, murid harus diberi kebebasan untuk
menentukan apa yang ingin dipelajari. Pengajaran haruslah menjadi pengalaman
yang menyeronokkan. Kesilapan dan kealpaan murid tidak harus dijadikan sebab
untuk mendenda kerana denda mematikan langsung minat murid untuk belajar dan tidak membina kreativiti murid. Tunjang
kreativiti adalah emosi, perasaan dan
kasih sayang.
Penutup
Kesimpulannya Seni Dalam Pendidikan (SDP)
yang menjurus kepada seni visual, seni
muzik dan seni pergerakan lebih
menegaskan kepada aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini
menyentuh perasaan, estetika dan daya kreativiti individu melalui penajaman
intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Murid berpeluang untuk menjalankan aktiviti,meneroka, mengalami dan mengekspresi
citarasa pancaindera. Murid juga
diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, seni muzik dan seni
pergerakan dalam meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti, daya imaginasi untuk
mencapai
pembelajaran
secara optimum dan menyeronokkan.