Saturday, August 10, 2013

5.0 PENGGOLONGAN KATA

Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota lain atau golongan yang sama. 
Dalam Bahasa Melayu ada empat bentuk golongan kata :
  • Kata Nama
  • Kata Kerja
  • Kata Adjektif / Sifat
  • Kata Tugas





 


5.1 Kata Nama

Kata nama menunjukkan nama benda, nama orang, nama tempat dan nama perkara. Kata nama ialah sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti bagi binaan frasa dan lazimnya perkataan demikian menamakan orang, tempat, benda atau konsep. 
Kata nama boleh dikelompokkan kepada tiga jenis :  
·         Kata Nama Am
·         Kata Nama Khas
·         Kata Ganti Nama

5.1.1 Kata Nama Am
Kata nama yang merujuk kepada benda-benda atau perkara yang umum sifatnya. Kata nama am boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu kata nama am konkrit dan kata nama am abstrak.
Kata Nama Am
Kata nama yang merujuk kepada benda-benda atau perkara yang umum sifatnya.
Contohnya :
Benda : pohon,kereta,meja
Perkara : iklim,roh,udara,nafas
Konsep: kedamaian,perpindahan,keadilan
Kata nama am juga  boleh dibahagikan kepada kumpulan – kumpulan kecil berdasarkan ciri makna perkataannya, iaitu :
·         Hidup atau tak hidup
·         Manusia atau bukan manusia
·         Institusi atau bukan institusi
·         Konkrit atau abstrak
·         Berbilang atau tak berbilang

Asraf (2007) menjelaskan bahawa kata nama am boleh digunakan untuk :
·         Sesuatu yang bernyawa seperti manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan
·         Sesuatu yang tidak bernyawa atau tidak hidup, iaitu benda, tempat dan sebagainya.
Bagi tujuan analisis, kata nama am hanya dibahagikan kepada dua bahagian iaitu :
·         Hidup (manusia dan bukan manusia)
·         Tak hidup ( Institusi, bukan institusi, konkrit, abstrak, berbilang, dan tak berbilang)

Contoh kata nama am hidup manusia dalam rencana ini ialah :
Lelaki,ibu,masyarakat,pemuda,wanita,manusia pelancong,pakar sejarah,pemandu
Contoh kata nama am hidup bukan manusia dalam rencana ini ialah
Nelayan,batu,gua,kapal,laut,darah.air dan sebagainya.
Kata nama am tak hidup institusi:
 Kata nama am tak hidup institusi terdiri daripada perkataan yang merujuk badan atau institusi yang bersifat tidak hidup tetapi mendukung makna kata nama am. Kata nama ini boleh dikenalpasti melalui kehadiran perkataan kepada dan daripada sebelum kata nama institusi .
Contoh dalam rencana ini ialah :
Jurnal
……ketamadunan manusia telah berkembang di nusantara ketika itu,” katanya kepada Jurnal.  (14: 2)



Kata nama am tak hidup bukan institusi konkrit
Kebanyakan kata nama am jenis ini merujuk kepada tempat. Contoh  dalam rencana ialah  gua,laut,sungai

Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak berbilang
Kata nama jenis  ini merujuk benda atau perkara yang tidak hidup,bukan institusi  dan abstrak sifatnya tetapi boleh dibilang, yakni dapat disertai oleh kata bilangan. Contoh  dalam rencana ini ialah:
lokasi
          ……..  satu kejadian boleh berlaku di tiga lokasi?” katanya.  ( 16 : 4)

Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak tak berbilang
Contoh dalam rencana ini ialah:
magis, hakisan,dosa,tarikan,pelik,mitos , kebenaran.
Contoh ayat dalam rencana ini ialah :
“Ia kemudian dimasukkan unsur komersial seperti magis bagi mencantikkan lagi cerita.“ (16: 2)
5.1.2 Kata Nama Khas
Kata nama yang merujuk kepada nama sesuatu benda yang khusus dan ejaannya berpangkalkan huruf besar. Ia terbahagi kepada tiga :
   Kata nama khas hidup manusia
   Kata nama khas hidup bukan manusia
   Kata nama khas tak hidup
Contoh  Kata Nama Khas Hidup Manusia dalam rencana ini ialah:
   Si Tanggang, Malin Kundang,Nakhoda Manis,Hadrian Sanie, Profesor Mohd. Shafeea Leman.Prof. Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hassan
   Profesor Datuk Dr. Ramlah Adam, dan Melayu Nusantara
Kata Nama Khas Hidup Bukan Manusia
   (tidak ada  dalam rencana ini )
Kata Nama Khas Tidak Hidup  yang terdapat dalam rencana ini ialah :
Kumpulan Teras Warisan Geologi Malaysia ,Pantai Air Manis,Kota Padang,Malaysia,Indonesia, Brunei dan Jurnal.
5.1.3 Kata Ganti Nama
Kata ganti nama terbahagi kepada :
i)             Kata ganti nama tunjuk ialah kata ganti nama yang berfungsi menunjuk pada sesuatu perkara atau benda. Terdapat hanya dua kata ganti nama tunjuk, iaitu itu untuk menunjuk pada yang jauh, dan ini untuk menunjuk pada yang dekat.
ii)            Kata ganti nama tunjuk tempat pula terdiri daripada sini (menunjuk arah dekat) ,situ menunjukkan pada arah yang  agak jauh dan sana (arah jauh)
Kata  ganti nama tunjuk dalam petikan yang dikaji ialah:

Kata ganti nama tunjuk


·    itu (Perenggan   2   baris  6  )
·    ini (Perenggan    7    baris 1  )
·    situ

iii)           Kata ganti nama diri ialah kata nama yang menjadi pengganti sesuatu benda, perkara atau manusia. Kata ganti nama diri terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu:
·         Kata ganti nama diri tanya – jenis kata yang berfungsi menanyakan hal benda, perkara atau manusia. Terdapat tiga bentuk kata ganti nama diri tanya, iaitu siapa yang merujuk orang, apa yang merujuk benda atau perkara, dan mana yang merujuk benda dan orang.
Kata ganti nama diri tanya
(tiada dalam teks)
·         Kata ganti nama diri orang – jenis ganti nama yang merujuk kepada manusia yang terdiri daripada tiga kategori iaitu orang pertama, orang kedua dan orang ketiga.

Kata ganti nama diri orang
Contoh
Pertama
  • kita  (perenggan 21 baris 1)
Kedua
  • anda (perenggan 6 baris 1)

Ketiga
  • dia (perenggan 2 baris 2)
  • mereka (perenggan 9 baris 2)
  • ia (perenggan 10 baris 4)

 

Pembentukan Kata Nama
 Terdapat empat bentuk kata nama iaitu
v  Kata nama tunggal
v  Kata nama terbitan
v  Kata nama majmuk
v  Kata nama ganda
 Kata nama tunggal dalam petikan ini
Ibu, kapal, laut, batu
Kata nama terbitan
 Pemandu, pemuda

Kata nama majmuk
Pakar sejarah
Kata nama ganda
 Contoh kata nama ganda dalam petikan ialah  batu-batu,celah-celah.
7.3 Aspek Imbuhan Kata Nama
Terdapat empat jenis imbuhan yang membentuk kata nama iaitu:
awalan kata nama, akhiran kata nama,apitan kata nama dan sisipan kata nama
Contoh awalan kata nama dalam rencana ialah
(a) peN-,perjalanan,penambahan
(b) pe – pemuda,pelancong, pemandu
(c) peR- persamaan , perkampungan
(d) ke- ketua
(e) juru – tidak ada dalam petikan
Akhiran kata nama   –an .
Contohnya dalam  rencana  ini ialah:
ribuan
Apitan Kata Nama.
Terdapat empat apitan kata nama iaitu:
(a) peN-….-an
Contoh dalam petikan ialah pembentukan,pembalasan
(b) pe-……..-an
Tiada contoh kata nama  pe……an dalam petikan ialah
© peR-…..-an
Contoh dalam petikan  perubatan,persamaan ,perpustakaan
(d) ke-……- an
Contoh dalam petikan ialah kebenaran,kejadian
Sisipan Kata Nama
Terdapat tiga sisipan kata nama, iaitu :
(a) –el-        (b) –er-      (c) –em-
      Tiada kata sisipan  kata nama dalam  petikan ini.





5.2 Kata Kerja

Kata kerja ialah perkataan yang menjadi inti  bagi binaan atau konstruksi frasa kerja. Frasa kerja terdiri daripada kata kerja yang boleh disertai  beberapa unsur lain seperti kata bantu, objek, pelengkap, ayat komplemen  dan keterangan.
5.2.1 Penggolongan Kata Kerja
Kata kerja boleh dibahagikan kepada dua iaitu   :
i)             Kata Kerja aktif
ii)            Kata Kerja pasif
Kata kerja aktif ialah kata kerja yang hadir dalam ayat aktif iaitu ayat yang mengutamakan subjek asal  sebagai judul atau  yang diterangkan.
Kata kerja aktif terbahagi kepada dua jenis iaitu:
(i)            Kata kerja aktif tak transitif
(ii)          Kata kerja aktif transitif
5.2.1 .1 Kata Kerja aktif tak transitif
Kata Kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap
Kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap ialah kata kerja yang boleh berdiri tanpa objek atau penyambut . Contoh dalam rencana ini ialah
“Malangnya, tiada dokumen rasmi yang mengesahkan kejadian itu walaupun pada masa itu tamadun manusia sudah berkembang.  (13: 2)
Perkataan berkembang ialah kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap ialah kata kerja yang boleh berdiri  sendiri, tanpa pergantungan pada unsur lain untuk melengkapkan makna atau maksud ayat.
5.2.1 .2  Kata kerja aktif  tak transitif berpelengkap  
Kata kerja aktif  tak transitif berpelengkap  ialah kata kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat.
.
Dalam rencana ini contoh kata kerja aktif  tak transitif berpelengkap   ialah  diceritakan
Ramlah memberitahu, kisah Si Tanggang hanya diceritakan secara lisan (15: 1)
Dalam ayat di atas perkataan yang dicondongkan ialah kata kerja aktif tak transitif, sementara unsur yang mengikutinya  iaitu secara lisan  ialah pelengkap. Sekiranya pelengkap digugurkan, ayat yang terhasil tidak sempurna. Contohnya- Ramlah memberitahu, kisah Si Tanggang hanya diceritakan.
Contoh lain ialah
      Gua Gelap di Batu Caves dikatakan menjadi  tempat mengalirnya darah
      Si   Tanggang. ( 5:2 )
      Sekiranya pelengkap digugurkan, ayat tidak sempurna. Contohnya:
      Gua Gelap di Batu Caves dikatakan menjadi.  
 Unsur-unsur yang menjadi pelengkap ini boleh terdiri daripada beberapa jenis iaitu kata adjektif, frasa sendi nama dan kata nama.
Kata Kerja aktif transitif  ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya.
Contoh Kata kerja aktif transitif  dalam rencana ialah:
merantau,mengikut,mencari,menjenguk,menyedihkan, ,menyumpah,
mengalir, menguatkan, menunjukkan,memasuki, memegang, mempunyai, mengakibatkan mengandungi, menukarkan, mengesahkan, melibatkan,memberitahu,mencari,mencantikkan, ,menyebut,melakukan,menguji,menyerupai,membentuk, menambah,mengukir dan menyamai.
5.2.2  Kata Kerja Pasif
Kata kerja Pasif  ialah kata kerja yang terhasil daripada proses transformasi atau perubahan ayat aktif menjadi ayat pasif. Contohnya iala
disumpah,dikenali,dipanggil,dihalau,dikatakan,ditemui,diceritakan,
disumpah,dibentuk,diceritakan,digambarkan,dikatakan,ditemui,
dibuktikan dan didakwa

5.2.3  Pembentukan Kata Kerja
Kata kerja dalam bahasa Melayu terdiri daripada empat bentuk iaitu
(1)Kata Kerja Tunggal
-Kata kerja Tunggal- kata kerja yang terbentuk tanpa imbuhan
Contoh  ayat dalam rencana yang dipilih ialah  ….Lebih menyedihkan, si ibu yang datang ke kapal tersebut untuk mencari Si Tanggang.  (2:5)
(2) Kata Kerja Terbitan
Kata kerja  terbitan ialah- terhasil daripada proses pengimbuhan.
5.2.3.1  Awalan Kata Kerja
Awalan yang membentuk kata kerja terbitan dalam bahasa Melayu ialah
awalan meN. Awalan MeN- ialah awalan yang membentuk kata kerja aktif sama ada transitif tau tak transitif. Awalan ini mempunyai empat varian bergantung pada huruf pertama kata dasar yang bercantum dengannya iaitu me,mem,men, dan meng-
meN- menjadi me apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf m,n,ny,r,l,w dan y.
Contoh dalam rencana ialah  : merantau,   menyebut , melakukan.
Termasuk juga  kata dasar yang bermula dengan huruf p,t,k dan s
Contoh dalam rencana ialah:
menyerupai-  (kata dasar-serupa)
menyamai- (kata dasar-sama)
menarik-(kata dasar- tarik)
memegang –(kata dasar- pegang)
meN- menjadi mem apabila diimbuhkan pada kata dasar yang bermula huruf b dan perkataan  pinjaman yang bermula huruf f,p dan v. Dalam rencana ini  contohnya ialah memberitahu- (kata dasar-beritahu)
meN menjadi men apabila diimbuhkan pada kata dasar yang bermula dengan huruf d,c,j,sy dan z serta perkataan pinjaman yang bermula dengan huruf t dan s. Contoh dalam rencana ialah:
mencari,menjenguk, mencantikkan
meN-menjadi meng-apabila digabungkan dengan kata dasar yang bermula dengan huruf g,gh,kh dan h,dan a,e,i,o dan u (bunyi vokal)
termasuk gugus konsonan yang bermula dengan huruf k.
menguatkan,mengalir,
Awalan meng menjadi menge apabila diimbuhkan pada kata dasar yang mempunyai satu suku kata baik perkataan Melayu ataupun kata pinjaman.
mengesahkan
Aspek makna awalan meN
Kata kerja yang terbentuk daripada awalan meN- ialah kata kerja yang mendukung maksud :
a)melakukan sesuatu
Contoh dalam rencana ialah merantau, mengikut, menjenguk
b)menyatakan keadaan
Contoh dalam rencana ialah menyedihkan
Awalan beR-  yang terdapat dalam rencana yang dipilih:
Awalan ber juga membentuk kata kerja sama ada bersifat  tak transitif yang memerlukan pelengkap atau tidak memerlukan pelengkap.
a)Bentuk awalan ber
Awalan ber yang digabung dengan per kataan kerja, r digugurkan sebagai kekecualian
Contoh- bekerja
Awalan ber digabung pada kata dasar daripada empat golongan kata nama,katakerja,kata adjektif dan kata tugas.
Awalan ber dengan kata nama
Contoh- berwarna
Contoh dalam rencana ialah:
berbentuk   ,berlabuh,berbuat,berwarna,berkembang,berlaku,berbeza
Awalan ber dengan kata adjektif
tiada dalam petikan
Awalan ber dengan kata tugas
bersatu
Awalan kata kerja beR tak transitif tanpa pelengkap
  • berlabuh, berubah,berlaku,berkembang dan berbeza
Awalan kata kerja beR tak transitif berpelengkap dalam rencana ialah
berwarna merah
berbentuk manusia
bekerja sebagai
Aspek makna awalan ber dalam rencana ialah:
a) memberi makna melakukan perbuatan
Contohnya ialah bekerja
b) pengertian refleksif – tidak ada  dalam rencana
c)perbuatan bersalingan- – tidak ada  dalam rencana
Awalan ber yang digabung dengan kata nama
Awalan ber yang membawa erti mempunyai
Contoh  perkataan berwarna maksudnya mempunyai warna
Awalan ber y ang membawa pengertian memakai - tiada dalam petikan
Awalan ber yang membawa pengertian mengerjakan/mengusahakan
Contoh nya ialah : berlabuh,berlaku
Awalan ber  dalam rencana  yang membawa pengertian menghasilkan ialah perkataan berubah dan  berkembang
Awalan ber   yang membawa pengertian meminta bantuan tidak ada  dalam rencana ini
Awalan ber yang digabung dengan kata adjektif
a)Membawa pengertian dalam keadaan- tidak ada  dalam rencana
b)Membawa pengertian memperoleh - tidak dalam rencana
a) Membawa pengertian menjadi  atau menunjukkan bilangan dalam kumpulan
 Contohnya perkataan bersatu
Awalan teR-
Awalan ter digabung dengan kata dasar daripada golongan kata kerja baik kata ,kerja transitif  atau kata kerja tak transitif dan kata nama.
,terletak -kata kerja transitif
tersebut-kata kerja tak transisitif
 terdampar- kata kerja tak transitif
kata nama-tiada dalam rencana
Aspek makna awalan teR
1)Pengertian tak sengaja
Tiada dalam rencana
2)teR-pengertian keupayaan
Tiada dalam rencana
3)teR-pengertian dalam keadaan tersedia
Terdampar,terletak,tersebut
Awalan di ialah awalan yang digabungkan dengan kata dasar untuk
membentuk kata kerja pasif bagi ayat yang subjek asalnya terdiri daripada
pelaku orang ke tiga.
Bentuk awalan di-
disumpah,dikenali, dipanggil,dihalau,dikatakan,ditemui,diceritakan,disumpah
dibentuk,diceritakan,digambarkan,dibuktikan,  dan didakwa,
Golongan kata yang dapat bergabung dengan awalan di
a)Kata kerja
disumpah,dikenali, dipanggil,dihalau, ditemui,diceritakan,disumpah
dibentuk,diceritakan,digambarkan, dibuktikan, didakwa,
b)Kata nama
Kebanyakan kata nama yang berawalan di menerima akhiran
-kan dan –i untuk menjadikannya kata kerja transitif
Contohnya ialah perkataan dikatakan,dibuktikan,disebabkan,dikenali
Jenis kata kerja berawalan di
Kata kerja yang dibentuk oleh awalan di ialah kata kerja pasif yang  subjek asalnya terdiri daripada orang ke tiga . Contohnya ialah
disumpah menjadi batu oleh ibunya
dihalau oleh anaknya
Awalan mempeR
Ialah awalan pembentuk kata kerja yang wujud hanya dalam satu bentuk iaitu mempeR. Bentuk ini berubah menjadi diper- dalam ayat pasif.
Golongan kata yang dapat bergabung dengan awalan memper-
mempeR- digabung dengan kata nama menjadi  kata memperisterikan
Apitan memper....-kan dengan kata nama membawa maksud kuasatif
memperisteri-maksudnya menjadikan  seseorang itu isteri
dipeR- digabung dengan kata tugas - tiada dalam  rencana
Imbuhan lain yang terdapat dalam rencana ini ialah :
Imbuhan teR- yang  terdapat dalam rencana ialah:
tersebut,terletak, terdampar
Imbuhan di -  yang terdapat dalam rencana dipilih
disumpah,dikenali, dipanggil,dihalau, dikatakan,ditemui,diceritakan,disumpah
dibentuk,diceritakan,digambarkan,dikatakan, ditemui,dibuktikan, didakwa.

Imbuhan mempeR-
memperisterikan
Imbuhan  dipeR-  tidak ada dalam rencana

5.3 Kata Adjektif 
Kata adjektif ialah sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Ia boleh dikenal pasti dan dibezakan dari kata nama atau kata kerja dengan cirinya yang boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat. Kata sifat menceritakan sifat benda (kata nama) dan sifat perbuatan (kata kerja). Kata sifat dalam Bahasa Melayu dibahagikan kepada sembilan berdasarkan kriteria makna. 
5.3.1 Kata adjektif sifat
 Kata adjektif sifat terdiri daripada perkataan yang memberi pengertian sifatan atau keadaan sebagai unsur keterangan nama
Contoh kata adjektif sifat/ keadaan dalam rencana ini ialah
sombong,cantik,miskin
Contoh  ayat dalam rencana : Si Tanggang yang telah memperisteri  seorang wanita cantik dikatakan berbuat begitu kerana malu mempunyai ibu yang miskin (3:1)
5.3.2 Kata adjektif warna
Kata adjektif warna  ialah perkataan yang membawa pengertian warna sebagai unsur keterangan nama. Contoh dalam rencana ini ialah merah, oren
Contoh dalam  : Adunan air dan batu berwarna merah (6:2)
5.3.3 Contoh Kata adjektif ukuran
Kata adjektif ukuran ialah perkataan yang membawa pengertian ukuran sebagai unsur keterangan nama misalnya tebal,kecil,besar dan sebagainya . Tidak ada kata adjektif ukuran dalam rencana ini.
5.3.4Kata adjektif bentuk
Kata adjektif bentuk  ialah perkataan yang membawa pengertian rupa bentuk  sebagai unsur keterangan nama. Tidak ada kata adjektif bentuk dalam rencana ini.
5.3.5Kata adjektif waktu
Kata adjektif waktu ialah  perkataan yang membawa pengertian konsep masa  sebagai unsur keterangan nama seperti kata baharu,lampau,lewat  dan lain-lain. Tidak ada contoh dalam rencana ini ialah 
5.3.6 Kata adjektif jarak
Kata adjektif jarak  ialah jenis perkataan yang membawa pengertian konsep ruang  antara dua bentuk atau keadaan penerang kata  nama. Contoh dalam rencana ini ialah. Antara contohnya ialah jauh, rapat, hampir dan dekat.
  Contoh dalam rencana ini  ialah :
.“Lagipun versi kisah Si Tanggang di ketiga-tiga negara ini hampir sama (16:2)

5.3.7Kata adjektif cara
Kata adjektif cara  ialah perkataan yang membawa pengertian keadaan kelakuan atau ragam  sebagai penerang kata nama.Contohnya ialah cepat, deras,selalu dan sebagainya.
Tidak ada contoh yang terdapat dalam rencana ini.
5.3.7 Kata adjektif perasaan
Kata adjektif perasaan  ialah jenis perkataan yang membawa pengertian konsep perasaan  sebagai penerang kata nama dan diikuti oleh kata sendi nama.   Contoh dalam rencana ini ialah malu, kecewa,hairan
Ayat dalam rencana :…kerana malu mempunyai ibu yang miskin ( 3 : 2)



5.3.8 Kata Adjektif Pancaindera
Kata Adjektif Pancaindera ialah perkataan yang membawa pengertian  konsep rasa, pandang, dengar,bau,sentuh,atau gabungan kelima-lima indera sebagai penerang kata nama
Contoh deria rasa  ialah masam.  Tiada contoh   deria rasa dalam rencana  ini.
Deria pandang, contohnya molek. Contoh dalam rencana ialah cantik
Contoh ayat:Si Tanggang yang telah memperisteri  seorang wanita cantik (3:1)
Deria bau , contohnya ialah harum.  Tiada contoh dalam rencana ini
Deria sentuh  ialah seperti perkataan  licin.  Tidak ada kata adjektif deria sentuh dalam rencana ini.
5.4 Kata Tugas 
Kata tugas ialah perkataan yang tergolong ke dalam golongan kata yang bersifat pelbagai jenis atau heterogen, iaitu tidak boleh menjadi unsur bagi frasa-frasa endosentrik : frasa nama, frasa kerja, dan frasa adjektif. Kata-kata tugas hadir dalam ayat, klausa, atau frasa untuk mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu, sama ada sebagai penghubung, penerang, penentu,penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, pemeri, atau tugas-tugas lain.
Maka kata tugas dapat dikategorikan kepada jenis-jenis berikut :
1.    Kata hubung
2.    Kata seru
3.    Kata tanya
4.    Kata perintah
5.    Kata pangkal ayat
6.    Kata bantu
7.    Kata penguat
8.    Kata penegas
9.    Kata nafi
10. Kata pemeri
11. Kata sendi nama
12. Kata arah
13. Kata bilangan
14. Kata adverba
15. Kata pembenar
16. Kata penekan
17. Kata pembenda
5.4.1 Kelompok Dasar Kata Tugas
Untuk memudahkan analisis petikan ini atau penghuraian bagi teks petikan, kata tugas boleh dikelompokkan kepada 4 kelompok iaitu kata penyambung ayat,kata praklausa,kata prafrasa dan pasca cata dan kata pasca kata. Tiap-tiap kelompok mengandungi jenis-jenis kata tugas tertentu seperti yang berikut:

(i) Kata penyambung ayat terdiri daripada satu jenis kata tugas iaitu kata hubung. Kata hubung terdiri daripada dua jenis iaitu kata hubung gabungan dan kata hubung pancangan
o   Kata hubung pancangan:
§  Keterangan
§  Komplemen
§  Relatif
(ii)Kata praklausa
o   Kata seru
o   Kata tanya
o   Kata perintah
o   Kata pembenar
o   Kata pangkal ayat
(iii) Kata prafrasa dan pascafrasa
o   Kata bantu
o   Kata penguat
o   Kata penegas
o   Kata nafi
o   Kata pemeri
o   Kata sendi nama
o   Kata arah
o   Kata bilangan
o   Kata adverba
(iv) Kata pascakata
o   Kata penekan
o   Kata pembenda
5.5 Kata penyambung ayat
5.5.1 Kata hubung gabungan
Contoh kata hubung gabungan dalam rencana ialah dan,kemudian, sambil , tetapi.
Penggunaan dalam rencana:
Malangnya, selepas kaya dia berubah menjadi sombong dan langsung tidak menjenguk ibunya
Hadrian Sanie, 42, sambil menunjukkan batu berwarna merah seperti darah beku manusia.   (Perenggan 7 baris 2)
Ia bukan darah tetapi kesan perubahan kimia batu itu,” ujarnya.  (10:4)

5.5.2 Kata hubung pancangan
Kata hubung pancangan ialah jenis kata hubung yang menyambung klausa tak setara atau klausa pancangan pada klausa utama atau klausa induk. Kata hubung panangan terbahagi kepada tiga jenis iaitu
(i)            Kata Hubung Pancangan  relatif
(ii)                 Kata hubung pancangan komplemen
(iii)         Kata hubung pancangan keterangan
(i)            Kata hubung pancangan relatif:
 Kata hubung  pancangan relatif ialah perkataan yang berfungsi menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil yang lain.Bentuk kata hubung jenis ini ialah yang
 Contoh kata hubung pancangan relatif  dalam rencana ialah :
Batu itu kelihatan seperti seseorang sedang meniarap di celah-celah serpihan kapal yang pecah (11:3)
Selepas itu, kita bandingkan usia batu itu dengan usia cerita lisan yang diceritakan dari mulut ke mulut sejak berzaman lalu itu (21: 1)
(ii)Kata hubung pancangan komplemen 
Kata hubung pancangan komplemen  yang biasa digunakan ialah untuk  dan bahawa.   Dalam rencana ini tidak terdapat penggunaan perkataan bahawa. 
  (iii)Kata hubung pancangan keterangan  
Kata hubung pancangan keterangan   berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama. 
Antara contoh kata hubung pancangan  keterangan  dalam rencana ini ialah kerana,walaupun,untuk,semasa
Contoh  kata hubung pancangan  keterangan dalam rencana ini ialah :
semasa kapalnya berlabuh di kampung ibunya (2:4)
Lebih menyedihkan, si ibu yang datang ke kapal tersebut untuk mencari Si Tanggang ( 2 : 5)
Si Tanggang yang telah memperisteri  seorang wanita cantik dikatakan berbuat begitu kerana malu mempunyai ibu yang miskin. ( 3: 2)
Walaupun tidak seratus-peratus tepat, proses hakisan yang disebabkan faktor semula jadi seperti angin dan air boleh membentuk objek (22:1)
Malah mereka takut untuk memegang air dan batu tersebut,” kata Handrian. (8:4)
5. 5.3 Kata praklausa
Bentuk-bentuk kata yang tergolong sebagai kata pra klausa ialah
Sejumlah perkataan yang terletak perkataan yang terletak dihadapan klausa iaitu yang terdiri daripada :
Ø  kata seru : berfungsi melahirkan pelbagai bentuk ayat yang menunjukkan perasaan. Contoh : aduh, cis, aduhai, amboi.
Ø  kata tanya : untuk menanyakan sesuatu atau menyoal sesuatu. Contoh : mengapa , berapa, bila, bagaimana.
Ø  Kata perintah : perkataan yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak balas. Ia diucapkan dengan nada perintah, arahan, larangan, silaan atau permintaan. Contoh : jangan, usah, sila, jemput, minta, tolong.
Ø  Kata Pembenar : perkataan yang mengesahkan sesuatu pertanyaan. Contoh : ya, benar, betul.
Hanya terdapat kata tanya dalam rencana ini. Contohnya ialah :
Bagaimana seorang individu atau satu kejadian boleh berlaku di tiga lokasi?” katanya .  ( 16 : 3)

Kata Pangkal ayat : perkataan yang  hadir di bahagian hadapan ayat yang menjadi penanda kesinambungan ayat dalam wacana. Contoh : hatta, maka, syahdan, adapun, alkisah. Tidak ada kata pangkal ayat dalam rencana ini.
5. 5.4 Kata Prafrasa
Ialah perkataan yang hadir sebelum frasa
-Kata bantu
Kata bantu aspek iaitu kata yang menimbulkan suasana perbezaan masa. Contohnya telah,masih,akan
Dalam rencana ini kata bantu aspek  yang digunakan ialah  telah  
Ayat : Lebih menyedihkan, si ibu yang datang ke kapal tersebut  untuk            mencari Si   Tanggang telah dihalau oleh anaknya itu.  ( 2:4)
Kata bantu ragam ialah kata yang menerangkan perasaan yang berkait dengan perbuatan yang dilakukan seperti hendak,mesti,boleh dapat,mungkin ,enggan dan patut.
Contoh dalam rencana ini ialah  mungkin
Kisah Si Tanggang itu mungkin benar berikutan penemuan batu berbentuk manusia dan kapal di tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Brunei. (12:4)

5.5.5 Kata Penguat
Terdapat tiga jenis kata penguat  iaitu kata penguat hadapan,kata penguat belakang dan kata penguat bebas
5.5.5.1Kata Penguat Hadapan
Contoh kata penguat hadapan ialah paling, terlalu,kurang,cukup dan makin. Dalam rencana ini  tidak terdapat kata penguat hadapan.
5.5.5.2 Kata Penguat Belakang
Contoh kata penguat belakang ialah sekali,benar,betul,nian.
Dalam rencana ini terdapat kata penguat belakang iaitu benar
Contoh dalam ayat ialah - Katanya, kisah Si Tanggang itu mungkin benar berikutan penemuan batu berbentuk manusia dan kapal di tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Brunei. (12:3)
5.5.5.3 Kata Penguat Bebas 
Contoh kata penguat bebas  ialah amat,sangat dan sungguh. Contoh dalam rencana ini ialah  kata  amat
Menurut pakar sejarah, Profesor Datuk Dr. Ramlah Adam, kisah Si Tanggang amat dekat dengan budaya masyarakat Melayu di Malaysia. (12: 2)
5.5.5.4 Kata Penegas
Kata penegas disebut juga sebagai partikel atau kata penyerta. Terdapat dua kata penegas iaitu
(i)            Yang menegaskan hanya frasa prediket  atau bahagiannya.  
     Contohnya :  - kah. -tah dan –lah
Tidak ada  partikel dalam rencana ini
(ii)Yang menegaskan kedua-dua bahagian ayat iaitu frasa nama sebagai subjek atau bahagiannya atau frasa prediket atau bahagiannya. Contohnya juga,jua,pun, sahaja, lagi dan memang.
Contoh  penggunaan kata penegas sahaja  dalam rencana ini  ialah  :
Ramlah turut menyebut, konsep pembalasan dosa dalam Islam bukan di akhirat sahaja (18:3)
5.5.5.5 Kata  Nafi
Kata Nafi : perkataan yang menjadi unsur nafi frasa frasa predikat iaitu frasa nama, frasa kerja,frasa adjektif dan frasa sendi nama. Ada dua bentuk kata nafi : bukan dan tidak.
Kata nafi bukan digunakan menjadi unsur frasa nama dan frasa sendi nama. Dalam rencana ini contohnya ialah:
Ayat : Ramlah turut menyebut, konsep pembalasan dosa dalam Islam bukan di akhirat sahaja(     )
Kata nafi tidak pula ialah unsur naïf bagi frasa kerja dan frasa adjektif.
Tidak terdapat kata nafi tidak dalam rencana ini.

5.5.5.6 Kata Pemeri
Kata Pemeri ialah  unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat. Contoh : adalah,  dan ialah.
Penggunaan kata pemeri ialah hadir di hadapan frasa nama. Contoh dalam rencana ialah
Menurut mitosnya, Si Tanggang ialah seorang pemuda miskin yang merantau mengikut sebuah kapal bagi mencari kekayaan (2:1)
Kata pemeri adalah hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.
Tidak terdapat kata pemeri adalah dalam rencana ini.
5.5.5.7 Kata Sendi Nama
Kata Sendi Nama : kata yang terletak  di hadapan frasa sendi nama. Kata sendi nama sentiasa hadir di hadapan perkataan yang diterangkan olehnya. Contoh : di, ke, dari, demi, tentang, seperti,bagi, terhadap.
di celah-celah serpihan kapal (11:3)
Hadrian telah bekerja sebagai pemandu pelancong Gua Gelap sejak lima tahun (8:1)
mengikut sebuah kapal bagi mencari kekayaan (2: 2)
Batu itu kelihatan seperti seseorang sedang meniarap di celah-celah serpihan kapal yang pecah (11:3)
Adunan air dan batu berwarna merah seperti menguatkan mitos Si Tanggang. ( 6: 2)
5.5.5.8 Kata Arah
Kata  Arah : sejumlah perkataaan yang hadir sebelum frasa nama, lazimnya hadir sesudah perkataan sendi nama untuk menunjukkan hala atau jurusan. Contoh : atas, bawah, tepi, antara.
Contoh  kata arah dalam rencana ini ialah
       manakala di Brunei, ia terletak di tepi laut Jong Batu.  (4:3)
5.5.5.9 Kata Bilangan
Kata Bilangan : sejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah pada frasa nama. Contoh : dua puluh, segala, semua, para,banyak, masing-masing.
(1) Kata bilangan yang menunjukkan jumlah yang tentu sifatnya disebut bilangan kardinal.
Contoh dalam rencana ini ialah:
Hadrian telah bekerja sebagai pemandu pelancong Gua Gelap sejak lima tahun lalu
Di Pantai Air Manis pula, yang terletak kira-kira tujuh kilometer dari Kota Padang, Sumatera…(11: 1)
(2)Kata bilangan yang menunjukkan bilangan tak tentu. Contoh segala.semua,banyak,sedikit.
Contoh dalam rencana ini ialah:
perjalanan ceritanya banyak berkisar mengenai…(17:3)
(3) Kata bilangan yang membawa maksud himpunan. Contoh beratus-ratus,ketiga-tiga,berabad-abad.
Contoh dalam rencana ini ialah:
Lagipun versi kisah Si Tanggang di ketiga-tiga negara ini hampir sama. (16:2)
…diceritakan dari mulut ke mulut sejak berzaman lalu itu,” terang Ali (21:2)
(4) Kata bilangan yang membawa maksud pisahan.Contohnya  masing-masing,setiap,tiap-tiap dan sebagainya.
Contoh dalam rencana (info foto) : Batu  Malin Kundang berbentuk manusia di Pantai Air Manis, Padang, Sumatera Barat menarik ribuan pelancong setiap tahun.
(5) Kata bilangan yang membawa maksud pecahan.Contohnya setengah,sepertiga,seperempat,dua pertiga dan sebagainya. Contoh dalam rencana ini ialah:
 “Walaupun tidak seratus-peratus tepat, proses hakisan yang disebabkan faktor semula jadi seperti angin dan air boleh membentuk objek seperti manusia, haiwan atau benda tertentu. (22:2)
5.5.5.10 Kata Adverba
Kata adverba ialah perkataan yang menerangkan kata kerja,kata adjektif,kata nama,dan frasa sendi nama dari segi cara,masa dan tempat.
Bentuk kata adverba dapat digolong kepada 4 bentuk
¨      Kata adverba jati
¨      Kata adverba yang asalnya kata adjektif
¨      Kata adverba yang asalnya kata kerja
¨      Kata adverba gandaan

a)Kata adverba jati  berfungsi sebagai penerang kepada golongan kata yang terdiri daripada kata kerja dan frasa kerja, kata adjektif dan frasa adjektif atau frasa sendi nama yang tidak termasuk dalam mana-mana golongan kata lain. Contohnya semalam,kelmarin,saling, kadang kala,demikian,nanti,sekali gus,dahulu, barangkali.
Dalam rencana ini kata adverb jati yang terdapat ialah  kata  dahulu
Kisah Si Tanggang itu diceritakan dari mulut ke mulut sejak dahulu lagi. (8:2)
Kadangkala manusia sendiri mungkin menambah dan mengukir batu-batu tersebut supaya menyamai rupa manusia,” katanya. (23:1)

b) Kata adverba yang asalnya kata adjektif yang  berfungsi sebagai penerang kepada kata kerja,kata adjektif,atau frasa sendi nama, Contohnya  perkataan yang dicetak miring seperti mengalir lesu,bertiup kencang, hampir terjatuh.
Contoh dalam rencana ini ialah
Seperti darah beku manusia.   (7:3)
berubah menjadi sombong (2:3)
c) Kata adverba yang asalnya kata kerja yang berfungsi sebagai penerang kepada kata kerja,kata adjektif atau frasa sendi nama. Contohnya perkataan yang dicetak miring  iaitu berjalan mengiring,merah menyala.
Tidak ada kata adverba yang asalnya kata kerja  dalam rencana ini.
Kata adverba gandaan  ialah perkataan yang mengalami proses penggandaan yang berfungsi  menerangkan kata kerja,kata adjektif atau frasa sendi nama. Terdapat tiga bentuk kata adverb berganda iaitu
Kata adverb bergandaaan penuh . Contohnya  pura-pura,diam-diam
Kata adverb bergandaan separa. Terbahagi kepada dua iaitu :
(1)Penggandaan separa berawalan. Contohnya terkial-kial,berdikit-dikit
Tidak terdapat penggandaan separa berawalan dalam rencana ini .
(2)Penggandaan separa berakhiran. Contohnya  : gila-gilaan, habis-habisan
Tidak terdapat penggandaan separa berakhiran dalam rencana ini .
d) Kata adverba bergandaaan berentak.
   Contohnya :  sedu- sedan,hingar-bingar.
   Tidak terdapat kata adverb  penggandaan  berentak dalam rencana ini .
5.6 Kata Pascakata
Ia adalah satu bentuk kata yang hadir selepas perkataan. Bentuk itu ialah ‘-nya’ , yang berfungsi sebagai penekan dan pembenda. Antara bentuk kata yang demikian ialah sesungguhnya,nampaknya,lajunya, dan datangnya.

5.6.1Kata penekan
Kata penekan ialah satu bentuk yang memberi penegasan kepada kata yang bergabung dengannya.
Contoh dalam rencana ini ialah:
Dengan adanya cerita mengenai kapal dan perdagangan yang melibatkan Si Tanggang …(14:1)
5.6.2 Kata Pembenda
Kata pembenda pula ialah bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan dari kata nama sebagai kata nama, misalnya lajunya,sakitnya,lantangnya, misalnya  datangnya secara mendadak.
Contoh dalam rencana ini ialah:
Malangnya, tiada dokumen rasmi yang mengesahkan kejadian itu
 walaupun pada masa itu tamadun manusia sudah berkembang ( 13:1)

6.0 Penutup
Kesimpulannya tugasan ini menerangkan  mengenai morfologi iaitu  bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Bentuk kata ialah rupa unit tatabahasa sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan.

Secara umum, kata dibentuk melalui dua sumber, iaitu asal-usul bahasa itu sendiri, dan proses tertentu. Secara khusus, kata dibentuk melalui pembentukan kata tunggal, dan kata turunan atau  jadian.Kata tunggal dibentuk daripada kata satu suku kata, dua suku kata, tiga suku kata, empat suku kata atau lebih, dan akronim. Kata berimbuhan dibentuk daripada kata dasar yang menerima awalan, akhiran, apitan, dan sisipan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota dala kumpulan atau golongan yang sama. Sebagai guru bahasa Melayu sewajarnya guru memahirkan diri dengan aspek-aspek tatabahasa  untuk membolehkan pelajar menguasai kecekapan berbahasa dan berkebolehan menganalpasti kesalahan-kesalahan bahasa.