Saturday, October 27, 2012

PSV 3107


Pengenalan
Seni  dalam pendidikan merupakan gabungan tiga komponen utama iaitu seni, muzik dan pergerakan. Seni Dalam Pendidikan (SDP) menjurus kepada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan. Seni Dalam Pendidikan dapat menjana perkembangan kanak-kanak melalui peningkatan persepsi, estetika dan kreativiti mereka yang melibatkan ketiga-tiga jenis seni tersebut dan seterusnya dapat membantu membentuk insan yang lebih bersifat holistik.
Mengikut Teori Konstruktivisme,  kanak-kanak membina pengetahuan secara aktif dan mempunyai interaksi sosial dalam persekitaran yang selamat dan kondusif melalui aktiviti meneroka, bereksperimen dan mengolah objek. Oleh itu, Seni Dalam Pendidikan membolehkan murid / kanak-kanak mengekspresikan idea-idea mereka secara bebas dan kreatif
 Seni menekankan unsur  warna, muzik menekankan penggunaan irama manakala gerakan lebih kepada penggunaan ruang. Unsur warna, irama dan pergerakan digabungkan untuk menghasilkan satu suasana pengajaran dan pembelajaran yang menarik. Hal ini akan mendorong guru dan pelajar lebih kreatif. Seni dapat merangsang deria dan minda pelajar, membantu pelajar meningkatkan pemahaman  dan  menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Kanak-kanak akan meneroka  warna, irama dan pergerakan untuk mendapat pengalaman baharu yang akan meningkatkan kreativiti mereka. Seni Dalam Pendidikan memberi peluang kepada guru-guru untuk mengesan kepekaaan deria kanak-kanak dengan irama, warna dan ruang melalui penerokaan, pengalaman dan ekspresi. Seni Dalam Pendidikan dilaksanakan di sekolah rendah dengan menghubungkaitkan mata pelajaran PSV dengan   mata  pelajaran lain.
 

Matlamat  
Seni dalam pendidikan dapat membantu perkembangan menyeluruh dan seimbang setiap insan dari segi jasmani,  emosi,  rohani dan intelek sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ia juga bermatlamat untuk menyediakan guru permulaan sekolah rendah dengan pengetahuan dan kemahiran untuk mengintegrasikan aktiviti seni visual, muzik, dan pergerakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran  dalam pelbagai bidang mata pelajaran lain
Tugasan ini akan membincangkan aspek-  aspek  seperti
v  Ekspresi
v  Imaginasi
v  Penglibatan deria
v  Kecerdasan emosi
v  Kecerdasan ruang
v  Kecerdasan muzik
v  Kinestatik
v  Kreativiti
v  Ekspresi
Seni dalam Pendidikan menyediakan matlamat yang menarik untuk member peluang lepada pelajar menemui potensi diri melalui perkataan,bunyi dan pergerakan dan visual mereka. Bahasa-bahasa symbol yang digunakan untuk membuat ekspresi dalam aktivit-aktiviti seni akan membantu pelajar merasa, menyentuh, mendengar dan melihat secara langsung dunia mereka dengan cara tersendiri. Pelajar dapat meluahkan pandangan mereka dengan cara yang sama dengan apa yang dialami oleh orang lain.
Media ekspresi boleh dilihat dalam bentuk tubuh badan, suara atau bunyi yang apabila digabungkan secara harmoni , ekspresi yang terhasil  akan menjadi estetik.


Peranan Ekspresi
Seni Dalam Pendidikan menyarankan pelbagai aktiviti menerusi perasaan, pernyataan emosi, idea dan manifestasi pemikiran. Aktiviti Seni Dalam Pendidikan memberi peluang kepada murid untuk meningkatkan kreativiti, membina keyakinan diri, menajamkan persepsi dan meningkatkan nilai estetika .

 

Antara peranan ekspresi Seni Dalam Pendidikan yang dilahirkan oleh manusia untuk meluahkan perasaannya. Antaranya ialah
1)    Perasaan
Perasaan ialah luahan daripada hati kita. Ia merangkumi perasaan sedih,riang, dukacita dan sebagainya. Perasaan ini berkembang mengikut tahap usia dan pengalaman seseorang. Guru bertanggungjawab membantu pelajarnya supaya dapat mengawal perasaan apabila bertindak. Beberapa latihan atau kemahiran perlu dilakukan untuk mengawal perasaan, terutama ketika sedang bermain supaya dapat menerima kekalahan dengan hati yang terbuka. Perasaan kecewa pasti melanda apabila kegagalan menerpa. Untuk latihan menahan kesabaran , penerapan nilai-nilai murni perlu diterapkan dalam sesuatu aktiviti permainan  sebelum perlawanan sebenar berlangsung.
2)    Lisan
Arahan yang dilakukan secara lisan perlu difahami dengan sebaik mungkin agar jelas dan tidak disalah ertikan.
3)    Reaksi
Pelajar dapat membuat tindakan yang tepat apabila melihat sesuatu masalah  berdasarkan latihan dan pengalaman yang diterimanya. Reaksi pelajar perlulah
Di tahap sentiasa bersedia dan tindakan yang dibuat hendaklah tepat dan betul.
4)    Emosi
Emosi ialah perasaan jiwa yang kuat seperti sedih, takut, gembira dan geli. Emosi mempengaruhj ingatan boleh digolongkan dalam 2 jenis iaitu:
(i)            Seronok dan tenang
(ii)          Kurang seronok dan cemas
Menurut Mohmood Nazar Mohamad 1991, emosi ialah keadaan yang dialami oleh manusia yang menyebabkan perubahan proses diri,fisiologi dan psikologi.
Steq  menyatakan bahawa seseorang yang mempunyai IQ  (Intelligence Quotient) yang tinggi ditambah dengan EQ (Emotional Quotient)  yang tinggi akan membolehkannya   mampu menguasai keadaan dan merebut setiap peluang yang ada tanpa membuat masalah yang baru.
 Emosi yang ditonjolkan pelajar kekadang tidak ddapat diterima oleh rakan-rakan. Oleh itu penting bagi guru menggakkan pelajar-pelajarnya menyertai aktiviti permainan supaya boleh mencetus suasana kegirangan, bebas dari tekanan emosi dan emmbina kecekalan dalam menghadapi cabaran atau persaingan.
5)    Bukan Lisan
Segala arahan yang bukan lisan dan gambaran yang diperoleh akan ditafsirkan dengan sebaik mungkin agar tidak disalah tafsirkan. Kebiasaanya kita mudah memahami arahan yang berbentuk bukan lisan , manakala sipenerima akan mengikut kehendak arahan tersebut.
6)    Idea
Semua idea dan keboleham menjana minda perlu digunakan dalam melaksanakan ekspresi pelajar. Anataranya ialah kemahiran berfikir yang membolehkan seseorang meluahkan idea-idea yang  bernas. Ciri-ciri kemahiran berfikir adalah seperti membanding dan membeza. Merumus, membuat inferen dan ramalan, menjana idea, mengusul dan memeriksa andaian,menimbang dan membuat keputusan,mencipta metafora dan analogi,menganalisis dan  menilai serta menyelesaikan masalah.
7)    Menggambar
Aktiviti menggambar penting sebagai cara untuk mengawal emosi pelajar. Aktiviti menggambar membolehkan pelajar mengalihkan tumpuan kepada kertas yang ada di hadapannya. Semasa aktiviti menggambar segala masalah yang ada akan dipindahkan dari dalam minda ke atas kertas. Manakala setiap hasilan menggambar itu boleh didefinisikan sebagai tafsiran terhadap tingkahlakunya.
8)    Menghasilkan
Setiap apa yang dihasilkan baik berdasarkan aktiviti menggambar,kemahiran berfikir,arahan lisan dan bukan lisan serta perasaan adalah merupakan ekspresi diri pelajar dalam melaksanakan sesuatu perkara



v  Imaginasi
Proses kreativiti dan imaginasi boleh melibatkan :
(i)    Perasaan dalaman kanak-kanak,imaginasi dan kreativiti
(ii)  Pengalaman kanak-kanak melalui interaksi dan tindakan yang diambil
(iii) Kebolehan kanak-kanak meluahkan perasaanya secara lahiriah
Menurut Russel (1968),matlamat guru-guru sekolah rendah dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah untuk membentuk kanak-kanak dengan kemahiran memerhati,kesedaran dan arif terhadap pergerakan,bunyi,bentuk,tekstura dan irama.
Melalui aktiiti seni, daya  estetika dapat dipertingkatkan.  Contohnya menggunakan lagu   untuk memperkenalkan  serangga.  Semasa kanak-kanak menyanyi lagu rama-rama misalnya ,mereka akan bergerak mengikut irama seperti  rama-rama  sedang terbang. Seterusnya, kanak-kanak menghasilkan gambar lrama-rama. Ini membantu pembelajaran terhadap tajuk tersebut. Semasa belajar bersama-sama,mereka membina konsep kendiri dalam kumpulan rakan sebaya dan masyarakat umum.
Kebolehan kanak-kanak adalah seiring  dengan perkembangan diri mereka . Untuk mencipta sesuatu yang baru kanak-kanak akan bergantung kepada pengalaman dan kreativiti dalam memanipulasikan alatan dan bahan yang mereka gunakan.
Kesimpulannya imaginasi adalah penting dalam  pembelajaran dan pengajaran Seni.

v  Penglibatan Deria
Deria adalah terdiri daripada pancaindera lihat,dengar,sentuh,rasa dan hidu. Kelima-lima deria ini penting  dalam pembelajaran dan pengajaran  pendidikan seni visual.Deria dan seni membolehkan individu menearoka alam sekeliling dan ini merupakan satu aktiviti berterusan. Aktiviti seni dapat membantu nalkuri ingin tahu seseorang melalui eksplorasi dan eksprimentasi dengan menggunakan deria. Melalui aktiviti seni murid dapat berinteraksi secara langsung dengan persekirtaran dan belajar mengembangkan kebolehan mereka untuk membuat pertimbangan yang baik melalui pengalaman yang diperolehi.
Murid  mempunyai kematangan dalam perkembangan kepekaan deria semasa masih bayi ketika berusia 0-2 tahun. Objek alam  dapat dikenal melalui organ deria dan tangan. Penglihatan dan pendengaran mula berkembang secara perlahan-lahan dan matang ketika berumur 6-12 tahun. Sewaktu ini murid dapat perkembangan kepekaan derianya.
Sentuhan
Kita menyentuh menggunakan jari. Ini merupakan aspek perkembangan psikomotor yang mula didapati oleh kanak-kanak sebelum mereka boleh berbahasa.  Dengan menggunakan sentuhan pelajar dapat melakukan pelbagai aktiviti . Contohnya pelajar akan menggunakan jari untuk melukis gambar di kertas  atau kanvasnya semasa aktiviti seni visual. Sementara dalam muzik murid akan mencipta satu corak irama yang berbeza apabila mendengar sesebuah lagu. Ini ada lah disebabkan kanak-kanak suka membuat improvisasi iaitu mengubahsuai sesuatu perkara yang baharu. Manakala dalam pergerakan murid ini dapat mengetahui aras atau ruang sama ada tinggi, rendah, dekat, jauh  dan sebagainya.
Dengar
Mendengar melibatkan organ telinga.  Guru  menjalankan aktiviti yang memerlukan penumpuan murid  menerusi organ deria. Contoh dalam aktiviti ekspresi melalui seni. Aktiviti seni visual yang dilakukan adalah berdasarkan apa yang didengarnya ketika dia melukis. Dalam aktiviti muzik murid akan cuba mencipta bunyi tentang apa yang
didengarnya. Dalam bidang pergerakan murid akan dapat membuat interpretasi dan bergerak sama ada cepat atau lambat.
Lihat
Melihat menggunakan deria mata yang menjurus kea rah pengamatan dan pemerhatian. Berdasarkan maklumat yang datang  melalui mata seseorang akan dapat  mengalami
pelbagai  jenis warna, bentuk, ruang dan jalinan.  Pemahaman tentang warna membilehkan pelajar mengetahui cirri-ciri dan seterusnya tahu untuk mengaplikasi pengetahuan dalam pendidikan seni visual. DDengan melihat juga murid dapat meningkatkan lagi kecerdasan ruang iaitu melihat dunia  ‘visual spatial’ denga lebih tepat.
Rasa
Rasa adalah gerak hati atau kata hati seseorang. Melalui deria rasa kita dapat membuat persepsi dengan tepat. Dalam seni visual murid akan meluah perasaan melalui pengalaman yang diperolehinya apabila membuat sesuatu aktiviti seni. Semasa mendengar muzik secara tidak langsung goyangan kaki akan terjadi. Ini adalah disebabkan rangsangan daripada jenis mod muzik tersebut. Begitu juga dalam aktiviti pergerakan, akan terjadilah rangsangan apabila murid mendengar muzik secara tanpa disedari kita akan melakukan pergerakan.
Terdapat dua prasyarat bagi pembelajaran jenis ini:
Ø  Pelajar mesti mempunyai sikap dan tujuan yang positif terhadap aktiviti pembelajaran
Ø  Dalam proses pembelajaran, pengetahuan sedia ada dalam struktur kognitif murid harus digunakan bagi membolehkannya mengaitkan dengan pelajaran baharu.
Hidu
Hidu lebih menekankan kepada aspek penanggapan . Guru perlu merancang stategi untuk menyerapkan unsur  ini  dalam pengajarannya. Oleh itu guru perlu menilai kebolehan mental murid  untuk memastikan murid menguasai konsep secara optima.
Antara pendekatan yang boleh guru gunakan ialah pendekatan inkuri penemuan, pendekatan resepsi dan deduktif.
Kesimpulannya  kepekaan deria adalah penting kerana dapat membentuk persepsi atau pengamatan. Untuk itu panca indera manusia yang mengandungi mata,telinga,hidung,lidah dan kulit akan menerima maklumat daripada rangsangan-rangsangan dalam persekitarannya.
Untuk memastikan bahawa deria dapat berfungsi dengan baik  guru hendaklah menjalankan aktiviti berdasarkan kepekaan deria.  Pelajar dikehendaki menyatakan aktiviti yang difikirkan sesuai  pada yang telah ditetapkan melaui ekspresi seni deria yang ditetapkan
Deria
Ekspresi melalui Seni
Subuh
Tengah hari
Malam
Sentuh
(Apa yang disentuh)
Seni Visual
(Lukis gambar)
Gambar macam biasa
Idea- banyak
Gambar macam biasa
Idea-kurang
Gambar macam biasa
Idea banyak

Muzik
(Cipta Irama berbeza)
Corak irama yang menyegarkan
Corak irama segar
Corak Irama
Lembut

Pergerakan
Aras:Tinggi, Sederhana,Rendah)
Pergerakan
Aras sederhana dan ruang yang dekat
Pergerakan
Aras tinggi
Dan ruang jauh atau luas
Pergerakan yang rendah
Ruang yang dekat

Huraian Aktiviti di atas:
Pada ekspresi melalui seni visual yang dilukis tetap sama tidak mengira waktu. Yang berbeza adalah dari segi kreativiti atau luahan perasaan semasa melukis. Melukis pada waktu subuh yang sunyi memungkinkan idea dating dengan banyak berbanding pada waktu tengah hari kerana panas dan bising akan menyebabkan seseorang kurang tumpuan.
Di dalam muzik pula corak irama yang dilakukan pada waktu subuh seboleh-bolehnya ialah satu corak irama yang mnyegarkan atau aktif kerana pada waktu ini iaitu awal pagi, pelajar akan diransang dengan muzik yang aktif supaya minda menjadi lebih aktif . Irama yang sesuai adalah rentak March, berbanding pada waktu malam , corak irama yang sesuai adalah seperti asli. masri, slow rock dan lagu yang mendayu-dayu atau yang mempunyai mood yang lembut.
Manakala dalam pergerakan pula, pada waktu subuh, pergerakan yang dilakukan adalah bercorak sederhana kerana pelajar baru bangun daripada tidur, berbanding pda masa tengah hari pergerakan yang dilakukan adalah aras tinggi iaitu masa yang aktif.
v  . Kecerdasan Emosi
Konsep kecerdasan emosi mempunyai susur galurnya dalam konsep kecerdasan sosial yang  dikemukakan oleh Thorndike pada tahun 1920an.  (Goleman, 1996) Konsep ini diperkenalkan  oleh Salovey dan Mayer pada 1990, dan sejak itu konstruk kecerdasan emosi telah mendapat  perhatian khusus dalam bidang akademik. Gardner (1993 ) kemudiannya menerangkan  kecerdasan emosi dengan konstruk kecerdasan intrapersonal dan interpersonalnya dalam  kerangka “Pelbagai Kecerdasan” nya.

Gardner (1993) menyatakan kecerdasan emosi dalam gabungan kecerdasan intrapersonal  dan interpersonal dalam teori kecerdasan pelbagainya. Kecerdasan intrapersonal merujuk kepada  keupayaan kesedaran diri yang tinggi dan bertindak menurut kesedaran tersebut. Kecerdasan ini  membolehkan seseorang memahami dirinya dengan tepat dan berupaya menangani keinginan,  ketakutan, emosi dan motif diri dengan sewajarnya.
 Cooper dan Sawaf (1997) mendefinasikan kecerdasan emosi sebagai keupayaan untuk  mengesan, mengerti, dan mengaplikasikan dengan berkesan ketajaman dan kuasa emosi sebagai  satu sumber motivasi manusia, maklumat, perhubungan dan pengaruh.

Konsep IQ dan EQ
Intellegence dikaitkan dengan keupayaan mental melakukan proses kognitif seperti membaca, menulis,mengira dan menyelesaikan  masalah. IQ juga dikaitkan denganKejayaan, tetapi tidak semua yang mempunyai IQ yang tinggi akan berjaya dalam hidup.
Perkembangan pesat dalam bidang sains atau neurologi mendapati emosi seseorang dapat mempengaruhi kecerdasannya. (EQ). Theodore dan Alfred Binet telah memperkenalkan ujian kecerdasan yang digunapakai sejak hari ini.
Ujian IQ tidak menjadi ukuran mutlak untuk meramalkan masa depan seseorang. Menurut Coleman( Pakar Sains  Otak dan Psikologi) peringkat terbaik IQ hanya menyumbang 20 peratus kejayaan seseorang, sementara 80 peratus lagi adalah faktor-faktor lain.

Kepentingan Kecerdasan Emosi
Kecerdasan  emosi dapat membina emosi yang sihat . Tahap EQ guru dapat membina EQ murid. Oleh itu guru mestilah penyayang dan ceria.  Angkubah EQ guru dapat menangani emosi negative secara tulen, benar dan sihat. Terdapat perhubungan yang rapat antara EQ dengan tingkah laku.Murid yang menguasai kemahiran emosi akan
dapat memupuk nilai-nilai positif dalam dirinya. Mereka akan lebih bekerjasama, suka membantu, boleh diharap dan berempati. Kemahiran emosi dapat  membantu menghindarnya dari gejala  sosial.  Kecerdasan emosi menjadikan seseorang itu lebih fokus, tekal dan berupaya menangani kekecewaan dan memupuk sifat sabar dalam diri.
Cara Mengintegrasi Kecerdasan Emosi dalam Bilik Darjah
Semasa berinteraksi dengan murid guru hendaklah mengamalkan EQ.  Justeru guru sendiri perlu menguasai kemahiran EQ. Gru hendaklah menggunakan perkataan-perkataan yang berkaitan dengan perasaan. Selain itu gunakanlah lagu-lagu yang berkaitan perasaan seperti gembira, sayang dan  sebagainya. Guru juga  boleh menggunakan unsur puisi seperti sajak,pantun,syair dan cerita. Guru juga  hendaklah berbicara tentang kepentingan emosi  semasa berinteraksi dengan murid-muridnya.
Adakan unsur kecindan dalam sesi pembelajaran dan pengajaran di samping menggunakan unsur biografi dalam perkara yang berkaitan. Nilai murni yang berkaitan perasaan perlu diterapkan dalam proses pembelajaran supaya murid dapat menghayati
nya.Kesimpulannya pengintgrasian secara menyeluruh dalam setiap organisasi pengurusan  hendaklah dijalankan.
v  Kecerdasan Ruang
Kecerdasan ruang diertikan sebagai berfikir menggunakan gambar dan mempersepsikan dunia visual secara tepat, berkebolehan bertikir dalam tiga dimensi dan mencipta semula aspek sesuatu pengalaman visual melalui imaginasi
Kecerdasan ini berkaitan dengan warna, bentuk, , tekstur, pola, gambar, atausimbol visual yang dapat dilihat. Menurut Lazear(1998) beberapa aktiviti yang perludilakukan  oleh guru.   Antaranya ialah :
(a) Guru perlu memperhatikan warna di sekeliling- nya,  dan menjawab pertanyaan bagaimana warna-warna itu mempengaruhi kita. Contohnya  melihat warna ruang, warna makanan, pakaian teman, warna peralatan, bagaimana pengaruhnya pada kita.
(b) Guru hendaklah menyuruh murid mengamati dengan cermat warna-warna yang di lihat dijalan, iklan-iklan di jalan, bangunan  atau orang – orang yang dilihat dan kesannya kepada  minda.
(c) Sewaktu berbicara dengan teman-teman sekerja, secara sedar gambarkan apa yang mereka perkatakan, visualisasikan apa  kehendak mereka dalam dalam minda kita.
(d) Setiap kali membuat catatan untuk diri kita, gunakan  juga simbol gambar visual yang sesuai. Misalnya, , mengajar dengan symbol buku, dan sebagainya..
(e) Selama sesaat cuba bayangkan ruangan rumah kita, Selepas keluar masuklah rumah dengan mata tertutup, dan cuba berjalan seperti dalam bayangan sendiri. Apa yang kita alami. Melatih membayangkan, menggambarkan secara visual, mencuba menemukan jalan pemecahan, adalah cara untuk meningkat kan intelegensi ruang visual.
 
 Menurut Haward Gardner (1983), kecerdasan ruang melibatkan kebolehan-kebolehan melihat dunia ‘visual spatial’ dengan lebih tepat. Kecerdasan juga termasuk menjadi lebih peka terhadap warna, garisan, ruang, bentuk,  rupa dan yang berkaitan dengannya. Ruang ialah kawasan yang terletak di sekeliling sesuatu objek atau jarak antara dua  objek. Kita memerlukan ruang untuk bergerak dan melakukan aktiviti. Kita juga perlu menggunakan ruang dengan bijak untuk mendapat keselesaan dan keselamatan. Oleh itu, bilik darjah  perlu disusun atur  dengan baik untuk memastikan terdapat ruang yang cukup untuk guru dan pelajar melakukan aktiviti dengan selamat dan selesa. Ini dapat membantu meningkatkan keberkesanan   pengajaran dan pembelajaran.
v  Kecerdasan Muzik
Kecerdasan muzik: Ianya melibatkan kepekaan terhadap bunyi serta kaitannya dengan emosi. Menurut Gardner (1983), kecerdasan muzik didefinisikan sebagai kebolehan untuk menghasil dan menghargai irama, nada dan bentuk-bentuk peluahan muzik.
Kecerdasan muzik (musical intelligence)  adalah merupakan salah satu daripada pelbagai kecerdasan (multiple intelligences) yang ada pada diri individu sepertimana yang dihuraikan oleh Howard Gardner dalam bukunya “Frames of Mind” .    Mengikut beliau kecerdasan ini amat sensitif pada bunyi dan kesanya pula dapat mengimbangi serta mempengaruhi kehidupan manusia.
 Istilah muzik sebenarnya ialah bunyi yang tersusun yang boleh mententeramkan keadaan manakala kebisingan (noise) ialah bunyi yang tidak tersusun serta mendatangkan ketegangan pada pendengaran.  Dalam konteks ini bunyi bukanlah hanya ditujukan kepada lagu dan nyanyian sahaja tetapi lebih dari itu.  Ianya dapat dikategorikan seperti berikut:
*      Alam semulajadi. Bunyi ombak, deruan angin, geseran daun, guruh, hujan dsb.
*      Binatang: Bunyi burung, unggas, serangga dan binatang liar.
*      Jentera: Kenderaan, kilang, pengangkutan.
*      Alat muzik: Pukulan, gesekan, tiupan, getaran. 
*      Senjata: Tembakan
*      Perlakuan manusia: lontaran, hentakan, tepukan, nyanyian dsb.

Keseluruhan bunyi yang  didengar itu akan  meninggalkan pelbagai kesan kepada emosi seperti tenang, gembira, takut, marah dan sebagainya.  Emosi lahir dari gambaran yang terdapat dalam mental.  Ianya dapat mempengaruhi tindakan dan seterusnya mampu mengubah persepsi dan sikap seseorang individu.
 Gambaran yang terlukis pada fikiran serta kesan yang boleh wujud pada diri individu adalah seperti berikut ialah seperti berikut :
*      Bunyi deruan angin misalnya dapat memberi satu gambaran tentang ketenangan yang terdapat di kawasan pergunungan atau di tepi pantai.  Pendengar dapat membayangkan keadaan kedinginan di gunung, tumbuh-tumbuhan yang segar menghijau, serta keadaan awan yang berarak. Pendengar mungkin juga terbayang dalam fikirannya seolah-olah terdapat alunan ombak di pantai, perahu nelayan, dedaun kelapa melambai dan para nelayan sedang menangkap ikan. Kedua-dua gambaran ini dapat memberi ketenangan, kegembiraan dan keceriaan dalam hidupnya.
*      Bunyi burung pula boleh menggambarkan sekawan burung sedang terbang atau sedang hinggap di dahan kayu. Pendengar mungkin terbayang keadaan di hutan, pokok-pokok yang besar, binatang berkeliaran serta keadaan cuaca yang gelap.  Perasaan yang mungkin dirasai oleh pendengar ialah takut, gementar atau nyaman dan tenang mengikut bayangan masing-masing.
 Dua contoh bunyi yang yang terdapat di atas telah membawa pelbagai persepsi dalam fikiran seseorang itu.   Persepsi ini dapat melaharikan emosi serta mencorakkan tindakannya.  Contoh ini jelas menunjukkan aras sensiviti yang ada pada kecerdasan muzik mampu memberi kesan yang berbeza-beza ke atas daya imaginasi seseorang individu. 
 Muzik adalah sebahagian daripada alam kehidupan pelajar yang tidak boleh dipisahkan. Pelajar sentiasa member respon kepada muzik dan akan senang hati apabila dapat melahirkan ekspresi diri apabila mendengar muzik. Asas muzik iaitu irama dan ton juga terdapat dalam amalan pertuturan dan interaksi harian. Kecenderungan kepada muzik membantu proses perkembangan diri dari segi kualiti diri dan sahsiah seseorang pelajar.
Peranan guru adalah ke arah memperkembangkan sifat-sifat yang merangkumi emosi, kreativiti,nilai estetika dan etika tertentu. Penglibatan pelajar dalam kegiatan muzik dapat membina pertumbuhan dan perkembangan fizikal,mental.emosi dan sosial pelajar itu sendiri.  Selain itu, pengalaman muzik yang menarik dapat membantu meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran lain.
Tiga komponen besar dalam pendidikan muzik ialah
*      Kemahiran Muzikal Nyanyian
*      Kemahiran Muzikal Muzik dengan Gerakan
*      Kemahiran Muzikal Permainan Alat Muzik
Kemahiran Muzikal   Nyanyian membolehkan murid mengetahui dan membina teknik menyanyi berasaskan elemen seperti postur,pernafasan,sebutan dan artikulasi, ekspresi,penghasilan ton dan memfrasa. Kemahiran Menanyi juga dapat dibina iaitu menyanyi secara solo dan mengikut skor muzik. Selain itu, kemahiran ensemble vocal secara berharmoni dalam lapisan suara juga  diajar kepada murid.
Kemahiran Muzik dengan gerakan melibatkan murid secara aktif dan selektif. Melahirkan ekspresi diri melalaui pergerakan, dan dapat memupuk nilai yakin diri, disiplin dan daya estetika muzik. Murid juga dapat menngenali aspek budaya yang berkaitan pergerakan muzik.
Kemahiran Muzikal Permainan Alat Muzik
Murid dapat bergembira bermain alat muzik, melibarkan diri secara aktif, dan dapat mengenali alat muzik tradisional. Selain itu dapat membuat improvisasi secara meneroka konsep muzik melalui aktiviti alat permainan.
Guru dapat melakukan kegiatan mari menyanyi  secara spontan,hafalan, dan muzikal. Guru juga boleh mengajar muzik dengan gerakan yang dapat member peluang kepada pelajar menggunakan tubuh badan untuk respon kepada muzik.  Pergerakan ialah interpretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik.
Terdapat lima jenis kegiatan muzik dengan gerakan iaitu
*      Gerakan mengikut lirik lagu
*      Gerakan mengikut konsep muzik
*      Interprestasi muzik dengan gerakan
*      Gerakan bebas dengan muzik
*      Gerakan yang menunjukkan cerita atau tema dengan muzik
 Irama merujuk kepada sesuatu bunyi atau  retak berulang. Biasanya irama boleh dinikmati apabila kita mendengar  muzik. Dalam kehidupan, kita sering temui pelbagai irama. Contohnya, bunyi tapak kasut orang berjalan, bunyi degupan jantung, bunyi kereta api dan sebagainya. Kanak-kanak juga selalu menghasilkan irama dalam permainan mereka seperti bertepuk,  berkawad, mengetuk meja dan sebagainya. Dalam Pendidikan Seni Visual, irama dikaitkan dengan susunan  sesuatu corak yang berulang-ulang, susunan sekata yang menampakan pergerakan.  
Kanak-kanak mula memahami dan  mempelajari sesuatu kemahiran dalam irama semasa mereka menjalankan aktiviti seperti melompat, bergerak ke kiri dan ke kanan, menari, melukis corak, dan sebagainya. Irama dapat merangsang minda kanak-kanak untuk memberikan lebih tumpuan terhadap  aktiviti yang dijalankan, dapat menarik minat kanak-kanak untuk menyertai aktiviti dengan bersemangat dan meningkatkan potensi dan keseronokan mereka. Kanak-kanak merasa seronok melakukan aktiviti seperti menari dan melompat sambil mengikut irama muzik. Mereka akan meneroka pergerakan-pergerakan yang lebih kreatif apabila mereka bertindak balas dengan irama yang dimainkan.  
v  Kinestatik
Kecerdasan kinestatik  melibatkan pergerakan otot-otot dan anggota badan keseluruhan. Kinestetik  juga berasaskan kebolehan mengawal satu pergerakan bahagian badan dan mengawal objek dengan penuh kemahiran. lanya melibatkan deria koordinasi dan ketepatan keseluruhan pergerakan badan serta menggunakan kedua-dua tangan dalam kemahiran manipulasi.
Aktiviti pergerakan di peringkat sekolah rendah dan menengah terbahagi kepada 4 iaitu
Permainan berunsur pendidikan,pergerakan berunsur pendidikan,sukan dan atlet serta kecergasan jasmani.
Antara  aktiviti untuk menjadikan murid lebih ekspresif ialah melaksanakan permainan yang bersifat koperatif dan sukan. Dalam permainan koperatif murid dibimbing agar membesar menjadi insan yang murni seperti bekerjasama. Permainan Rekaan Guru atau rekaan kanak-kanak itu sendiri boleh dijalankan.
Permainan rekaan guru di mana guru perlu memahami  murid-muridnya dari segi kebolehan dan kemahiran, minat, pendekatan  iaitu terarah iaitu guru akan mengawal persekitaran. Guru juga boleh mengubahsuai permainan dari segi jenis, ruang dan peralatan serta bahan. Permainan rekaan guru hendaklah menjadikan pembelajaran menarik dan dapat menarik perhatian murid-murid.
Permainan kanak-kanak boleh dikategori dalam spektrum berkaitan kreativiti.Ia dijalankan secara serentak. Guru bertindak sebagai fasilitator dan sama-sama berinteraksi dengan pelajar. Guru seharusnya mempecayai kebolehan setiap pelajar terutama dari sudut kognitif dan juga kemahiran motor. Sekiranya pelajar tidak ada pengalaman guru hendaklah memberikannya masa untuk membolehkannya memahirkan dirinya  sehingga berjaya.   Kesannya ia akan mencuba permainan baru lagi. Peruntukan masa dan bilangan ahli  dalam  kumpulan  hendaklah  ditentukan terlebih  dahulu.
Kecerdasan kinestatik  juga ialah kebolehan menggunakan badan untuk menyatakan idea dan perasaan, menyelesaikan masalah, termasuk kemahiran fizikal seperti koordinasi, kelenturan, kepantasan dan keseimbangan.
Sebagai contoh para pelajar diberi satu situasi permasalahan seperti berikut :
‘Seekor kancil ingin menyeberang sebatang sungai.Di dalam sungai tersebut terdapat sepuluh ekor buaya. Si kancil ingin menyeberang sungai tersebut kerana ingin mendapatkan buah rambutan yang sudah masak ranum di seberang sana. Bagaimanakah si kancil mampu untuk menyelesaikan permasalahan ini.
Antara syarat-syaratnya ialah
-Si Kancil perlu menyanyi sebuah lagu
-Si Kancil tidak boleh membunuh sang buaya
-Si Kancil perlu melakukan beberapa pergerakan badan

Bagaiamankah Si Kancil menyelesaikan masalah ini?
Ini adalah salah satu contoh permasalahan yang direka untuk proses pembelajaran. Dalam menyelesaikan permasalahan ini,para pelajar akan melakukan elemen pergerakan iaitu mereka perlu melakukan pelbagai pergerakan fizikal seperti melompat,berlari dan sebagainya di samping akan mempelajari elemen muzik iaitu mereka perlu menghasilkan sebuah lagu sendiri, dan melukis gambar buaya serta mewarnakannya.
Kesimpulannya kecerdasan kinestatik menerusi   penerokaan, membolehkan murid mendapat  pengalaman yang menarik dalam  PnP.  Selain  itu, luahan ekspresi   juga penting  pada seni dalam pendidikan.  Murid juga perlu didedahkan dengan unsur-unsur perasaan dan emosi supaya yahu bagaimana untuk mengurus emosi supaya dapat meluahkan perasaan terhadap ekspresi diri.

v  Kreativiti
Pandangan Tokoh-Tokoh Seni Visual mengenai Kreativiti
1. E. Paul Torrance (Tersohor dalam bidang/kajian kreativiti)Beliau mencadangkan Ujian IQ bukanlah satu-satunya cara mengukur daya intelektual seseorang. Beliau memperkenalkan instrumen untuk menguji tahap kreativiti sesseorang menggunakan “Torrence Test of Creative Thinking”.
2. June King McFee, mentakrifkan kreativiti sebagai keupayaan seseorang mencipta sesuatu yang baru/mampu mengolah idea baru/lain yang lebih bermakna. Seni tidak terhad kepada hasil karya seni sahaja tetapi juga melibatkan pengalaman estetika.Seni ialah satu bentuk komunikasi yang dipengaruhi oleh konteks budaya.
Menurut  Dr. Ismail Zain (2004)   kreativiti adalah ciri-ciri yang menunjukkan kebolehan seseorang menghasilkan kerja yang "asli".Ini menunjukkan tidak ada unsur-unsur peniruan atau ciplak dalam sesuatu penghasilan tetapi lahir dari pemikiran dan usaha individu sendiri.
Menurut Howard Gardner(1983) pula, kanak-kanak mempunyai kebolehan menaakul dan menanggap dalam keadaan yang berbeza. Pendekatan yang berintegrasi terhadap pelbagai jenis kecerdasan memudahkan penerimaan pemikiran murid kepada yang lebih kreatif.
Unsur kreativiti ini muncul di dalam pelbagai bentuk seperti aktiviti nyanyian, memperkembanglebarkan dialog, menulis khat dan segala makneka aktiviti-aktiviti yang bKretiviti boleh diajar kepada murid dengan syarat-syarat berikut:
1. Kreativiti boleh dibangunkan secara individu dan berkumpulan. Tugas guru adalah membantu murid sedar akan kepentingan kreativiti dan membekalkan bahan-bahan serta menentukan bidang-bidang kreativiti dengan jelas.
2. Unsur emosi dan perasaan lebih utama daripada unsur kognitif di dalam kretiviti.
3. Perkara yang tidak logik lebih penting daripada perkara yang logik di dalam proses kreativiti.
4. Unsur perasaan yang tidak logik hendaklah diberi peluang untuk dijelaskan supaya menambah keberhasilan di dalam penyelesaian masalah.oleh dilakukan
Di antara strategi yang boleh digunakan untuk mengajar kreativiti adalah dengan menjadikan sesuatu yang biasa itu luar biasa. Misalnya apa yang berlaku sekiranya kamu diminta datang ke sekolah pada waktu malam? Strategi yang kedua ialah menjadikan yang pelik itu biasa seperti meminta murid mencari persamaan di antara kapal terbang dan nasi.

Setiap strategi ini mengandungi langkah-langkah tertentu.
1. Langkah pertama: memberikan maklumat asas.
2. Langkah kedua: menggunakan perbandingan langsung.
3. Langkah ketiga: menggunakan perbandingan majas.
4. langkah keempat: membuat kesimpulan.
Guru tidak berperanan sebagai pengkritik apatah lagi menghina pendapat murid. Setiap pendapat  murid hendaklah diterima dengan tangan dan hati yang terbuka. Murid diberi kebebasan mutlak menentukan hasil. Di dalam pembinaan idea kreativiti ini hubungan murid dan guru merupakan hubungan di alam permainan yang diselaputi oleh semangat cinta dan kasih sayang.
Kreativiti dapat dicungkil melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Aktiviti melalui penggunaan   warna dapat merangsang minda pelajar lebih kreatif. . Semasa menghasilkan karya catan misalnya, pelajar diberi peluang mencuba pelbagai warna yang  mereka fikir sesuai. Mereka bebas menggabungkan warna pilihan untuk menghasilkan warna baharu  yang  sesuai  dengan  karya. Dengan cara ini, pelajar bebas meneroka, meluahkan perasaan dan kreativiti.

 Menerusi teknik  kolaj, pelajar dapat menggunakan kertas warna dan meneroka penggunaan bahan berwarna yang terdapat di sekitar mereka. Keratan kertas majalah, cebisan kertas kotak, helaian daun kering, serpihan kulit kayu , kekacang dan sebagainya boleh digunakan. Mereka akan menampal bahan-bahan pilihan untuk membentuk objek imaginasi. Proses memindahkan idea, dari kotak fikiran ke bentuk visual, di atas kertas merupakan satu proses artistik yang penuh kreativiti. Proses ini menggabungkan beberapa jenis deria rangsangan dan dapat merangsang minda pelajar agar lebih kreatif dan berkesan.
 Pelajar dapat mencuba, membuat eksprimen dan meneroka penggunaan bahan untuk menghasilkan karya. Melalui Seni Dalam Pendidikan pelajar dapat menggunakan bahan-bahan di sekitar mereka untuk membentuk,   membuat binaan dan sebagainya. Mereka tidak terikat dengan bahan yang disediakan dalam bilik darjah. Pembelajaran mereka meliputi ruang yang lebih luas dan mendorong mencapai tahap kepuasan belajar sebagaimana diingini.

 Murid   tidak lagi terikat  dengan  peraturan bilik darjah tradisional yang  tidak sesuai lagi digunakan. Pelajar bebas bergerak dalam kawasan yang difikirkan perlu dan  selamat. Mereka tidak  hanya terkongkong di atas kerusi sahaja sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu, pelajar perlu mematuhi arahan yang diberikan oleh guru.
Dari segi penggunaan ruang pula, pelajar digalakan menggunakan ruang dengan baik. Mereka boleh memilih ruang yang sesuai dengan bentuk persembahan. Sekiranya ruang tidak mencukupi, pelajar boleh mengubah susunan kerusi dan meja.  Pengalaman ini banyak membantu pelajar dalam meningkatkan kreativiti mereka.
Guru juga  boleh membawa pelajar keluar dari bilik darjah untuk membuat pemerhatian, catatan, penyelidikan, rakaman serta ujikaji. Pelajar boleh menggunakan pengalaman sedia ada untuk digabungkan dengan pengalaman baharu untuk mendapatkan hasil. Pengalaman ini dapat merangsang minda pelajar agar bertindak lebih kreatif, dan mengalami suasana pembelajaran yang seronok. 

Sebagai kesimpulannya, murid harus diberi kebebasan untuk menentukan apa yang ingin dipelajari. Pengajaran haruslah menjadi pengalaman yang menyeronokkan. Kesilapan dan kealpaan murid tidak harus dijadikan sebab untuk mendenda kerana denda mematikan langsung minat murid untuk belajar dan  tidak membina kreativiti murid. Tunjang kreativiti  adalah emosi, perasaan dan kasih sayang.
 Penutup
Kesimpulannya Seni Dalam Pendidikan (SDP) yang  menjurus kepada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan  lebih menegaskan kepada aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh perasaan, estetika dan daya kreativiti individu melalui penajaman intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Murid  berpeluang untuk menjalankan  aktiviti,meneroka, mengalami dan mengekspresi citarasa pancaindera. Murid  juga diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, seni muzik dan seni pergerakan dalam meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti, daya imaginasi untuk mencapai
pembelajaran  secara optimum  dan menyeronokkan.