Thursday, August 30, 2012

Morfologi BahasaMelayu


Ada beberapa cara pembentukan perkataan dalam Bahasa Melayu. Terdapat perkataan yang bersifat tunggal , misalnya duduk,hitam dan langit. Selain itu,  terdapat perkataan yang dibentuk melalui proses penggandaan , pengimbuhan dan pemajmukan. Contoh perkataan yang dibentuk secara pengimbuhan ialah membeli dan membelikan. Perkataan yang dibentuk secara pemajmukan  ialah rumah pangsa dan putih telur,, manakala perkataan yang dibentuk secara penggandaan ialah manis-manis dan kawan-kawan.
Bahasa Melayu  tergolong ke dalam jenis bahasa aglutinatif atau bahasa yang bersifat derivatif. Jenis bahasa yang sedemikian membentuk kebanyakan perkataan melalui  proses pengimbuhan atau penggabungan morfem kata dasar dengan morfem imbuhan secara rentetan mendatar iaitu imbuhan digabungkan serentak dengan kata dasar sama ada imbuhan awalan,sisipan atau akhiran kata dasar tersebut. Proses pembentukan yang bersifat derivative ini dapat menerbitkan sekian banyak perkataan melalui percantuman kata dasar dengan pelbagai imbuhan yang terdapat dalam sesuatu bahasa itu. Contoh kata dasar serap dapat diterbitkan menjadi perkatan berikut:
menyerap,menyerapkan,diserapkan,menyerapi,diserapi, penyerap,penyerapan,terserap, terserapkan, serapan,keterserapan, dayaserap dan kedayaserapan.
2.0 Proses Pembentukan Kata
Dalam linguistik, pembentukan kata ialah proses pembentukan perkataan baru.
2.1 Proses Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu
Dalam bahasa Melayu terdapat empat bentuk kata, iaitu kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk, dan kata ganda. Kata tunggal tidak melibatkan apa-apa proses pembentukan, tetapi tiga bentuk kata lain melibatkan proses-proses tertentu. Proses-proses ini ialah pengimbuhan. pemajmukan, penggandaan dan akronim.


                          Proses
      Pembentukan       Kata
Bentuk Kata Ganda
Bentuk Kata    Majmuk
Bentuk Kata    Tunggal
Bentuk KataTerbitan
Rajah : Proses Pembentukan Kata dalam
                                       Bahasa   Melayu -Tatabahasa Bahasa Dewan Edisi 3
Proses pembentukan dalam bahasa Melayu dari segi bentuk-bentuk yang terhasil seperti:
2.1. 1 Bentuk Kata Tunggal
Perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu tanpa imbuhan atau tidak mengalami proses penggandaan dan perangkaian  tergolong dalam jenis kata tunggal iaitu kata tunggal yang mengandungi hanya satu suku kata dan  kata tunggal yang mengandungi dua suku kata atau lebih.
Terdapat juga kata tunggal  seperti ini,itu,sini,sana yang tidak mengalami apa-apa imbuhan, namun kata tunggal dalm bahasa Melayu berpotensi untuk diperluas menjadi bentuk terbitan.
Perkataan boleh terdiri daripada satu suku kata atau beberapa suku kata. Sesuatusuku kata boleh terdiri daripadasatu vokal (V), satu vokal disertai satu konsonan(K) atau satu vokal dengan beberapa konsonan. Konsonan itu hadir di hadapan, atau di belakang  vokal atau serentak di hadapan atau di belakang. Ada juga konsonan yang hadir secara bergugus (KK)
2.1.1.1 Kata tunggal satu suku kata
Agak terhad jumlah kata tunggal dalam bahasa Melayu. Kebanyakan terdiri daripada kata pinjaman bahasa Inggeris atau bahasa Arab. Terdapat kependekan bagi dua perkatan atau lebih misalnya ku untuk aku dan tu untuk itu, tetapi perkataan itu tidak dianggap sebagai satu suku kata.
Pola gabungan konsonan – vokal dalam kata tunggal bahasa Melayu adalah seperti berikut


                           Rajah : Bentuk Kata Tunggal
Contohnya :
KV- yu                                      VK-am                              KVK-  cat
KVKK-draf                        KVKK –bank                        KKKV skru 
KKKVK-skrip            
2.1.1.2 Kata tunggal dua suku kata
Sebahagian besar perkataaan dalam bahasa Melayu  terdiri daripada dua suku kata. Antara pola tunggal dengan dua suku kata ialah:
  1. V + KV  -   aku, ubi, esa
  2. V + VK –   air. aib. Ais
  3. V + KVK -   adik. emas,ikan
  4. VK + KV -  undi,ulat,ikan
  5. VK+KVK – angkat,empat,umbut
  6. KV+ V – doa. tua,bau
  7. KV + VK – jauh, liar, giat
  8. KV + KV – jala, beta,bisu
  9. KV + KVK – kapal. Telur,pukul
  10. KVK + KV – lampu.janji,sendi
  11. KVK + KVK – bangsal.bengkok,jemput
2.1.1.3 Kata tunggal  tiga suku kata
Kebanyakan perkataan tiga suku kata terdiri daripada kata-kata pinjaman
1.    KV + V + KV – cuaca, suara.tuala
2.    KV + V + KVK – biawak,kaedah, kiamat
3.    V + KV + V – usia, urea,idea
4.    KV + KV + V – semua. boria, belia
5.    KVK + KV + V – tempua. mentua
6.    KV +KV + VK – seluar,keruan,rasuah
7.    KVK + KV + VK- manfaat, berlian, sekian
8.    V + KV + KV – utara, asasi,azali
9.    V + KV + KVK – ijazah, alamat, akidah
10. VK + KV + KV – asrama, istana, antara
11. KV + KV + KV – budaya, berita, putera
12. KVK + KV + KV – menteri. Jendela, penjuru
13. VK + KV + VK – ilmiah, ikhtiar
14. V + KV + VK – akaun, elaun,amaun
15. KV+KV+KVK – belalang,senapang,teratak
16. KVK+KV+KVK- cendawan, sembilan,tempayan
17. KV+KVK+KV – belanja, setanggi, kelambu
18. KVK+KVK+KV – sempurna
19. KV+KVK+KVK -  selumbar, gelombang, kelompok


2.1.1.4 Kata tunggal empat suku kata dan lebih
1.    KV + KV+VK+KV – biduanda,keluarga,keluangsa
2.    KV+KVK+KV+KV – sederhana,peristiwa,belantara,sementara
3.    KVK+KV+KV+KV – laksamana,harmonika,sandiwara.bendahari
4.    KVK+KV+V+KV – sentiasa
5.    KV+KV+KV+KV – bidadari serigala,samudera,dinihari
6.    KV+KV+KV+KVK – masyarakat perajurit,munasabah
7.    KVK+KV+KV+KVK – sentimeter
8.    KVK+KVK+KV+KV- singgahsana,dispensari
9.    KV+KV+V+KVK – mesyuarat,nasional
10. V+KV+KVK+KV+KV – universiti
11. KVK+KV+KV+KV+KVK – cenderawasih,kosmopolitan
12. KV+KV+KV+KV+KV+KV - maharajalela
Selain daripada perkataan di atas, kata akronim  juga termasuk dalam jenis kata tunggal.
Akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan kombinasi huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata, dan ditulis serta dilafazkan sebagai perkataan  yang utuh. (Tatabahasa Dewan, Edisi 3 2008 ).
Pembentukan kata akronim boleh ditulis dengan tiga cara berdasarkan cara pembentukan akronim tersebut.
Pertama akronim yang terbentuk daripada gabungan beberapa huruf awal rangkai kata  yang lazimnya terdiri daripada kata nama khas dan ditulis dengan huruf besar  keseluruhannya. Contohnya
ADUN – Ahli Dewan Undangan Negeri
ABIM      -  Angkatan Belia Islam Malaysia
Kedua , akronim yang terbentuk daripada gabungan suku kata dengan huruf awal atau gabungan suku kata dengan suku kata. Oleh sebab yang terbentuk itu kata nama khas, huruf pertamanya dieja dengan huruf besar. Contohnya
Perkeso- Pertubuhan Keselamatan Sosial
Ketiga , akronim yang terbentuk dengan gabungan suku kata dengan suku kata dan ditulis dengan huruf kecil keseluruhannya. Perkataan yang terbentuk bukan kata nama khas.
Contohnya
tabika- taman bimbingan kanak-kanak
2. 2 Bentuk Kata Terbitan
Kata terbitan ialah bentuk kata yang mengandungi kata dasar yang mendapat atau menerima imbuhan sama ada awalan, akhiran, apitan atau sisipan.
Nik Safiah et.al (1996): Kata terbitan ialah bentuk perkataan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan, iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar.  Pengimbuhan ini melahirkan bentuk perkataan yang disebut kata terbitan.
Imbuhan  terdiri daripada morfemm terikat sementara kata dasar ialah bentuk morfem bebas yang dapat menerima imbuhan. Hanya segelintir kata dasar merupakan morfem terikat yang disebut akar.
Imbuhan ialah bentuk morfem yang tidak boleh hadir  bersendirian dalam ayat. Ia harus diimbuhkan pada bentuk lain yang merupakan kata dasar. Berdasarkan kedudukannya pada kata dasar, imbuhan dapat dibahagikan kepada empat jenis  iaitu awalan,akhiran,apitan dan sisipan.
                                     Rajah  : Bentuk-Bentuk Kata terbitan

2.2.1.  Kata Terbitan Berawalan
(1)  Awalan Kata Nama
pe- (pemain,pesakit,penyepit)
pem (pembawa,pemfitnah,pembuat)
pen- (penjaja,pencari,pendatang)
penge- (pengebom,pengelap,pengetin)
pel- (pelajar)
per- (perasap,pertapa.perbara)
pe- ( petani,pesara,penyanyi
ke- (ketua,kekasih,kelipat)
juru- (juruacara,juruterbang,jururawat)
maha- maharaja.mahasiswa.mahaguru
tata- ( tatarakyat,tatacara.tatasusila)
pra-  (prasejarah,prakata,prasangka )
sub- ( subkelas,substandard,subsistem)
supra- (suprasegmental.supranasional.suprakelas)
eka -(ekabahasa,ekawarna,ekapaksi)
dwi- ( dwibahasa,dwilambang,dwifungsi)

(ii) Awalan Kata Kerja
me- ( melawan, menyikat,merasa)
mem-membawa, memfitah,memveto)
men-( mentadbir,mencari,mencadang
meng-(mengajar,mengguris,mengikut)
menge- (mengekod,mengetut,mengecat)
memper- (memperluas,memperisteri,memperhamba)
ber-(bersukan,berganti,berserta)
be- ( beraja,berupa,berasa)
bel- (belajar)
ter-(tersepak.terjerlus,terbentuk)
di – (diarah,disekat,dipukul)
diper-(diperisteri,dipercepat.diperoleh)
(iii) Awalan Kata Adjektif
ter ( terbesar,tercantik,terputih)
te- (teringan,terendah,teruncing)
se- (secantik,senipis,sebaya)
2. 2.2 Kata terbitan berakhiran
Akhiran dalam bahasa Melayu hanya dapat wujud dalam kata nama terbitan dan kata terbitan sahaja,seperti yang berikut :
(i)            Akhiran kata nama
(ii)          Akhiran kata kerja
Contohnya:
(i)            Akhiran kata nama
-an  (mainan,jahitan,pakaian)
-wan  (usahawan,sasterawan,angkasawan)
-man  (seniman,budiman)
-wati  (olahragawati,seniwati)
-isme  (komunisme,sosialisme,nosionalisme)
-in  (muslimin,hadirin)
-at  (muslimat.hadirat)
-ah  (sultanah,ustazah)
(ii) Akhiran kata kerja
-kan  (besarkan,gunakan,buatkan
-i (turuti.duduki,berkati)
2.2.3  Kata terbitan berapitan
Apitan wujud dalam kata nama terbitan, kata kerja terbitan dan kata adjektif terbitan seperti yang disenaraikan di bawah:
(i)            Apitan  kata nama
(ii)          Apitan kata kerja
(iii)         Apitan kata adjektif
Contoh
·                     Apitan kata nama
pe-……- an ( pelaksanaan,perasaan,penyiaran)
pem-….-an (pembuatan,pembinaan)
pen-….-an ( pentakrifan,pencarian,pendapatan)
peng-……-an ( penggunaan,pengairan)
penge-…..-an ( pengehadan,pengesahan,pengesyoran)
pe-….-an ( pesisiran,pekarangan)
per-….-an ( persalinan,permainan)
pel-…..-an ( pelajaran)
ke-….-an ( kelebihan,kesenangan)
(ii)          Apitan kata kerja
me-….-kan (melukakan,menakutkan)
men-….-kan ( mendermakan,menzahirkan)
mem-…..-kan (membaharukan,memvariasikan)
meng-….-kan (menggunakan,menghiraukan)
menge-….-kan (mengepinkan,mengetinkan)
ber-…kan (berbajukan, beralaskan)
ber-….-an ( berjauhan,bermaafan)
di-….-kan ( dibiarkan,dipisahkan)
me-…..-i ( memasuki,menyedari)
men-…-i ( mendendami,menziarahi)
mem-….-i ( mempercayai, membaharui)
meng-….i ( menganggotai,mengekori)
di-…I ( diadili,diikuti)
diper-…-kan ( diperdengarkan,diperbahaskan)
diper-…i ( diperbaharui,diperingati)
memper-…-kan (memperdengarkan,memperjuangkan)
memper-….-I (mempercayai,memperingati
ke-…-an ( kehujanan,kehausan)
(iii)          Apitan kata adjektif
ke-…..-an ( kecinaan,keinggerisan)
2.2.4 Kata terbitan bersisipan
Kata terbitan baharu tidak lagi dibentuk dengan sisipan. Sisipan dalam bahasa Melayu wujud dalam  kata nama,kata adjektif dan kata kerja.
(i)            Sisipan kata nama
-el- ( telunjuk,kelabut)
-er- ( keruping, seruling)
(ii) Sisipan kata adjektif
-el-  (selerak, gelembung)
-er-  ( gerodak,ker(e)lip)
-em-  (semerbak,gemerlap
-in-   (sinambung)
(iii) sisipan kata kerja
-el-  (gelegak,jelajah)

2.3 Bentuk Kata Majmuk
Bentuk kata majmuk lahir melalui proses pemajmukan, iaitu proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu.
Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit. Kata majmuk tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain. Misalnya kerusi malas ialah kata majmuk kerana tidak dapat disisipkan unsure lain seperti ‘yang’. Kata pinggan mangkuk pula bukan kata majmuk kerana dapat diselitkan dengan kata hubung ‘dan’.
2.3.1 Pengelompokan Kata Majmuk:

(ii)          Kata majmuk yang berbentuk istilah khusus contohnya
model linear, hak milik,  garis pusat , mata pelajaran  , darah panas
lut sinar ,urus setia, batu kapur , kertas kerja , pita suara , kemas kini
(iii)         Kata majmuk yang mendukung maksud kiasan iaitu simpulan bahasa, contohnya:
kaki ayam    anak emas    manis mulut    tumbuk rusuk   pilih kasih
2.3.2 Bentuk kata majmuk yang telah mantap
Terdapat sebilangan bentuk kata majmuk yang penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh, walaupun bentuk kata tersebut  ternyata mengandungi dua kata dasar.
Perkataan yang demikian tetap dieja bercantum sebagai satu perkataan. Bentuk –bentuk kata tersebut ialah:
antarabangsa    setiausaha     beritahu     sukarela      bumiputera
suruhanjaya     jawatankuasa      tandatangan       kakitangan    
tanggungjawab       kerjasama                  warganegara                olahraga      
 pesuruhjaya                matahari.
2.3.3 Penggandaan Kata Majmuk
Penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsure pertama kata sahaja. Contohnya:
alat-alat tulis        gambar-gambar rajah           Naib-Naib Canselor 
Satu kekecualian  ialah penggandaan yang melibatkan bentuk yang telah mantap. Penggandaannya melibatkan keseluruhan unsure. Contohnya :
Warganegara-warganegara     tandatangan-tandatangan

2.3.4 Pengimbuhan kata majmuk
(i)            Apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan awalan atau akhiran sahaja ,ejaannya terpisah
Contohnya
daya serap  ---- dayaserapan
temu bual ---- ditemubual
(ii)          Apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan apitan, ejaannya  menjadi bercantum. Contoh:
satu padu ---- menyatupadukan
garis kasar ----menggariskasarkan
2.3.5 Bentuk Kata Ganda
Proses penggandaan dalam bahasa Melayu ialah proses yang menggandakan kata dasar. Kata dasar boleh mengalami penggandaan pebuh atau penggandaan separa. Kata dasar juga boleh digandakan secara berentak iaitu berdasarkan rentak bunyi tertentu.
Dalam bahasa Melayu terdapat tiga jenis penggandaan iaitu penggandaan penuh, penggandaan separa dan penggandaan berentak.
  1. Contoh:




Penggandaan Penuh
Kata tunggal
Penggandaan  Penuh kata berimbuhan
dengan awalan
Penggandaan  Penuh kata berimbuhan
dengan akhiran
Penggandaan  Penuh kata berimbuhan
dengan apitan
buku-buku
pekedai-pekedai
amalan-amalan
persatuan-persatuan
murid-murid
ketua-ketua
dapatan-dapatan
permainan-permainan
pegawai-pegawai
pelatih-pelatih
ajaran-ajaran
kementerian-kementerian
guru-guru
kekasih-kekasih
jualan-jualan
pertandingan-pertandingan
 2.3.6 Penggandaan Separa
Penggandaan separa ialah proses menggandakan sebahagian kata dasar  sahaja. Kata dasar boleh merupakan kata tunggal ataupun kata terbitan. Berikut ialah contohnya
.(i) Penggandaan separa kata tunggal
laki--à lelaki
tikus à tetikus
siku à sesiku


(iii)         dengan awalan
kata kerja :
ber- : berkata-kata,berjalan-jalan
ter-: teresak-esak,tercengang-cengang
di-  dirisik-risik, ditanya-tanya
meN- : (a) meronta-ronta,merayu-merayu
            (b) bantu-membantu, cari-mencari
Kata adjektif:
se-à sebaik-baik,sepandai-pandai
(b) dengan akhiran
Kata nama
-an : sayur-sayuran,kenang-kenangan
Kata kerja :
-       kan : doa-doakan,tanya-tanyakan
-       -i     : amat-amati,selidik-selidiki
Kata adjektif
-       an : rindu-rinduan, mati-matian
C) dengan apitan
Kata kerja:
ber-……-an : berkasih-kasihan, bersalam-salaman
meN-…..-kan : meningi-ninggikan,memburuk-burukkan
meN…..-I : mengulang-ulangi, mengawas-awasi
di-….-kan : dimanja-manjakan,ditonjol-tonjolkan
di-…- i  : dihalus-halusi
kata adjektif :
ke-….-an : kekuning-kuningan,kebarat-baratan
3.0 Penggandaan berentak
Penggandaan berentak ialah proses menggandakan kata dasar mengikur rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Dalam penggandaan berentak. Seluruh kata dasar diganakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah. Terdapat tiga jenis penggandaan berentak berdasarkan pengulangan bunyi iaitu:
(i)            Penggandaan berentak pengulangan vokal
(ii)           Penggandaan berentak pengulangan  konsonan
(iii)         Penggandaan berentak  bebas

(i)Penggandaan berentak pengulangan vokal
Penggandaan yang mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi-bunyi vokal tertentu dan terdapat ciri-ciri kaharmonian vokal.
(a)  Kata nama : kuih-muih,sayur-mayur, lauk-pauk
(b)   Kata kerja : cerai-berai, gotong-royong
(c)  Kata adjektif : hiruk-pikuk
(iii)         Penggandaan berentak pengulangan konsonan
       Penggandaan jenis ini mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi-
       bunyi konsonan tertentu.
Contohnya:
(a)  Kata nama – batu-batan, suku-sakat
(b)  Kata kerja – mundar-mandir.huyung-hayang
(c)  kata adjektif – huru-hara, kucar-kacir
(iv)         Penggandaan berentak bebas
Penggandaan jenis ini ialah penggandaan yang tidak mengandungi ciri-ciri persamaan pada bunyi vokal atau konsonan. Contohnya:
(a)  Kata nama : anak- pinak, ipar-lamai
(b)  Kata kerja : ulang-alik
(c)  Kata adjektif : simpang-siur, remeh-temeh
4.0 Rencana dari petikan akhbar  kosmo