Thursday, May 31, 2012

soalan BMM 3114


BMM  3114
1.Nyatakan   konsep Budaya .
Satu kumpulan tertentu dan meliputi anasir-anasir sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama,kepercayaan, adat resam, sikap, nilai, alatan-alatan budaya atau apa-apa yang dihasilkan oleh mereka sebagai anggota sesuatu masyarakat” (A. Aziz Deraman, 1994)
2.Apakah elemen budaya
ELEMEN BUDAYA
1.-Budayamaterial
2. Budaya bukan material

Kebudayaan material
Kebudayaan material  ialah  semua ciptaan masyarakat yang nyata, konkrIt.
Termasuk dalam kebudayaan material ini adalah temuan-temuan yang dihasilkan dari suatu penggalian arkeologi: mangkuk tanah liat, senjata, dan seterusnya.
Kebudayaan material juga mencakup barang-barang, seperti televisyen, pesawat terbang,  pakaian, gedung pencakar langit, dan mesin cuci.

2.Kebudayaan non material
Kebudayaan nonmaterial adalah ciptaan-ciptaan abstrak yang diwariskan dari generasi ke generasi, misalnya berupa dongeng, cerita rakyat, dan lagu atau tarian tradisional.

2Konsep Budaya
 budaya Melayu adalah cara hidup masyarakat Melayu,  yang meliputi seluruh tatacara kehidupan dari aspek fikiran atau idea, (termasuk ilmu pengetahuan, bahasa, falsafah, kesusateraan) kebendaan, (seperti senibina, bangunan, perabot, makanan, ubat-ubatan) kesenian sama ada seni lakon atau seni tampak dan akhir sekali nilai dan norma. (seperti kepercayaan, undang-undang, gaya dan perlakuan

 3) Huraikan konsep Budaya
Konsep Asimilasi
merupakan satu proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainanbudaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama
.Menurut Vander Zanden (seorang ahli sosiologi), asimilasi ialah satu proses dalam manakelompok-kelompok yang berfikir, berperasaan dan bertindak secara berlainan, menjadi satudalam kesatuan sosial serta budaya yang sama.
Asimilasi mutlak atau sempurna menyebabkanberlakunya penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti. konsep ini diwakilidengan formula A+B+C =A, disini A dalam hal ini mewakili golongan dominan smentara B danC mewakili kumpulan etnik minoriti.
 Contohnya, orang melayu di Thailand telah mengalamiproses asimilasi yang menyebabkan nama, bahasa dan hampir semua aspek cara hidup mereka(kecuali agama) telah disatukan dengan amalan dan cara hidup orang Thai.
Di Malaysia, apayang berlaku keatas masyarakat Jawa, Cina Kelantan, Baba dan Nyonya merupakan contohberlakunya proses asimilasi. Namun, bagi etnik cina di Kelantan serta Baba dan Nyoya,

Asimilasi berlaku  dalam konteks budaya tanpa melibatkan anutan kepercayaan atau agama.
Proses asimilasi berlaku apabila wujudnya interaksi yang erat antara ahli kumpulan etnik etnik berbeza budaya bagi suatu tempoh yang lama. kejayaan asimilasi umumnya bergantung kepadakesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti kumpulanetnik majoriti; terdapt banyak persamaan budaya antara kumpulan etnik; dan kesanggupankumpulan etnik majoriti menerima kumpulan etnik minoritI

KONSEP AKULTURASI

Akulturasi merupakan satu proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu ataukelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berbeza.
Akulturasi terjadi apabila satu kelompok manusia dengan kebudayaan tertentu dihadapkan dengan unsur dari suatu kebudayaan asingyang berbeza sehingga unsur kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan diolah dalamkebudayaan sendiri.
Proses akulturasi tidak menyebabkankehilangan identiti asal masyarakat penerima. Dalam sejarah tamadun manusia, sering berlaku pertemuan atau pertembungan antara dua ataulebih kebudayaan. Proses ini menyebabkan berlakunya proses pinjam meminjam.
Pada peringkat awal, unsur pinjaman digunakan secara langsung dan kemudian diolah serta dijadikan usur kebudayaan sendiri. Di Malaysia, beberapa kes boleh dijadikan rujukan seperti penggunaan talileher, angpau, makanan, hiburan dan sebagainya. Tetapi, jika unsur budaya yang diambil itutidak diolah dengan baik, pastinya tindakan ini akan memberi kesan yang tidak baik kepadasesuatu masyarakat. Tidak mudah untuk membentuk sebuah masyarakat yang mencapai tahap akulturasi.
Akulturasi lebih mudah dicapai apabila melibatkan budaya bersifat kebendaan yang mendatangkan manfaatseperti pakaian barat. Unsur-unsur budaya yang tidak bebrbentuk kebendaan seperti ideologi danpemikiran adalah lebih sukar diterima.
KONSEP Akomodasi
Merupakan proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari sertamenghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain dan tetap mempertahankan budaya hidupmasing-masing. Konsep ini diwakili oleh formula A + B + C = A + B + C, disini A, B dan C merujuk kepada budaya.


Pelbagai kumpulan etnik hidup secara harmonis dan menghormati antara satu sama lain. Padaperingkat pemerintahan pusat, setiap kumpulan etnik mempunyai wakil dalam bidang ekonomi dan pendidikan dan mereka saling bergantung. konsep ini begitu meluas diamalkan di Malaysia kerana setiap kumpulan etnik bebas .

SEJARAH PERKEMBANGAN TULISAN JAWI


SEJARAH PERKEMBANGAN TULISAN JAWI

Pada asasnya bahasa ialah ujaran yang dikeluarkan oleh organ pertuturan manusia y secara arbitrari melambang maknanya dan digunakan oleh satu masyarakat bahasa untuk perhubungan (Hashim Musa:205).
Bagaimana ?

 Tulisan pula lahir apabila manusia mengetahui bagaimana hendak menyampaikan fikiran dan perasaannya melalui tanda-tanda tampak atau visual dalam bentuk yang bukan hanya dimengerti sendiri tetapi oleh orang lain juga.


Sistem ejaan yang digunakan dalam tulisan Melayu berhuruf Arab yang dikenali juga sebagai ejaan Jawi.

Tulisan Jawi digunakan oleh orang Melayu sejak orang Melayu memeluk agama Islam.
 Orang Arab menggelar orang Melayu sebagai Jawah atau Jawi.
Hal ini disebabkan pada zaman dahulu, daerah Asia Tenggara terkenal sebagai Javadwipa. Di Malaysia, sistem ejaan Jawi bukanlah sistem tulisan rasmi tetapi diajar sebagai satu subjek dalam pengajaran di sekolah manakala di Indonesia pula, sistem ini hanya dikenali oleh para pengkaji naskhah Melayu lama.

 Aksara rencong ialah huruf Melayu tua yang lebih tua daripada aksara Jawa kuno (tulisan Kawi).
Sisa tulisan ini dapat kita lihat dalam tulisan Rencong yang digunakan di Sumatera Selatan, di daerah Bangkahulu dan Palembang di sebelah hulu, manakala tulisan Kawi di Jawa.
Masyarakat yang memiliki tulisan kebiasaannya dianggap telah memiliki peradaban yang lebih tinggi berbanding dengan yang lain.
S: Apakah yg mempengaruhi BM?
Hingga abad ke-14, Bahasa Melayu telah mengalami pengaruh daripada tiga bahasa, iaitu Bahasa Sanskrit, Bahasa Jawa dan Bahasa Arab. 
Pengaruh pertama terhadap Bahasa Melayu ialah Bahasa Sanskrit yang dibawa oleh pedagang-pedagang India atau pedagang Melayu yang berurusan dengan negara India.
Akibatnya pengaruh indianisasi berkembang dalam budaya Melayu.
Para sarjana berpendapat pengaruh Hindu masuk ke alam Melayu sekitar abad ke-14,  iaitu zaman kemuncaknya pengaruh Hindu di kepulauan Melayu.
Bahasa Sanskrit dianggap asas kepada Bahasa Melayu yang hidup  hingga pada hari ini.
Tulisan Bahasa Melayu yang asal, iaitu huruf Rencong tersisih tetapi kosa katanya bertambah kaya. 
Kemudian muncul pula tulisan yang dikenali sebagai tulisan Jawi.
 Didapati bahawa menerusi tulisan inilah 

SOALAN BMM 3112- ( KEDWIBAHASAAN)

BMM3112
MASA DEPAN DAN CABARAN BAHASA MELAYU
PENGENALAN
 

 KEDWIBAHASAAN
Soalan : Bagaimanakah wujudnya kedwibahasaan?
Kedwibahasaan berlaku dalam kalangan masyarakat yang menggunakan banyak bahasa.

Kedwibahasaan atau bilingualisme ialah penguasaan dua bahasa seperti penutur bahasa asli.
Soalan : Jelaskan maksud kedwibahasaan?
Penggunanya menggunakannya sebagai bahasa komunikasi, yakni menggunakan satu bahasa rasmi untuk berkomunikasi, dan bahasa ibunda untuk hubungan lain
Misalnya orang Cina dan India yang menggunakan Bahasa Melayu untuk komunikasi rasmi tetapi bahasa ibunda di rumah.
Kedwibahasaan yang sempurna ialah penguasaan sepenuhnya dua bahasa oleh penutur.
Kedwibahasaan sepenuhnya jarang berlaku kerana jarang sekali  seseorang individu dapat menguasai lebih dari satu bahasa dengan baik.
 Terdapat negara yang mempunyai dua bahasa atau lebih (bilingual atau multilingual) sebagai bahasa rasmi atau bahasa kebangsaan.
Negara Kanada dan Belgium misalnya mengamalkan bilingual, manakala Switzerland pula mengamalkan multilingual. Sesebuah negara itu tidak dapat dikatakan bilingual kecuali sebahagian besar daripada rakyatnya bertutur dalam dwibahasa.
Soalan : Maksud kedwibahasaan:
Menurut Mario Pei pula, kedwibahasaan ialah kualiti atau kebolehan seseorang bertutur dalam dua bahasa.
Jenis kedwibahasaan:
Kedwibahasaan majmuk ialah individu yang memperoleh dua bahasa semasa kecil.
Kedwibahasaan kordinat pula berlaku apabila individu tersebut memperoleh salah satu bahasa tersebut sebagai bahasa pertama dan bahasa kedua pula diperoleh kemudian.
Kedua-dua sistem tersebut disepadukan dan disimpan secara berasingan.


BAGAIMANA WUJUD KEDWIBAHASAAN:
1.Kedwibahasaan lahir dalam masyarakat majmuk yang pelbagai budaya, etnik, agama, bangsa, kaum dan lain-lain.
2. Hubungan budaya dengan budaya asing biasanya berlaku di bandar-bandar besar dan pusat perdagangan yang mempunyai pelbagai ragam manusia dan budaya. 
3.Penjajahan juga membawa masuk unsur budaya baru dan bangsa asing yang menggunakan dan memaksa rakyat pribumi menggunakan bahasa mereka dalam sistem pemerintahan, khususnya pendidikan dan ekonomi misalnya penjajah Inggeris di Tanah Melayu.
Hartmann (1976) mengatakan bahawa kedwibahasaan melibatkan penggunaan dua bahasa oleh penutur atau masyarakat pengguna bahasa.
Penutur dwibahasa tidak semestinya penterjemah yang baik sebab kemahiran menukar kod dari satu bahasa ke bahasa yang lain diperoleh secara berasingan dan individu tersebut mestilah mahir dalam perbualan kedua-dua bahasa dalam semua keadaan.
Malaysia merupakan sebuah negara yang multibahasa dan terdapat individu yang dapat memahami dua bahasa atau lebih, sama ada Melayu-Inggeris, Cina-Melayu-Inggeris, atau India-Melayu-Inggeris, dan sebagainya. Individu yang berpengetahuan dalam kedua-dua bahasa tetapi yang satu lagi tidak pernah dilahirkan dalam bentuk ujaran atau tulisan, bahkan cuba disembunyikan atas sebab-sebab tertentu dinamakancovert bilingual atau dwibahasa terlindung. Individu dwibahasa tidak akan mempunyai pengetahuan kedua-dua bahasa yang sama baik. Kadang-kadang individu tersebut hanya memahami sahaja tetapi tidak boleh menulis atau bertutur dengan baik.
 
Kedwibahasaan wujud di negara-negara yang menjadikan dialek sebagai bahasa rasmi seperti di Perancis. Keadaan dwibahasa yang memperlihatkan penutur mengamalkan dialek masing-masing dalam kehidupan seharian tetapi menggunakan dialek utama yang telah dijadikan bahasa rasmi. Sama juga halnya dengan Malaysia yang menggunakan dialek Melayu-Johor sebagai bahasa rasmi tetapi menggunakan dialek masing-masing di rumah misalnya dialek Kelantan, Terengganu, Perak, Negeri Sembilan, Kedah dan sebagainya.

Kedwibahasaan berlaku akibat bahasa tempatan dijadikan bahasa rasmi tetapi bahasa lain digunakan sebagai bahasa penyatuan
. Di Rusia misalnya, bahasa Rusia dijadikan bahasa penyatuan tetapi rakyat tempatan boleh menggunakan bahasa tempatan sebagai bahasa rasmi seperti bahasa Ukraine dan Estonia. 
4. Kedwibahasaan juga berlaku akibat berpegang kepada idea bahawa penggunaan satu bahasa asing yang dipupuk di samping bahasa ibunda terus digalakkan dalam pembelajaran untuk tujuan mendapat pengiktirafan setaraf dengan bangsa lain.
Mengikut ideologi ini, pembelajaran satu bahasa asing dalam keadaan tertentu akan membentuk individu yang mempunyai cara pemikiran baru untuk menghapuskan permusuhan dalam kalangan rakyat misalnya di Singapura.

5.Perdagangan memainkan peranan utama apabila bahasa merupakan wahana untuk berkomunikasi dan berinteraksi untuk urusan jual-beli. Penerokaan dunia baru juga memerlukan individu memahami dunia yang dilawati untuk memahami budaya bangsa merentasi pelbagai negara.
6. Pengembangan agama oleh mubaligh Kristian dan Islam membawa masuk bahasa asing ke alam Melayu, iaiatu Bahasa Inggeris, Belanda, Portugis, dan Arab.
7. Dasar pendidikan sesebuah negara mencerminkan masyarakat yang lahir misalnya Malaysia yang menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dalam sistem pendidikan negara akan melahirkan penutur dwibahasa.
Dasar bahasa negara juga melahirkan penutur dwibahasa. Malaysia telah menetapkan bahawa Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan tetapi menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua; manakala Brunei Darussalam menetapkan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi.
 Satu lagi unsur yang mewujudkan kedwibahasaan ialah perkahwinan campur dalam masyarakat majmuk yang melahirkan kanak-kanak yang berdwibahasa sejak dari lahir lagi. Pemerolehan dua bahasa serentak berlaku apabila kedua ibu dan bapa menggunakan kedua-dua bahasa ibunda mereka dalam kehidupan seharian.
APAKAH KESAN KEDWIBAHASAAN:
1)Kesan yang paling ketara akibat kedwibahasaan ini ialah berlakunya penukaran kod atau pertukaran kod yang dikenali sebagai code switching.  Berlakunya penukaran daripada satu bahasa kepada satu bahasa yang lain disebabkan oleh perubahan tajuk atau pertukaran siapa yang disapa. Fenomena ini begitu meluas dalam kalangan penutur di Malaysia.
 Misalnya pelajar Melayu berbahasa Inggeris dengan kawan berbangsa Cina tetapi menukar kodnya semula ke dalam Bahasa Melayu apabila bercakap dengan ibunya yang tidak fasih berbahasa Inggeris.
2.)Kesan yang selanjutnya ialah percampuran kod atau code mixing.  Ini berlaku apabila seseorang menukarkan kod apabila berbicara secara berganti-ganti untuk satu tajuk yang sama dalam ujaran mereka.
 Misalnya seorang pelajar bangsa Melayu bercakap dalam Bahasa Inggeris untuk membincangkan sesuatu tajuk tetapi kemudiannya mencampuradukkan dengan Bahasa Melayu kerana sesuatu hal seperti tidak tahu perbendaharaan kata yang sesuai digunakan atau sebagainya.
 Fenomena percampuran kod menggambarkan keadaan bahasa sebenar dalam tempoh pemerolehan bahasa kanak-kanak. Peredaran masa dan penambahan perbendaharaan kata, ciri ini mungkin luput apabila kanak-kanak berupaya menggunakan kata dalam bahasa kedua untuk menyampaikan maksud.
Namun demikian, di Malaysia dengan latar pendidikan dwibahasa yang diamalkan di sekolah-sekolah dan luar persekitaran yang didedahkan dengan Bahasa Inggeris seperti media elektronik, kanak-kanak telah didedahkan dalam situasi dwibahasa  pada peringkat awal lagi. Percampuran kod bukan sesuatu yang asing lagi dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini.

3. Pemindahan bahasa juga berlaku akibat kedwibahasaan. Ini berlaku apabila terdapat penggunaan unsur-unsur bahasa pertama dalam bahasa kedua.
Apakah Jenis Pemindahan Bahasa?
Terdapat dua jenis pemindahan bahasa,
iaitu
1)pemindahan negatif atau gangguan
2) pemindahan positif.
Apakah yg dikatakan pemindahan negative?
Pemindahan negatif melibatkan pola bahasa natif yang menyebabkan kesilapan dalam bahasa sasaran.
Apakah yg dikatakan pemindahan  positif?
Pemindahan positif pula melibatkan pemindahan yang memudahkan pembelajaran dan berlaku dalam kedua-dua bahasa natif dan bahasa sasaran yang mempunyai unsur persamaan.
 4.) Kita juga dapat melihat bentuk pengasimilasian bahasa berlaku dalam kedwibahasaan. Proses ini melibatkan penerimaan bahasa secara beransur-ansur oleh generasi kedua sehingga akhirnya tidak menggunakan bahasa ibunda mereka.
5) Kesan lain ialah kelahiran bahasa pijin dan bahasa kreol.

Apakah yg dikatakan bahasa pijin?
Bahasa pijin memperlihatkan unsur kedua-dua bahasa bercampur sehingga melahirkan bahasa baru, namun tidak boleh diklasifikasikan sebagai bahasa asal.
Apakah yg dikatakan bahasa kreol?
Bahasa kreol pula ialah bahasa pijin yang menjadi bahasa ibunda atau bahasa pertama masyarakat penuturnya  akibat pertembungan dua bahasa.  

Wednesday, May 30, 2012

try to cool beb..............



.......................di saat gundah membeku...................................!

BM Bahasa rasmi negara kita

RUMUSAN
               
Di Malaysia, istilah bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan membawa maknanya tersendiri. 

Bahasa kebangsaan ialah bahasa yang melambangkan identiti dan kedaulatan negara serta berfungsi sebagai alat perpaduan rakyat.

Pemodenan bahasa dapat dilihat dari segi fungsi Bahasa Melayu itu sendiri, yakni pada masa dahulu merupakan bahasa lingua franca kemudian berkembang menjadi bahasa wacana ilmu bersifat ilmiah melalui pengayaan kosa kata atau perbendaharaan kata dalam Bahasa Melayu.

Pemodenan bahasa dapat dikatakan bermula
dengan pemodenan kosa kata Bahasa Melayu melalui pembentukan korpus dalam bidang ilmiah yakni pembentukan kata baharu atau istilah. 
Perkembangan ini memperlihatkan kemunculan Bahasa Melayu tinggi yang digunakan dalam wacana ilmiah yang mempunyai ciri-cirinya tersendiri
 dengan kosa kata khusus, struktur morfologi dan fonologi menjadi lebih kompleks.

Perancangan bahasa ialah usaha untuk mempertingkatkan komunikasi dengan cara mengkaji hubungan antara pengguna bahasa atau mencipta satu situasi bahasa.

Perancangan bahasa merupakan  pembangunan matlamat, objektif dan strategi untuk mengubah cara penggunaan bahasa dalam sesebuah masyarakat atau komuniti.

Perancangan taraf bahasa meliputi kedudukan sesuatu bahasa dalam hubungannya dengan bahasa lain dalam sistem pemerintahan. 

Perancangan taraf atau status melibatkan perubahan-perubahan fungsi sesuatu bahasa atau kelainan bahasa dan hak-hak mereka yang menggunakannya.

Perancangan korpus pula merujuk
 kepada perubahan dalam bahasa itu sendiri yang melibatkan hal-hal seperti pembinaan ortografi (pembakuan atau penstandardan termasuklah sistem ejaan dan tulisan dalam sesuatu bahasa), pembinaan penggunaan kata baru yang difikirkan dan dipertimbangkan dengan teliti supaya bahasa itu dapat diperluaskan penggunaannya (sumber-sumber baru kosa kata dan penciptaan perbendaharaan kata) termasuklah penggubalan istilah, penyediaan kamus dan kesusasteraan.


Perkamusan sebagai korpus bahasa sama pentingnya dengan peristilahan sebagai wahana ilmu dalam meningkatkan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa moden.
 Kosa kata yang terkumpul dalam kamus merupakan rakaman penggunaan bahasa yang digunakan pada ketika bahasa tersebut dirakamkan.

Sistem Ejaan Rumi dalam Bahasa Melayu telah mengalami beberapa perubahan. 

Sistem ejaan yang terawal ialah Sistem Ejaan Marsden (1812),
 diikuti oleh Sistem Ejaan Ophuisjen (1901),
 Sistem Ejaan Wilkinson (1902), 
Sistem Ejaan Za’ba (selepas 1904), Sistem Ejaan Fajar Asia (1943), 
Sistem Ejaan Suwandi (1947), Sistem Ejaan Kongres (1956/57), 
Sistem Ejaan Malindo (1959) dan akhir sekali, Sistem Ejaan (Rumi) Bersama 1967.

Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara Malaysia telah dipertahankan dan diperkembang berdasarkan pelbagai akta dan laporan semula :

 bermula dengan Penyata Razak (1956), Laporan Rahman Talib (1960), Akta Pelajaran (1961), Akta Bahasa Kebangsaan (1963), Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Dasar Pelajaran (1979), dan Akta Pendidikan (1996).

Akta Pendidikan (1996) digunakan untuk menentukan dasar, hala tuju dan garis panduan bagi mengawasi perkembangan pendidikan awam yang berfungsi sebagai pelaburan sosial tetapi berbeza dalam pendidikan swasta dilihat sebagai pelaburan pendidikan.

               
               

SEJARAH PERKEMBANGAN BM

                
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu perlu dilihat dari sudut etimologi kata “Melayu”. Asal usul perkataan ini sebenarnya masih belum disahkan oleh ahli sejarah.

Catatan Cina yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada Maharaja Cina sekitar tahun 644-645 Masihi.

Pertubuhan UNESCO telah memilih istilah Melayu bagi merujuk kepada suku bangsa yang berBahasa Melayu yang mendiami Semenanjung tanah Melayu, pantai timur Sumatera, dan beberapa tempat lagi yang berdekatan.

Bangsa Melayu dikatakan berasal dari Asia Tengah atau dari Nusantara (kepulauan Melayu). Ini berdasarkan  dua teori  yang dikemukakan oleh para pengkaji, iaitu R.H. Geldern dan J.H.C. Kern.

Dalam kajian ini istilah filum digunakan bagi menggambarkan kelompok bahasa yang menjangkau lebih 5,000 tahun.   Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh para pengkaji, Bahasa Melayu didapati tergolong dalam filum bahasa-bahasa Austris yang mempunyai tiga rumpun utama, iaitu bahasa Austroasia, Tibet-China dan Austronesia.   

Istilah rumpun digunakan bagi menggambarkan sekelompok bahasa yang mempunyai tempoh masa antara 2,500 - 5,000 tahun. Rumpun Bahasa Austronesia terbahagi kepada empat cabang, iaitu bahasa-bahasa di Kepulauan Melayu (Nusantara), bahasa-bahasa Polinesia (bahasa-bahasa di Hawaii, Tonga dan New Zealand iaitu di kalangan bangsa Maori), Melanesia (bahasa-bahasa di Fiji, Irian, dan New Caledonia), dan Mikronesia (bahasa-bahasa di kepuluan Gilbert, Carolina, Marshall dan Marianna).

Istilah keluarga digunakan bagi menggambarkan sekelompok bahasa yang kurang daripada 2,500 tahun. Kumpulan Bahasa Melayu Johor mempunyai induknya daripada Bahasa Melayu Johor kemudian Bahasa Melayu tengah sebelum ke Bahasa Melayu induk yang dikatakan berasal daripada Bahasa Melayu Proto yang merupakan kumpulan Bahasa Austronesia.

Bahasa Melayu Kuno keluarga bahasa Nusantara dan berkembang dari abad ke-7 hingga abad ke-13 sebagai bahasa pentadbiran dan bahasa lingua franca. Penuturnya terdapat di semenanjung Tanah Melayu, kepulauan Riau dan Sumatera.

Bahasa Melayu Klasik dikatakan bermula pada abad ke-13 dan berakhir pada abad ke-19. Bahasa Melayu Klasik ini diasaskan sewaktu terdirinya kerajaan Islam pertama di sebelah timur Aceh, iaitu kerajaan Samudera-Pasai  di bawah Sultan Malikul Salih.

Bahasa Melayu Klasik dikatakan mengalami zaman kegemilangannya semasa berada di bawah kerajaan Melaka, Aceh dan Johor Riau.

Bahasa Melayu Klasik jelas banyak digunakan dalam penulisan agama khususnya bidang tauhid atau usuluddin, syariah atau undang-undang Islam, dan tasawuf. Karya agama yang tertua dihasilkan dalam Bahasa Melayu Klasik ialah  ‘Aqai’id al-Nasafi.

Dari segi sejarah, Bahasa Melayu Klasik mempunyai kesignifikanannya tersendiri. Bahasa ini dikatakan sebagai titik bermulanya Bahasa Melayu Moden.

RUMUSAN
               
Era pramerdeka ialah zaman memperjuangkan taraf atau status Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
 Era Bahasa Melayu pramerdeka bermula dengan tertubuhnya ASAS 50 (ditubuhkan pada 6 Ogos 1950) hingga kepada kemerdekaan 1957.

Persatuan ini terdiri daripada penulis yang dikenali sebagai Angkatan Sasterawan 50 atau ringkasnya ASAS 50 telah di tubuhkan di Singapura.

Pada zaman ini asas perjuangan badan ini ialah mengutamakan Bahasa Melayu dan merancang pemodenan serta perkembangan bahasa ini diperjuangkan melalui saluran politik.
Kewujudan Bahasa Melayu pada era ini lebih kepada perjuangan menjadikan Bahasa Melayu bahasa kebangsaan negara melalui kuasa politik.

Pertemuan guru-guru Melayu yang telah diadakan pada 1 Oktober 1950 di Kelab Kota Raja, Singapura bertujuan
 untuk menubuhkan perkumpulan yang akan berjuang untuk memajukan Bahasa Melayu. Pertemuan  digerakkan oleh Cikgu Mahmud Ahmad dengan  kerjasama Kesatuan Guru-Guru Melayu Singapura (KGMS). 
Pertubuhan ini didaftarkan dan disahkan oleh kerajaan pada 26 April 1951.

Berita Lembaga merupakan penerbitan LBM yang diedarkan kepada ahli-ahlinya sahaja dan beredar sebanyak empat keluaran.
 LBM tidak membawa aliran baru atau mempelopori pemodenan dalam lapangan bahasa, dan kesusasteraan Melayu.

Kongres bahasa dan Persuratan Melayu Pertama yang diadakan pada 12 dan 13 April 1952 diadakan di Hotel Sea View, Singapura memutuskan asas perjuangan adalah untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Kongres ini juga memutuskan bahawa tulisan Rumi dan Jawi hendaklah digunakan dalam persuratan Melayu pada masa tersebut sehingga keputusan lain dibuat kemudiannya kelak.

Kongres bahasa dan Persuratan Melayu Kedua yang diadakan pada 1 dan 2  Januari 1954 diadakan di Sekolah King George, Seremban.

Pada bulan Mac 1954, ASAS 50 telah mengemukakan memorandum kepada kerajaan mengenai tulisan Rumi untuk Bahasa Melayu.
Perjuangan ASAS 50 mempertahankan Bahasa Melayu diteruskan apabila mereka mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Perlembagaan yang menyentuh soal kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar umum dan bahasa pengantar di sekolah-sekolah rendah hinggalah ke peringkat universiti pada 15 Disember 1954.

Kongres bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga yang diadakan pada 16 hingga 21 September 1956 di Johor Bahru dan Singapura dihadiri lebih kurang 500 orang perwakilan dan pemerhati dari 59 buah badan bahasa dan persuratan Melayu seluruh negara.

Pada hari 22 Jun 1956 Dewan Bahasa dan Pustaka telah ditubuhkan   ditempatkan di sebuah Bangunan Kerajaan di Bukit Timbalan, Johor Bahru, Johor.

Pada bulan September 1956 apabila Persekutuan Tanah Melayu diberikan taraf pemerintahan sendiri, sebuah jawatankuasa  ditubuhkan
 dinamai Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 atau dikenali sebagai Penyata Razak 1956
merupakan titik tolak penting dalam perjuangan Bahasa Melayu sebelum merdeka yang dengan jelas memperakukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Era selepas merdeka bermula selepas 31 Ogos 1957 hinggalah tahun 1967. Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu melalui peruntukan undang-undang yang terkandung dalam Perkara 152 Perlembagaan Malaysia yang menyatakan dengan jelas bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu.

Faktor pemilihan Bahasa Melayu ialah:
 pertama, Bahasa Melayu mempunyai jumlah penutur yang terbesar di negara ini;
kedua, ialah Bahasa Melayu merupakan bahasa yang bersifat pribumi bagi negara ini;
ketiga, ialah penggunaan Bahasa Melayu sebagai alat komunikasi sudah sekian lama berjalan dan ini tidak akan menimbulkan masalah bagi komunikasi umum;
dan akhirnya, Bahasa Melayu telah lama menjadi bahasa pentadbiran di negeri Melayu.

Perkara yang paling penting pada era ini ialah peranan yang dimainkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
 Pada tahun 1959, DBP berubah tarafnya daripada jabatan kerajaan kepada badan berkanun apabila Parlimen meluluskan  Akta Dewan Bahasa dan Pustaka.

Gerakan penggunaan bahasa bahasa dilakukan di seluruh negara tiap-tiap tahun selama tujuh tahun dari 1960-1966. Pada 30 Januari 1960,  Minggu Bahasa Kebangsaan dilancarkan buat pertama kalinya di seluruh negara yang berlangsung hingga 6 Februari, 1961.

Pada 15 April 1962, satu seminar mengenai bahasa dan sastera telah diadakan di Balai Budaya Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Pada 11 April 1963, satu akta yang berkaitan khusus dengan bahasa kebangsaan, iaitu Akta Bahasa Kebangsaan 1963 telah diluluskan dan dikuatkuasakan.
 Selepas 10 tahun merdeka, iaitu pada tahun 1967, Akta Bahasa Kebangsaan 1967 telah diluluskan dan mula dikuatkuasakan pada 1 September 1967.
Akta ini kemudiannya disemak dan disatukan dengan Akta Bahasa kebangsaan 1963 dan berkuatkuasa pada 1 Julai 1971 dengan nama Akta Bahasa Kebangsaan, 1963 (Pindaan 1967).

Pada 27 Jun 1967 satu keputusan muktamad mengenai satu sistem ejaan baru yang ilmiah, praktikal serta sesuai untuk Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia telah dicapai.

Pada 1 September 1967 DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah mengisytiharkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara
Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan dapat dilihat berdasarkan zaman atau era yang berikut,
iaitu zaman pramerdeka (sebelum 1957), zaman pascamerdeka (1957-1970), dan  zaman dasar ekonomi baru (1971-1990). 

Laporan Barnes 1951 – menyemak dan memperbaiki keadaan pendidikan kaum Melayu;

Laporan Fenn-Wu 1951 – menyemak pendidikan kaum Cina

Ordinan Pelajaran 1952 – mengesyorkan sekolah kebangsaan sebagai corak sistem persekolahan kebangsaan

Laporan Razak 1956 – meletakkan asas bagi perkembangan sistem pendidikan untuk memupuk perpaduan melalui Sistem Pelajaran Kebangsaan untuk semua, Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama serta kurikulum kebangsaan, sukatan pelajaran dan sistem peperiksaan yang sama bagi semua sekolah.

Pelan Akta Pelajaran 1961 yang menggariskan Bahasa Melayu menyebabkan Laporan Razak 1956 dikaji semula oleh Jawatankuasa Rahman Talib 1960. Laporan ini menjadi asas kepada penggubalan Akta Pelajaran 1961 yang menggariskan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama pada semua peringkat pendidikan serta penggunaan kurikulum dan peperiksaan yang sama untuk semua pelajar.

Jawatankuasa ini  mencadangkan supaya bahasa kebangsaan diajar mulai Darjah Satu dalam semua sekolah rendah Cina, Tamil, dan Inggeris sama ada bantuan separuh atau sekolah persendirian. Jawatankuasa ini juga mencadangkan supaya Bahasa Melayu dimajukan dengan menjadikannya bahasa pengantar di semua sekolah yang dahulunya sekolah rendah kerajaan.

Pada tahun 1979, semakan semula pelaksanaan dasar pendidikan oleh Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979 telah menggariskan cadangan pendekatan dan strategi baru untuk memantap sistem pendidikan.

Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar bagi kursus-kursus peringkat awal di maktab perguruan sejak tahun 1957.
Pada tahun 1973, Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar tunggal dalam latihan perguruan.

 1980, Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar lengkap untuk Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima di sekolah menengah.
 Pelaksanaannya di Tingkatan Enam Rendah bermula pada tahun 1981 dan Tingkatan Enam Atas pada tahun 1982.

1983 Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar sepenuhnya di universiti dan semua pengajian jurusan sastera pada tahun pertama diajar dalam Bahasa Melayu

RUMUSAN SEJARAH BM


RUMUSAN  SEJARAH BM


Sejarah perkembangan Bahasa Melayu perlu dilihat dari sudut etimologi kata “Melayu”. Asal usul perkataan ini  belum disahkan oleh ahli sejarah.

Catatan Cina  - menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada Maharaja Cina sekitar tahun 644-645 Masihi.

Pertubuhan UNESCO  memilih istilah Melayu bagi merujuk kepada suku bangsa yang berBahasa Melayu yang mendiami Semenanjung tanah Melayu, pantai timur Sumatera, dan beberapa tempat lagi yang berdekatan.

Bangsa Melayu dikatakan berasal dari Asia Tengah atau dari Nusantara (kepulauan Melayu- berdasarkan  dua teori  -R.H. Geldern dan J.H.C. Kern.

Dalam kajian ini istilah filum digunakan bagi menggambarkan kelompok bahasa yang menjangkau lebih 5,000 tahun. 
 Bahasa Melayu didapati tergolong dalam filum bahasa-bahasa Austris yang mempunyai tiga rumpun utama, iaitu bahasa Austroasia, Tibet-China dan Austronesia.   

Istilah rumpun digunakan bagi menggambarkan sekelompok bahasa yang mempunyai tempoh masa antara 2,500 - 5,000 tahun.
Rumpun Bahasa Austronesia terbahagi kepada empat cabang,
Iaitu
v  bahasa-bahasa di Kepulauan Melayu (Nusantara),
v  bahasa-bahasa Polinesia (bahasa-bahasa di Hawaii,
v  Tonga dan New Zealand iaitu di kalangan bangsa Maori), Melanesia (bahasa-bahasa di Fiji, Irian, dan New Caledonia),
v  dan Mikronesia (bahasa-bahasa di kepuluan Gilbert, Carolina, Marshall dan Marianna).

Istilah keluarga digunakan bagi menggambarkan sekelompok bahasa yang kurang daripada 2,500 tahun.
 Kumpulan Bahasa Melayu Johor mempunyai induknya daripada Bahasa Melayu Johor kemudian Bahasa Melayu tengah sebelum ke Bahasa Melayu induk yang dikatakan berasal daripada Bahasa Melayu Proto yang merupakan kumpulan Bahasa Austronesia.

Bahasa Melayu Kuno keluarga bahasa Nusantara dan berkembang dari abad ke-7 hingga abad ke-13 sebagai bahasa pentadbiran dan bahasa lingua franca. Penuturnya terdapat di semenanjung Tanah Melayu, kepulauan Riau dan Sumatera.

Bahasa Melayu Klasik
 dikatakan bermula pada abad ke-13 dan berakhir pada abad ke-19.
Bahasa Melayu Klasik ini diasaskan:
sewaktu terdirinya kerajaan Islam pertama di sebelah timur Aceh, iaitu kerajaan Samudera-Pasai  di bawah Sultan Malikul Salih.

Bahasa Melayu Klasik dikatakan mengalami zaman kegemilangannya semasa berada di bawah kerajaan Melaka, Aceh dan Johor Riau.

Bahasa Melayu Klasik jelas banyak digunakan dalam penulisan agama khususnya bidang tauhid atau usuluddin, syariah atau undang-undang Islam, dan tasawuf.
Karya agama yang tertua dihasilkan dalam Bahasa Melayu Klasik ialah  ‘Aqai’id al-Nasafi.

Dari segi sejarah, Bahasa Melayu Klasik mempunyai kesignifikanannya tersendiri. Bahasa ini dikatakan sebagai titik bermulanya Bahasa Melayu Moden.

Tak percayalah................


Coretan Rinduku Yang Tak Kesampaian !

Kata orang kenangan mengajar kita 
Kata orang kenangan indah untuk dikenang... Ye ke? 
Ada kalanya kenangan itu hanya menyesakkkan fikiran 
menambahkan kedut di wajah... ooopsssssssssss....aku tak suka lah..bab kedut-kedut ni...
aku suka nampak cool je sepanjang masa... 
Ye ke? boleh nampak cool ke selalu...tapi kalau lawa sangat pun payah jugak kan...hahaha...bukan apa pengalaman sentiasa mengajarku supaya lebih berhati-hati.....
 Aku sebenarnya kangen sangat... Namun aku cuba lupakan ia.....
Siapa ye? jeng jeng jeng....bukan oranglah tapi laman sosial tu............
 aku malas rasanya nak ke sana lagi.... aku mahu hilang dari radar itu. 
Dan biarlah aku di sini..... mencurah bakti kepada yang memerlukan bahan asg yang ku upload dari nota kuliahku dan asg. ku semasa aku  menuntut di OUM dahulu....
Namun  begitu,aku sedihla  jugak...sbb. ramai yang copy bahan dari aku.
tapi tak mahu jadi followers apalagi tinggalkan komen..huhuhu..... 
 Biarlah.... apapun aku sayang sangat laptop burukku ini.....kerana  melaluinya dan line internet bb ku, 
aku berpeluang  menjelajah alam, meneroka ilmu, mengembara, berhibur hati dan yang lebih utama masaku di sini lah.... 
Salam,
 Rina.

Sunday, May 27, 2012

BAHASA MELAYU ZAMAN KEDATANGAN INGGERIS


BAHASA MELAYU ZAMAN KEDATANGAN INGGERIS

Sebelum Inggeris bertapak di semenanjung Tanah Melayu, Bahasa Melayu menjadi satu-satunya bahasa perantaraan bagi penduduk negara ini. 
Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pentadbiran di semua pusat pemerintahan dan menjadi bahasa pengantar di institusi pendidikan yang ada pada ketika itu seperti pusat pengajian Islam dan kelas agama. Perhubungan antara rakyat juga menggunakan Bahasa Melayu, termasuk di pusat-pusat perniagaan seperti Melaka, Pulau Pinang dan Singapura yang sebahagian besar penduduknya terdiri daripada orang Melayu. Sebelum penjajahan Inggeris, Bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam.

Pada abad ke-19 bermula dengan  karangan Munsyi Abdullah, zaman ini  dianggap sebagai permulaan zaman Bahasa Melayu Moden. Beberapa karya terkenal pada zaman ini ialah hasil tulisan Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi atau lebih dikenali sebagai Abdullah Munsyi. Karya pertama beliau ialah Syair Singapura Terbakar.
Abdullah Munsyi bukan sahaja memperlihatkan keunggulan Bahasa Melayu melalui karya kesusasteraan, malahan memberikan kesedaran tetantang betapa pentingnya nahu Bahasa Melayu. u. Perkembangan Bahasa Melayu yang diperjuangkan oleh Abdullah Munsyi tidaklah menghairankan kerana latar pendidikannya yang berbahasa Inggeris.

Tokoh yang terkenal pada zaman ini juga ialah Muhammad Ibrahim bin Abdullah Munsyi menulis Kitab Pemimpin Johor sejak tahun 1871 Masihi dan diterbitkan pada tahun 1878 Masihi.  Beliau menggunakan banyak ibu perkataan dalam kitabnya kerana bentuk ini dikatakan dapat membanyakkan beberapa perkataan lain sehingga menjadi ayat dan juga perenggan. 
Yang dimaksudkan dengan ibu perkataan tersebut ialah perkataan istimewa, adapun, arakian, alkisah, bermula, bahawasanya, bahawa, hatta, dan, dewasa, sebermula, sebagai lagi, sebagai pula, sekali persetua, seyogiayanya, syahdan, kalian, dan maka.  
Kitab ini beracuankan Bahasa Inggeris namun penggunaan bahasanya terlihat masih lebih banyak dipengaruhi oleh struktur Bahasa Arab dan berusaha mengelakkan perkataan yang keinggerisan.

Tokoh lain yang sezaman dengan Abdullah Munsyi ialah Raja Ali Ibni Raja Haji Ahmad. Walaupun sezaman dengan Abdullah Munsyi tetapi Raja Ali mempunyai latar pendidikan yang berbeza. Raja Ali Haji berpendidikan Arab serta seorang pendakwah. 
Bukunya Bustanul Katibin bertarikh 1850 Masihi didasarkan kepada nahu bahasa Arab.Buku ini dianggap penting kerana inilah buku nahu berbahasa Melayu yang ditulis oleh orang Melayu.
 Kitab Pengetahuan bahasa  pula dihasilkan pada tahun 1859 Masihi. Hasil ini merupakan sebuah kamus Melayu.

Raja Ali Haji dilahirkan pada tahun 1909 Masihi dan dibesarkan di Pulau Penyengat, iaitu sebuah pulau kecil yang tidak jauh dari Tanjung Pinang di Riau yang pada ketika itu menjadi pusat kebudayaan Melayu dan pusat ilmu pengetahuan. Beliau telah menghasilkan kitab tatabahasa Melayu yang dinamakan Bustanil Katibina Lis Subyani’il Mutaalamin atau diterjemahkan sebagai Kitab Perkebunan Juru Tuli bagi Kanak-Kanak yang Hendak Menuntut Belajar Akan .
 Di sini penulisnya cuba menyesuaikan dan menerapkan sistem tatabahasa Arab ke dalam struktur ayat Bahasa Melayu. 

Pada zaman penjajahan Inggeris di Tanah Melayu, khususnya ketika sebelum berlaku Perang Dunia Kedua, Bahasa Melayu terus digunakan untuk tujuan urusan rasmi di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu. Pegawai-pegawai Inggeris yang bertugas di Negeri-Negeri Melayu sebelum Perang Dunia Kedua dikehendaki mempelajari Bahasa Melayu dan mesti lulus dalam peperiksaan Bahasa Melayu sebelum disahkan dalam jawatan. Sebahagian daripada pegawai-pegawai itu terus menaruh minat yang tinggi terhadap Bahasa Melayu, sehingga dikenali sebagai sarjana Bahasa Melayu. Antaranya ialah R.O. Winstedt, J.R. Wilkinson, C.C. Brown, W.E. Maxwell, W. Marsden, W.G. Shellabear dan J. Crawford.

William Marsden telah menulis A Grammar of Malayan Language  pada tahun 1812 masihi. Beliau telah mengutarakan beberapa hal penting dalam perkembangan Bahasa Melayu, iaitu Bahasa Melayu itu indah, susunan ayatnya teratur, dan nahunya sederhana. Penyebutannya juga mudah dan mudah diselaraskan dengan kata pinjaman. Bahasa Melayu dikatakan bukan berasal daripada bahasa Sanskrit tetapi bahasa Sanskritlah yang memperkayakan Bahasa Melayu.  Tajuk-tajuk kecil dalam buku ini ialah abjad Jawi, konsonan dan vokal, tanda bacaan tulisan Jawi, golongan kata, bahagian ayat, nama sifat, perbandingan, bilangan, ganti nama, penunjuk, sendi, keterangan, penghubung, seruan, pengimbuhan, binaan ayat, dialek, prosodi dan praksis. Marsden mengatakan bahawa orang Melayu telah mengambil 28 huruf Arab, dan mencipta beberapa huruf lagi dengan menambah titik tertentu pada bentuk yang sudah sedia ada.

Tokoh besar dunia Melayu yang lahir pada zaman Inggeris ialah Zainal Abidin Ahmad atau lebih dikenali dengan nama Za’ba. Beliau dilahirkan di Kampung Bukit Kerdas, Batu Kikir, Negeri Sembilan pada 16 September 1895 dan banyak menghabiskan hayatnya dalam bidang kebahasaan. Beliau mendapat pendidikan Inggeris dengan kelulusan Senior Cambridge di St. Paul’s Institution di Seremban, di samping lulus di peringkat tertinggi di sekolah Melayu.  Beliau telah menghasilkan Pelita Bahasa Melayu (PBM) bertujuan untuk menyusun kaedah buku nahu (tatabahasa) Bahasa Melayu dengan lebih lengkap daripada buku-buku nahu Bahasa Melayu oleh tokoh-tokoh pengkaji Melayu sebelumnya.  Buku nahu ini menghuraikan kaedah nahu Bahasa Melayu atau aturan rangkanya mengikut pengaruh atau acuan nahu Bahasa Inggeris dan sedikit pengaruh nahu Bahasa Arab yang dipadankan dengan pembawaan tabiat sejati Bahasa Melayu serta pendekatan khasnya yang tersendiri.  Oleh itu, nahu Za’ba ini lebih menekankan ciri-ciri makna dan struktur dalam penggolongan kata. Pelita Bahasa Melayu (1) diterbitkan pada tahun 1940 oleh Pejabat Pelajaran Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Pada cetakan pertamanya, buku ini diterbitkan dalam tulisan Jawi yang membicarakan masalah huruf, tulisan, ejaan, saraf dan nahu Melayu.  Pelita Bahasa Melayu (2) merupakan lanjutan terbitan yang pertama mengandungi 12 bab yang merangkumi beberapa aspek yang dimulai dengan permulaan mengarang, latihan membuat ayat, mengarang ayat-ayat tunggal, pemakaian tanda-tanda berhenti, cakap pindah sehingga kepada penghabisan karangan. Buku ini dikarang untuk murid-murid darjah 2 , 3 dan 4 sekolah Melayu pada masa itu.   

Bentuk Bahasa Melayu pada era ini ialah gaya bahasanya masih mengikut cara lama, iaitu Bahasa Melayu Klasik seperti penggunaan sahaya, arakian, kemudian daripada itu, adapun, maka, sekalian dan lain-lain. Fonem-fonem Bahasa Melayu ditambah dengan fonem-fonem baharu daripada Bahasa Arab masih kekal.

 Kata-kata istilah baharu juga muncul buat pertama kali terutama dalam pentadbiran moden yang diamalkan sewaktu zaman pemerintahan keluarga Temenggung Ibrahim. Pada masa yang sama, beberapa istilah Inggeris juga diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu untuk urusan pentadbiran seperti jawatankuasa, setiausaha, pejabat, pesuruhjaya dan jabatan.  

Kata-kata bahasa asing dari Barat seperti kata Belanda di Indonesia juga meresap masuk ke dalam Bahasa Melayu seperti kompeni, gabenor dan lain-lain.

Selepas Perang Dunia Kedua, British mengubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan.
Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 menetapkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
 Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Laporan Razak 1956 mencadangkan Bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sistem pendidikan negara. Hanya selepas Perang Dunia Kedua kedudukan serta peranan Bahasa Melayu mula terancam. Pegawai-pegawai Inggeris baru yang jahil terhadap Bahasa Melayu membawa tekanan kepada kehidupan rakyat di negara ini, menerusi nilai-nilai baru yang diperkenalkan.
 Orang-orang Inggeris menjadi “tuan” dan segala yang bersangkutan dengan cara hidup mereka diberi nilaian yang tinggi termasuk bahasa mereka. Ini diperkukuhkan dengan dasar menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam sistem persekolahan.

 Dalam keadaan Bahasa Melayu menerima tekanan, kesusasteraan Melayu terus dihasilkan, bukan oleh cendiakawan berpendidikan Barat tetapi cerdik pandai lulusan sekolah Melayu atau Arab.

Pada awal abad ke-20, semangat kebangsaan bergema dan orang-orang Melayu mula mengorak langkah untuk memperjuangkan bahasa ibunda mereka. Wartawan, sasterawan, budayawan, guru-guru Melayu dan ahli-ahli politik berganding bahu memperjuangkan cita-cita ini. Akhbar dan majalah menjadi saluran utama untuk menyuarakan hasrat ini. Perjuangan Bahasa Melayu digerakkan serentak dengan perjuangan politik membebaskan tanah air daripada penjajahan.

Akhirnya  termaktub Artikel 152 dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, yang menyebut bahawa “bahasa Kebangsaan negara ini adalah Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukan dengan undang-undang Parlimen”. 
Maka bermulalah era baru bagi Bahasa Melayu, satu bahasa yang pernah menjadi lingua franca bagi seluruh kepulauan Melayu

BAHASA MELAYU ZAMAN KEDATANGAN PORTUGIS


BAHASA MELAYU ZAMAN KEDATANGAN PORTUGIS

Era kedatangan Barat ke tanah Melayu bermula dengan bertapaknya kuasa Portugis di Melaka dengan kejatuhan kesultanan Melaka pada tahun 1511. 
Penjajahan Barat pada abad ke-19 dan awal abad ke-20 di wilayah kebudayaan Melayu di Asia Tenggara telah mencetuskan pelbagai jenis penentangan oleh bangsa Melayu terhadap penjajahan.
 Namun begitu, keruntuhan kerajaan Melayu Melaka tidak meruntuhkan Bahasa Melayu. Pigafetta, seorang ketua kelasi berbangsa Itali dalam pelayarannya bersama Magellan, telah menyusun kamus Melayu-Itali semasa singgah di Pulau Tidore pada tahun 1521.
 Dokumen ini  merupakan daftar kata daripada bahasa yang dituturkan oleh orang-orang di pelabuhan itu dengan lebih 400 patah perkataan dan merupakan daftar kata Melayu-Eropah yang tertua
  Jan Hugen Van Linschotten, seorang bangsa Belanda pernah tinggal di Indonesia antara tahun 1586 hingga 1592  mencatatkan dalam bukunya bahawa Bahasa Melayu dianggap sebagai bahasa yang paling dihormati antara bahasa-bahasa negeri timur.

Penulisan tentang Bahasa Melayu yang penting pada zaman ini ialah daftar kata Pigafetta  yang merakamkan perbualan Magellan dengan lelaki Melayu beragama Kristian bernama Hendrick. Pertuturan yang disalin adalah berdasarkan ejaan Itali. Beliau telah berjaya mengumpulkan 426 perkataan dan rangkai kata Bahasa Melayu.
Senarai ini kemudiannya disusun semula oleh Alessandrio Bausani dan dijadikan buku Perbendaharaan kata Itali-Melayu yang pertama.

Sarjana Barat yang berusaha mengembangkan Bahasa Melayu ialah Casper Wittens yang menyusun kamus Bahasa Melayu-Belanda dan diperbaiki oleh Sebastian Danckaerts dan diterbitkan oleh Gravenhaghe pada tahun 1623 Masihi dan di Batavia pada tahun 1707 Masihi.
 Kamus ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin oleh David Haex dan diterbitkan di Rom pada tahun 1631 Masihi.

Pada awal abad ke-18, Francios Valentijn, seorang pendeta dan ahli sejarah bangsa Belanda yang banyak menulis mengenai wilayah kepulauan Melayu, telah menggambarkan kepentingan Bahasa Melayu seperti berikut, “bahasa mereka, Bahasa Melayu, bukan sahaja dituturkan di daerah pinggir laut, tetapi juga digunakan di seluruh kepulauan Melayu dan di segala negeri-negeri Timur, sebagai suatu bahasa yang difahami di mana-mana sahaja oleh setiap orang.” 

Thomas Bowrey menyusun kamus Inggeris-Melayu pada tahun 1701 Masihi dengan mengemukakan sedikit peraturan nahu. Kamus ini mencatat semua perkataan yang diingatinya (daripada bahasa lisan) sehingga berlaku banyak kesalahan ejaan. 
M. John Howison menyusun kamus Inggeris-Melayu pada tahun 1801 dan P. Farve menyusun kamus Perancis-Melayu pada tahun 1871 Masihi.  

Zaman kedatangan Portugis merupakan detik permulaan pengaruh bangsa Eropah kepada bahasa dan kebudayaan Melayu. 
Pengaruh Barat yang paling banyak mempengaruhi Bahasa Melayu ialah kedatangan kuasa Inggeris pada awal abad ke-19. 
Pengaruh ini masih lagi kelihatan khususnya dalam perkembangan ilmu Bahasa Melayu dan perkembangan peristilahan dalam pelbagai bidang.

1 BAHASA MELAYU ZAMAN KEDATANGAN ISLAM



Islam telah membawa huruf Arab dalam penulisan Bahasa Melayu , berkembang menjadi bahasa yang kaya dengan pelbagai istilah baharu yang dipinjam daripada perbendaharaan kata Bahasa Arab dan Parsi.  Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar dalam penulisan yang berkaitan dengan falsafah, kesusasteraan, keagamaan dan dijadikan bahasa pengantar dalam kegiatan dakwah Islam.
Magellan telah mengatakan bahawa Bahasa Melayu telah menjadi bahasa lingua franca di alam Melayu dari Aceh hingga ke kepulauan Maluku. Bahasa Melayu juga telah menjadi baku melalui penggunaannya dalam kitab-kitab agama Islam yang dibaca oleh penduduk di alam Melayu.

Pada zaman kedatangan Islam juga, Bahasa Melayu telah berkembang dalam pelbagai bidang yang sebelum ini ditulis dalam bahasa Jawa. 
Melalui peminjaman daripada Bahasa Arab, banyak istilah bidang teologi, falsafah dan tasawuf dikembangkan dalam Bahasa Melayu. Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi dalam kerajaan-kerajaan di alam Melayu. 
Surat-surat raja Melayu pada abad ke-16 ditulis dalam Bahasa Melayu kepada Raja Portugis. Dengan demikian raja-raja daripada kerajaan Aceh juga menggunakan Bahasa Melayu dalam urusan diplomatik untuk berhubung dengan kerajaan asing.

Kedatangan Islam pada akhir abad ke-13 telah mempengaruhi keseluruhan cara hidup masyarakat di Asia Tenggara khususnya alam Melayu.
 Zaman ini telah  memberikan ciri baru kepada Bahasa Melayu, iaitu bentuk Bahasa Melayu Klasik. Pengaruh agama Islam bukan sahaja kelihatan dari aspek sosio budaya malah seluruh kehidupan termasuklah unsur budaya yang penting, iaitu bahasa.

Abad ke-13 hingga abad ke-14 merupakan zaman peralihan di alam Melayu. 
Tiga buah kerajaan Islam yang penting: kerajaan Samudera-Pasai,  kerajaan kesultanan Melaka dan kerajaan Islam Aceh. Kerajaan Samudera-Pasai

Menurut Amat Juhari Moain (1994), apabila kerajaan Samudera-Pasai didirikan di Sumatera Utara, pengembangan Bahasa Melayu semakin aktif. Kerajaan Samudera Pasai  dikenali juga sebagai Samudera, Pasai dan Samudera Darussalam atau Sumatera.
 Kerajaan ini terletak di Aceh dan merupakan kerajaan Islam pertama di Indonesia. 
Perkataan "Samudera" berasal daripada perkataan Sanskrit, iaitu Samundra , yang membawa maksud  "lautan".
 Menurut Hikayat Raja-raja Pasai, Merah Silu dikatakan ternampak seekor semut sebesar kucing. Baginda menangkap dan memakannya lalu menamai tempat itu sebagai "Samandara".  Kesultanan Samudera Pasai adalah kerajaan Islam yang terletak di pesisir pantai utara Sumatera, kurang lebih di sekitar Kota Lhokseumawe, Aceh Utara sekarang.
 Kerajaan ini didirikan oleh Merah Silu, yang bergelar Malik al-Saleh, pada sekitar tahun 1267 dan berakhir dengan dikuasai oleh Portugis pada tahun 1521.
 Nama lainnya ialah Malik al Salih, Merah Silu, Merah Silau, Mara Silu dan Muerah Silu. Setelah mangkat, baginda digantikan oleh Sultan Mahmud Malik Az-Zahir.


================ctsha===============
















bahasa melayu klasik


BAHASA MELAYU KLASIK

Menurut Awang Sariyan, Bahasa Melayu Klasik merupakan tahap ketiga dalam periodisasi Bahasa Melayu, sesudah Bahasa Melayu Purba dan Bahasa Melayu Kuno. 
Bahasa Melayu Klasik dikatakan bermula pada abad ke-13 dan berakhir pada abad ke-19.
 Bahasa Melayu Klasik ini diasaskan semasa  kerajaan Samudera-Pasai  di bawah Sultan Malikul Salih.  Bahasa ini merupakan kesan langsung kedatangan agama Islam dan kebudayaan Islam.
Zaman permulaannya ditandai dengan kemunculan prasasti Terengganu yang bertarikh 702 Hijrah bersamaan dengan 1303 Masihi.
Bahasa Melayu Klasik muncul dengan wujudnya tulisan Jawi, iaitu tulisan Arab berbahasa Melayu pada awal abad ke-14.
Prasasti Bahasa Melayu Klasik banyak terdapat di semenanjung Tanah Melayu seperti di Pengkalan Kempas, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Kelantan, Kedah dan beberapa tempat lain.
Prasasti ini juga ditemui di Sumatera Selatan, Jambi, Riau, Sumatera Barat, Sumatera Utara dan Aceh.
 
Bahasa Melayu Klasik ini dapat dibuktikan dengan penemuan batu-batu bersurat seperti batu bersurat Minye Tujuh, Aceh (1390), iaitu batu bersurat pertama yang ditemui penggunaan kata-kata Arab seperti khalifah, nabi-nabi, Allah dan rahmat.
 Batu bersurat Pagar Ruyung pula mempunyai sedikit perbezaan dengan batu bersurat abad ke-7, iaitu dari segi bahasanya.
 Bahasa Melayu Klasik dikatakan mengalami zaman kegemilangannya semasa berada di bawah kerajaan Melaka, Aceh dan Johor Riau
Kemunculan Bahasa Melayu Klasik ini juga ditemui dalam manuskrip Melayu Lama. Terdapat kira-kira 10,000 naskhah manuskrip Melayu lama ini tersimpan di beberapa buah negara terutamanya di Barat. Manuskrip Melayu lama yang tertua ialah surat kiriman Sultan Ternate, dari kepulauan Maluku kepada Raja Portugis yang bertarikh tahun 1521 dan 1522.
Dari segi fonologi, sistemnya tidak dapat ditentukan kerana tiada data lisan.
 Namun demikian dapat diandaikan bahawa Bahasa Melayu Klasik mempunyai enam bunyi vokal sebagaimana yang terdapat dalam Bahasa Melayu, iaitu ‘a’, ‘e’ pepet, ‘e’ taling, ‘i’, ‘o’, dan ‘u’.
 Dari segi bunyi konsonan pula, dapat diandaikan bahawa bunyi konsonan Bahasa Melayu Klasik  sama dengan yang terdapat dalam Bahasa Melayu Moden.
Pelambangan bunyi getaran alveolar ‘r’ yang jelas menggunakan  huruf “ra” dalam bahasa Arab. Penggunaan ini pada hujung suku kata akhir tertutup menggambarkan bahawa bunyi getaran alveolar itu hidup dan tidak senyap dalam bahasa lisan klasik.
 Bunyi diftong pula memperlihatkan persamaan dengan bunyi diftong dalam Bahasa Melayu Moden, iaitu ‘ai’, ‘au’ dan ‘oi’.

segi sintaksis, ayat dalam bahasa ini memanfaatkan empat pola ayat dasar, iaitu ayat tunggal, ayat majmuk yang sama rumusannya dengan Bahasa Melayu Moden, ayat kompleks dan ayat pasif.

Ciri-ciri Bahasa Melayu Klasik ialah

v  Ayat yang panjang dan berbelit-belit

v  Banyak ayat pasif

v  Menggunakan bahasa istana

v  Kosa kata klasik seperti ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul dan sebagainya

v  Banyak menggunakan kata pangkal ayat atau perdu perkataan seperti sebermula, alkisah, hatta, adapun dan sebagainya

Penggunaan ayat songsang dan banyak menggunakan partikel ‘pun’ dan ‘lah’
penggunaan penanda bermula, hatta, syahadan, kalakian dan seumpamanya.

Gaya Bahasa Melayu Klasik pula memperlihatkan gaya yang tersendiri. Gaya Bahasa Melayu Klasik kelihatan pada ayat kompleks, ayat pasif dan ayat songsang.
Hal ini disebabkan oleh pengaruh bahasa Arab dan lenggoknya yang jelas kelihatan kearab-araban.
Selain daripada itu, bunga bahasanya juga menggambarkan kehalusan dan daya cipta berseni karyawan pada zaman tersebut. Bahasa Melayu Klasik bertunjangkan sistem tulisan Jawi yang berasaskan aksara Arab.
 Sistem tulisan ini merupakan alat yang meluaskan penyebaran dalam bahasa persuratan di Alam Melayu
Bahasa Melayu Klasik jelas banyak digunakan dalam penulisan agama khususnya bidang tauhid atau usuluddin, syariah atau undang-undang Islam, dan tasawuf. 
Karya agama yang tertua dihasilkan dalam Bahasa Melayu Klasik ialah ‘Aqai’id al-Nasafi.
 Kitab ini membicarakan tentang hakikat kejadian benda, kemungkinan ilmu, punca ilmu, keobjektifan ilmu, teori cakerawala, hakikat Tuhan dan diri manusia

Tokoh-tokoh lain yang terkenal ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin Pasai atau Syamsudin al-Sumaterani dan Abdul Rauf Singkel. 

Dari segi sejarah, Bahasa Melayu Klasik mempunyai kesignifikanannya tersendiri. Bahasa ini dikatakan sebagai titik bermulanya Bahasa Melayu Moden.  

Nota Bahasa Melayu Kuno


BAHASA MELAYU KUNO

Bahasa Melayu Kuno dipengaruhi oleh bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit dikatakan banyak mempengaruhi kosa kata dalam Bahasa Melayu.
Bahasa Melayu Kuno melalui zaman kegemilangannya semasa berada di bawah kerajaan Sriwijaya,  abad ke-7 hingga abad ke-13.
 Kegemilangannya terbukti apabila Bahasa Melayu mampu menjadi lingua franca  dan bahasa pemerintah.
 Kewujudan bahasa ini dibuktikan melalui penemuan-penemuan batu-batu bersurat seperti
batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683SM);
 batu bersurat di Talang Tuwo, dekat Palembang (684M);
 batu bersurat di Kota Kapur, Pulau Bangka (686M);
batu bersurat di Karang Brahi, Jambi (686M).
  Batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832M) ialah batu bersurat yang pertama ditemui menerima pengaruh tulisan Nagiri.

Rumpun ini merupakan keluarga bahasa Nusantara dan berkembang dari abad ke-7 hingga abad ke-13 sebagai bahasa pentadbiran dan bahasa lingua franca.
 Penuturnya terdapat di semenanjung Tanah Melayu, kepulauan Riau dan Sumatera.  Kepentingannya sebagai bahasa lingua franca kerana  :
v  sifatnya sederhana dan mudah menerima pengaruh asing,
v  tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat mempunyai sistem mudah berbanding dengan bahasa Jawa.
v  banyak dipengaruhi oleh sistem Bahasa Sanskrit
v  Pengaruh Sanskrit kuat akibat kaitannya dengan agama Hindu,
v  kedudukannya sebagai bahasa golongan bangsawan
v   dan hirarkinya yang tinggi.
Ciri-ciri Bahasa Melayu Kuno dapat dilihat berdasarkan butiran yang berikut:


  • Banyak kata-kata pinjaman Sanskrit  
  • Susunan ayat bersifat Melayu  
  • Bunyi b ialah w dalam Melayu Kuno (Contoh: bulan - wulan)  
  • Bunyi e pepet tidak wujud (Contoh dengan - dngan atau dangan)  
  • Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu Kuno (contoh: berlepas-marlapas) 
  • Awalan di- ialah ni- dalam Bahasa Melayu Kuno (Contoh: diperbuat - niparwuat) 
  • Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h (Contoh: sukhatshitta)

Tulisan BM Kuno
v  merupakan tulisan yang berasal dari India seperti Devanagiri dan Pallava.
v  Tulisan ini dikatakan pengaruh tulisan India seperti Jawa Kuno dan tulisan Kawi
v  Ini didapati pada prasasti dengan banyaknya pengaruh kata pinjaman Sanskrit yang berkait rapat dengan pengaruh kebudayaan India dan agama Hindu. 
v  Bahasa Melayu Kuno tidak mempunyai pengaruh Bahasa Arab baik dari segi kosa kata atau tulisan.