Saturday, August 6, 2011

semantik

Semantik :     Bidang yang  mengkaji dan menganalisis makna kata dan ayat
Kata  : unit ujaran bebas dan mempunyai makna.
Melalui  bahasa kita dapat mengungkap fikiran, perasaan, pendapat, emosi, perlakuan dan keperibadian manusia.
Perbendaharaan kata penting supaya  komunikasi sempurna.
Semakin banyak kata dikuasai oleh seseorang, semakin banyak idea atau gagasan yang
mampu diungkapnya.
Kajian mengenai makna kata boleh dibahagikan kepada aspek-aspek berikut
a, makna denotasi dan dan makna konotasi
b. Makna dalam konteks
c. Hubungan makna dengan kebudayaan
d. Perubahan makna
e. Bentuk-bentuk makna daripada hubungan semantik.
Semantik dapat juga ditarifkan sebagai kajian makna linguistik bagi kata, frasa dan ayat.
Secara umumnya, makna perkataan dapat dilihat dari segi leksikal dan konteks.
Sebagai pengguna bahasa, kita bukan sahaja mengetahui morfemnya, tetapi juga makna perkataan.
Otak kita menjadi stor kepada kata-kata yang bermakna ini .
Storan maklumat serta morfem ini kita panggil leksikon atau kosa kata.
Lihat contoh ayat berikut.


Abang  saya pemandu teksi

Kata
Ciri
abang
(i) manusia
(ii) lelaki
(iii) dewasa
(iv) ibu kepada anak

Kata
Ciri
saya
(i) ganti   nama
(ii) manusia
(iii) orang yang berkata

Kata
ciri-ciri
pemandu teksi
(i) manusia
(ii) membawa kenderaan
(iii mempunyai lesen
Ciri ialah maklumat mengenai semantik perkataan.
Ciri semantik kata terdapat dalam leksikon seseorang.
Satu lagi ciri semantik ialah rujukan.
Teliti ayat berikut:
Budak  itu ketua murid
Budak  itu abang saya
Seungguhpun kedua-dua ayat di atas berlainan maknanya, tetapi kedua-dua ayat membuat rujukan yang sama kepada orang yang sama.
Rujukan seperti ini penting kerana kerana tiada rujukan, ujaran berkenaan tidak akan difahami sungguhpun ujaran berkenaan diungkapkan menurut peraturan tatabahasa bahasa Melayu.
 Makna denotasi dan konotasi
denotasi ialah makna tersurat
Denotasi juga dikenali sebagai  - makna kamus, makna kognitif, makna rujukan, makna konseptual dan makna ideasional
Contoh:
Ayam tambatan: Ayam yang ditambat atau diikat dengan tali atau lain-lain alat pengikat.
Konotasi pula ialah makna tambahan, atau makna tersirat.
Contoh:
Ayam tambatan: Orang harapan/penting di dalam satu kumpulan, pasukan.
Istilah lain untuk konotasi ialah emotif atau makna evaluatif
Terdapat kata-kata sinonim (seerti) yang mempunyai makna denotasi yang sama,  tetapi makna konotasi yang berbeza.
Contoh:
Kata wafat, mati, meninggal dunia, mampus membawa maksud denotasi yang sama iaitu jasad dan roh terpisah.
Tetapi dari segi denotasi, wafat untuk tokoh-tokoh ulama terhormat dan disegani, meninggal dunia untuk sebutan yang sopan, mati untuk sebutan umum dan mampus untuk sebutan yang lebih kasar.


semantik