Wednesday, February 16, 2011

Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan soalan yang mungkin ditanya...


Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.  Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

Soalan:
1. Nyatakan 5 ber yang hendak dilahirkan oleh FPK......
2. Huraikan  apa g anda faham  - untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi  rohani dan  emosi  dpd FPK itu?
3. Jelaskan contoh sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran  untuk masyarakat dan negara?

Wednesday, February 2, 2011

bahan temuduga spp

Sekolah Kluster
Sekolah Kluster ialah sekolah yang bertaraf tinggi antara sekolah-sekolah lain di Malaysia. Sehingga kini, beberapa buah sekolah telahpun diisytiharkan sebagai sekolah kluster sejak 30 Mac 2007.Latar BelakangPenubuhan Sekolah Kluster terkandung dalam Bab 9 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang telah dilancarkan pada 16 Januari 2006. Pewujudan Sekolah Kluster adalah berdasarkan pendekatan kedua PIPP iaitu untuk mengembangkan sepenuhnya potensi sekolah dalam kluster kecemerlangan yang mekanismenya dinyatakan dalam Teras Strategik Ke-6 : Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan. Tinjauan literatur menunjukkan bahawa amalan mengelompokkan sekolah dilaksanakan di luar negara untuk peningkatan kualiti pendidikan. Pengelompokan yang dilaksanakan di luar negara adalah berasaskan lokaliti ataupun kecemerlangan.DefinisiSekolah kluster ialah satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Pewujudan sekolah kluster bertujuan melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia dan membangun sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kluster yang sama dan sekolah lain di luar klusternya.TujuanSekolah Kluster diwujudkan bagi melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia.PelaksanaanTerdapat tiga jawatankuasa yang ditubuhkan bagi melaksanakan konsep sekolah kluster. Jawatankuasa tersebut ialah:-·         Jawatankuasa Pemilihan Sekolah o    dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia ·         Panel Penasihat o    dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr. Abdul Rahman Arshad ·         Jawatankuasa Pelaksana o    dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Jabatan Sekolah) Pelaksanaan sekolah kluster adalah berasaskan kepada proses desentralisasi yang melibatkan pengupayaan sekolah menerusi pemberian autonomi terpimpin. Pandangan stakeholder seperti PIBG, Alumi, pemimpin sekolah dan guru turut diambil kira dalam pelaksanaan sekolah kluster. Mereka telah terlibat secara langsung dalam Bengkel Autonomi Sekolah Kluster Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah diadakan pada 19-20 Mac 2007. Panel Penasihat Sekolah Kluster pula akan membantu menyumbangkan kepakaran mereka bagi memastikan pelaksanaan sekolah kluster dapat berjalan dengan jayanya.Kriteria pemilihanPemilihan sekolah kluster akan dibuat berdasarkan kepada kluster berikut:Sekolah Rendah yang terdiri daripada Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan Sekolah Orang Asli. Sekolah Menengah yang terdiri daripada Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Harian, Sekolah Premier, Sekolah Seratus Tahun, sekolah dalam persekitaran Putrajaya dan Cyberjaya, dan Sekolah Model Khas. Sekolah Rendah Pendidikan Khas (SPK) dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SMPK), dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV). Sekolah Antarabangsa dan Sekolah Swasta Institusi lepas menengah seperti Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG) Pemilihan sekolah tersebut perlu memenuhi prasyarat dan syarat berikut:Prasyarat PertamaPengukuran Standard Sekolah: Sekolah mestilah mencapai sekurang-kurangnya Taraf Cemerlang berdasarkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) Prasyarat KeduaKecemerlangan Kurikulum (Sekolah Menengah) Gred Purata Sekolah (GPS) untuk peperiksaan awam PMR dan SPM 3 tahun berturut-turut: SBP : GPS 2.5 dan ke bawah SMKA : GPS 3.0 dan ke bawah SMT : GPS 4.0 dan ke bawah SM Harian : GPS 4.0 dan ke bawah Kecemerlangan Kurikulum (Sekolah Rendah): Sekolah Rendah Harian : 80% dan ke atas murid lulus semua mata pelajaran dalam UPSR, atau Peratus kelulusan menunjukkan peningkatan; atau GPS UPSR : 2 dan ke bawah
Syarat pemilihanKecemerlangan murid dalam aspek: Akademik Kokurikulum Sahsiah Pengurusan sekolah berwawasan dan berkesan. Pembangunan sumber terurus dan digunakan secara optimum. Pemimpin sekolah mengamalkan kepimpinan berkualiti. Pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Iklim sekolah kondusif untuk pembangunan modal insan. Keberkesanan pelaksanaan program KPM Sekolah berwatak Sekolah yang memenuhi prasyarat dan syarat yang ditetapkan di atas boleh mengemukakan permohonan dan prosedur pemilihan adalah seperti berikut:Langkah 1: Penerimaan pencalonan Langkah 2: Penilaian menggunakan instrumen SKPM dan Annex Langkah 3: Penentuan standard (standard fixing) oleh JK Pelaksana Sekolah Kluster Langkah 4: Kesahan calon dalam Mesyuarat Hal-hal Profesional Langkah 5: Calon dimaklumkan kepada Lembaga Penasihat Langkah 6: Pengumuman oleh YB Menteri Pelajaran
Pengurusan SekolahPimpinanPemimpin sekolah kluster ialah:Pengetua/Guru Besar (DG52/DGA 36) Pemimpin yang terpilih memenuhi syarat pemimpin cemerlang Jawatan: school-based post GuruGuru-guru sekolah kluster pula:Memenuhi kriteria Guru Cemerlang Prestasi mereka akan menentukan sama ada mereka kekal mengajar di Sekolah Kluster. Boleh mendapatkan perkhidmatan pakar mengikut niche areas sekolah dalam bidang kokurikulum secara kontrak atau sambilan Nisbah kelas: guru ialah 1:2
Pemilihan PelajarKaedah pemilihan pelajar sekolah kluster:Kluster SBP, SMT dan SMKA kekal seperti amalan sedia ada Kluster lain, pengetua/guru besar diberi kuasa mengambil sejumlah kecil murid baru untuk bidang kebitaraan sekolah Ujian saringan sekolah
AkauntabilitiAkauntabiliti Pemimpin Sekolah berpandukan:Key Performance Indicator (KPI) Pengurusan sumber manusia dan fizikal Sumber kewangan Pembangunan profesionalisme staf Program kurikulum dan kokurikulum berkesan Lulusan sekolah berkualiti: pencapaian akademik, kokurikulum dan sahsiah. TOR Sekolah Kluster AutonomiJenis Autonomi yang diberikan kepada sekolah berbentuk:Umum (untuk semua sekolah) Khusus (mengikut keperluan sekolah berlandaskan kepada jenis sekolah, pengajiannya dan niche areas). Autonomi yang diberikan juga merupakan autonomi terpimpin yang memerlukan kepada:Pematuhan piawai yang berikut: Akta Pendidikan 1996 Sistem Pendidikan Kebangsaan Akta Tatacara Kewangan 1957, Pekeliling Perbendaharaan dan Garis Panduan dan Surat-surat Siaran SKPM Senarai Bidang Autonomi:Pengurusan Sekolah Pengurusan Sumber Manusia Pengurusan Sumber Kewangan dan Sumber Fizikal Pengurusan dan Pelaksanaan Kurikulum Pengurusan dan Pelaksanaan Kokurikulum
Jaminan kualitiBagi memastikan sekolah kluster sentiasa mempertingkatkan standard kualiti, jaminan kualiti di sekolah kluster akan menggunakan mekanisme kawalan luaran dan kawalan dalaman.
Peranan agensi lainSekolah Kluster akan memperluas peranan yang boleh dimainkan oleh PIBG, Lembaga Pengelola, Alumni dan NGO dalam aspek:Biasiswa Kewangan/Dana Program Kecemerlangan Akademik Program Kecemerlangan Kokurikulum Program Kerjaya ImpakSekolah kluster akan memberi impak yang positif kepada pendidikan negara dari segi:Program Kecemerlangan Kokurikulum Program Kerjaya Pelajar sekolah cemerlang secara keseluruhan (holistic) dalam sistem: 5.8% daripada 5.2 juta pelajar Lepasan sekolah kluster diterima masuk universiti ternama luar negara Badan korporat dan agensi kerajaan berkeyakinan menaja pengajian lepasan sekolah kluster Menyediakan asas kukuh melahirkan peneraju utama agen perubahan Sebanyak 300 buah sekolah diiktiraf antarabangsa (3.1% daripada 9663 sekolah) Model piawaian kepada sekolah dalam dan luar negara Pemimpin berkualiti (3.1% daripada 9663 sekolah) dan guru yang cemerlang (6.9% daripada 350,000 guru) Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan di Malaysia.
 Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Sekolah_kluster"

bahan temuduga dga 41 tema hari guru

TEMA HARI GURU MALAYSIA
2010..................................................................
2009 Guru Pembina Negara Bangsa
2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang
2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
1975 Guru dan Pembangunan Negara
1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara

Pengenalan Hari Guru
Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.



Objektif Hari Guru

Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.

Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.

Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.

Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.

Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.
Tema hari guru yang dipilih untuk Perayaan Hari Guru 2009 ialah Guru Pembina Negara Bangsa
Rasional pemilihan tema tersebut ialah: 
a.     Guru sebagai pendidik terbukti telah memainkan peranan utama dalam memperjuang dan mengekalkan kemerdekaan serta kedaulatan negara melalui system pendidikan dan seterusnya membangunkan negara sehingga dikagumi oleh dunia luar.
b.    Guru menjadi harapan bagi memastikan pembentukan jati diri murid yang kukuh, berdaya saing, berkeyakinan tinggi dan berpegang teguh kepada agama dan nilai sejagat seterusnya menjadi warganegara glokal yang mampu bersaing dengan kepesatan dunia luar
c.     Kecekapan dan keberkesanan guru menerusi system pendidikan membina negara bangsa yang berjaya.d.    Peranan guru dalam mewujudkan pembangunan dan modal insan.

LOGO HARI GURU~

Putih : Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.
Perak : Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.
Kuning: Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan.
Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.
Merah : Menunjukkan keteguhan semangat.
Biru : Menunjukkan perpaduan muhibah.

bahan tmuduga-wawasan2020

Wawasan 2020
Wawasan 2020 ialah sebuah wawasan kerajaan Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ketika itu, yang bertujuan untuk meningkatkan Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian dan negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020.
Yang dimaksudkan sepenuhnya terangkum bukan sahaja bidang ekonomi, tetapi juga bidang-bidang politik, sosial, kerohanian, psikologi, serta juga perpaduan nasional dan sosial, antara lain.
Kesemua ini juga melibatkan persoalan keadilan sosial, kestabilan politik, sistem kerajaan, mutu hidup, nilai sosial dan kerohanian, maruah bangsa, serta juga keyakinan.
Cabaran utama
Dalam penyampaian kertas kerjanya, Laluan ke Depan (The Way Forward), kepada Majlis Perniagaan Malaysia, Dr Mahathir Mohamad menghuraikan sembilan matlamat utama Wawasan 2020:
1.    Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama: Malaysia mesti menjadi sebuah negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam keharmonian, bekerjasama sepenuhnya secara adil, dan terdiri daripada satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.
2.    Mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju, dengan keyakinan akan keupayaan sendiri, berbangga dengan apa yang ada, dengan apa yang telah dicapai, cukup gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, amat sedar akan semua potensinya, tidak mengalah kepada sesiapa, dan dihormati oleh rakyat negara lain.
3.    Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, yang mengamalkan satu bentuk demokrasi Malaysia yang mempunyai persefahaman matang, berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada beberapa banyak negara membangun.
4.    Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, dengan warganegaranya teguh dalam nilai agama dan kerohanian dan didukung oleh nilai etika paling tinggi.
5.    Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, dengan rakyat Malaysia pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan, dan kepercayaan agama mereka dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara.
6.    Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan berpandangan ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi masa depan.

7.    Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang mementingkan masyarakat lebih daripada diri sendiri, dengan kebajikan insan tidak berkisar pada negara atau orang perseorangan tetapi di sekeliling sistem keluarga yang kukuh.
8.    Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Ini merupakan masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama, dengan wujudnya perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi.
9.    Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental.
Menurut Dr Mahathir, kesembilan-sembilan matlamat utama ini tidak semestinya menjadi urutan keutamaan masyarakat Malaysia untuk tiga dekad yang akan datang. Tentunya keutamaan dalam satu-satu masa mesti memenuhi keadaan khusus pada masa berkenaan.

SKOP TOPIK INTERVIEW SPP KE DGA 41

SPP 的网站有说明了interview会问的skop topik 可以供大家参阅
1. TERAS PENDIDIKAN NEGARA
Rukun Negara
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Wawasan 2020
Islam Hadhari
2.KEMENTERIAN
Kementerian Pelajaran Malaysia
Kementerian Pengajian Tinggi
3.SEJARAH PERKEMBANGAN PELAJARAN MALAYSIA
Perkembangan Dasar & Kemajuan Sistem Pelajaran Kebangsaan
Perkembangan Pelajaran Masa Kini
4.SISTEM PELAJARAN MASA KINI
Pendidikan Pra Sekolah
Pendidikan Rendah
Pendidikan Menengah
Pendidikan Khas
Program Pendidikan Khas
Sekolah Sukan
Sekolah Seni
Pembestarian Sekolah
Pendidikan Pasca Menengah & Institusi Pengajian Tinggi
Pendidikan Swasta
Pelan Induk Pendidikan
5.KURIKULUM
Teori Pendidikan
Kurikulum Prasekolah
Kurikulum Baru Sekolah Rendah
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
Kurikulum Kursus Perguruan Lepasan Ijazah
Pengurusan Kurikulum
Program JQAF
Kia2M
6.PROGRAM SOKONGAN DAN HAL EHWAL MURID
Asrama
Skim Pinjaman Buku Teks
SPBT
Biasiswa dan Pinjaman
Program Bersepadu Sekolah Sihat
Program Pemakanan Sekolah
Bimbingan dan Kaunseling
Malaysia Teacher Standard
PIBG
Skim Baucer Tuisyen
7.PROGRAM KHAS KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Gerak Kerja Kokurikulum
Sekolah Harapan Negara
Hari Guru
Projek Nilam (Nadi Ilmu Amalan Membaca)
Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia
Majlis Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran
Malaysian Teacher Standard MTS

8.URUSAN PERKHIDMATAN
Perintah-Perintah Am
Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993
Arahan Perbendaharaan
Panduan Perbendaharaan Tatacara Pengurusan Stor
Arahan Perkhidmatan
Akta Acara Kewangan
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam

以下的问题是从已经在(槟城,布城,太平)面试的朋友处得来的
1. falsafah pendidikan kebangsaan dan matlamat FPK
2. PIPP ( terutama membangun modal insan)
3. satu gagasan malaysia
4.
Nama Presiden USA dan Iran
5. 9 cabaran di malaysia (wawasan2020)
6. Lagu Perak , Lagu Malaysia
7. Nama Menteri Pelajaran dan timbalan menteri Pelajaran
8. Nama Sultan perak
9. Nama Menteri Besar Perak
10. Nama Pemaisuri Agong
11. KBSR
12.RMT,
RIMUP,KWAMP, SBT,(如果你有负者这些活动可以准
  

################################################################################
HAFAL FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA-huraiannya
JEMAAH MENTERI MALAYSIA-NAMA DAN JAWATAN
ISU SEMASA/TERKINI- NKRA, KSSR,SATU MALAYSIA
yang penting....tau hal ehwal sekolah bertugas termasuk GPS...

Tuesday, February 1, 2011