Thursday, March 31, 2011

tugasan fonetik

1.0 Pendahuluan

Bahasa merupakan alat komunikasi yang terpenting bagi manusia. Melalui bahasa kita dapat berkomunikasi antara satu sama lain dan melahirkan buah fikiran. Bunyi bahasa merupakan bunyi yang wujud daripada setiap bahasa yang dihasilkan oleh alat ucapan manusia yang berperanan di dalam bahasa.Tugasan ini akan membicarakan tentang vokal dan konsonan yang tergolong dalam bab fonetik dan fonologi. Bidang fonologi adalah bidang yang mengkaji salah satu daripada aspek yang terpenting dalam bahasa iaitu bunyi. Bidang ini juga disebut sebagai bidang fonetik namun terdapat sedikit perbezaan di antaranya. Berikut ialah perbezaan makna fonetik dan fonologi.

1.1.1 Definisi Fonetik

Menurut Raminah Haji Sabran (1984) dalam buku berjudul Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab Perguruan menyatakan bahawa fonetik kajian tentang fenomena bunyi atau pertuturan manusia sejagat.

Bagi Arbak Othman (1983), fonetik adalah kajian tentang bunyi-bunyi ujar. Sebagai ilmu, fonetik berusaha menemukan kebenaran-kebenaran umum dan memfomulasikan hukum-hukum umum tentang bunyi-bunyi itu dan pengucapannya, manakala sebagai kemahiran, fonetik memakai data deskriptif dasar daripada fonetik ilmiah bagi memberi kemungkinan pengenalan dan pengucapan bunyi-bunyi ujar itu.

Selain itu, fonetik boleh didefinisikan sebagai mempelajari segala bunyi yang diucapkan melalui mulut manusia, baik bunyi manusia, bukan bunyi bahasa, maupun bunyi bunyi marginal, dan memberikan simbol fonetik untuk setiap bunyi, yakni menurut Dr. Lufti Abas (1985).

Menurut ahli linguistik Barat, Kenstowicz dan Kisserberth (1979) “the study of the sounds human beings employ when speaking a language is phonetics”. Penyataan yang dinyatakan dapat kita terjemahkan yang bermaksud “pengkajian tentang bunyi-bunyi oleh manusia yang kita digunakan semasa bertutur ialah fonetik”.

Menurut Inderawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006) dalam buku berjudul Fonetik dan Fonologi menyatakan fonetik ialah kajian mengenai bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia iaitu bunyi yang digunakan sebagai alat komunikasi. Umumnya, ilmu fonetik ini dibahagikan kepada fonetik artikulatori, fonetik auditori dan fonetik akustik

Malahan menurut Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad (2006) dalam buku Bahasa Melayu STPM dalam bab 11 bahawa fonetik ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh kita iaitu manusia dan memberikan lambang kepada bunyi-bunyi tersebut. Fonetik pula terbahagi kepada tiga cabang, organ pertuturan, sifat bunyi bahasa (akuistik) dan pendengaran (auditori).

Setelah membuat penelitian berdasarkan pernyataan dari ahli-ahli linguistik saya dapati bahawa fonologi dan fonetik mempunyai maksud tersendiri. Bagi fonetik pula bermaksud bidang yang mengkaji segala bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat-alat artikulasi manusia dan ia memberi lambang kepada bunyi-bunyi tersebut

Fonetik ialah kajian yang ditinjau daripada segi bahan fizik atau jisim yang mewujudkan bentuk ucapan. Oleh itu, fonetik ialah kajian yang berkaitan dengan organ pertuturan, sifat bunyi bahasa (akuistik), dan pendengaran (auditori).

1.1.2 Definisi Fonologi
Menurut Rahimah Haji Sabran dan Rahim Sham juga, bidang fonologi mengkaji sistem bunyi-bunyi yang tertentu dalam pertuturan, khusus bagi sesuatu bahasa. Ini jelas daripada pendapat Henderson yang menyatakan “ the study of the systematicorganization of selected speech sounds in the spoken form of individual language has variously been called phonology”.
Manakala menurut Dalbor, salah seorang ahli linguistik Barat pula, “ phonology is the study of the function and patterning of speech sounds “ yang bermaksud “fonologi ialah kajian tentang fungsi dan pencorakan dalam bunyi yang bermakna yang diucapkan oleh manusia”.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Universiti terbuka pula, fonologi ialah bidang yang mengkaji sistem bunyi yang bermakna yang diucapkan oleh manusia, yakni satu pernyataan yang begitu umum untuk mendefinisikan fonologi itu sendiri.

Menurut Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad (2006) dalam buku Bahasa Melayu STPM bab 11 bahawa fonologi ialah cabang ilmu bahasa yang mengkaji bunyi bahasa sesuatu bahasa dan fungsinya dalam sistem bahasa tersebut. Fonologi terbahagi kepada dua iaitu fonetik dan fonemik
Fonologi dapat didefinisikan sebagai satu bidang yang mengkaji sistem bunyi-bunyi yang tertentu dalam pertuturan khususnya bagi sesuatu bahasa.
1.2 Alat Pertuturan dan Fungsinya

Gambar rajah 1- alat pertuturan





1.2.1 Fungsi Alat Pertuturan
Lidah
Lidah ialah alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran bunyi bahasa. Lidah terbahagi kepada empat bahagian, iaitu hujung lidah, tengah lidah, hadapan lidah, dan belakang lidah. Pembahagian ini membolehkan lidah membuat deskripsi pelbagai jenis penghasilan bunyi. Bahagian hadapan lidah, tengah lidah dan belakang lidah penting dalam pengeluaran bunyi-bunyi vokal, iaitu bunyi vokal hadapan, tengah dan belakang. Hujung lidah merupakan bahagian paling aktif dan boleh digerakkan ke mana-mana bahagian mulut untuk membuat penyekatan.

Gigi
Gigi juga berperanan dalam penghasilan bunyi bahasa tetapi peranannya tidaklah aktif. Kedudukannya yang statik dan sentiasa digunakan sebagai penampan aliran udara dalam penghasilan bunyi. Penampan aliran udara inilah yang menghasilkan bunyi.

Bibir
Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga mulut. Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan dan berperanan mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai. Bibir juga menjadi sempadan paling luar daripada rongga mulut. Bibir juga berfungsi membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga mulut.

Gusi
Gusi merupakan bahagian yang embung dan menurun dari gigi ke bahagian dalam rongga mulut. Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan.




Lelangit
Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu lelangit keras dan lelangit lembut. Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut. Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagian hadapan atas rongga mulut dapat diturunnaikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga tekak terus ke rongga hidung. Apabila dinaikkan, rongga mulut akan terbuka dan udara akan keluar melalui rongga mulut dan apabila diturunkkan, rongga mulut akan tertutup dan udara terpaksa keluar melalui rongga hidung.

Rongga Hidung

Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. Rongga hidung boleh dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan atau tidak.

Pita Suara
Pita suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting dalam penghasilan bunyi. Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara memperluas dan mempersempit lubang yang terdapat di antara dua keping selaput nipis berkenaan.



……


Gambar rajah 2- Pita Suara

2.0 JENIS-JENIS BUNYI
2.1 Bunyi Vokal

Bunyi-bunyi vokal ialah bunyi-bunyi bahasa yang bersuara yang ketika menghasilkannya udara dari paru-paru keluar berterusan melaui rongga tekak dan rongga mulut tanpa mendapatkan sebarang sekatan atau geseran. Dengan kata lain, bunyi-bunyi vokal mempunyai ciri-ciri seperti bersuara, udara keluar dari paru-paru berterusan dan udara keluar tanpa sekatan atau geseran.
2.1.1 Vokal Melayu
Kriteria yang menentukan jenis-jenis vokal dapat dirumus seperti berikut:
a) Bahagian lidah yang berperanan sama ada bahagian depan, tengah atau belakang lidah.
b) Ketinggian lidah yang dinaikkan sama ada tinggi, separuh tinggi, rendah dan separuh rendah.
c) Keadaan bibir sama da dihampar atau dibundarkan.
d) Pembukaan rahang iaitu sama ada sempit atau luas
Vokal dalam bahasa Melayu terdiri daripada 6 jenis dari segi tulisan dan sebutan bahasa baku iaitu vokal i,e,a, ə. , u dan o. Tiga vokal depan iaitu I,e,a dan satu vocal tengah [ə]. dan 2 vokal belakang iaitu u dan o. Dari segi pertuturan terdapat Sembilan jenis vokal seperti dalam rajah berikut

Rendah
Gambar rajah 2 - Kedudukan Vokal dalam Bahasa Melayu

Alat artikulasi lidah merupakan kriteria utama dalam pembahagian jenis vocal.
Di bawah adalah gambar rajah yang menunjukkan kedudukan tinggi rendah lidah semasa menghasilkan bunyi-bunyi vokal.

Gambar rajah 3- kedudukan lidah semasa menghasilkan bunyi-bunyi vokal

Selain itu, alat artikulasi bibir juga memainkan peranan yang tersendiri dalam penghasilan bunyi vokal. Menurut Adul Hamid Mahmood (1996) keadaan bibir boleh berbentuk seperti berikut:
• Hampar
• Separuh hampar
• Bundar
• Separuh bundar akan menghasilkan vokal hampar, separuh hampar atau
bundar dan separuh bundar.

:

Gambar Rajah 4- Keadaan bibir semasa membunyikan bunyi-bunyi vokal


2.1.2 Cara Penghasilan Bunyi-bunyi Vokal
a )Vokal Hadapan Sempit (Tinggi) [i]

Untuk mengeluarkan bunyi vokal ini, depan lidah dinaikkan hingga hampir menyentuh lelangit keras, sementara hujung lidah didekatkan pada gusi.
Lelangit lembut diangkat untuk menutup rongga hidung. Udara dari paru-paru melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara tanpa sekatan, halangan atau himpitan yang boleh menyebabkan geseran kedengaran. Bibir berada dalam keadaan hampar.

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal hadapan sempit [i] seperti pada perkataan berikut:

Awal Tengah Akhir
Ikan Bila Tali
Ibu Silap Besi


Gambar rajah Penghasilan Vokal i



b) Vokal Hadapan Separuh Sempit [e]
Cara membunyikannya ialah keadaan bibir dihampar separuh bulat hadapan lidah dinaikkan setinggi yang mungkin ke arah gigi gusi . Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung. Udara dari paru-paru keluar ke rongga hidung .Pita suara digetarkan
Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan separuh sempit [e] seperti pada perkataan berikut:

Awal Tengah Akhir
Edah Berang sate
Elok Leper Tempe


Gambarajah Penghasilan vokal [e]

c) Vokal hadapan separuh luas atau separuh rendah [ε].
Cara membunyikannya ialah Keadaan bibir dihampar separuh luas. Depan lidah dinaikkan separuh rendah ke arah gusi. Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung. Udara dari paru-paru keluar dari rongga mulut dan pita suara digetarkan.
Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan separuh luas atau lapang [ε] seperti pada perkataan berikut:

Awal Tengah Akhir (dialek Kelantan)
Esok Belek Gode
Ejek Gelek Tule


Gambar rajah Penghasilan Vokal [ε]
d) Vokal Hadapan Luas (Rendah) [a]
Untuk mengeluarkan bunyi vokal ini, hadapan lidah diturunkan serendah-rendahnya. Lelangit lembut berkeadaan terangkat rapat ke belakang tekak dan menutup rongga hidung. Keadaan bibir hampar. Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut
Pita suara digetarkan.
Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal hadapan luas atau rendah [a] seperti pada perkataan yang berikut:
Awal Tengah Akhir
Asyik jambu rasa
Ajar Bukan kelapa


Gambar rajah Penghasilan Vokal [a]

e) Vokal Belakang Sempit (tinggi) [u]

Dihasilkan dengan mengangkat belakang lidah setinggi mungkin ke atas, tetapi tidak.
sampai menyentuh lelangit lembut . Anak tekak dan lelangit lembut
dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung. Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut. Pita suara digetarkan. Bentuk bibir pula dibundarkan.

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang sempit [u] seperti pada perkataan yang berikut:
Awal Tengah Akhir
ubi buka Bayu
untuk Subur Kelambu


Gambar rajah Penghasilan Vokal [u]
f ) Vokal belakang Separuh Sempit (Separuh Tinggi) [ o ]
Cara membunyikannya ialah keadaan bibir dibundarkan. Belakang lidah
dinaikkan separuh tinggi ke arah lelangit lembut tetapi tidak sampai menyentuh lelangit lembut . Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung. Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut dan pita suara digetarkan.
Bunyi vokal belakang separuh sempit [o]. seperti pada perkataan yang berikut:
Awal Tengah Akhir
Oleh Tolong Pidato
Otak sotong solo


Gambar rajah Penghasilan Vokal [a]




g) Vokal belakang separuh luas ( separuh rendah) [כ].
Cara membunyikannya ialah keadaan bibir dibundarkan . Belakang lidah dinaikkan
ke arah lelangit lembut. Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung. Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut.
Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang separuh luas i [כ] seperti pada perkataan dialek Kelantan yang berikut:
Awal Tengah Akhir
Oloh pokok Kito
Otok pecoh Guwano


Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan vokal belakang
separuh luas atau separuh rendah [כ]









h )Vokal tengah (Pendek ) [ə].
Cara membunyikannya ialah keadaan bibir antara hampar dengan bundar.
Tengah lidah dinaikkan kea rah lelangit keras tetapi tidak sampai menyentuh lelangit keras . Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung. Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut dan pita suara digetarkan.

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal tengah [ə] seperti pada perkataan berikut:

Awal Tengah Akhir
Emak Penat Sosialisme
Enam Cergas Behaviorisme


Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan vokal tengah [ə].

3.0 DIFTONG
Diftong berasal daripada perkataan Inggeris yang menyatakan bahawa dua vokal hadir di dalam konteks sama, yang pertama mengikuti yang kedua. Terdapat tiga diftong di dalam bahasa Melayu, ia itu [ au, oi, ai ].

Menurut Arbak Othman (1983), diftong adalah rentetan dua vokal yang mengandungi satu puncak kelantangan, yang tatkala menghasilkan tidak ada hentian sebentar atau hiatus yang memisahkan kedua-dua vokal binaannya itu.

Raminah Hj. Sabran (1985) menyatakan diftong adalah gabungan dua bunyi vokal yang disebut secara berterusan (dalam satu hembusan) dan di dalam penghasilannya terdapat ciri geluncuran. Ertinya, lidah pada mulanya diletakkan pada keadaan sebagaimana membunyikan sesuatu vokal kemudian digeluncurkan ke arah membunyikan vokal yang lain.

Diftong ialah gabungan dua vokal yang terdapat di dalam satu suku kata, yang disebut secara berterusan tanpa ada segmen. Di dalam penghasilannya, terdapat ciri geluncuran tetapi ada satu puncak. Ada tiga jenis diftong di dalam bahasa Melayu. lihat Rajah 5 yang menjelaskan tentang diftong.


Rajah 5 : Pergerakan lidah untuk membunyikan Diftong

Yang pertama ialah diftong [ai]. Pada masa ini bahagian depan lidah pada mulanya berada pada kedudukan untuk vokal [a] kemudian bergerak kepada kedudukan untuk vokal [i] tetapi tidak setinggi sebagaimana membunyikan [i]. Contoh, [pakai], [balai], [rambai], [pandai], [haiwan], [hairat],

Yang kedua pula ialah diftong [au]. Pada masa ini depan lidah berada pada kedudukan untuk vokal [a] kemudian bergerak kepada kedudukan untuk vokal [u]; bibir yang mula-mula dihamparkan, kemudian dibundarkan pula. Contoh, [pulau], [kәrbau] [halau], [tauliah] [tauladan], [tauhid]

Diftong yang ketiga ialah diftong [oi]. Semasa dihasilkan, lidah berada pada kedudukan [o] dan kemudian bergerak kepada [i], bibir yang mula-mula bundar tetapi kemudian berkeadaan hampar. Contoh, [amboi]. [kaloi]. [sәpoi]. [sәkoi].

Suatu diftong ditandai dengan menggunakan diakritis [ ^] yang diletakkan di bawah simbol vokal yang kurang lantang dan kurang panjang supaya masing-masing diftong dari contoh-contoh di atas ditandakan begini: [-au^], [-ai^], [ -oi^]

4.0 Konsonan dalam Bahasa Melayu

Konsonan ialah bunyi selain dari bunyi vokal. Konsonan terhasil apabila terdapat gangguan atau halangan oleh alat artikulasi terhadap udara dari peparu. Konsonan terdiri daripada konsonan bersuara dan konsonan tidak bersuara. Konsonan bersuara bermaksud konsonan yang terhasil apabila tekanan udara yang keluar dari peparu menggetarkan pita suara manakala konsonan tidak bersuara adalah konsonan yang terhasil apabila udara dari peparu tidak menggetarkan pita suara.dalam bahasa Melayu konsonan terbahagi kepada 2 iaitu konsonan asli dan konsonan pinjaman. Konsonan asli bahasa melayu merupakan konsonan yang sedia ada dan diguna oleh penutur bahasa melayu tanpa sebarang perlakuan adaptasi oleh penutur.
Dalam bahasa Melayu terdapat 9 jenis konsonan iaitu :
- dua konsonan letupan dua bibir bersuara dan tidak bersuara ( p, b ).
- dua konsonan letupan gusi bersuara dan tidak bersuara ( t, d ).
- dua konsonan letupan lelangit lembut bersuara dan tidak bersuara ( k, g ).
- satu konsonan hentian glotis. ( ? )
- dua konsonan letusan bersuara dan tidak bersuara ( c, j )
- dua konsonan geseran tidak bersuara, iaitu geseran gusi tidak bersuara ( s ) dan geseran glotis bersuara ( h ).
- satu konsonan getaran bersuara ( r ).
- satu konsonan sisian bersuara ( I ).
- empat konsonan sengauan bersuara (m, n, ŋ , n )
- dua konsonan separuh vokal bersuara, iaitu ( I ) dan separuh vokal dua bibir bersuara ( w ).
- satu konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara ( j ).
Penghasilan konsonan-konsonan tersebut melibatkan daerah-daerah artikulasi seperti dua bibir, gusi, lelangit keras, lelangit lembut, pita suara, glotis dan rongga hidung.
4.1 Cara Membunyikan Konsonan
Lapan belas konsonan asli yang terdapat dalam bahasa Melayu dapat diklasifikasikan mengikut cara dan daerah sebutannya seperti yang terdapat dalam jadual berikut:
Daerah sebutan
Cara sebutan bibir Gigi-gusi Lelangit keras Lelangit lembut Glottis
Letupan P b T d - K g -
Letusan - - C j - -
Sengau M N (ny) (ng) ŋ -
Geseran - S - - H
Getaran - R - - -
Sisian - L - - -
Separuh vokal W - Y - -
Gambar Rajah 6- Carta Konsonan Asli Bahasa Melayu

Hanya sepuluh sahaja huruf konsonan dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan, iaitu p,t, k, m, n, ng, s, h, r dan l. konsonan b, d, g, c dan jbab, had, koc dan kolej. Huruf konsonan ny, w dan y tidak pernah terdapat pada akhir perkataan.

Huraian berikut dapat menjelaskan peranan, keadaan dan kedudukan alat-alat artikulasi seperti bibir, lidah anak tekak, lelangit lembut dan pita suara dalam membunyikan konsonan bahasa Melayu asli. Huraian ini disertakan dengan gambar rajah bagi membantu memahami cara setiap konsonan tersebut dihasilkan.

(A) Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [p] dan konsonan letupan dua bibir bersuara [b].
Cara membunyikannya:

Bunyi konsonan [p] Bunyi konsonan [b]
1. Dua bibir dirapatkan untuk membuat sekatan penuh pada arus udara dari paru-paru ke rongga mulut.
2. Lelangit lembut dinaikkan ke belakang atau ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan udara dari paru-paru ke rongga hidung.
3. Pita suara direnggangkan.
4. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara.
5. Sekatan pada dua bibir dilepaskan serta- merta.
Bunyi yang dihasilkan ialah letupan dua bibir tidak bersuara [p]. Cara membunyikan sama seperti membunyikan konsonan [p]. yang berbeza ialah:

1. Pita suara dirapatkan.
2. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan mengetarkan pita suara.
3. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan dua bibir bersuara [b].

Contoh perkataan:

Huruf Awal Tengah Akhir
Konsonan [p] Panjat Lapik Santap
Konsonan [b] Buku Subuh Adab

Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan
konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [p]


Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan
letupan konsonan letupan dua bibir bersuara [b]



(B) Konsonan letupan gusi tidak bersuara [t] dan konsonan letupan gusi bersuara [d]
Cara membunyikannya:
Bunyi konsonan [t] Bunyi konsonan [d]
1. Hujung lidah dinaikkan rapat ke gusi untuk membuat sekatan penuh pada arus udara.
2. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang atau ke dinding rongga tekak untuk menutup arus udara ke rongga hidung.
3. Pita suara direnggangkan .
4. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara.
5. Sekatan yang dibuat oleh hujung lidah dan gusi dilepaskan serta-merta.
6. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan gusi tidak bersuara [t]. Cara membunyikan konsonan sama seperti membunyikan konsonan [t]. yang berbeza ialah:

1. Pita suara dirapatkan.
2. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan menggetarkan pita suara.
3. Bunyi yang dihasilkan ialah letusan gusi bersuara [d].

Contoh perkataan:

Huruf Awal Tengah Akhir
Konsonan [t] Tarik Putus Lembut
Konsonan [d] Dalam Padah Maksud










Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan
letupan gigi-gusi tidak bersuara [t]



Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan
letupan gigi-gusi bersuara [d]






(C) Konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara [k] dan konsonan letupan langit lembut bersuara [g]. Cara membunyikannya:
Bunyi konsonan [k] Bunyi konsonan [g]
1. Belakang lidah dinaikkan dan dirapatkan ke lelangit lembut untuk membuat sekatan penuh pada arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut.
2. Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan ke rongga tekak bagi menyekat arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.
3. Pita suara di renggangkan.
4. Arus udara keluar dari paru-paru melaui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara.
5. Sekatan udara yang dibuat oleh belakang lidah dilepaskan serta merta.
6. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan lelangit lembut tidak bersuara [k]. Cara membunyikan konsonan sama seperti membunyikan konsonan [k]. yang berbeza ialah:
1. Pita suara dirapatkan .
2. Arus udara dari paru-paru yang keluar melalui rongga mulut mengetarkan pita suara.
3. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan lelangit lembut bersuara [g].

Contoh perkataan:
Huruf Awal Tengah Akhir
Konsonan [k] Kalau Sukat Tamak
Konsonan [g] Guru Agar Monolog




Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan
konsonan letupan lelangit lembut bersuara [g]

Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan
letupan lelangit lembut tidak bersuara [k].

(D) Konsonan letusan lelangit keras tidak bersuara [č] dan konsonan letusan lelangit keras bersuara [Ĵ]. Cara membunyikannya:
Bunyi konsonan [č] Bunyi konsonan [Ĵ]
1. Hadapan lidah rapat ke lelengit keras untuk membuat sekatan pada arus udara.
2. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang atau ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan terhadap arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.
3. Pita suara direnggangkan.
4. Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara.
5. Udara yang tersekat oleh hadapan lidah di lelangit keras dilepaskan pelahan-lahan.
6. Bunyi yang dihasilkan ialah letusan lelangit keras gusi tidak bersuara [č]. Cara membunyikan konsonan sama seperti membunyikan konsonan [Ĵ]. yang berbeza ialah:
1. Pita suara dirapatkan.
2. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan menggetarkan pita suara.
3. Bunyi yang dihasilkan ialah letusan lelangit keras gusi bersuara [Ĵ]

Contoh perkataan:
Huruf Awal Tengah Akhir
Konsonan [č] Cara banci Koc
Konsonan [Ĵ] Jangan bujang Imej



Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan
konsonan letusan lelangit keras tidak bersuara [č]




Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan
konsonan letusan lelangit keras bersuara [ j]


(E)Konsonan geseran gusi tidak bersuara [s]:
Untuk menghailkan bunyi konsonan geseran gusi tidak bersuara, prosesnya ialah:
(a) Daun lidah dinaikan kea rah gusi untuk membuat sempitan.
(b) Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan pada dinding tekak untuk menyekat udara daripada keluar paru-paru melalui rongga hidung.
(c) Pita suara di renggangkan.
(d) Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara
(e) Udara keluar melalui sempitan depan lidah dan gusi untuk menghasilkan bunyi konsonan geseran gusi tidak bersuara [s].

Contoh perkataan:
Awal Tengah Akhir
Sayang Lasak Habis
Sungguh Lesu Lemas



Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan
konsonan geseran gigi-gusi tak bersuara [s].

F) Geseran Glotis Bersuara [h]
Untuk menghasilkan bunyi konsonan geseran glottis h- proses yang berikut turut berlaku:
a) Pita suara dibuka untuk menyempitkan glottis
b) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak bagi menutup rongga ke hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui hidung.
c) Udara keluar dengan menggeser melalui sempitan glottis. Pita suara digetarkan.
d) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan geseran glotis bersuara.
Contoh perkataan:
Awal Tengah Akhir
Habis jahat Bersih
Hantu lihat Kekasih


Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan
geseran glotis tak bersuara [h].

g) Konsonan getaran gusi bersuara [r]:
(a) Hujung lidah dikenakan pada gusi.
(b) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk membuat sekatan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.
(c) Pita suara dirapatkan.
(d) Arus udara yang keluar dari paru-paru melalui rongga tekak menggetarkan
pita suara
(e) Arus udara melalui rongga mulut menggetarkan hujung lidah

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan getaran gusi bersuara [r] seperti pada perkataan berikut:
Awal Tengah Akhir
Ratu Tiram Sabar
Rugi Karat Edar


Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan getaran gigi-gusi bersuara [r]





G) Konsonan sisian gusi bersuara [I]:
(a) Hujung lidah dikenakan pada bahagian tengah gusi untuk membuat sekatan pada arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut.
(b) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga hidung untuk membuat sekatan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.
(c) Pita suara dirapatkan
(d) Arus udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dengan menggetarkan pita suara
(e) Arus udara dibiarkan keluar melalui tepi lidah sahaja.

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sisian gusi bersuara [I] seperti pada perkataan yang berikut:

Awal Tengah Akhir
Lagu Tilam Pukul
Lama Selamat Kekal


Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan sisian gigi-gusi bersuara [ l ].

(H) Hentian glotis [?] .
Cara membunyikannya:
(a) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang atau ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan udara dari paru-paru ke rongga hidung
(b) Pita suara dirapatkan sepenuhnya


(c) Arus udara yang keluar dari paru-paru dibiarkan tersekat dibelakang rapatan pita suara.
(d) Udara disekat oleh rapatan pita suara tanpa menggetarkan pita suara

Bunyi yang dihasilkan ialah hentian glotis [?] seperti pada perkataan berikut:

Awal Tengah Akhir
?ibu sa?at tida?
?orang so?al gala?



Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan
geseran glotis tak bersuara [h].

I) Konsonan sengau dua bibir bersuara [m]:
(a) Bibir bawah dan bibir atas dirapatkan untuk membuat sekatan pada arus udara.
(g) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.
(h) Arus udara dari paru-paru masuk ke rongga mulut dan terus ke rongga hidung.
(i) Pita suara dirapatkan untuk membuat getaran.
(j) Arus udara dilepaskan perlahan-lahan.

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau dua bibir bersuara [m] seperti pada perkataan yang berikut:
Awal Tengah Akhir
Masin Timun Ketam
Murah Lumba Silam



Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan
sengauaun dua bibir bersuara [m].

J) Konsonan sengau gusi bersuara [n]

Cara membunyikannya:
(a) Hujung lidah dinaikkan pada gusi atau gigi gusi untuk membuat sekatan arus udara.
(b) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.
(c) Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut terus ke rongga hidung
(d) Arus udara dilepaskan perlahan-lahan
Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau gusi bersuara [n] seperti pada perkataan berikut:

Awal Tengah Akhir
Nasi Binasa Laman
Nilam Panah Sembilan







Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan
konsonan sengauan gigi-gusi bersuara [n]

(K) Konsonan sengau lelangit lembut bersuara [ŋ]
Cara membunyikannya:
(a) Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk membuat sekatan arus udara.
(b) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara yang keluar dari paru-paru masuk ke rongga hidung.
(c) Pita suara dirapatkan dan digetarkan
(d) Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut terus ke rongga hidung.
(e) Arus udara yang tersekat oleh belakang lidah dan lelangit lembut dilepaskan perlahan-lahan.

Bunyi yang yang dihasilkan ialah kosonan sengau lelangit lembut bersuara [ŋ] seperti yang berikut:
Awal Tengah Akhir
Ngiau Singa Tanjung
Nganga Tangga Gantung




Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan
konsonan sengauan lelangit lembut bersuara [ŋ]

(L) Konsonan sengau gusi lelangit keras bersuara [תּ ].
Cara membunyikannya:
(a) Depan lidah dinaikkan ke lelangit keras untuk membuat sekatan arus udara
(b) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara yang terkeluar dari paru-paru ke rongga hidung
(c) Pita suara dirapatkan dan digetarkan
(d) Arus udara daripada paru-paru melalui rongga mulut dan terus ke rongga hidung
(e) Udara yang tersekat oleh depan lidah dan lelangit keras dilepaskan pelahan-lahan

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau lelangit keras gusi bersuara (תּ) seperti perkataan yang berikut:

Awal Tengah Akhir
Nyanyi Banyak -
Nyala Sunyi -


Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan
konsonan sengau gusi lelangit keras bersuara [תּ ].

(M) Separuh vokal dua bibir bersuara [w]:
(a) Bibir di bundarkan.
(b) Belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut.
(c) Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara udara dari paru-paru ke rongga hidung
(d) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut
(e) Pita suara digetarkan dan lidah bergerak dengan pantas ke kedudukan untuk membunyikan vokal tengah [w].




Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan separuh vokal dua bibir bersuara [w] seperti pada perkataan yang berikut:

Awal Tengah Akhir
Waris Kawan Sepak Takraw
Wayang Lawan -


Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan
konsonan separuh vokal dua bibir bersuara [w].

(N) Separuh vokal lelangit keras bersuara [y]
Cara membunyikannya:

(a) Depan lidah diangkat tinggi ke arah gusi seperti hendak menghasilkan bunyi vocal I, kemudian ubahkan kedudukan lidah dengan pantas ke kedudukan vokal tengah e..
(b) Bibir di hamparkan.
(c) Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat udara dari paru-paru ke rongga hidung.
(d) Pita suara dirapatkan
(e) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi separuh vokal lelangit keras bersuara [y]



Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara [y] seperti pada perkataan berikut:

Awal Tengah Akhir
Yatim Dayang -
Yakin Sayang -


Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan
konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara [y]

O) Konsonan pinjaman geseran bibir tak bersuara [f].
Cara membunyikannya ialah:
Bibir bawah dirapatkan kepada gigi atas supaya membuat sempitan. Kemudian, lelangit lembut terangkat rapat ke bahagian belakang bahagian rongga tekak. Udara yang dikeluarkan daripada paru-paru disalurkan melalui rongga mulut dan dibiarkan
bergeser keluar di daerah rapatan bibir bawah dan gigi atas tersebut tanpa menggetarkan pita suara.

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan pinjaman geseran bibir tak bersuara [f]. seperti pada perkataan berikut:

Awal Tengah Akhir
Fitnah Sifir Maaf
Fikir Nafkah Huruf


Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan
pinjaman geseran bibir tak bersuara [f]

P) Konsonan pinjaman geseran bibir-gusi bersuara [v].
Cara membunyikannya ialah bibir bawah dirapatkan kepada gigi atas supaya membuat
sempitan. Kemudian, lelangit lembut terangkat rapat ke bahagian belakang bahagian rongga tekak. Udara yang dikeluarkan daripada paru-paru disalurkan melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser keluar di daerah rapatan bibir bawah dan gigi atas
tersebut sambil menggetarkan pita suara.
Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan pinjaman geseran bibir-gusi bersuara [v].
Awal Tengah Akhir
Vokal Universiti -
Variasi Novel -





Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan
geseran bibir- gigi tak bersuara [v]

Q ) Konsonan pinjaman geseran gigi tak bersuara [θ].
Cara membunyikannya ialah :
Daun lidah berada di antara gigi atas dan gigi bawah. Kemudian lelangit lembut terangkat rapat ke belakang bahagian rongga tekak. Udara yang dikeluarkan daripada paru-paru disalurkan melalui rongga mulut dibiarkan, bergeser keluar di daerah gigi itu
tanpa menggetarkan pita suara.

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan pinjaman geseran gigi tak bersuara [.θ].
Awal Tengah Akhir
Ithnin mithal Hadith
Thabit Warith



Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan
konsonan pinjaman geseran gigi tak bersuara [.θ].

3.3.2.16Konsonan pinjaman geseran gigi tak bersuara [θ]. Daun lidah berada di antara gigi atas dan gigi bawah. Kemudian,
lelangit lembut terangkat rapat ke belakang bahagian rongga
tekak. Udara yang dikeluarkan daripada paru-paru disalurkan
melalui rongga mulut dibiarkan, bergeser keluar di daerah gigi itu
tanpa menggetarkan pita suara. Sebagai contoh:
awalan pertengahan akhiran [θabit] [iθnin] [wariθ] [θelasa] [peθan] [keriθ] Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan pinjaman geseran gigi tak bersuara [θ].

R) Konsonan pinjaman geseran gigi-gusi bersuara [z].
Cara membunyikannya ialah
Daun lidah didekatkan di daerah gigi-gusi supaya dapat membuat sempitan udara keluar, sambil lelangit lembut dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga tekak. Udara yang dikeluarkan daripada paru-paru dibiarkan, bergeser di daerah gig-gusi yang
membuat sempitan dengan daun lidah tersebut, sambil pita suara digetarkan.
Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan pinjaman geseran gigi –gusi bersuara [z].
Awal Tengah Akhir
Zikir Nazak Lafaz
Zaman Azimat Hafaz


Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan
pinjaman geseran gigi-gusi bersuara [z]

5.0 KESIMPULAN

Melalui kerja kursus ini terdapat banyak yang dipelajari daripada bahasa Melayu itu sendiri iaitu terdapat bidang yang mengkaji tentang bunyi yang bermakna yang dituturkan oleh manusia iaitu fonologi yang terbahagi kepada dua iaitu fonetik dan fonemik. Fonemik merupakan kajian yang berkaitan dengan organ pertuturan,sifat bunyi bahasa dan pendengaran. Manakala fonemik berkaitan kajian tentang fungsi dan struktur bunyi bahasa.

Di samping itu pengkaji juga mengkaji cara penghasilan vokal, konsonan dan
diftong. Hasil kajian didapati ,vokal merupakan bunyi bersuara kerana tidak
halangan semasa udara keluar dari peparu.Lidah dan bibir memainkan peranan
yang amat besar dalam penghasilan bunyi vokal manakala konsonan
mempunyai bunyi yang bersuara dan bunyi yang tidak bersuara. Bunyi konsonan
terhasil kerana ada gangguan atau halangan semasa udara keluar dari peparu
dan dua bibir, gusi, lelangit keras, lelangit lembut, pita suara, glotis dan rongga
hidung amat penting dalam penghasilan bunyi konsonan. Selain itu pengkaji juga
membuat kajian tentang diftong. Ia merupakan hasil daripada penggabungan
dua vokal. Antaranya ialah [ ai ], [ oi ] dan [ au ].

Akhir sekali, kajian fonetik dan fonologi melibatkan organ pertuturan manusia secara langsung. Organ tutur manusia ini disebut alat artikulasi. Terdapat banyak alat artikulasi manusia dan setiap satunya mempunyai kedudukan dan fungsi yang berbeza dalam menghasilkan bunyi bahasa. Namun demikian terdapat unsur yang bukan dikategorikan sebagai alat artikulasi manusia, tetapi mempunyai peranan yang amat penting dalam menghasilkan bunyi. Unsur tersebut ialah udara dan merupakan sumber tenaga utama dalam menghasilkan bunyi..

No comments:

Post a Comment