Saturday, December 18, 2010

KESUSASTERAAN MELAYU DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Kesusasteraan Melayu dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Memang tidak dapat dinafikan lagi kesusasteraan dapat menarik minat dan memberi kesan yang positif terhadap pembelajaran murid. Ini selaras dengan objektif pengajaran dan pembelajaran Kesusasteraan Melayu dalam Huraian Sukatan Pelajarannya iaitu membolehkan murid:
  •  memahami isi dan menganalisis aspek sastera
  •  mengapreasiasi karya sastera melalui aktiviti sastera
  •  menghayati dan menghargai nilai estetik bahasa
  •  menghargai penulis dan karya yang telah dihasilkannya.
Penggunaan bahan sastera boleh menarik minat dan memberi kesan yang positif terhadap pembelajaran murid.  Menurut Lufti Abas (1987:1), terhadap beberapa kebaikan yang diperoleh melalui penggunaan bahan sastera dalam pendidikan bahasa. Antaranya termasuklah seperti berikut:

  •         Memberikan keseronokan kepada pelajar semasa pengajaran di dalam kelas.   Ini adalah kerana karya sastera itu adalah karya yang indah dan mempunyai       huraian-huraian tentang perkara yang aneh dan ajaib yang telah disusun      dalam cerita begitu dan sekali gus menyeronokkan pelajar kerana kelucuannya.

  •        Karya sastera itu boleh digunakan untuk mengajar sastera mengikut     peringkat     yang sesuai dengan umur, minat, tahap pemikiran dan peringkat     kesukaran pelajaran.    Ini terpulanglah kepada kebijaksanaan guru mata  pelajaran kesusasteraan untuk      membuat pemilihan, penilaian dan penyesuaian  bahan yang digunakan.
 Menurut Subadriah Nair ( 1989) pula, penggunaan bahan-bahan sastera dalam pengajaran bacaan dan kefahaman secara langsung dapat memupuk semangat membaca di jiwa pelajar-pelajar.  Oleh sebab pelajar-pelajar ingin mengetahui kesudahan sesuatu kisah atau cerita yang dibaca di dalam kelas.  Mereka akan membaca novel, cerpen, drama atau prosa klasik itu dengan penuh minat di perpustakaan   atau  di rumah.   Dalam   jangka panjang, pembacaan yang luas akan menambahkan kemahiran mereka daalam aspek bacaan dan kefahaman.

No comments:

Post a Comment