Saturday, December 18, 2010

TEKNIK MAIN PERANAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SASTERA dan KESANNYA

Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Sastera.

Teknik ialah cara yang lebih khusus atau spesifik yang digunakan untuk mengajar ( atau menguji sesuatu kemahiran atau aspek bahasa. Ia boleh wujud  dalam   bentuk    aktiviti, strategi atau taktik, dan bahan atau alat yang berkaitan yang   menyokongnya.    Seperti kaedah, teknik dipraktikkan di bilik darjah untuk   tujuan    tertentu     dalam    pengajaran bahasa.  Teknik dicipta untuk membantu guru menjayakan   sesuatu  kaedah   pengajaran.
( Abd. Aziz Abd Talib 2000:29)

Saya telah memilih pelajar-pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Bendahara 06100 Kodiang, Kedah DarulAman sebagai model untuk mengajar Kesusasteraan Melayu. Saya mengambil genre cerpen sebagai   pengajaran  dan  pembelajaran di bilik darjah. Tajuk cerpen yang diajar ialah    Paku  Payung  dan  Limau Mandarin’  karya Azizi Hj. Abdullah. Untuk memberi kefahaman  kepada pelajar-pelajar tentang isi cerpen tersebut, saya telah menggunakan teknik Main Peranan.

2.1   Main Peranan

Main Peranan merupakan satu situasi yang melibatkan   pelajar   memegang   sesuatu peranan sama ada sebagai dirinya sendiri atau individu lain, dan    kemudian  bertindak atau beraksi sebagaimana yang dikehendaki oleh situasi yang ditentukan.  Main  peranan sebagai individu lain sebagai amat sesuai dalam penyesuaian teknik  penggunaan   bahan sastera.  Main peranan sebagai individu lain memerlukan pelajar memainkan peranan berdasarkan tokoh, pekerjaan, kedudukannya dalam masyarakat  atau pertubuhan tertentu.
Oleh  kerana peranan yang diberikan berbeza dari pengalamannya yang sebenar, para pelajar hendaklah diberi peluang menyediakan atau mendapat maklumat yang lengkap tentang peranan tersebut sama ada melalui pembacaan atau membuat rujukan daripada sumber-sumber tertentu. Di samping itu, guru boleh juga menyediakan maklumat tersebut mengikut keperluan.
Kesan Penggunaan Teknik Main Peranan Terhadap Pelajar

Teknik ini amat berkaitan dengan Prinsip Pembelajaran yang ada dalam pembelajaran konstruktivisme. Pendekatan ini dilaksanakan dengan memberi perhatian antaranya kepada perkara berikut :
·         Memberi peluang pelajar berkongsi persepsi antara mereka
·         Menggalakkan pelajar menghormati pandangan alternatif rakan mereka
·         Melaksanakan pengajaran berpusatkan pelajar
·         Menggalakkan pelajar bekerja dalam kumpulan

No comments:

Post a Comment