Saturday, December 18, 2010

KESAN POSITIF SENI DALAM PENDIDIKAN KEPADA MURID-MURID

i)Kesan positif pertama, ia membantu dalam meningkatkan aktiviti seni estetik kepada kanak-kanak.Contohnya,untuk membolehkan para pelajar menghafal dan mengingati huruf A B C,kaedah menggunakan lagu untuk memperkenalkan tajuk ”A B C ” diajar kepada murid-murid iaitu melalui pendidikan muzik.Semasa kanak-kanak menyanyikan lagu, mereka akan menyebut huruf-huruf ini dengan sebutan yang betul mengikut irama dan melodi yang telah ditetapkan. Oleh yang demikian, pelajar-pelajar dapat menghafal dengan cepat dan  betul.

ii)Kesan positif yang kedua, ia dapat membantu untuk  memahami diri sendiri. Melalui pembelajaran mata pelajaran ini,kita dapat mengenalpasti kebolehan dan bakat yang ada pada setiap murid.Contohnya, murid yang mempunyai bakat dalam bidang muzik seperti pandai bermain gitar, piano atau seksafon perlu digilap bakat yang ada supaya boleh memperkembangkan lagi minat dan kemahiran pelajar itu dalam proses pembelajaran kanak-kanak tersebut.Oleh yang demikian, murid akan mencapai pembelajaran yang optimum, menyeluruh dan menyeronokkan.

iii)Kesan positif yang ketiga, ia dapat  memotivasikan kita supaya menjadi guru yang kreatif, inovatif, peka, berpersonaliti yang seimbang, berketrampilan dan profesional.Seni dalam pendidikan dapat memperkembangkan kreativiti dan kredibiliti seorang guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti cara hendak menghiburkan murid-murid supaya tidak bosan ketika belajar.Guru-guru boleh menggunakan muzik, seni atau pergerakan sebagai salah satu medium yang boleh menyeronokkan murid-murid.Contohnya, apabila pelajar berasa bosan, mereka boleh mengadakan aktiviti-aktiviti yang boleh menjana minda pelajar terbabit supaya proses pembelajaran tetap diteruskan seperti melukis, mewarna,menyanyi ataupun membuat senaman ringan.

(iv)Kesan positif  keempat,  murid-murid diberikan kebebasan untuk menghayati, meluahkan perasaan dan mereka cipta.Kanak-kanak sememangnya bersifat ingin tahu dan penuh dengan  perasaan.Mereka gemar mencuba perkara-perkara baru kerana kanak-kanak berkeinginan untuk meneroka dan mendapat pengalaman baru yang mereka mahu pelajari.Mereka memerlukan ruang yang membolehkan mereka mencurahkan perasaan sebagai  seorang individu .Oleh yang demikian,pendidikan pergerakan menyediakan saluran tersebut yang membolehkan mereka melakukan apa sahaja, misalnya melompat ataupun melakukan regangan dan semua ini boleh dilakukan tanpa dimarahi oleh sesiapapun.Dengan adanya pergerakan ini, murid-murid boleh belajar pelajaran baru seperti melakukan senaman regangan, beriadah ataupun melakukan permainan kecil yang dapat memberikan keseronokan dan menggembiran mereka.



No comments:

Post a Comment